klik tuk besarkan
Lama tak jumpa. Berhabuk dah belog. Sorry, sekarang komputer tgh problem, jadi tak dapat selalu update.
Sekarang musim imtihan (peperiksaan) bagi mereka di peringkat ipt. Ringkas sahaja pesanan, orang kata bila study di akhir waktu, memang senang ingat poin-poin untuk jawab dalam paper nanti. Tapi bila kita belajar di awal waktu dan tambah pula bacaan lain berkenaan yang kita belajar di kelas, yang tu lagi bagus. Belajar niat untuk exam semata-mata, adalah sia-sia. Ilmu tak bertambah, malah cepat pula hilang selepas exam. Tapi apabila belajar tu kita faham sampai kita boleh ajar orang lain pula, itulah baru ilmu bermanfaat. Tak sia-sia. Buat apa kamu belajar ijazah, diploma 3-4 tahun tapi bila orang tanya kamu soalan berkenaan apa yang kamu belajar, kamu tak dapat jawab sebab terlalu fokus pada soalan-soalan spot yang masuk exam je. Belajar semata-mata nak dapatkan CGPA terbaik. Boring. Tahulah semua nak kerja best.
Ada result bagus, tapi ilmu bagus gak ke? Belum tentu.
Apapun, saya tak perlu ulas lagi apa-apa doa sebelum exam. Semua orang tau. Ada berlambak doa kat dalam buku-buku di pasaran, di internet dan sebagainya. Doa ada banyak, tapi baca masa nak masuk exam je. Manusia memang macam tu. Ingat Allah bila berhadapan dengan situasi yang pentingkan diri sendiri je.
Jika anda study kerana, exam kerana Allah, anda tidak akan bersifat pentingkan diri sendiri. Hanya perlukan Allah di saat kita terdesak.
Istiqamahlah, dari awal sem sampai akhir sem, study awal-awal. Ingat Allah dari awal. Doa pun dari awal. Itulah yang terbaik. Tapi orang selalu kata, sekurang-kurangnya ingat juga kat Allah walaupun di akhir waktu. Raih simpati Dia di akhir waktu? Wallahua'alam, tapi bagi saya tidak berapa menepati kata-kata Allah dalam Surah al-Zumar ayat 10 yang mana Allah menyatakan tanda kemenangan orang yang berjaya dalam ujian,
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira."
Orang yang dari awal bergantung harap, sabar belajar dari awal, sabar buat assignments, sabar walaupun ada banyak ruang dan masa untuk dia enjoy dalam satu sem tu tapi dia tak buat macam tu, sabar sampai akhir sem. Dia sabar kerana Allah sebab dia study kerana Allah, exam kerana Allah. Dia datang untuk belajar ilmu, belajar tentang kebenaran dan keadilan, tentang keluasan ilmu Allah. Bukan datang untuk berfoya-foya habiskan duit PTPTN, outing sana-sini, lepak sana-sini, berpacaran sana-sini, enjoy sakan dengan duit hutang dan duit biasiswa.
Orang-orang yang belajar di akhir waktu, tapi dia sakit hati bila tak dapat result cemerlang, mana mungkin tergolong dalam orang yang sabar. Berbaloilah tu dengan apa yang dia dapat.
Oh tahun baru. Cukup-cukuplah dengan azam dan iltizam baru. Tahun baru Masihi, terus jalankan amalan dan perancangan2 terdahulu yang masih belum selesai. Stop angan-angan.
Rusydee Artz,
Selamat Tinggal.
Wassalam.
betul2,,belaja sebab nak tahu ilmu ALLAH
ReplyDeleteberamal dengan ilmu yang ada lebih baik.
ReplyDelete@twinkle twinkle:
ReplyDeleteeh cepatnya, saya belum siap publish dah ada orang komen. SYukran :)
nak copy gambar boleh x?
ReplyDeletesekarang ni pun sy tgh exam ni:)
ReplyDeletegud luck utk semua..
study n exam kerana Allah..semoga kita mendapat kebaikan dariNya :)
suka dengan pendapat saudara...belajar kerana Allah & exam juga krna ALLAH pasti kelak hdup akn dbrkati..insya'allah (:
ReplyDeletesy doakan akhi rusydee dapat result yg cmerlang. :)
ReplyDeleteSmoga Allah Ta'ala mbri kjayaan yg gemilang utk akhi di dunia & akhirat, sbgai ganjaran krna slalu mbri reminder kpd kita smua :) amin ya Allah..
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeleteana suka lukisan2 y dilukis oleh rusydee art...
sweet dan bercirikan islam...
bulan 5 nanti ana nak kahwin...isyaallah...
tapi xde gambar yang sesuai utk dijadikan sbg kad undangan utk sahabat...nak tag dalam fb j...majlis kecik2...ajak sahabat tdekat...
blh x rusydee art design 1 gambar y sesuai? :)
maaf...komen kat sini..nak inbox kat fb xleh..
:)
ReplyDeleteperkongsian mantap..
ReplyDeletesalam 'alaik akh rusydee..
ReplyDeleteterima kasih atas ziarah.. jangan berhenti berkarya!
lillahi ta'ala!
best ! best ! :))
ReplyDeletesalam alaik, akhi..jyst nk tnya..software ap yg akhi guna ya utk buat pic ni?
ReplyDeleteAssalamualaikum akhi, sy copy gmbr ni ye? boleh?
ReplyDeletesyukran :)
assalamulaikum, sy nk tnye..software ape yg anda gne utk smua art anda ini....??...anda mmg ada bljr art ke??
ReplyDeleteAssalamualaikum. tajuk dan isi imtihan ni memang menepati jiwa sbg seorang pelajar.alhamdulillah.
ReplyDeletetapi isi nye lebih kepada kami-kami yang baru nak mula sem baru. terutama saya. nanti nak masuk sem2. so, amat bermanfaatlah pesanan diatas
jadi.. konklusinye. saya nak share tajuk ni buat kawan-kawan saya, dan mereka-mereka yg lain.. terima kasih bebanyak ye..atas semua post yg dipost .. :)(maaflah merapu je taip, maklumlah ....)
assalamualaikum
terbaikkk
ReplyDeletesyukran ats peringatan nie..
ReplyDeleteminx izin nak upload gmbr dlm fb. utk peringatan buat diri sendiri :)
ReplyDeleteboleh tak nak copy image tu? nak buat bckground lappy and shre dkt twitter. can I?
ReplyDeletebila kite belajar kerana allah...dunia akhirat semua kita dapat..insyaallah
ReplyDeletebila kita belajar kerana Allah...dunia akhirat kita dapat insyaallah.
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteindaih coretan ini..brkait dgn khdupan hakiki..huhu
salam akhi :)
ReplyDeleteMinta disimpan artikel dan gambar buat tatapan peribadi dan muhasabah sehari- hari. Minta halal ya. Jazakallah.
salam. cuma nak tanya buat gambar ni pakai software mende ye?
ReplyDeletep/s:saya ada simpan gambar rusydee art sbg peringatan. mohon halalkan. :)