Blog Selamat Tinggal

27 December 2013

44 Adakah Aku Barang Second Hand?


Salam. Bersua lagi.


Saya melihat ke dalam diri sendiri. Belum kepada orang lain. Terasa rendah diri. Terasa hina. Dosa sudah tentu banyak sekali. Makin bertambah umur, dosa pun bertambah jua. Manusia dengan dosa adalah manusia yang kotor. Dengan kata mudah, diri ini bukan orang suci. Terpalit noda. Tersalut kaca dosa.

Beruntunglah orang-orang yang terjaga sedari kecil hingga dewasa. Rare. Tapi saya percaya memang ada di luar sana. Mantap ayahanda bondanya mendidik. Mungkin mantap penjagaan dirinya sendiri. Terjaga tanpa tiada peristiwa silam yang melibatkan dosa sebesar dunia.

Namun kita, orang-orang biasa. Tidak setinggi iman mereka. Yang pernah hanyut dengan bermacam dugaan dan kesalahan diri sendiri. Kekadang kita jadi begitu kerana persekitaran. Kekadang kita jadi begitu kerana diri yang memberontak inginkan keseronokan masa muda dan kebebasan. Kekadang kita dianiayai orang. Kekadang kita yang menzalimi diri atas dasar turutkan perasaan.

Pengalaman.

Apapun yang pernah terjadi, kita memang pernah berdosa. Atau masih sedang membuat dosa. Sengaja membiarkannya saja. Tanpa mahu beranjak dari tempat kotor yang sama.

Kesiannya diri kita yang sebenar. Menjerit di dalam.

Diri yang palsu di luar berjaya saiko kita habis-habisan.

"Buatlah dosa, buatlah noda. Muda. Gila-gila. Nikmati dunia."

***

Pernah ada masa lalu yang gelap? Atau masa kini yang suram?

Kalau namanya remaja, masalah pertama sekali adalah cinta. Ah, cinta lagi. Isu cinta lagi. 

"Asyik-asyik cinta! Cinta bukan isu ummah tau?!"

Cinta adalah isu ummah. Remaja sedari dulu hingga kini, hanyut dengan definisi cinta sendiri. Cinta yang salah di sisi agama. Cinta asalnya fitrah. Akhirnya bertukar fitnah kerana tersalur di jalan yang salah.

Bukan setakat yang jahil terperosok di dalamnya bahkan yang belajar ilmu agama juga terheret sama. Besar kan masalah ini?


Kerana cinta yang salah, berapa ramai yang telah terlanjur? Sama ada ringan-ringan atau berat-berat. Dosa tetaplah dosa. Sama ada ianya dosa dari titik hitam di hati atau zina mata, tangan dan hati. Dosa tetap dah tercatat dalam buku amalan diri.

Persoalannya, adakah kita boleh melabel seseorang yang telah buat dosa seperti ini sebagai barang second hand. Barangan terpakai? Ya lah, sudah disentuh, sudah diraba, sudah dipegang-pegang, sudah dicium dipeluk dan apa-apa saja lagi. Si pelaku (lelaki) yang rosakkan juga adalah cap ayam. Murahan dan tiada maruah. Begitu jua dengan yang diperlakukan dan merelakan (perempuan). Tiada cop dikenakan pada hanya sebelah pihak. Kedua-duanya sekali bersalah dalam hal ini.

Adakah aku barangan terpakai?

Ya. Jika tidak bertaubat.

Jika sudah bertaubat? 

Jika sudah taubat Nasuha (bersungguh-sungguh insaf tiada lagi siaran ulangan dosa), maka tiada lagi label barangan terpakai atau buangan. Bahkan kamu adalah bidadara dan bidadari dunia akhirat kembali. Suci seperti bayi. Macam baru keluar dari kilang. Fresh. Tanpa dosa dan noda. 

Firman Allah dalam Surah al-Tahrim ayat 8:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ ۖ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu".

Allahurabbi!


Lihatlah betapa Maha Pengasihani Tuhan kita. Dosa kita sehitam bawah kuali pun bisa terhapus. Sudi dihapuskan. Malahan disucikan kembali oleh-Nya.

