Blog Selamat Tinggal

20 December 2011

49 Setia Menanti Bersama Allah

klik tuk besarkan


Entri sebelum ni panjang. Jadi entri ni saya pendekkan je.

Ada dua jenis penantian. Satu, penantian yang sia-sia. Dua, penantian yang berhasil. Penantian yang sia-sia terjadi bila kita mengharapkan sesuatu tanpa ada usaha sedikit pun. Dalam soal jodoh, hanya harapkan cinta di hati.

"Moga-moga dia nak kat aku. Harap dia jadi milik aku suatu hari nanti. Moga ada keajaiban." 

Pada saya, sia-sia angan2 begini. Penantian yang ada hasil pula, adalah penantian yang pakej. Ada cinta, ada berkenan dalam hati, ada usaha zahiriah (cth:study sungguh2, kerja betul2 cari duit), dan ada usaha batiniah (tahajjud malam sungguh2 sbgmana entri saya sebelum ni), sabar disertai dengan tawakkal akhir sekali.

Usaha suku, jiwang suku. Tak campurkan usaha dengan perasaan dlm hati dengan berlebihan. Bila usaha tu dicampurkan dengan rasa cinta dalam hati yang membuak-buak, usaha tu tak lagi kerana Allah. Tapi kerana nafsu dan kehendak sendiri. Ikut hati, mati, ikut nafsu, lesu. Ingat, kawal perasaan. Bila dah dapat kahwin nanti, luahkanlah sejuta rasa jiwang pada si dia pun takpe dah. Dalam mencari jodoh, makin anda tak kenal si dia sebelum kahwin, makin baik. Nanti banyak benda boleh borak lepas kahwin tentang diri masing-masing. Ni kalau semua cite pun dah tau sebelum kahwin, boring taktau nak cakap pasal apa dah nanti. Kan kan kan?

Sabar kunci kejayaan. Saya tahu anda mungkin sangat-sangat nak,cinta, syg kat pasangan anda tu. Kalau boleh, saat ni gak anda nak luahkan rasa tu, "awak, saya sayang awak.", "awak, saya rindu sangat-sangat!." Lek luh. Jika anda rasa satu kepuasan dan kemanisan dpt luahkan perasaan pada pasangan,dan dapat respon baik dr pasangan lak tu, setkan dalam kepala.

 "Alah, yang ni hanya dapat 1 kemanisan, kalau lepas kahwin aku dapat 1 juta kemanisan. Jadi, sabar dulu, kejar yang 1 juta. Tinggalkan yang seketul." 

Sama gak macam yang berzina dan hampiri zina, sampai bila korang nak bermiang2 tanpa nikah? Dah gatal sangat, nikahlah, pastu boleh gauli isteri sampai mati. Allah lagi suka.


Akhir kata, Nabi SAW pun romantik dan jiwang gak. Tapi jiwang Baginda SAW adalah selepas nikah. Jom kita tengok ayat-ayat jiwang Nabi SAW. Rasulullah pernah bersabda mengenainya cintanya pada Siti Khadijah:

"Sungguh aku telah mendapatkan anugerah berupa cintanya."  dan "Sesungguhnya aku mencintai orang-orang yang mencintainya." Apatah lagi hendak melupakan Saidatina Khadijah, tidak sekali-kali. Kata Nabi SAW: "Tidak. Demi Allah, dia tidak pernah memberi ganti untukku seorang isteri yang lebih baik daripadanya."

Semua ini adalah kata-kata selepas Nabi SAW sudah berkahwin dengan Saidatina Khadijah r.a. malah berlanjutan sehingga setelah kewafatan Khadijah r.a. Nabi SAW lagi romantis berbanding kita.

Penantian kosong memang satu penyiksaan. Penantian 'berisi' memang satu kemanisan. Buah sabar itu bila masak, tersangatlah manis. Tidak akan buruk, tidak akan lemau. Makin lama, makin manis. Begitu juga syurga Allah, makin lama kita beribadat, makin khusyuk, makin tawaddhu', makin terasa manisnya syurga. Sabarlah. InsyaAllah, sandar pada Allah segala-gala.

Fuh! Sangat best bila awal-awal lagi dah confirm tahu Rasulullah SAW sedang menanti kita yang selalu berselawat dan ikut kata Nabi SAW di telaga Kauthar akhirat kelak. Siap-sedia untuk beri kita syafaat.

24 Muharram 1433 H,
Rusydee Artz,
Selamat Tinggal.
Wassalam.


49 comments:

  1. saya mohon share entri ni..moga bermanfaat buat mereka yang kurang tahu mengenainya..syukran barakallah =)

    ReplyDelete
  2. penantian tak bererti sia-sia,
    saat perjalanan adalah pencarian diri..
    -menjemput bidadari,epicentrum
    ya, mari sama2 sibuk mempersiap diri utk menjadi yg soleh & solehah..yang menanti bukan utk sama2 di dunia tp di syurga jua & meraih syurga bkn hanya dgn angan2...

    ReplyDelete
  3. semoga penantian ini adalah penantian yang berisi.setia menanti.

    ReplyDelete
  4. masyaAllah...entry akhi kali ni benar2 bg kesedaran n kekuatan pd diri sy. susah nak kawal perasaan cinta yg ada dlm hati ni. susah sgt nak kawal rasa rindu pd si dya. ya Allah...

    ReplyDelete
  5. Nak cinta kat entry ni boleh x? :) hee. "lek luh"~

    ReplyDelete
  6. terima kasih diatas setiap prkongsiaan.....semoga ALLAH redha..

