klik utk besarkan
Assalamualaikum wbt.
Kali ini entri tentang kelebihan-kelebihan ke masjid. Penulis tak mahu berceloteh panjang. Sekadar mengutip hadis-hadis berkaitan dengan bestnya pergi ke masjid dan disenaraikan kembali di sini untuk bacaan.
Baik, mula!
1. Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang pergi ke masjid pada waktu pagi dan petang, Allah akan menyediakan satu hidangan baginya. Hidangan itu adalah yang biasa diberikan kepada tetamu-tetamu Syurga. Hidangan itu adalah hadiah kepadanya kerana pergi ke masjid pada waktu pagi dan petang." ( HR Bukhari dan Muslim )
2. Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah SAW pernah berkata, "Sesiapa yang membersihkan dirinya daripada najis dan kotoran di rumahnya, kemudian beliau pergi ke masjid bagi menunaikan salah satu daripada sembahyang lima waktu, maka Allah memberikan ganjaran bagi setiap langkahnya menuju ke masjid itu. Setiap satu langkah menghapuskan satu dosa kecil yang pernah dilakukan dan dinaikkan satu darjat." ( HR Muslim )
3. Ubay bin Kaab melaporkan, "Terdapat seorang Ansar. Rupa-rupanya, rumahnya adalah rumah yang paling jauh dari masjid. Namun demikian, beliau tidak pernah terlewat bersolat di masjid. Setiap waktu solat dia pasti sempat menunaikannya bersama jemaah lain. Ada orang mengatakan kepadanya, "Bukankah lebih baik apabila saudara memiliki keldai? Saudara dapat jadikannya sebagai kenderaan apabila berjalan pada waktu malam gelap dan pada waktu siang yang panas terik?' Namun lelaki Ansar tadi menjawab, 'Saya tidak suka apabila rumah saya berhampiran dengan masjid. Sebenarnya saya mahu setiap langkah saya pergi dan pulang dari masjid itu diberi ganjaran pahala.' Apabila Rasulullah SAW mendengar kata-kata lelaki itu, Baginda lantas memberikan respon kepadanya. 'Sebenarnya Allah sudah mengumpulkan semua pahala bagi saudara bagi setiap langkah saudara itu." ( HR Muslim )
4. Abu Musa melaporkan, Rasulullah SAW berkata, "Sebenarnya pahala yang paling besar diberikan oleh Allah kepada orang yang mendirikan sembahyang adalah kepada orang yang paling jauh berjalan ke masjid. Pahala yang besar itu juga diberikan kepada orang yang duduk menunggu waktu sembahyang supaya dapat bersama-sama imam menunaikan solat fardhu. Ini adalah lebih baik daripada solat sendiri, kemudian beliau tertidur." ( HR Bukhari & Muslim )
5. Buraidah melaporkan, Rasulullah SAW bersabda, "Sampaikan berita gembira ini kepada semua orang. Mereka yang berjalan pada waktu malam gelap menuju ke masjid, diberi cahaya yang terang benderang pada Hari Kiamat kelak." ( HR Abu Daud dan Tirmidhi )
6. Abu Sa'id al-Khudri melaporkan, Rasulullah SAW bersabda, "Apabila saudara semua biasa melihat seseorang berjalan pergi dan balik dari masjid, saudara jadilah saksi bahawa beliau adalah orang yang beriman. Allah menjelaskan dalam Surah al-Taubah ayat 18 yang bermaksud, 'Orang yang memeriahkan masjid adalah orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat.' " ( HR Tirmidhi )
7. Hadis hasan riwayat Imam al-Baihaqi dari Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah SAW:
7 golongan manusia yang akan diberi naungan oleh Allah di bawah 'Arasy-Nya pada suatu hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya:
Satu - Seseorang yang hatinya penuh perhatian terhadap masjid, terpaut pada masjid
Dua - Seseorang yang diajak berzina oleh seorang perempuan yang punya kedudukan, namun ia berkata, "Aku takut akan azab Allah."
Tiga - Dua orang yang saling mencintai kerana Allah
Empat - Seseorang yang memejamkan matanya dari segala yang diharamkan oleh Allah.
Lima - Mata yang tidak tidur, berjaga sebagai tentera Islam menjaga markaz Islam.
Enam - Mata yang berjaga ketika perang melawan musuh.
Tujuh - Mata yang menangis kerana takut dan kagum terhadap kebesaran Allah.
Menurut Ibnu Hajar, yang dimaksudkan dengan hati yang terpaut pada masjid; zahirnya kalimat "mu'allaq" berasal dari kata ta'liq (terpaut/tergantung) iaitu diserupakan dengan sesuatu yang tergantung atau terkait di masjid seperti lampu, hal itu sebagai tanda hatinya selama-lamanya terpaut di masjid walaupun jasadnya berada di luar masjid. Sesuai dengan riwayat Al-Jauzaqi, "Seolah-olah hatinya tergantung di masjid". Atau kalimah "mu'allaq" itu diambil dari kalimah 'Alaqah iaitu rasa cinta yang sangat kuat, hal itu sesuai dengan riwayat Imam Ahmad dengan lafaz "mu'allaq bil masajid" (hatinya terpaut ke masjid). Demikian juga riwayat Salman ada tambahan lafaz "min hubbiha" (kerana rasa cinta). (Fathul Bari II:145)
Kesimpulannya, setelah disenaraikan hadis-hadis di atas ini, maka perlulah kita rasa teruja untuk ke masjid bermula dari saat ini.
Ayuh, kita ubah diri. Apa nak malas-malas lagi. Allah dah sediakan ganjaran lumayan tu.
