Blog Selamat Tinggal
Showing posts with label Karutan Tinggalan. Show all posts
Showing posts with label Karutan Tinggalan. Show all posts

10 December 2012

35 10 Kategori Wanita Yang Tidak Digalakkan Menikahinya

klik untuk besarkan

Assalamualaikum wbt.

Kali ini penulis tertarik untuk menyenaraikan 10 kategori wanita yang perlu kaum lelaki alert dalam membuat pemilihan. Namun, suka penulis ingatkan, lelaki juga ada kategori-kategori yang perlu dielakkan oleh kaum perempuan. Mungkin di lain masa, penulis akan senaraikan kategori lelaki pula. Insya-Allah.

Setelah penulis perhatikan dan baca, enam daripadanya iaitu Ananah, Mannanah, Hannanah, Barraqah, Haddaqah dan Syaddaqah dikatakan ianya hadis sebagaimana penulis temui di laman web iluvislam. Namun, sebenarnya ianya bukan hadis. Penulis semak kembali fatwa yang ada di Islamweb, dan dapati ianya pernah dinukil oleh Al-Marudi dan Imam al-Ghazali dalam Ihya' Ulumuddin. Namun Imam al-Ghazali juga menisbahkan kata-kata ini kepada mutiara kata orang-orang 'Arab. Empat lagi daripadanya juga adalah dari mutiara kata orang Arab. Walaupun ianya bukan hadis atau nas al-Quran, penulis merasakan ianya baik sekali untuk dijadikan panduan dan ingatan kepada semua wanita agar membuang jauh-jauh sifat yang sebegini buruk jika ada dalam diri masing-masing.

Baik, mari kita mulakan sekarang.

1. Wanita Ananah : Yang banyak mengeluh, mengkritik, mengomen itu dan ini. Apa yang diberi dan dilakukan suami serba tak kena dan ada saja yang tak puas hati dengan pemberian dan perbuatan suami. Dengan kata lain, tidak pandai bersyukur dengan apa yang ada. Jika dengan suami pun begitu, apatah lagi dengan Tuhan.

2. Wanita Mannanah: Banyak mengungkit jasa dan pengorbanannya terhadap suaminya, tapi jasa suami dinafikannya. Wanita jenis ini banyak kita temui dalam masyarakat kita pada hari ini. Misalnya, "Kalau bukan  loan rumah ni saya yang buat...Kalau bukan dengan gaji saya, tak dapatlah beli kereta ni..Kalau bukan sebab saya, awak takkan hidup senang macam ni.." 

3.  Wanita Hannanah: Sayang pada lelaki lain. Dalam hatinya ada cinta pada yang lain selain dari suaminya. Malahan, mengimpikan anak dari lelaki itu. Ini biasa terjadi apabila sebelum kahwin, dia telah mempunyai kekasih. Kemudian, apabila berkahwin dengan suami yang sah, dia masih teringat kekasih lama. Masih lagi teringat kenangan manis bersama malahan ada lagi impian dan angan-angan untuk hidup bersama-sama dengan kekasihnya itu. Ada hasrat untuk selingkuh.

4. Wanita Barraqah: Sebahagian besar masanya adalah bersolek dan berhias (misalnya di rumah tak cantik, di office cantik. Cantik di laman sosial utk pujian lelaki lain). Makan bersendirian (tak ajak suami), asing bahagiannya, memilih makan serta mencela makanan. Yang ni sememangnya awal-awal lagi kita dapat kesan  di facebook. Melaram dan bermake-up semahunya kemudian meletakkan gambar bermacam jenis, berpuluh gambar untuk menarik perhatian lelaki. Biasa sangat terjadi di mana-mana, di rumah biasa sahaja. Namun, bila pergi kenduri-kendara, berhias dan melawa mengalahkan pengantin. Untuk tontonan siapa?

Memilih makanan juga adalah sifat yang tak baik. Tak mahu makan nasi berlauk ikan kering atau tiada lauk pun ada kicap sahaja. Alasannya, tidak biasa makan sedemikian sejak kecil. Hidup dalam keluarga yang mewah dan kaya. Mereka yang biasa hidup urban dan makan makanan yang sedap-sedap akan sukar untuk biasakan diri makan makanan yang biasa-biasa. Sebab itu, bila pilih isteri, pilih yang boleh makan apa yang kita biasa makan. Ini makan sikit, tak habis, tak selera. Tak boleh buat bini. 

