Kali ni, saya biarkan sahaja lukisan saya ini berkata-kata. Maaf, tulisan tangan saya agak hodoh dalam gambar ni.
"Kita sentiasa cari bahagia, kejar bahagia, inginkan bahagia. Tapi, kita sebenarnya tak pernah cuba betul-betul mahu bahagiakan Dia. Kita selalu harapkan Dia bahagiakan kita. Kita pula langsung tak boleh diharap untuk bahagiakan Dia."
Tak sangka, kata-kata yang lahir dari lubuk hati sendiri ni telah menusuk hati ni sendiri =(
Allah, tak pernah sekalipun dalam hidup ni aku cuba bahagiakan diriMu. Hanya Engkau sahaja tidak putus-putus mengabulkan doa-doa supaya aku rasa bahagia dalam menjalani hidup. Allah :(
Saat daku lahir ke dunia, Kau bagiku hangat pelukan ayah ibu. Bahagianya :(Saat daku lapar dahaga, Kau beriku anugerah seorang ibu untuk menyusukanku :(Saat daku mula bertatih, Kau tambahkan kecerdasan hingga aku mampu merangkak dan berdiri. Bahagiakanku lagi :(Saat daku berkenalan dengan dunia, Kau berikanku peluang untuk menimba ilmu, beriku peluang ke sekolah hingga ke universiti :(Saat daku kecewa dengan kegagalan demi kegagalan, Kau beriku ketabahan untuk terus berdiri. Kau beriku secebis kejayaan untuk buatku rasa bahagia. :(Saat daku berduka dengan cinta manusia, Kau ceriakan diriku dengan cintaMu. Kau beri janji 'tuk ganti yang lebih baik. Kau terus-terusan bahagiakanku :(Banyak sekali siri-siri bahagia yang Kau beri. Sedang aku sikit pun tidak membahagiakanMu! Sikit pun tak!
Entri penuh emosi.
1 Rabi'ul Awal 1433 H.
Selamat Tinggal.
Rusydee Artz.
Tapi walaupun macam tu..Allah tak macm kita..kalau kita mesti rasa bosan bila kita sayangkan seseorang tapi dia tak hargai..aku bersyukur kerana menjadi hamba mu Ya Allah.
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur kita masih diberi salah satu antara 5 nikmat dunia. Sihat, muda, lapang, kaya, dan hidup.
Deletekenapa ayat awak 'spisis' dengan luahan hati sy ?? Barakallah..
ReplyDeletemohon share
ReplyDeletetersentuh hati baca entri ni.
ReplyDeleteBahagiakan Dia dengan mengikuti suruhanNya dan menjauhi laranganNya, dan juga menikmati waktu "berdating" denganNya dalam waktu solat..berusaha jadikan solat itu suatu keseronokan, insya Allah.=)
ReplyDeleteNa'am. Ikuti suruhanNya, Dia pun insyaAllah akan kabulkan permintaan kita. Sentiasa positif pada Allah.
Deletesesunguhnya aku mencari peluang, mencari ruang, mencari kebahgian apa yang layak atau terbaik untuk membahgiakan DIA.. tapi dalam aku mencari peluang dan ruang itu aku sering tergelincir, terlajak lalu lupa.. yang sebenarnya kebahagian itu untuk DIA...
ReplyDeleteInsyaAllah kebahagiaan tu lebih terasa bila kita fahami erti bersyukur dan nyatakan kesyukuran berterusan pada Allah.
Deletetouching..saya [un tak tahu adakah say pernah bahagiakan Allah??selam ni cuma tahu mintak kebahagiaan je dari Allah.
ReplyDeletebagus nih!
ReplyDeletenak lagi, akh! :DDDD
bila kali terakhir aq bahagiakan dia? soalan ini wajib juga aq tanyakan pd diriku sndiri. walaupun hati aq sekarang tak seberapa bahagia, tetapi masih perlu ku ingat bahawa ada insan lain yang lebih tidak bahagia dariku. apa-apa sekalipun, kita sebagai hambaNya, tidak wajar untuk terus berhenti bahagiakan Dia, Sang Pencipta kita yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
ReplyDeletesubhanallah , terharu baca entry nie .
ReplyDeletesubhanallah...♥on an awesome quote ~mohon share
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteEm .. Perkataan bahagia untuk ALLAH tu .. Em (-_-) Wallahu'alam . Sama ada hambahambaNYA itu mau beriman ataw tidak beriman , TIDAK SEDIKIT PUN MENAMBAHKAN atau MENGURANGKN KESEMPURNAAN ALLAH yang AGUNG , MAHA PERKASA . Maha Suci ALLAH yang bersifat dengan segala kesempurnaan . Moga amal kita diterima di sisi ALLAH ..
ReplyDelete# Blog yang sangad menarik !
Tidak ada masalah perkataan bahagia. Sebab perkataan cinta, rindu, cemburu juga ada pada Allah. Sedangkan perkataan2 itu semua berkenaan hanya ekspresi. Bila buat yang Allah suka, maka tentu Allah suka, tentu Allah sayang. Namun, suka, bahagia, sayang Allah itu adalah dengan cara Allah tersendiri :) pastinya tidak sama dengan makhluk.
Deletebenar..cukup penuh emosi..
ReplyDeleteseriously ... this post really touched my heart.Excellent writing. Subhanallah ... mohon share insha allah.
ReplyDeletecantik tulisan...ramai sekarang yg tggalkan Tuhan demi dunia Ciptaan Tuhan...anggap diri sbg hamba yg smpurna tapi rupanya insan yang lemah dan hina..
ReplyDeleteHuhu :'( malu kat Allah :'(
ReplyDeletemenitis air mata,, YA ALLAH ampunilah hambaMU ini,, =//
ReplyDeletetersentuh hati saya membaca entry kali ni...sebelum sy menuntut di pondok soalan ni sering bermain di fikiran sy...adakah saya pernah membahagiaknNYA..sy mula berfikir mungkin dgn menuntut ilmu agama sy akan temui jawapanya..alhamdulillah semasa bertalaqi al quran surah ar rahman..hati sy tersentuh dengan ayat nikmat apakah yang kamu dustakan..air mata sy mengalir dgn lajunya sehingga ustaz menyruh sy berhnti..namun sy ingin teruskan..sehingga keluar kata2nya...rasya biarkan mutiara di matamu mengalir dan jgn engkau sapu..biarkan ia mengalir membasuh dosamu terdahulu...itulah pengalamn yg x mungkin sy lupa sepanjang pengajian di sna...sehingga saat ini sy merasa Allah sentiasa dekat dan sentiasa lihat dan perhati stp kata2 serta perbuatan sy.....sejak berada di sna sy memahami hakikat berpurdah dan berniqab....namun jgn terlalu melatah tentang purdah dan niqab jika sendiri x memahaminya..walahu'alam
ReplyDeleteMaha suci ALLAH daripada memerlukan kepada hamba-hambaNYA untuk "membahagiakanNya". Sekalipun ditakdirkan seluruh makhluk di atas muka bumi ini mendustakanNYA, kerajaan ALLAH sedikit pun tidak akan tergugat, bahkan ALLAH tetap dengan keagunganNYA.
ReplyDeleteMakhluklah yang memerlukan ALLAH.
Subhanalloh....
ReplyDeleteTak tahan baca tulisan semuanya..
Sungguh menegangkan dn mnguras airmata...
Bagus sekali...
Ana izin baca dn ambil gambar serta tulisannya ya akhi..
Mohon ridhonya..
kenpa aku menangis??
ReplyDelete