Blog Selamat Tinggal

01 March 2013

62 Rindu


Kini, kita harus bicara. 
Dirimu perlu mula berbicara dengan diri sendiri. 

Dah tiba masa. Perlu jujur. Perlu luahkan. Perlu slow-talk. Perlu bincang. Perlu bersemuka.

Antara beberapa persoalan yang memerlukan jawapan segera:

1. Di tahap manakah iman dirimu kini? Di saat orang-orang soleh berlumba-lumba berebut Syurga; pejuang Syria, Palestine berkejaran satu sama lain ke pintu Syurga, di mana kamu letakkan dirimu? Di kalangan orang Soleh atau sebaliknya?

2. Siapa yang sebenarnya kau rindu? Tidak rindukah pada dirimu yang pernah cuba setia merindu si Dia Yang Satu? Ke mana diri yang itu menghilang? Panggil dia kembali. Dah tiba masa, pulang.

3. Berapakah umurmu sekarang? Memang jiwa sentiasa merasakan muda, tapi sedarlah kamu sudah kesuntukan masa.

4. Apakah kejayaanmu setakat ini? Sudah berjayakah membalas secebis dua pengorbanan penat-lelah ibu-bapamu? Atau masih lagi statik di tempat yang sama tanpa perubahan?

5. Solatmu. Berapa banyak mana yang sudah kau tinggalkan? Sudah ganti? Sudah taubat? Sudah insaf? Berapa kerap kamu ke masjid? Atau langsung tak pergi? Atau hanya solat Jumaat sahaja di masjid?  Usah bicara tentang tahajjud andai solat fardhumu masih terkontang-kanting. Namun, jika perlukan kekuatan untuk bersolat, kau perlu bertahajjud. Sungguh, solat fardhu dan tahajjud itu saling melengkapi.

6. Sudah berapa lamakah kau lalai begini? Apa yang buat dirimu lalai? Manusia, masalah hati, kerja, duit, internet, gajet? Sudah-sudahlah. Berapa lama lagi kau hendak berkeadaan begini? Usah 'mabuk' lagi. 
Sampai bila hendak bertuhankan nafsu?

Masa dah kurang. Tidak ada siapa pun antara kita yang makin bertambah masanya. Meski dipanjangkan umur, namun waktu tetap berkurang. 

Pulanglah. Ketika sejuta pintu kembali masih terbuka luas untukmu. Jangan sampai orang di sekelilingmu, malaikat di langit dan bumi membuka pintu yang satu itu untukmu - pintu kubur.

Semua orang akan melalui pintu yang satu itu. Bezanya, yang pandang sebelah mata pada sejuta pintu akan melalui pintu yang satu itu ke dalam bilik gelap pekat. Sedang yang pernah menghargai, langkah sahaja ke pintu yang satu itu, bilik yang terang benderang sedang menanti.

Rindu-rindulah 'pintu yang satu' akan buat dirimu rindu pada Tuhan Yang Satu.

Rusydee Artz,
Selamat Tinggal.
18 Rabi'ul Akhir 1434 H.



62 comments:

  1. Allahu Rabbi. iman turun naik, sentiasa kena cakap kat diri sendiri, iman sudah di tahap yang mana.

    ReplyDelete
  2. peringatan ini utk sy, utk akhi rusydi, n utk suma. benar...diri ini juga makin lalai. lalai dengan hal dunia. tak habis2 dengan hal dunia! TERlupa seketika bahawa dunia ini hanya bersifat fana. Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mari kita kembali. Umpamakan lalai itu lalat. Gunakan reket elektrik menamparnya.

      Delete
  3. terima kasih.. selalu terlupa matlamat sebenar hidup di dunia ni. lemahnye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dulu di jalan Bengkok, pulas stereng ke jalan Mustaqim (lurus).

      Delete
  4. Ya Allah...sedarkan aku disaat aku terlupa dan terleka...benar, hati ini rindu pada diri yg dulu :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga kita sama-sama temukan kembali diri yg hilang. Amin

      Delete
  5. terima kasih kerana mengingatkan, betullah, iman sentiasa turun dan naik macam yang ct fatheza ckp...satu-satu masa rasa rajin sangat berdoa, mengadu pada Allah swt, satu-satu masa pulak seperti terlupa...cuma jangan mudah putus asa. Sebab DIA tak pernah terlupa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayalah org yang selalu terlupa. Selalu terleka. -_-

      Delete
  6. indah sungguh nukilan ini.
    satu santapan jiwa yang mantap di hari jumaat ini.
    terima kasih.
    mohon izin share...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Moga-moga dapat memberikan secebis peringatan kepada yg masih hidup.