5. Wanita Haddaqah: Tak boleh tengok sesuatu yang dia berkenan di matanya, terus memaksa si suami belikan walaupun suami tidak mampu sehingga rasa terbeban pada suami untuk mencari duit belikan barang yang dia ingini. Tidak peduli langsung suami bersusah payah untuk mencari sesuap nasi, dia boleh pula bermati-matian bertekak untuk dibelikan juga rantai dan barang kemas yang disukai sebagai contoh.

6. Wanita Syaddaqah: Banyak cakap (termasuk mengumpat), cerewet. Mengada-ngada sakit. Sakit yang kecil dibesar-besarkan walaupun taklah sakit sangat sebenarnya sehingga menyusahkan suaminya. 
Ramai yang jenis ni. Bila berkata-kata mengalahkan salesman. Bila mengumpat mengata orang, dia nombor satu. Sakit pening, sakit perut, habis satu dunia nak beritahu. Post status di facebook, update di Twitter dan sebagainya untuk raih perhatian dan simpati. Walhal sakitnya tidaklah seteruk mana pun. Mungkin dia lupa, ramai lagi wanita tabah, berpanas terik membanting tulang buat kerja-kerja di sawah, menoreh getah dan sebagainya tidak pula mengeluh lemah macam dia buat. Sampai suami pun kena ambil MC semata-mata nak jaga kita yang sakit taklah seberapa. Nak merengek tu boleh, tapi jangan melampau sampai susahkan orang. Sakit betul-betul baru tahu.

7. Wanita Mukhtali'ah: Iaitu wanita yang mudah meminta khulu' dan talak dari suaminya tanpa sebarang sebab yang munasabah. Salah faham sikit, minta cerai. Tak sependapat dengan suami, minta cerai. Suami tak belikan barang, minta cerai. Suami tak bagi duit, minta cerai. Cerai sahaja yang dia tahu. 

Khulu' merupakan perceraian yang disertakan dengan bayaran tertentu oleh pihak isteri di mana suami enggan melafazkan cerai, tetapi hanya bersetuju sekiranya dia dibayar. Maka suami hendaklah menceraikan isterinya setelah si isteri membayar dengan jumlah atau harta yang telah ditentukan.

8. Wanita Mubariyah: Wanita yang berbangga diri di depan wanita-wanita lain dan yang menyombongkan diri dengan hal-hal dunia (harta, pangkat, kecantikan, kemewahan) yang ada padanya. Ini biasa terjadi pada wanita-wanita yang ada status dan pangkat. Title Datin Sri, Datin, Puan Sri biasanya angkuh dengan statusnya di hadapan wanita lain. Atau makcik-makcik berbangga dengan jumlah gelang yang berada di lengannya. Atau si isteri berbangga-bangga dengan keretanya, kerjayanya dan apa saja sehingga kebanggaan melampau dirinya itu mengaibkan suami. Bila isteri dibenci orang, suami pun terpalit sama.

9. Wanita 'Ahirah: Iaitu wanita-wanita fasik yang tidak boleh diberikan nasihat atau tak makan nasihat oleh orang lain. Wanita-wanita ini ada disinggung di dalam Surah al-Nisa' ayat 25, firman Allah yang bermaksud:

"Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam dan seagama pula). Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya serta berikanlah mas kahwinnya menurut yang patut. Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan..."

10. Wanita Nasyiz: Wanita yang suka membantah dan menentang suaminya, baik dengan perkataan atau perbuatan. Wanita yang baik, dia memberikan pendapat dan idea. Bukannya membantah dan melawan. Jika tak setuju, utarakan pandangan dengan baik dan tutur kata yang tidak menyakitkan hati suami. Apa nak lawan-lawan, suami kita bukan pendakwaraya atau musuh. Rumah kita bukan mahkamah.

