Salam. Lama tak jumpa. Sekali jumpa, berbulan-bulan. Kemudian diam lagi dan lagi.
Maaf.
Dari Hisyam bin Urwah, dari bapanya, dari Saidatina Aisyah r.a. berkata, "Sesungguhnya Sayyidina Abu Bakar r.a. telah di ambang ajalnya, beliau pun menangis dan melantunkan syair ini:
Demi Tuhan, tiada berguna bagi seseorang kemewahannya.Jika suatu hari dicabut nyawanya dan menyempit dadanya.
Dari riwayat Abdul Razzaq, beliau bersyair:
Barangsiapa air matanya selalu menipu
Pastilah suatu saat dia akan tertumpahkan jua.
Dari Aisyah r.a., beliau berkata, "Ketika Abu Bakar r.a. menderita sakit yang merenggut nyawanya, beliau berkata, 'Periksalah hartaku! Jika ada yang bertambah sejak aku memimpin, maka serahkanlahnya kepada khalifah sesudahku."
Aisyah r.a. melanjutkan, "Ketika beliau wafat ternyata ada (harta iaitu) seorang budak (hamba) dari Nubah dan seekor unta untuk mengambil air, lalu kami mengirimkan keduanya kepada Khalifah Umar al-Khattab r.a. dan ketika sampai Umar pun menangis! Kemudian berkata, 'Semoga Allah merahmatinya, sungguh ia amat sangat melelahkan orang yang sesudahnya." ( Riwayat Ibnu Abi Syaibah )
Sampai begitu sekali seorang khalifah yang hebat. Kita sedia maklum sahabat-sahabat Nabi s.a.w. adalah mereka yang kuat solat dan bertaubat. Itu bab harta. Apatah lagi bab dosa. Lagi-lagi mereka prihatin.
Bagaimana pula kita waktu kita meninggal kelak? Bab dosa pun tidak lepas. Apatah lagi bab harta.
Terlalu banyak dosa.
Adakah cukup dengan bertaubat sekali sahaja? Memadaikah?
Adakah kita yakin dengan kita bertaubat sekali itu Allah terus menerimanya?
Sungguh mudahlah begitu.
Buat dosa bertubi-tubi.
Lalu sujud taubat sekali.
Yakin itulah taubat Nasuha.
Yakin Allah terus terima.
Sepatutnya,
Buat dosa bertubi-tubi.
Taubatnya juga berterusan. Ya, sampai mati.
**
Baru-baru ini, seorang kawan yang sudah bernikah mengadu.
Dulu, beliau pernah ada teman wanita. Bukan seorang dua. Namun, beliau akhirnya bernikah dengan orang lain. Keluh beliau;
Mengapa sampai selepas nikah pun, masih tersisa rindu pada yang dulu? Sedangkan waktu dulu, rindu itu bergelumang dengan maksiat semata. Cinta yang buat alpa pada tanggungjawab pada Tuhan. Terasa indah, seronok. Walhal, hakikatnya ibarat makan roti sandwich yang di dalamnya berinti jem busuk. Luarannya nampak sedap. Di dalamnya rasa mual.
Berlainan sekali dengan yang sudah halal di depan mata.
Rasa rindu teringat pada yang dulu, teringatlah jua pada maksiat yang lalu. Seterusnya, rasa bersalah pada si isteri.
**
Termenung sendirian memikirkan keluhan kawan.
Bila terasa rindu, maka bertaubatlah selalu. Mohon ampun berterusan setiap malammu. Setiap sujudmu.
Biar air mata yang menitis lebih banyak dari dosa-dosa lepas itu. Inilah yang setiap pendosa berpacaran sebelum nikah akan rasakan. Rasa bersalah, menyesal yang dibawa sampai ke akhir hayat.
"Kalaulah aku tidak bercinta dulu-dulu..."
Jika tak mahu menyesal dan rasa bersalah seperti ini, maka tolong jangan mulakan. Biarlah rasa forever alone pun tengok orang lain ada pacar. Janji, kita bersih dari dosa yang melekat lama ni.
Ingat. Dosa cinta lama jika tidak ditaubati, pasti menyusahkan kita bila kita di ambang kematian.
Sungguh, memang sukar untuk memadamkan rindu pada seseorang.
Tapi lebih sukar lagi memadamkan dosa kita dengan Tuhan. Apatah lagi jika bercinta dan buat dosa pada orang. Mungkin buat orang tu terluka. Mungkin buat orang tu tak nikah seumur hidupnya. Mungkin dah buat seseorang itu rasa kotor maruah dan kehormatannya.