Kotormu kerana kesilapan diri sendiri.
Allah jualah yang mensucikanmu kembali!
 Tiada label pendosa, malahan dijanji Syurga!

Tidak gembirakah lagi dengan berita ini wahai jiwa-jiwa yang sedang berdosa? 
Apa lagi yang kamu tunggu, taubat Nasuhalah bersih jiwamu!

Persetankan pada kenangan lalu. Tuju saja masa depan nun Syurga di depanmu.
Yang sudah tu sudah. Jadikan pengajaran dan pendidikan.
Agar tidak berulang.
Agar tidak songsang lagi jalan kehidupan.

Syurga dan Neraka tidak pernah memilih kita.
Tetapi kitalah yang memilih mereka. - Aira Safiyya
***

Masalah umat yang seterusnya adalah solat. Isu ini akan disentuh dalam entri akan datang.
Sebab mana ada orang nak baca panjang-panjang kan?

Akhir sekali, suka saya tutup entri ini dengan kata-kata ulung hikmah,

"Jika kalian melakukan dosa sehingga dosa kalian sampai ke matahari, kemudian kalian bertaubat, nescaya Allah akan mengampuni kalian." (Abu Hurairah)

Andai Nabi Muhammad s.a.w. bersolat bersyukur dengan kurnia-Nya sehingga pecah-pecah tumit kaki Baginda, mengapa tidak kita menangis bersolat malam hingga keluar air mata duka? Atau bengkak-bengkak mata mahupun sembap muka berjaga.

Ironinya masih, kita tembam dan sembap muka kerana tidur lena terlalu lama.

Rusydee Artz,
24 Safar 1435H,
Selamat Tinggal.

44 comments:

  1. Anonymous6:40 AM

    T_T

    ReplyDelete
  2. Ma ma'na aira safiyya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama seorang penulis yang saya kenali :) so talented.

      Delete
  3. Kerana kita manusia, insan (maksudnya mudah lupa) ...mudah lupa pada tuhan....
    Mudah lupa untuk mengingati DIA ...
    Mudah lupa dalam arus dunia yang penuh godaan...
    Kerna itu Kita semua adalah pendosa melainkan nabi sahaja yang maksum...

    Suka saya titipkan sebuah hadis , dari Abu Ayyub al- Ansari berkata ketika beliau nazak, beliau menyatakan 'aku menyembunyikan daripada kalian sesuatu yang aku dengar daripada Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam Baginda bersabda: "Seandainya kalian tidak berdosa, sudah pasti Allah subhanahu wa ta'ala akan menciptakan satu kaum yang berdosa, lalu DIA mengampuni mereka."'. (HR Muslim).

    Maha Baiknya Tuhan, DIA rindu dan amat suka mendengar rintihan, aduan, tangisan hamba2Nya yang kembali pada DIa....

    Walau berulang kali mengulangi kesilapan yang sama serupa namun ampunanNya tiada pernah bertepi....

    Astaghfirullahal'azim hati bertasbih dalam diam, dalam keramaian hatta dimana jua kita berada....

    Kembali pada fitrah insani~

    Sekalulah kita

    ReplyDelete
  4. Kalau nak tambah banyak lagi ni...:)
    Sekadar melengkapi...
    Sama memperingati....

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian saudara SMK.
    Sangat2 bermanfaat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama..hanya cebisan kata2 biasa2 saja.

      Delete
  6. Saya juga masih bersalut kaca dosa.insha allah masin menuju jln keredhaannya.thanks sharing..slm jumaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga Allah bantu mudahkan penghijrahan dan keampunan. Amin. :)

      Delete
  7. Subhanallah, tidak bisa lagi tangguhkan taubat. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak usah bertangguh lagi. Mati pun kita tak tahu bila kan? :'(

      Delete
  8. Terima kasih entri yang menarik...^_^

    ReplyDelete
  9. Anonymous11:13 AM

    Jika seseorang itu melakukan dosa kemudian dia bertaubat kemudian dia kembali melakukan dosa itu secara sengaja....kemudian dia bertaubat....kemudian dia kembali dengan dosanya secara sengaja...secara berulang kali.....apa yang harus dilakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sentiasa perbaharui taubat setiap kali lakukan dosa adalah lebih baik dari tidak bertaubat langsung.

