Blog Selamat Tinggal

10 December 2012

35 10 Kategori Wanita Yang Tidak Digalakkan Menikahinya

klik untuk besarkan

Assalamualaikum wbt.

Kali ini penulis tertarik untuk menyenaraikan 10 kategori wanita yang perlu kaum lelaki alert dalam membuat pemilihan. Namun, suka penulis ingatkan, lelaki juga ada kategori-kategori yang perlu dielakkan oleh kaum perempuan. Mungkin di lain masa, penulis akan senaraikan kategori lelaki pula. Insya-Allah.

Setelah penulis perhatikan dan baca, enam daripadanya iaitu Ananah, Mannanah, Hannanah, Barraqah, Haddaqah dan Syaddaqah dikatakan ianya hadis sebagaimana penulis temui di laman web iluvislam. Namun, sebenarnya ianya bukan hadis. Penulis semak kembali fatwa yang ada di Islamweb, dan dapati ianya pernah dinukil oleh Al-Marudi dan Imam al-Ghazali dalam Ihya' Ulumuddin. Namun Imam al-Ghazali juga menisbahkan kata-kata ini kepada mutiara kata orang-orang 'Arab. Empat lagi daripadanya juga adalah dari mutiara kata orang Arab. Walaupun ianya bukan hadis atau nas al-Quran, penulis merasakan ianya baik sekali untuk dijadikan panduan dan ingatan kepada semua wanita agar membuang jauh-jauh sifat yang sebegini buruk jika ada dalam diri masing-masing.

Baik, mari kita mulakan sekarang.

1. Wanita Ananah : Yang banyak mengeluh, mengkritik, mengomen itu dan ini. Apa yang diberi dan dilakukan suami serba tak kena dan ada saja yang tak puas hati dengan pemberian dan perbuatan suami. Dengan kata lain, tidak pandai bersyukur dengan apa yang ada. Jika dengan suami pun begitu, apatah lagi dengan Tuhan.

2. Wanita Mannanah: Banyak mengungkit jasa dan pengorbanannya terhadap suaminya, tapi jasa suami dinafikannya. Wanita jenis ini banyak kita temui dalam masyarakat kita pada hari ini. Misalnya, "Kalau bukan  loan rumah ni saya yang buat...Kalau bukan dengan gaji saya, tak dapatlah beli kereta ni..Kalau bukan sebab saya, awak takkan hidup senang macam ni.." 

3.  Wanita Hannanah: Sayang pada lelaki lain. Dalam hatinya ada cinta pada yang lain selain dari suaminya. Malahan, mengimpikan anak dari lelaki itu. Ini biasa terjadi apabila sebelum kahwin, dia telah mempunyai kekasih. Kemudian, apabila berkahwin dengan suami yang sah, dia masih teringat kekasih lama. Masih lagi teringat kenangan manis bersama malahan ada lagi impian dan angan-angan untuk hidup bersama-sama dengan kekasihnya itu. Ada hasrat untuk selingkuh.

4. Wanita Barraqah: Sebahagian besar masanya adalah bersolek dan berhias (misalnya di rumah tak cantik, di office cantik. Cantik di laman sosial utk pujian lelaki lain). Makan bersendirian (tak ajak suami), asing bahagiannya, memilih makan serta mencela makanan. Yang ni sememangnya awal-awal lagi kita dapat kesan  di facebook. Melaram dan bermake-up semahunya kemudian meletakkan gambar bermacam jenis, berpuluh gambar untuk menarik perhatian lelaki. Biasa sangat terjadi di mana-mana, di rumah biasa sahaja. Namun, bila pergi kenduri-kendara, berhias dan melawa mengalahkan pengantin. Untuk tontonan siapa?

Memilih makanan juga adalah sifat yang tak baik. Tak mahu makan nasi berlauk ikan kering atau tiada lauk pun ada kicap sahaja. Alasannya, tidak biasa makan sedemikian sejak kecil. Hidup dalam keluarga yang mewah dan kaya. Mereka yang biasa hidup urban dan makan makanan yang sedap-sedap akan sukar untuk biasakan diri makan makanan yang biasa-biasa. Sebab itu, bila pilih isteri, pilih yang boleh makan apa yang kita biasa makan. Ini makan sikit, tak habis, tak selera. Tak boleh buat bini. 