      Delete
  7. this is what i feel right now :(


    rindu, rindu pd dr yg dulu,
    diri yg cuba mendekatiMu dulu
    kini hanyut entah kemana ia berlalu.

    ReplyDelete
  8. Anonymous2:07 AM

    I’ve learnt many things from you. thanks :)

    ReplyDelete
  9. soalan-2 macam ni banyak bermain di minda saya,terima kasih buat post bagai memberi kesedaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan-soalan ni biasa sangat-sangat. Tak ada yg istimewanya :)

      Delete
  10. Ringkas tapi padat..:)..
    Mohon copy untuk share dalam belogs saya..:)

    ReplyDelete
  11. nice one.lama dah menanti entry dari akhi.selalu-selalulah update blog :))

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum.
    nok mitok izin copy karya nga kata2 sedara deh?
    interesting and interested.
    May Allah bless u.

    ReplyDelete
  13. Anonymous2:51 AM

    mungkinkah kebetulan..
    sungguh sgt merindui diri yg dulu..
    yg bersemangat mengejar cinta-Mu

    ReplyDelete
  14. Tak ada yang abadi memang..
    saya suka sama Art-nya kak :)

    ReplyDelete
  15. Allah , kalau nak di ingat segala dosa silam , segala titik2 hitam yang dah kotor dalam hatii , malu sungguh pada allah ! malu berhadapan denganNYA dengan kekotoran yang ade , allah , sungguh DIA maha pengampun . :'(

    ReplyDelete
  16. nice blog...btw follow me..:)
    http://penchenta-cadbury.blogspot.com/

    ReplyDelete
  17. Allah.. sungguh aku rindu aku yang dulu.. Aku yg ingin dekat denganNya..

    ReplyDelete
  18. MasyaAllah .. sesungguhnya aku rindu pada diriku yang dulu :'(

    ReplyDelete
  19. abg,saya share gambar2 abg kat blog saya. jangan risau,sudah diberi kredit nama abg. =) teruskan dakwah abg,jangan berhenti. kami sentiasa menunggu post terbaru dari abg. Insha Allah,semoga dipermudahkan-Nya. ^_____^

    ReplyDelete
  20. benar..smua ini benar..kadang-kadang bila diri trase lahgra,cb mcari kkuatan d masjid..mcari kdamaian..mcari diri yang hilang

    ReplyDelete
  21. Sangat.sangat rindu...
    amat terkesan pada diri.. Syukran.
    jazakallah khairan kathiran ^^

    ReplyDelete
  22. . semoga ALLAH sentiasa memberi hidayah kepada kita .
    bagaimana mahu mendidik adik2 jika diri ini masih belum mampu menyempurnakan suruhan ALLAH . kadangkala berasa ingin putus asa . ingin melepaskan tanggungjawab yg diberi . :'(

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. Anonymous4:32 PM

    yer,rindu ngan diri sendiri yg dulu.dh lalai jauh rupenye.terime kasih ingatkan.terime kasih :)

    ReplyDelete
  25. Rindu-rindulah 'pintu yang satu' akan buat dirimu rindu pada Tuhan Yang Satu.... (T.T)

    ReplyDelete
  26. Ya Allah... Aku lumpuh karena Rindu.

    ReplyDelete
  27. sesekali hati juga rindu menjadi yang dulu itu.. pun begitu satu hati lagi berkata "buat apa merindu yang dulu sedangkan kamu boleh bina seseorang yang baru dan mungkin saja lebih baik dari dulu".. apakata gerakkan usaha dulu, baru tahu hasilnya.. insyaallah, dengan niat kerana Allah.. :)

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. nice writing. cmne nak follow ni?