Kita nak ucap selamat tinggal pada dunia ni dengan hati yang tenang. Nak malaikat maut ambil nyawa pun dengan senang. Tapi jika benda-benda ini yang kita rasa remeh ini kita biarkan tidak selesai tanpa taubat dan permohonan maaf, bayangkanlah roh kita nak keluar dari jasad ya Allah seksanya.
Jika seorang mukmin yang soleh meninggal, maka menangislah bumi dan langit. Tapi jika seorang yang ingkar arahan Allah, firman-Nya,
فَمَا بَكَتْ عَلَيْهِمُ السَّمَاءُ وَالْأَرْضُ وَمَا كَانُوا مُنظَرِينَ
"Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka dan merekapun tidak diberi tangguh."
(Surah al-Dukhan:29) |
Jadi, bila teringat-ingat seseorang sebelum waktu.Terus taubat untuk padamkan rindu.Doakan kamu dan dia dalam jagaan Allah selalu."Biar kami disatukan dalam reda-Mu."
Kekang nafsu.
Puasa.
Puasa.
Bertahan.
Selamat Tinggal,
Rusydee Artz.
16 Safar 1435
thanks for sharing and remind me...
ReplyDeletesama-sama :)
DeleteLama x berupdate,tapi masih dlm senarai bloglist saya.nice sharing..suka baca entry dlm blog ni.
ReplyDeletewah..ya ke..terima kasih :) entri saya ni taklah bermanfaat sgt..hambar sahaja..ambillah mana2 part yg molek dirasakan
Deleteinshaallah. .
ReplyDeleteinsya-Allah. Allahumma amin. Moga kita jadi lebih baik.
Deletealhamdulillah, jazakallahukhoir. rindu juga blogpost di sini... no doubts :D
ReplyDeleterindu ke? kena padamkan juga rindu pada blog ni tu :D
Deleteaiwah. lama tunggu akhirnyaaa. hati ini dibasuh semula.
ReplyDeletealhamdulillah. semua kembali pada Allah.
Deleteassalamualaikum...walaupon akhi rusydi jarang update blog, tp dekat FB, akhi rusydi slalu share byk bnda yg best. daebak! :D terima kasih byk2 sbb slalu bg reminder pd sy n pd orang lain yg follow akhi rusydi. smoga sy, akhi rusydi n orang lain terus kuat dan sabar hadapi dgaan dr Allah :)
ReplyDeletesaya lebih suka dan tenang di blog :)
Deleteterima kasih rusydee art sebab mengingatkan saya
ReplyDeletesama-sama. just utk mengingatkan diri sendiri.
Deletesedih .
ReplyDeletela tahzan :)
Deletesyukran akhi, really touched ~
ReplyDeleteAllah-lah yang menyentuh hati :)
Deletealhamdulillah, Allah masih beri kita ruang utk bernafas...sesekali trpikir gk mengapa Allah masih hidupkan kita hingga hari ini...mungkin kerna banyaknya dosa kita, dan Dia bg kita ruang utk bertaubat...tq abg rusydi sbb salu mengingatkan :')
ReplyDeleteSelagi ada waktu, selagi itu usah putus asa nama-Nya kita seru.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebegitu parah bercinta sebelum masanya . moga dijauhkan .
Deleteentry yang penuh ibrahnya .
bertaubat setiap masa bila terdetik rasa khilaf kepada DIA dihati .
Allahu , nice sharing SMF . jazakallah
Moga dijauhkan :) amin
Deletesemua entry dekat blog ni molek2 and bagus2 semua and sesuai utk saya yang tgh terumbang-ambing dalam koreksi diri,yg tgh di lema dalam mensolehahkan diri kerana saya takut sy tak mampu untuk istiqamah.alhamdulillah,saya dah baca semua entry encik @rusydee,tahniah dan jutaan terima kasih for sharing ilmu2 ini.
ReplyDeleteNice one. Keep it up sedara. May Allah bless and ease everything. :)
ReplyDeletethanks for sharing.
ReplyDeleteu just woke me up may allah bless u.
Allahurabbi, tersentuh hati saya. Mengingatkan dosa lalu, diri ini sangatlah terasa hina. Jazakallah atas perkongsian ini. Moga saya terus istiqamah mencari redha-Nya.