      Kurangkan sedikit demi sedikit dosa berulang tu, minta pada Allah kekuatan utk kita jadi lebih baik. Insya-Allah ada jalannya.

      Delete
  10. Anonymous4:51 PM

    BismiLlah...teringat intipati yang org dpt sepanjang seminar untuk kita pendosa oleh Saudara Hilal Asyraf last week... Suka bentuk muhasabah begini.. Hanya yang punya kisah silam yg tersendiri sahaja yang mampu rasa dan faham... On top off all.. yeah... Allah Maha Luas Rahmat-Nya... Lagi Maha Pengampun... JazakaLlahu Khoir akh Rusydee.. Moga Allah berkati usaha baik enta... Keep up d spirit & d gud work!

    ReplyDelete
  11. Ramai orang berada diri kotor, tetapi taknak cuba cuci :)
    Macam malas nak mandi gakla.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum...akhi rusydi, syukran di atas peringatan ini :) semoga diri saya, hati saya terkesan dengan apa yg akhi garapkan di sini kerana saya akui kadang kalanya saya lagha dgn hal duniawi.

    btw akhi rusydi, sy nak tanya 1 soalan. adakah dibenarkan kita bercouple kerana masing-masing (lelaki n perempuan) telah memasang niat untuk berkahwin pada masa yang telah dirancang? misalnya, kita bercouple masa sekolah menengah/masa belajar di universiti dan menyimpan niat untuk berkahwin selepas tamat belajar. saya bertanya kerana wujud keadaan seperti ini.

    ReplyDelete
  13. Anonymous10:02 PM

    Masya Allah..la quwwata illa billah... T_T semoga siapa pun yg baca isi post kali ini akan berusaha kembali bertaubat kpd Allah dari segala jenis dosa...walaubagaimanapun kita pernah bermula, semoga dgn belas kasihNya, Allah bantu kita bagaimana utk berakhir dgn husnul khotimah....hanya dengan taubat&pengharapan pendosa merasa dia diampunkan Yang Maha Mengampunkan dosa...Allahu...T_T Astaghfirullahal’adzim...Astaghfirullahal’adzim lil mukminina walmukminat,muslimina walmuslimat...
    Allahumma innaka afuwun karim tuhibbu afwa fa'kfu anna..
    La ilaha illallah Muhammadurrasulullah.
    Barakallahu fik ya akhi Muhammad Rusydi..
    Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad kama solai ta'ala sayyidina Ibrahim wa 'ala sayyidina Ibrahim, wabarik 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad kama barak ta'ala sayyidina Ibrahim wa 'ala sayyidina Ibrahim fil 'alamin na-innaka hamidun majid....Amin Ya Allah..Amin Ya Ghafur..Amin Ya Ghaffar..Amin Ya Afuww... Amin...

    ReplyDelete
  14. Anonymous12:32 AM

    Terima kasih untuk entri ini. Sangat-sangat memberi kesedaran & semangat. Alhamdulillah. :')

    ReplyDelete
  15. entri yang sangat menarik. tq

    ReplyDelete
  16. Anonymous2:45 PM

    Assalamualaikum. Tertarik dengan artikel saudara. Saya tidak tahu nak kata apa. Bagi saya isinya begitu lengkap. Mustahil rasanya ada wujudnya insan yang tidak di 'Second Hand'. Moga saudara tidak jemu mengeluarkan artikel dan ayat-ayat Al-Quran yang selalu saudara kongsikan. Bagi saya, siapa lah kita yang mahu menidakkan kata-kata Allah. Kata-kata Allah semuanya sudah tertulis di dalam Al-Quran. Cuma kita sahaja mahu mengikut atau meninggalkannya.