5. Wanita Haddaqah: Tak boleh tengok sesuatu yang dia berkenan di matanya, terus memaksa si suami belikan walaupun suami tidak mampu sehingga rasa terbeban pada suami untuk mencari duit belikan barang yang dia ingini. Tidak peduli langsung suami bersusah payah untuk mencari sesuap nasi, dia boleh pula bermati-matian bertekak untuk dibelikan juga rantai dan barang kemas yang disukai sebagai contoh.

6. Wanita Syaddaqah: Banyak cakap (termasuk mengumpat), cerewet. Mengada-ngada sakit. Sakit yang kecil dibesar-besarkan walaupun taklah sakit sangat sebenarnya sehingga menyusahkan suaminya. 
Ramai yang jenis ni. Bila berkata-kata mengalahkan salesman. Bila mengumpat mengata orang, dia nombor satu. Sakit pening, sakit perut, habis satu dunia nak beritahu. Post status di facebook, update di Twitter dan sebagainya untuk raih perhatian dan simpati. Walhal sakitnya tidaklah seteruk mana pun. Mungkin dia lupa, ramai lagi wanita tabah, berpanas terik membanting tulang buat kerja-kerja di sawah, menoreh getah dan sebagainya tidak pula mengeluh lemah macam dia buat. Sampai suami pun kena ambil MC semata-mata nak jaga kita yang sakit taklah seberapa. Nak merengek tu boleh, tapi jangan melampau sampai susahkan orang. Sakit betul-betul baru tahu.

7. Wanita Mukhtali'ah: Iaitu wanita yang mudah meminta khulu' dan talak dari suaminya tanpa sebarang sebab yang munasabah. Salah faham sikit, minta cerai. Tak sependapat dengan suami, minta cerai. Suami tak belikan barang, minta cerai. Suami tak bagi duit, minta cerai. Cerai sahaja yang dia tahu. 

Khulu' merupakan perceraian yang disertakan dengan bayaran tertentu oleh pihak isteri di mana suami enggan melafazkan cerai, tetapi hanya bersetuju sekiranya dia dibayar. Maka suami hendaklah menceraikan isterinya setelah si isteri membayar dengan jumlah atau harta yang telah ditentukan.

8. Wanita Mubariyah: Wanita yang berbangga diri di depan wanita-wanita lain dan yang menyombongkan diri dengan hal-hal dunia (harta, pangkat, kecantikan, kemewahan) yang ada padanya. Ini biasa terjadi pada wanita-wanita yang ada status dan pangkat. Title Datin Sri, Datin, Puan Sri biasanya angkuh dengan statusnya di hadapan wanita lain. Atau makcik-makcik berbangga dengan jumlah gelang yang berada di lengannya. Atau si isteri berbangga-bangga dengan keretanya, kerjayanya dan apa saja sehingga kebanggaan melampau dirinya itu mengaibkan suami. Bila isteri dibenci orang, suami pun terpalit sama.

9. Wanita 'Ahirah: Iaitu wanita-wanita fasik yang tidak boleh diberikan nasihat atau tak makan nasihat oleh orang lain. Wanita-wanita ini ada disinggung di dalam Surah al-Nisa' ayat 25, firman Allah yang bermaksud:

"Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam dan seagama pula). Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya serta berikanlah mas kahwinnya menurut yang patut. Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan..."

10. Wanita Nasyiz: Wanita yang suka membantah dan menentang suaminya, baik dengan perkataan atau perbuatan. Wanita yang baik, dia memberikan pendapat dan idea. Bukannya membantah dan melawan. Jika tak setuju, utarakan pandangan dengan baik dan tutur kata yang tidak menyakitkan hati suami. Apa nak lawan-lawan, suami kita bukan pendakwaraya atau musuh. Rumah kita bukan mahkamah.