Akhir kata, mari kita muhasabah diri dan bersyukur kerana kita ini orang Islam. Rasulullah telah menghimpunkan sifat-sifat wanita impian dalam tiga kalimah Baginda yang singkat tetapi berhikmah. Sabda Nabi SAW yang bermaksud (au kama qaal):

"Mahukah aku khabarkan kepada kamu tentang sebaik-baik perbendaharaan atau khazanah yang disimpan oleh seseorang? Iaitu wanita solehah, yang jika suaminya memandang maka suaminya akan rasa senang. Jika suaminya menyuruh, maka dia taat. Dan jika suami berpergian, maka dia pandai menjaganya (harta suami, maruah dan sebagainya)." (HR Abu Dawuud dari Ibnu Abbas)
Tak perlu jadi berlian, tak perlu jadi mutiara, tak perlu jadi bulan dan bintang. Jadilah wanita solehah, itu melebihi segala isi di langit dan di bumi.

Jika suka tonton ceramah, ada ceramah Ustaz Kazim Elias berkenaan ini dari Kitab Muhimmah:



Wallahua'alam.

Rusydee Artz,
Selamat Tinggal,
26 Muharram 1434 H.

09 December 2012

33 Demi Allah ?

(klik utk besarkan)
Salam wbt.

Saya tulis banyak pun tak guna. Selama hari ini kita hidup, kita lakukan sesuatu demi siapa sebenarnya? Kita belajar sedari kecil pergi ke sekolah hinggalah ke menara gading, kita buat demi siapa? Demi kita? Demi ibu bapa? Kemudian kita cari jodoh, kita jumpa jodoh, kita kahwin, kita dapat anak, kita buat demi siapa? Demi kebahagiaan kita dan kepentingan diri kita? Kita usaha sini sana cari kerja, buat kerja, dapatkan kerja, hinggalah berjaya, demi apa kita kerja? Demi dapat duit, demi senang, demi kemewahan diri? Kita buat jasa pada orang, kita tabur budi pada orang susah, kita derma sana sini, kita perjuangkan hak orang ramai sehingga ke peringkat tertinggi, demi apa kita buat semua tu? Demi pujian dan sanjungan? Demi pangkat dan status?

Anda boleh jawab sendiri demi apa. Usahlah hipokrit mengatakan anda buat selama ini demi Allah. Sejak kecil lagi buat demi Allah? Anda jujurlah pada diri sendiri. Jawab pada diri sendiri. Bukan pada saya. Saya tidak perlu sukzon pada anda pun, sebab saya pun baru sedar demi siapa sepatutnya saya buat sesuatu.

Apa yang kita dah buat demi Allah dengan seikhlas hati?
Apa yang anda dah buat demi Allah dengan sesungguhnya hati?

"Apa yang telah aku korbankan demi Allah dengan sepenuh-penuh pengorbanan?"

Tanyalah diri sendiri.

Selamat tinggal.
Wassalam.
Rusydee Artz,
25 Muharram 1434 H.

05 November 2011

6 Qurban Adalah Taqarrub Ilallah.

klik tuk besarkan..


Korban ke Qurban? Kedua-dua pun betul. Qurban berasal dari kata Qoruba yang bererti dekat. Manakala korban kita sudah faham maksudnya. Kalau kita rujuk kamus DBP, korban adalah:

Amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin.
Dengan Qurban, kita dapat taqarrub ilallah ( dekatkan diri kepada Allah ). Betapa susahnya kita nak dekatkan diri pada Allah, tengok Allah Maha Penyayang ajar jalan pintas ke arah itu adalah dengan menyembelih haiwan untuk dikorbankan. Korban ikhlas kerana Allah.

Samada korban duit, masa, tenaga untuk mengerjakan haji di baitillahilharam, korban dengan sembelih haiwan ternakan seperti lembu, kerbau, unta, kambing, biri-biri, ayam dan seumpamanya. Korban terbesar adalah korban nyawa berperang di jalan Allah di medan peperangan sebagaimana yang terjadi di Palestine setiap hari. Ayat-ayat Allah dalam Surah al-Kauthar 1&2 yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

Jumhur mengatakan berqurban adalah sunnah muakkadah yakni sunnah yang amat ditekankan kerana banyak hikmah dan manfaat di sebaliknya. Antaranya:

"Tiada suatu amalanpun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah SWT selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu." [Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah]
"Para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah, apakah udhiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim." Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh dari udhiyyah itu?" Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (daripada binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan." [Riwayat Ahmad dan Ibn Majah]
Jika tak mampu berkorban apa-apa pada hari raya ini atau tak menunaikan haji, cukuplah dengan berpuasa dari 1 hingga 9 Zulhijjah (terutamanya 9 Zulhijjah).
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).
Jika terlepas puasa, tak dapat berkorban sembelih haiwan, atau tak dapat tunai haji, maka bersabarlah. Banyakkan bersolat. Sabar dan solat juga adalah pengorbanan. Teruskan bersabar.. agihkan ilmu, menuntut ilmu di jalan Allah. Tentang mereka yang menentang Islam.

9 Zulhijjah 1432H,
Salam eiduladha dari Rusydee Artz.
Selamat Tinggal.


28 October 2011

37 Cinta Bukan Milik Kita

klik tuk besarkan

Dalam perhubungan impian, apa yang kita harapkan pastinya berkesudahan dengan Happy Ending kan? Malangnya, seringkali kita sampai di penamat yg berbunyi..

"..kita putus.."
"..sampai di sini.."
"..ceraikan saya.."
"..tak ada jodoh di antara kita.."
"..aku bukan utkmu..kamu berhak dapat yg lebih layak.."

Kita manusia. Manusia merancang. Allah juga merancang. Namun, "Wallahu Khairul Maakirin." ( Allah lah sebaik-baik perancang segala rencana. )

Hubungan pula saya bahagikan kepada dua:

- Hubungan yang diredhai (dah nikah).
- Hubungan tak halal (belum nikah lagi). 

Tapi kedua-dua hubungan ini juga tidak ada jaminan akan kekal. Kedua-dua hubungan ini akan diuji. Siapa yang lemah, pasti tersungkur. Siapa yang tabah, beroleh hikmah.

Cinta bukan milik kita. Sebab bukan milik kitalah, kita tak mampu kawal sepenuhnya.

Saya hanya nampak satu cara untuk kekalkan hubungan cinta. Gapai cintaNya melalui konsep Tawaqqi

Means, hubungan tak halal automatik belum pasti ada jaminan boleh berjaya sebab jauh dari cintaNya. Jika berjaya ke jinjang pelamin, itu maknanya Allah mahu kamu dan pasangan berubah lebih baik serta siap sedialah; kerna ada ujian-ujian di hadapan sebagai kaffarah dosa-dosa kapel silam. Namun jika tak berjaya, itu bermakna Allah nak kamu kembali muhasabah diri-hilangkan benteng yang menjadi hijab di antara kamu dengan kecintaan kepada Allah. Ya, kesedihan awal-awal itulah kaffarah dosa-dosa. 

Yang dah kahwin, tarbiyyahlah pasangan utk sama-sama jaga hubungan cinta dengan Allah. InsyaAllah kekal lamalah hbgn itu. Jika diuji, ada hikmah. Diuji dengan kesusahan dan kemiskinan, kecelakaan dan musibah. Jika tak diuji, pelik sebab kita hanya hamba. Bercerai juga ujian. Namun, bersyukurlah sebab Allah beri masa untuk kita kecap bahagia bersama-sama. Walaupun sekejap cuma. 

Fahami konsep Tawaqqi.

Apa itu tawaqqi? Menurut Ibnu Kathir tawaqqi adalah kata asal untuk taqwa. Bermaksud, "menjaga diri daripada perkara yang tak diingini." Menurut Muhammad bin Allan, "taqwa ialah mematuhi perintah-perintah Allah dan menghindari larangan-laranganNya dengan mengerjakan setiap yang diperintah, tinggalkan yang dilarang, mengikut kemampuan." Manakala Saiyidina Umar mengkiaskan hakikat taqwa sebagai "berjalan dengan waspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak ataupun terpijak onak dan duri."

Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Buka mata, buka mata hati, guna iman dan tawaqqi. Akhirnya, 'kan kau jumpakan permata.

Rusydee Artz,
Selamat Tinggal.
30 Dzulka'edah 1432 H.