ReplyDeleteWalaupun panjang,baca sampai habis.Alhamdulillah..perkongsian yang baik.terima kasih.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. :) Insya Allah.., tulisan2 akhi ini adalah pengisian yg bagus sbg peringatan bagi setiap yg dapat membacanya ya akhi.. barakallahu fik ya Akhi Muhammad Rusydi...Astaghfirullahal’adzim...Astaghfirullahal’adzim lil mukminina walmukminat,muslimina walmuslimat... Allahumma innaka afuwun karim tuhibbu afwa fa'kfu anna..wala haula wala quwata illa billah..
ReplyDeleteAllahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad.... Amin Ya Allah..Amin Ya Ghafur..Amin Ya Ghaffar...Amin Ya Afuww..
Salam Cg.Rusydee.. Makasih dgn artikel ini.. Sbnrnya sya sedang mngalami situasi diatas.. Allahu rabbi.. Sya sentiasa bingung mcm mn utk padamkan rindu itu.. Sya ingin tinggalkan dia sebab tak mahu trus melakukan kemungkaran.. Sya sentiasa berharap agar Allah sentiasa bgi sya smngat dan tidak meninggalkan sya.. Setiap hari sya menangiss.. Sya sentiasa berharap sya mnangis utk Allah bukan utk dia.. Sbb mungkin dia org pertama yg sya suka stlah sekian lama sya forever alone dri sekolah rendah.. Sekolah menengah.. Di institut pendidikan guru shingga sya bekerja jdi chekgu.. Sya betul2 tak thu dia tu skdr ujian utk sya atau hadiah untk sya.. Sya ingin menikah dgn dia.. Tpi dia telah terikat dgn gadis lain.. Sya masih hairan knpa dia masih lgi mencari sya trus menerus sdgkan gadis itu lebih baik dri sya.. Ya Allah.. Teringin ja rasanya nak pegi jauh dri Malaysia spya dia tak ganggu sya truss.. Setiap malam sya qiamulail.. Tpi blum reda perasaan syaa.. Mungkn masih ada kurang disini sana ttg qiam syaaa.. Cg.Rusydee.. Doakan sya yaa.. Huuu.. T_T
ReplyDeletenamun rindu yang ada boleh juga diketepikan tetapi dosa yang ada (walaupun diri ini juga mangsa) tak mungkin mendapat keampunan selagi yang punya diri enggan bersuara... #kakmar
ReplyDeleteBukan mudah, ya bukan mudah, T_T, "Perasaan paling teruk adalah apabila kita tahu ianya salah di sisi Allah tapi kita teruskan juga"...saban hari ada...T_T, moga hari yg mendatang kita semua jadi lebih baik, Insya Allah. Terima Kasih
ReplyDeleterindu pd yg xhalal dan yg blum pasti itu,hanya meletihkan fikiran dan emosi... T_T...erm~... btw, n3 encik syabab memey thorrbaek~ n_n
ReplyDeleteAlhamdulillah . pengisian jiwa :') Allahu Akhbar
ReplyDeleteteardrop....Allahhuu
ReplyDeletebacaan ini penguat hati,
ReplyDelete:)
ReplyDeletedalam perjalanan mencari yang halal, ingatlah selalu,, biarlah ikut jalan yang Dia redha, insyaAllah semua akan diatur dengan redhaNYa. semoga Allah pelihara hati kita semua untuk yang halal.. Amin.
ReplyDeletePenulisan yg paling terkesan buat sy ketika ini..sbb sy pun sdg bermujahadah utk buang perasaan rindu pd manusia supya x mendpat kemurkaan Allah..syukran ats peringatan..suka last word,sbb inspired on me :)
ReplyDeletesyukran akhi rusydi... peringatan yg sgt mmberi kesan pd sy... Allahurabbi... :'(
ReplyDelete
ReplyDeleteJadi, bila teringat-ingat seseorang sebelum waktu.
Terus taubat untuk padamkan rindu.
Doakan kamu dan dia dalam jagaan Allah selalu.
"Biar kami disatukan dalam reda-Mu."
x jumpa button follow nk follow.. hehe
ReplyDelete^_^ ingatan buat hamba2nye..
ReplyDeleteMemadamkan rindu itu membuat saya tak kuasa. :(
ReplyDeleteWisata Kuliner Peluang Usaha Teknologi Dunia
Rindu itu adalah hal yang tak membuat setiap insan terpelonga dan berbinar2 akanya..
ReplyDeleteApalgi teringat rindu saat liburan!
Tips Liburan Murah Rumah Gadget
Memulainya itu mudah banget, tapi memadamkannya itu lho yang susah. :)
ReplyDelete