Blog Selamat Tinggal
Showing posts with label matilah rusydee artz. Show all posts
Showing posts with label matilah rusydee artz. Show all posts

09 December 2012

33 Demi Allah ?

(klik utk besarkan)
Salam wbt.

Saya tulis banyak pun tak guna. Selama hari ini kita hidup, kita lakukan sesuatu demi siapa sebenarnya? Kita belajar sedari kecil pergi ke sekolah hinggalah ke menara gading, kita buat demi siapa? Demi kita? Demi ibu bapa? Kemudian kita cari jodoh, kita jumpa jodoh, kita kahwin, kita dapat anak, kita buat demi siapa? Demi kebahagiaan kita dan kepentingan diri kita? Kita usaha sini sana cari kerja, buat kerja, dapatkan kerja, hinggalah berjaya, demi apa kita kerja? Demi dapat duit, demi senang, demi kemewahan diri? Kita buat jasa pada orang, kita tabur budi pada orang susah, kita derma sana sini, kita perjuangkan hak orang ramai sehingga ke peringkat tertinggi, demi apa kita buat semua tu? Demi pujian dan sanjungan? Demi pangkat dan status?

Anda boleh jawab sendiri demi apa. Usahlah hipokrit mengatakan anda buat selama ini demi Allah. Sejak kecil lagi buat demi Allah? Anda jujurlah pada diri sendiri. Jawab pada diri sendiri. Bukan pada saya. Saya tidak perlu sukzon pada anda pun, sebab saya pun baru sedar demi siapa sepatutnya saya buat sesuatu.

Apa yang kita dah buat demi Allah dengan seikhlas hati?
Apa yang anda dah buat demi Allah dengan sesungguhnya hati?

"Apa yang telah aku korbankan demi Allah dengan sepenuh-penuh pengorbanan?"

Tanyalah diri sendiri.

Selamat tinggal.
Wassalam.
Rusydee Artz,
25 Muharram 1434 H.

23 November 2011

11 Antara Ingat dan Tak Ingat

klik tuk besarkan

Agak lama saya tak update blog, hampir seminggu. Seperti biasa belog ni akan update ringkas2 je. Sebab saya tahu ramai tak suka baca panjang2.

Ada seorang ulama bernama Syeikh Hamid al-Hallaf telah berkata:

"Orang yang sering mengingati akan mati, orang itu akan dimuliakan dengan tiga hal; iaitu orang itu akan segera untuk bertaubat atas segala dosa-dosanya. Orang itu akan menerima rezeki pemberian Allah SWT kepadanya seadanya serta bersyukur dengan apa yang dia ada. Orang itu juga insyaAllah akan diberi kekuatan dan kerajinan dalam beribadah."

"Orang yang lalai dalam mengingati akan kematian pula akan diseksa dengan tiga perkara; orang itu akan sering terlupa untuk bertaubat yakni tidak bersedia untuk bertaubat dan bertangguh-tangguh. Orang itu akan rasa tidak puas dengan apa yang dia ada dan tidak menerima rezeki pemberian Allah seadanya. Orang itu juga akan ditimpa penyakit malas untuk beribadah." 
[Ini bukan hadis, hanya kata-kata penuh hikmah seorang yang alim. saya dah cuba selidiki tentang ulama ni tapi tak berjumpa infonya. saya berminat nak tahu siapa ulama ini. sila tolong saya cari info tentang beliau ya. syukran]

Jadi kita tahu sekarang kenapa kita susah nak bertaubat, jenis tak bersyukur dan tak puas dengan apa yang kita dapat dan malas beribadah. Ya, inilah sebabnya. Kita ni jenis tak ingat kita akan mati bila-bila masa. Orang yang paling bijak adalah orang yang bersedia menghadapi mati dengan persediaan amalan dan ibadah yang baik. Orang yang menggapai satu tingkatan paling tinggi dalam masyarakatnya atau mempunyai IQ yang genius sekalipun tidak mampu menandingi orang yang ingat mati dan bersedia ke arah itu.

"...mungkin hari ini atau esok aku akan meninggal..Allah..persediaan tak cukup lagi.."


26 Dzulhijjah 1432 H,
Rusydee Artz,
Selamat Tinggal.
Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...