10 October 2011

31 Hanya kerna dia Imam..

klik tuk besarkan

Hari ni saya rajin untuk update belog simple ni. 

Agak-agak siapa lelaki yang paling tampan, paling macho, paling baik, paling kool, paling best, paling hebat dan paling berkuasa di antara insan-insan bernama lelaki?

Ya, senang kan jawapannya. Lelaki yang mampu jadi Imam. Imam secara umumnya, imam solat secara khususnya. Hatta raja dan presiden negara pun bersolat di belakang seorang Imam. Hebat kan imam ni? Berkuasa macam mana pun orang itu, bila dia jadi makmum, dia wajib ikut Imam kalau mahu solat berjemaahnya sah.

Begitu juga dalam memilih pasangan. Wanita yang cerdik akan pilih lelaki yang mampu jadi imam solatnya. Boleh ajar dia solat, boleh bimbing dia. Boleh bangun solat bersama-sama di setiap sepertiga malam. Indah kan?

Adakah ada syarat-syarat yang strict untuk jadi imam? Tidak ada syarat susah. Janji orang Islam dan boleh solat. Boleh baca al-Fatihah. Doa? Tak pandai baca doa tak mengapa, hentam sahaja doa dalam B.Melayu. Yang lebih difahami itu lebih afdhal. Namun juga afdhal jika mengamalkan doa yang Nabi SAW sarankan. 

Semua lelaki mampu jadi imam. Jika dia mahu. Jika dia nak. Jika dia berani. Jika dia adalah Muslim. Islam tidak menetapkan keturunan yang baik2, kasta baik2, orang2 soleh sahaja boleh jadi imam. Semua boleh. Kenapa anda tak boleh? Malu bacaan tak sedap? Itu semua boleh diperbaiki. Bukti Islam tidak menetapkan  orang tertentu sahaja yang boleh jadi imam:-

"Abu Huzaifah, seorang hamba sahaya yang dimerdekakan, menjadi imam solat bagi kaum Muhajirin yang pertama dan beberapa orang sahabat Nabi SAW di Masjid Quba. Di antara mereka ada Abu Bakar, Umar al-Khattab, Abu Salamah, Zaid dan Amir bin Rabi'ah."
 ( Diceritakan oleh Umar bin Khattab dan dikeluarkan oleh Imam Bukhari )

Lelaki macho bukan lelaki stylo, lelaki cool bukan lelaki mulut manis berkereta hebat, bekerjaya mantap..bukan. Tapi hanya kerna dia mampu jadi Imam.

Rusydee Artz,
Selamat Tinggal.


09 October 2011

33 Akan Ku gagah! Akan Ku tabah!


klik tuk besarkan

Nak jadi muslimah itu susah,

Nak jadi mukminah jua susah,

Nak jadi mujahidah lagilah susah,

Nak terus istiqamah super-susah,

Namun biar susah, biar rebah,

takkan ku endah takkan ku kisah,


Kan ku tabah!
Kan ku gagah!

Demi Allah, demi Solehah,

Kerna akhirnya ku tahu indah

IAITU menang atau Jannah!


Nukilan : Rusydee Artz, Selamat Tinggal.









26 September 2011

28 Selagi

klik utk besarkan

Kali ini saya hanya nak berkata dengan seringkas mungkin dari kata-kata saya sendiri. 

Adik-adik remaja sekalian yang masih belum kawin, selagi belum akad nikah, selagi itulah ada jarak di antara kamu dan pasangan kamu. Selagi itulah ada pemisah di antara kamu dan dia. Selagi itulah ada syaitan di antara kamu dan dia. Selagi itulah akan ada murka Allah di antara kamu dan dia.

Sekian.

Rusydee Artz,
26 Syawal 1432H,
Selamat Tinggal.
Wassalam.

24 January 2011

17 Terbanglah Tinggi, Tinggal Saja Aku di Sini

Ya..
Tatkala dikau terbang tinggi
menerjah langit Ilahi
demi cita dan niat suci

Cuba kau lihat ke bawah

Pasti kau lihat aku
masih terpaku di sini 
dengan misi dan visi
yang tidak aku solusi
Kau sangka aku 
masih sama
tanpa revolusi.

Benar sekali
Sikit pun tidak ku nafi.