    ReplyDelete
  17. best...bermanfaat dan memberi semangat...tiada yang sempurna dan tidak melakukan kesalahan...saya sendiri insan pendosa yang sering lupa diri,...harap dapat terus membaca entri yg lain... :)

    ReplyDelete
  18. ..assalamualaikum,tumpang lalu..alhamdulillah,entry yg sgt menarik!
    moh pakat beli tudung bawal labuh di sini..^_^ http://ordinarymuslimstyle.blogspot.com

    ReplyDelete
  19. artikel yang sangat best.....

    saya tanya sikit, saya merupakan pelajar sekolah menegah kebangsaan dan memegang beberapa jawatan penting di sekolah. Disebabkan saya merupakan pemimpin di sekolah tersebut, saya sering didekati oleh perempuan yang macam kerenah, ada dikalangannya yg suka bersifat manja, melawak, mengada2 malah mengedik-gedik.

    saya dh cuba utk elakkan dari berzina mata dan hati tetapi susah sangat nak istiqamah dlm mujahadah.

    ~abg rusyde tolong bagi sikit tips nk jaga hati dan mata.saya pun takut juga dengan neraka. TQ. :)

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum saudara Rusyde.... Saya mohon maaf kerana menggunakan gambar karya saudara sebagai profile di FB.... saya belum minta kebenaran saudara ...dan gambar itu membawa saya ke blog ni dan menambahkan lagi ilmu kepada saya.....saya memang suka sangat karya2 saudara.... gambar yang saya guna..gambar seorang gadis sedang membaca buku di bawah pokok .... kata2 berkisarkan ujian dari Allah s.w.t.....saya harap saudara izinkan..terima kasih... :)


    ReplyDelete
  21. *tear drops*
    ALLAHURABBI..

    ReplyDelete
  22. Anonymous9:07 PM

    Benar. 'Beruntunglah orang-orang yang terjaga sedari kecil hingga dewasa'.
    Bagi yang tidak, percayalah manisnya akan lebih terasa sekiranya anda berjumpa hidayah tersebut setelah melalui pelbagai pahit getir semasa dalam perjalanan anda. Sifat menghargai itu juga lebih kerana anda tahu betapa sukarnya untuk anda berada di tempat anda sekarang. Ya, mungkin perjalanan itu mengambil masa yang agak lama namun in shaa Allah, ianya akan berkekalan.

    ReplyDelete
  23. Anonymous8:36 AM

    alhamdulillah... terbaca entri ni, beri peringatan buat sye. terima kasih daun keladi, bile2 bace lg

    ReplyDelete
  24. article yg penuh makna..

    ReplyDelete
  25. Anonymous1:54 PM

    mabruk ailaik,,truskan berdakwah
    semoga ap yang ditulis seiiring dengan perlakuan..
    salam persaudaraan :)

    ReplyDelete
  26. Anonymous5:53 PM

    Menusuk di jiwa. Allahu. :') semoga Allah mengampuni dosa dosa kita.

    ReplyDelete
  27. Anonymous1:55 AM

    menusuk ke jantung... nak menangis rasanya... T_T

    ReplyDelete
  28. Cinta adalah isu ummah. Totally.

    Terima kasih bro. Terima kasih.
    Semoga Allah redha.

    ReplyDelete
  29. Anonymous10:11 PM

    Assalamualaikum..saya Nk tnya..
    Ad si fulan ni dia memakan suatu jenis mknn yg sgt sedap..lps tuu ditnya la si fulan ni kpd tkg masak yg mmsak mknn yg dimknnya...ap yg dijwb tkg masak itu ialah mknn itu mngandungi arak untuk dibuat kuah..si fulan ni istighfar laa byk2..kmudian azan magrib berkumandang...dia pun tunaikan kwajipan dia sbgai owg islam...soalan saya adkh solat magrib dia 2 dterima allah swt stelah dia istighfar byk2 n dia bertaubat x maw mkn g dah mknn tuu?��

    ReplyDelete
  30. Anonymous12:47 AM

    So dia kna qadakan solat dia ke?emm betul ke kalau kita mkn ssuatu yg hram ibadah kita x dterima selama 44 hri?

    ReplyDelete
  31. Allah...thanks abg bikai,awak buat saya bersemangat semula.

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum...blh tak izinkan saya share... utk usrah.. in sha Allah nama dan pemiliknya sya akan bagi tahu... izinkan sya share ye..sbb bnyk ilmu nya... utk mereka yg ingin berhijrah.. jazakallahu jannag

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...