Akhir kata, mari kita muhasabah diri dan bersyukur kerana kita ini orang Islam. Rasulullah telah menghimpunkan sifat-sifat wanita impian dalam tiga kalimah Baginda yang singkat tetapi berhikmah. Sabda Nabi SAW yang bermaksud (au kama qaal):

"Mahukah aku khabarkan kepada kamu tentang sebaik-baik perbendaharaan atau khazanah yang disimpan oleh seseorang? Iaitu wanita solehah, yang jika suaminya memandang maka suaminya akan rasa senang. Jika suaminya menyuruh, maka dia taat. Dan jika suami berpergian, maka dia pandai menjaganya (harta suami, maruah dan sebagainya)." (HR Abu Dawuud dari Ibnu Abbas)
Tak perlu jadi berlian, tak perlu jadi mutiara, tak perlu jadi bulan dan bintang. Jadilah wanita solehah, itu melebihi segala isi di langit dan di bumi.

Jika suka tonton ceramah, ada ceramah Ustaz Kazim Elias berkenaan ini dari Kitab Muhimmah:



Wallahua'alam.

Rusydee Artz,
Selamat Tinggal,
26 Muharram 1434 H.

35 comments:

  1. oh.baru tahu...syukran ye akhi...in shaa Allah sy akan cuba memperbaiki diri saya agar tak tergolong dalam jenis2 itu...doakan saya dan seluruh mujahidah Islam di dunia ye akhi..syukran jazilan

    ReplyDelete
  2. great ^_^ thanks for this entry. sangat bergune :)

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:47 PM

    Kenapa tak boleh tekan butang share?

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:03 PM

    semoga encik menemui 10 kategori tersebut sebagai calon isteri dunia akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous3:05 PM

      tersilap..semoga encik dijauhi 10 kategori tersebut sebagai calon isteri dunia akhirat

      Delete
  5. terima kasih di atas perkongsian

    ReplyDelete
  6. nauzubillah dari ciri-ciri di atas ni

    ReplyDelete
  7. syukran di atas perkongsian ilmu ni :)

    ReplyDelete
  8. Anonymous6:44 PM

    akhi no.7 camne nak tau kalau tak kawin lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengah couple, yang suke mintak putus tu sama lah... Baru lambat 1 menet dah nak break

      Delete
  9. Alhamduillah, satu ilmu yang sangat menarik..

    ReplyDelete
  10. Anonymous7:00 AM

    Mcm mana nak bimbing perempuan yang mcm ni a?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous5:47 AM

      Kena slow-slow. Yang penting banyak berdoa kepada Allah supaya dia berubah. Insyaallah, Allah tak akan melupakan orang yang sentiasa mengingati Dia.

      Delete
  11. tq for this information.
    org yg nak bimbing perempuan2 seperti ini, perlukan byk kesabaran, keimanan yg kuat bg meneguhkan ikatan yg dibina.
    kena sentiasa menegur isteri atas kesalahannya, membimbing dirinya menjadi wanita solehah. :)

    ReplyDelete
  12. 10kategori wanita yang tidak digalakkan menikahinya... *tengok gambar kartun perempuan tu* "...kecuali lelaki soleh, lelaki pembimbing dan lelaki sabar" (:

    ReplyDelete
  13. Nice messages...barulah ana tahu...Kata2 mutiara org arab rupanya...mcm ana pernah baca,kata ia hadis... Alhamdulillah,dgn mesej ini maka ana rasa ditambahi ilmu yg bermanfaat utk hidup ana& sekalian muslimin & muslimat juga...bahayanya wanita jenis ini....krn diceritakan Rasulullah SAW mengingatkan..di syurga ada penghuninya adalah org2 miskin...&di dlm neraka pula ada byk kaum wanita.. supaya kaum wanita itu banyak bersedekah sbg pendindingnya dari api neraka... klo yg suami pula, jenis yg tak sabar,kurang agamanya cepat marahnya, alangkah mudahnya wanita yg tak diredhai suaminya sll berdosa kpd Allah& RasulNya... mmg hanya type "lelaki soleh, lelaki pembimbing dan lelaki sabar" saja yg boleh bertahan dgn type wanita jenis begini... Semoga Akhi Muhammad Rusydi dijauhkan dari type wanita jenis ini& dikurniakan Allah dgn pertolonganNya utk akhi agar wanita solehah yg menyempurnakan agamamu kelak spt hikmahnya dlm sabda Rasulullah SAW..itulah..."wanita solehah, yang jika suaminya memandang maka suaminya akan rasa senang. Jika suaminya menyuruh, maka dia taat. Dan jika suami berpergian, maka dia pandai menjaganya (harta suami, maruah dan sebagainya)" barakallahu fik ya akhi...:) mohon doanya akhi ya, supaya kami dijauhkan dari sifat2 buruk dlm fitnah dunia &semoga kami bisa jadi wanita2 yg solehah dlm umat ini sehingga akhir hayat kami...Amin Ya Allah...Amin Ya Rahman...(^_^)

    ReplyDelete
  14. a great post, byk yg saya blh kutip dr sini..

    semua orang bermula dengan kejahilan. Hanya yang beriman akan berusaha mengubah diri.

    ReplyDelete
  15. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Jangan berusaha mencari kebahagiaan karena kamu tidak akan menemukannya. Kebahagiaan itu sudah ada di hatimu dan pikiranmu.

    ReplyDelete
  16. blh copy post nie? nnt kreditkan kpd tuan pnya. .blh?

    ReplyDelete
  17. Anonymous11:50 AM

    salam . boleh tahu tak . semua kategori ni mcm boleh di kesan selepas nikah . jd kalau sudah pun di nikahi , maknanya perlu di cerai kan ke?

    ReplyDelete
  18. Anonymous2:33 PM

    ramai wanita tahu apa tanggungjwb suami..namun ramai yg xtahu apa tanggungjwb isteri

    ReplyDelete
  19. Nauzubillah biasa kita tengok dalam drama Melayu di TV. Beruntunglah kepada mereka yang sentiasa memperbaiki diri ke arah kebaikan.

    ReplyDelete
  20. That right bro..10 kategori tersebut semuanya ada kat isteri aku. tapi alhamdullilah dah 23 tahun usia perkahwinan. Jgn risau bro..mmg semua wanita mesti ada ciri2 tersebut. Kita sebagai lelaki kena tau mcm mana nak hadapinya. Jika isteri tak sempurna tak mengapa..kita sempurnakannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hebatnya..saya baru 5 tahun kahwin & ada ciri2 diatas ada pada isteri saya.Sekarang da lari.5 bulan tanpa khabar berita.Sayang nak ceraikan.Xtau sampai bila nasib saya jadi macamni.

      Delete
  21. betul lah tu sham kahar..sy sendiri pun susah nak elak 10 sikap ni kalau tiada sokongan dari suami..

    ReplyDelete
  22. Sungguh pencerahan buat saya, terima kasih Mas. :)


    Wisata Kuliner Peluang Usaha Teknologi Dunia

    ReplyDelete
  23. Akhirnya saya mendapatkan pencerahan. :)

    ReplyDelete
  24. izin share dan copy akhy,jazakallahu khair

    ReplyDelete
  25. izin share dan copy akhy,jazakallahu khair

    ReplyDelete
  26. Anonymous5:14 PM

    Assalam... perkongsian yg sgt bagus... tp jika suami selalu mengungkit2 akan kebaikan yg dilakukan dan selalu mengeluarkan kata2 kesat pada isteri macam mn tu... asyik perempuan je yg kene... si suami juga perlu munasabah diri jgk... kdg2 bkn salah isteri sgt pon... sengaja nk cari gaduh... bkn isteri x buat keje rumah pon... kdg jg ank2 yg ramai... smpi x sempat masak... suami yg x tahan... selalu la marahkn isteri ni... x sedar pengorbanan yg tlh isteri buat utk dirinya walaupon kecik bgnya...

    ReplyDelete
  27. Isteri saya ada ciri2 diatas ditegur pun xberubah2 jugak, perlukah saya ceraikan dia??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...