Bukan lagi dalam hati ada taman.
Tapi, dalam hati ada masjid.
Ada cinta yang kuat untuk ketemu Allah di rumah-Nya.
Masjid, aku datang!
Wallahu'alam
Rusydee Artz,
Selamat Tinggal,
4 Safar 1434 H Rujukan:
"Kelebihan sembahyang: koleksi terpilih daripada kitab Riyadus Solihin" By Muzayyanah binti Abdullah eds.
Subhanallah. .
ReplyDeleteMasya-Allah <3
DeleteAlhamdulillah... Insya Allah... inilah pilihan yg tepat utk usaha2 mu yg seterusnya ya Akhi Muhammad Rusydi... warnanya cantik..sungguh pd warna2 yg Allah ciptakan bisa mendamaikan hati meskipun di atas kanvas saja... nasihat yg baik jgnlah jemu menyebarkannya..krn nnti biar sebesar zarah saja usaha itu..Allah pasti membalas dgn apa yg jauh lebih baik dari apa yg kita berikan utk agamaNya... jadi biarlah...jgn risau tak berjaya menyukakan hati manusia..kita mmg takkan dapat memuaskan hati semua org.. tapi hendaknya berjaya di sisi penilaian Allah..& hendaknya jgn gagal mengawal diri dari niat yg mula2 juga... krn apa saja yg dihitung2 kita utkNya..pasti lebih dasyat Dia menghitung kita juga..wallahu 'alam... Barakallahu fik ya akhi (^_^)
ReplyDeleteAlhamdulillah juga dapat hasilkan lukisan secebis cuma ini. :)
DeleteAlhamdulillah ya Allah......(^_^)
Deletegood job! semoga ALLAH sentiasa menetapkan hati kita pada jalan-Nya hingga saat2 terakhir kita.. amiin :)
ReplyDeleteterima kasih :) moga2 saya dapat jadi lelaki acuan masjid, amiiin :)
DeleteAmin ya Allah..Amin Ya Rahman.....
DeletePeringatan yang baik :) (Y)
ReplyDeleteMasjid adalah sebaik-baik tempat untuk mencari ketenangan.
Tak ada yang serabut pergi masjid. Even syaitan pun nak masuk masjid gak :) cuma terbakor la syaitan tu nanti..
Delete:)
DeleteMay Allah bless....terima kasih kerana saling memperingati...syukran jazilan ya akhi...Masjid sebaik2 tempat untuk berdua denganNya....wah masa tu...dating paling indah...dengan Allah Ta'ala...semoga semua para muslimin dapat mencontohi para sahabat yang sentiasa pergi masjid..boleh dikatakan muslimin acuan masjid...dan begitu juga muslimat..jadilah muslimah acuan Al-Quran...yang sentiasa dalam lindungan dan pimpinan Rab nya
ReplyDeletemacAM mana nak follow erk,jumpe ni..
ReplyDeletemohon share gambar di pesbuk ye. syukran!!
ReplyDeleteawk ditag http://music-syasya95.blogspot.com/2012/12/new-year-giveaway-by-sheera-aya.html :)folow me
ReplyDeleteSubhanaAllah :') Oleh itu , tolonglah rajinkan diri pergi ke masjid wahai lelaki dan perempuan sekalian . InshaaAllah , Allah redha ! :)
ReplyDeleteTajuk filem : Masjid Aku Datang
ReplyDeletePengarah: Rusydee Artz
Pelakon: Pengomen
Assalamualaikum ! Abang Rusydee belajar lukis ni kat mane ? cantik betul ! selalu tengok lukisan abang~ saya teringin nak jadi ilustrator !
ReplyDeletetag abang ! http://cheriteradiatasawan.blogspot.com/2012/12/giveaway-by-fyah-ahmad.html
ReplyDeletexyah joi pon xpe~
macam mana nak follow blog ni?
ReplyDeleteJazakallahu khairan katsiran :]
ReplyDeletemasyAllah
ReplyDeleteakhi bolehke ana mnta tolong buatkan blog cantik ,or benahi blog saya lama mnjdi cantik
bolehkah muslimat pergi ke masjid seperti kaum muslimin yang lain untuk solat 5 waktu sehari semalam?
ReplyDeleteBoleh, tiada masalah. Tertibnya, minta izin pd ayah/ ibu/ suami/ abg../ beritahu pd sesiapa. Nabi ada bersabda 'jika wanitamu ingin ke masjid, jgn dihalang'.
DeleteNamun, jika perjlnan ke masjid mmg mengundang kpd risiko keselamatan, barulah lebih afdhal solat di rumah.
Dibimbangi fitnah? Hari ini wanita-wanita ke sana & ke mari..panjat gunung, melancong & sebagainya, tak persoalkan pula isu fitnah? Pergi masjid pula dibimbangi fitnah? Padahal, tujuan ke masjid adalah utk solat.
Ada ulama-ulama berpendpt, yg mengatakan wanita lebih afdhal solat dirumah itu merujuk kpd zaman Nabi & sahabat. Zaman dulu mungkin berisiko. Mlm pula gelap tidak seperti dunia hari ini.
Time kasih atas info yg bermanafaat..izinkan saya share diblog sy
ReplyDeletesalam abg...sy mmg suka lukisan abg.. real sgt2. tangan abg kretif sgt2 taw... keep it up!!!!!!!!... i'allah..
ReplyDeleteSubhanallah... Semoga kita bisa mendapatkan manfaat dari artikel ini. :)
ReplyDeleteWisata Kuliner Teknologi Dunia