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. salam..tahniah akhie. satu peringatan bersama. teruskan usaha dakwah wahai saudaraku

    ReplyDelete
  32. betul tu..^_^ setiap orang yang bergelar insan akan cepat lalai...sampai xsedar akan semua kesilapan.. saya pun begitu..hu rindu diti yang dulu.. skg, kita ubah..dekatkan diri antara diri kita dengan Maha Pencipta.. agar diri kita tidak akan mudah leka dan lalai lagi akan nikmat hidup ini.. dunia hanye sementara...akhirat kekal selamanya..(sikit kata2.)

    syukran di atas perkongsian ilmu ni :)teruskan dakwah anda...

    assalammualaikum.

    ReplyDelete
  33. mohon share ye akhi..

    ReplyDelete
  34. asalamualaikum
    kenapa dah tak ada dah account facebook rusydee artz?Dah x nak buat dh ke?

    ReplyDelete
  35. Sza Ammar2:02 AM

    Hope to hear more new updates from Rusydee Artz..:)

    ReplyDelete
  36. Sza Ammar2:14 AM

    Hope to hear more new updates from Rusydee Artz..:)

    ReplyDelete
  37. Anonymous6:21 PM

    Baik underground atau sebaliknya...mendapat kutukan mahupun pujian...ya akhi,..Berkaryalah krn Allah...semoga Allah membalasnya dgn lebih baik... & semoga teguh sll dalam ujian hidup ini ya akhi Muhammad Rusydi...Barakallahu fik ya akhi..Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad.... Amin Ya Allah..Amin..

    ReplyDelete
  38. Teruskn dakwahmu demi agama Allah..byk yg menunggu karyamu Muhammad Rusydi..jangan mengalah..
    ~sahabat yang rindu menatap karyamu~

    ReplyDelete
  39. Entri yg..... mabeles!!!!
    Suka blog ni..l ada lukusan yg cantik bersama kata2 indah..

    ReplyDelete
  40. MENCARI DIRI

    Bulan ku berbicara lagi
    mengungkap seluruh isi hati
    perih, sunyi dan sepi
    dengan bulan ku berbicara lagi

    Bintang-bintang bekerdipan sayu
    buatku tunduk tersipu malu
    namun hatiku terasa pilu
    menusuk dan menikam kalbu

    Langit luas terbentang kosong
    ku tercari-cari, ku tak bohong
    tiada ku jumpa, ku melopong
    hatiku menjerit-jerit meminta tolong

    Laut membiru bergelora dan dalam
    sedalam nurani yang cuba ku selam
    bersama akal dan fikiran yang kusam
    berusaha ku teroka walau ia kelam

    Ku cuba naik meninggalkan dasar
    terlihat olehku cahaya terpancar
    sesungguhnya rahmat Allah Subhanahuwataala
    tanpa ku sedar aku telah jauh tersasar

    Titisan hujan melengkapi mawadah
    mencuci dosa, menghapus silap dan salah
    sujud ke bumi ku kembali menyembah
    Allahu Rabbi Allah Maha Besar

    Laluan yang sempit harus ku redah
    ku harus cuba tak boleh menyerah
    amalkan doa, berusaha dan pasrah
    selain itu bertawakal pada Allah

    Ya Allah Ya Allah Masyallah
    Astaghfirullah Astaghfirullah Astaghfirullah
    Walhamdulillah Syukur pada Allah
    Semoga aku diberi taufik dan hidayah

    Yann
    19032010

    Teruskan perjalanan mencari dirimu sebenar, buat perkara yang sebenar-benarnya.. Semoga kamu akan ditemukan dengan kebenaran dan setelah itu pasti tiada akan lagi yang akan mempersoalkan apa yang tidak benar.

    ReplyDelete
  41. Aslmkm! Ana dh trlalu byk gunakn karya enta dlm blog ana.. Asif! Mohon izin, ya! Syukran!

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum.Nk minta izin utk gunakn karya2 rusydee artz.Hrp dihalalkn gmbr2 yg sy dh ambik.Tq

    ReplyDelete
  43. Karyanya bagus sekali, membuat saya tak kuasa. :(


    Wisata Kuliner Peluang Usaha Teknologi Dunia

    ReplyDelete
  44. bagus ceritanya, jadi terharu melihat jalan ceritanya
    Laptop gaming | Mobil Honda hybrid | Harga hp android

    ReplyDelete
  45. Rindu memang dapat dipendam tapi akhirnya sangat menyiksa :(


    Tips Liburan Murah Rumah Gadget

    ReplyDelete
  46. Terus berkarya pak, saya tunggu karya2 bapak berikutnya. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...