Aku masih berdiri di sini.

Oh tidak.
Aku hampir tersungkur.

Buat kamu.

Rusydee, 19 Safar 1432,
Selamat Tinggal. Wassalam.

14 January 2011

10 Jawapan Pada Puisi "Gersang"

 selepas

 sebelum yakni dalam proses

Assalamualaikum wbt.

Aku tertarik untuk mereply sebuah puisi hamba Allah ni. Tajuknya "Gersang". Aku pun tak tahu gersang itu direfer pada apa. Tanah yang gersang ke atau nafsu yang gersang ke. Aku memang kurang pasti. Aku nak cuba tafsir bi al-ra'y ( tafsir dengan akal ) apa maksudnya. Ala..macam Antologi Anak Laut Spm dulu2 tu. Mari kita analisis. Aku nak cuba jawab seolah-olah puisi ini dituju untuk aku.

Gersang
Jawapan: Kalau gersang, ambillah air sembahyang.

Sudah ku perhati dalam diam,
Sudah ku lihat dengan perasaan yang sakit,
Kau bakal tersungkur lagi,
Jawapan: Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi rasanya kali ni tetap berdiri.

Katanya kau tidak tenang,
Kerana belum berpasangan lagi,
Kan aku sudah bilang,
Tenanglah bersama Ilahi,
Jawapan: Setuju, kalau nak tenang kena hidup bersama denganNya selalu. Tapi, bukan soal tak ada pasangan lagi yang tidak menenangkan hati tu. Tapi persoalannya, adakah pasangan yang kita bakal dapat tu boleh menenangkan hati? Susahnya nak beri kepercayaan pada perempuan sekarang ni. Oh prejudis plak. Tak baikk punyaaa.

Yang kau tagih yang cantik,
Yang kau tagih yang comel molek,
Yang kau dekat-dekati yang pandai bermanja-manja,
Yang kau layan-layani yang memang suka dilayan-layani,
Jawapan: Actually ni pernyataan yang tidak tepat sama sekali. Aku memang suka tengok yang cantik-cantik, yang molek2, yang manja2. Tetapi, bukan bermakna aku hanya suka golongan terbabit. Tidak sama sekali, yang sebenarnya aku tak kisah semua ni. Kamu ingat aku cerewet, tapi sebenarnya aku hanya berhati-hati. Kenyataannya, adakah yang cantik2 dan manja2 itu suka dekat aku? Of course la tak. Kalau ngorat pun memang takkan dapat punya lah. Gua leh konpem sama lu. Memang tarak bolehh punyaaa..Aku hanya suka tengok, tapi aku tak suka tak sedar diri sendiri. Aku masih sedar diri ok.

Apa yang kau kejar sebenarnya?
Sampai bila hujungnya?
Apakah suka mengulang kisah lama?
Jawapan: Aku tak suka kisah lama. Jangan kau ungkit kisah lama. Kisah lama, sila nyah.

Bila ku kata islam ada jalannya,
Yang kau ambil hanya yang kau suka,
Yang kau tinggal hanya yang kau rasa selesa,
Maka kau akan tersungkur lagi,
Jawapan: Ini tidak berkaitan sama sekali dengan aku. Malah, tidak bertepatan sama sekali.

Silakanlah tidak tenang kalau memang itu yang kau mahu,
Silakanlah menjadi gersang kalau itu lah pilihanmu,
Silakanlah terus bermain hingga tak dapat keluar dari permainan,
Silakan, silakan, sudah ku ingatkan...
Jawapan: Jika kau rasa aku tengah bermain-main, sebenarnya aku telah lama kalah dalam permainan. Nickname aku pun "Tunduk Mengalah".

Satu ku pinta, jangan kau tersungkur lagi,
Kerana aku adalah orang yang mementingkan diri,
Tatkala kau tersungkur hatiku jadi hancur,
Ya, aku benar-benar mementingkan diri..
Jawapan: Bagus, aku suka sikap kau ni. Jika aku jatuh tersungkur tersepak batu masa berlari2 nak beli pisang goreng pun, kau tetap kena makan nasik. Jangan tak makan plak.


Rusydee, 9 Safar 1432,
Selamat Tinggal. Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...