    ReplyDelete
  7. nk share juga...shukran...^^

    ReplyDelete
  8. @z :):

    Nak tunggu? Lek luh. Fikir dulu iman tinggi rendah diri sendiri :)

    ReplyDelete
  9. @cik ah:

    moga Allah redha para pembaca sekalian. Betulkan segala silap saya.

    ReplyDelete
  10. @nisah:

    Allah tidak akan ciptakan term "penantian" tanpa sebab. :)

    ReplyDelete
  11. @TeTerBanG:

    Menanti macam menanti bukak pose, lauk dah beli macam2, kuih sedap2 dah disediakan..tapi bila tgk amalan sepanjang seharian puasa tu hanya tdo? bermaknakah? tidak.

    ReplyDelete
  12. terkadang penantian ini satu penyeksaan...

    ReplyDelete
  13. entri nih best..prkgsian yg sgt brguna..LIKE:)

    ReplyDelete
  14. harus diselitkan sabar yg maha tinggi sblm berumah tangga. kerana kemanisan yg dikecapi nanti teramat lah manis..

    ReplyDelete
  15. cinta~ indah cinta tu andai dijalan yg diredhai... (^^)

    ReplyDelete
  16. tulisan abang best.. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  17. betul..betul..terima kasih utk perkongsian ! :)

    ReplyDelete
  18. memang perit sebuah penantian e2..
    smoga kita smua akn terus sabar dlm pnantian ini.

    andai tidak btemu jodoh di dunia, insyaAllah ditetapkan oleh-Nya yg tbaik d akhirat kelak..(^^)

    ReplyDelete
  19. Anonymous12:47 AM

    terima kasih.. ^^

    ReplyDelete
  20. Subhanallah...menusuk hingga ke dlm jiwa...
    Astaghfirullahalazim..bila igt2 blik apa yg ana lakukan dulu...menyesal sgt2...
    Sabar jelah... sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan segala yang berlaku pasti ada hikmahnya...:)
    Mabrukk ya akhi!! syukran2.. =)

    ReplyDelete
  21. saya adalah antara pembaca yang sentiasa ternanti nanti entri baru dr kamu kerana setiap butir perkataan yang kamu titipkan, penulisan kamu sering buat saya jadi kembali semula padaNya..
    setiap kali saya 'jatuh;, saya akan cari hasil artikel kamu walaupun berulangkali membacanya saya tak pernah jemu..

    terima kasih pada Nya kerana menemukan saya dengan penulis blog seperti kamu secara tidak sengaja..

    moga tidak pernah kering dan jemu menghasilkan penulisan yang bisa membantu saya atau sesiapa saja untuk kembali semula ke 'alam sepatutnya'..

    salam perkenalan~

    ReplyDelete
  22. penat menanti benda xpasti..
    benda yg pasti..ALLAH yg sentiasa mencintai kita...tp kita je sering alpa dan leka..

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. "Alah, yang ni hanya dapat 1 kemanisan, kalau lepas kahwin aku dapat 1 juta kemanisan. Jadi, sabar dulu, kejar yang 1 juta. Tinggalkan yang seketul."

    :)

    ReplyDelete
  25. suka baca entry kamu

    ReplyDelete
  26. salam.. to bro rusydee. Luv ur drawings. Kalau x keberatan ajarlah kami mcm mana nak colour, guna software apa, mcm mana edit :D heheh and great post subhanallah

    ReplyDelete
  27. jamilah9:53 PM

    mohon share....boley??

    ReplyDelete
  28. subhanallah..sgt hebat cinta selepas nikah..=)

    ReplyDelete
  29. Indahnya nilai sebuah kesabaran..

    ReplyDelete
  30. mohon share entry ni..n copy paste..=)

    ReplyDelete
  31. love it..... menyintai dalam hening...

    ReplyDelete
  32. slm alaika.nak tnye pendapat psal entri nie.please.sye dh pening bce entri hilal asyraf. tlg simplify.https://www.facebook.com/notes/hilal-asyraf/cinta-sebelum-kahwin-itu-ada-halal/2493464341368

    ReplyDelete
  33. entry anda sgt2 bermnfaat untuk sy..thanks...:)

    ReplyDelete
  34. Anonymous11:10 PM

    sangat bagus utk dibaca, n dipraktik kan.=)
    Allahhu yubarik..=)

    ReplyDelete
  35. Anonymous6:55 PM

    insyaAllah akan setia menanti. tapi takut melepas je.hurm

    ReplyDelete
  36. masyaAllah...sgt menarik...mohon share ya akhi.

    ReplyDelete
  37. akhi, boleh x bg email..saya nk share something, tp saya malu sket. ni mcm umum la kalau nk share kat sni :)

    shukran jazilan :)

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum... Ana nak minta izin share dlm blog Ana..

    ReplyDelete
  39. menanti hidayahmu1:24 PM

    syukran atas perkongsian...alhamdulillah.

    ReplyDelete
  40. Anonymous5:26 PM

    terima kasih ya..sy dh rasa lbih baik dr sblm nie

    ReplyDelete
  41. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  42. ok.. assalamualaikum nk mintak halal menggunakan serba sikit photo yg diambil. diambil dari picture kawan yang sebenarnya karya anda. minta halal. terima kasih

    ReplyDelete
  43. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  44. Anonymous6:48 PM

    Semua karya rusydee art.. cerita2 memberi semangat untuk turuskan hidup dgn lebih kuat..dan bersemngat. Semoga penulis menerbit kan 1 buku hasil semua karya2..

    ReplyDelete
  45. Barriyah Al- Ameen4:59 AM

    MasyaALLAH…🥺

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...