Blog Selamat Tinggal

11 November 2011

29 Satu Cinta :)

klik tuk besarkan

Salam. Niat kali ni saya cuma nak menconteng-conteng je. Tapi teringat pula saya akan satu kisah Nabi SAW dengan Saidatina Aisyah R.A. 

Saidatina Aisyah berkata: 
"Aku, wahai Rasulullah, tidak seperti seorang pun dari isteri-isterimu yang lain. Tanpa kecuali, mereka telah pernah dipeluk lelaki, kecuali aku."

Baginda hanya tersenyum.

Di waktu yang lain, Saidatina 'Aisyah ada berkata:
"Wahai Rasulullah, jika engkau turun ke sebuah lembah, di situ ada dua pohon, yang satu sudah dimakan haiwan ternak, yang satu lagi tidak. Lalu, di pohon yang manakah untamu akan engkau gembalakan?"
Jawab Nabi SAW, "Di pohon yang tidak digembalai ternak." Lalu Aisyah berkata, "Akulah itu!".


Kenapa saya membawakan kisah ini? Bukanlah untuk menonjolkan kisah Saidatina Aisyah seolah-olah tinggi diri dan riak. Tidak sekali-kali. Tetapi, Aisyah sememangnya boleh berbangga dengan dirinya seorang perawan dan suci tidak disentuh mana-mana lelaki selain dari Rasulullah SAW selepas ijab qabul yang sah. Syukur dan bangga pada tempatnya adalah tidak salah. Bangga depan si suaminya. Bukan pada ajnabi.

Namun, tidaklah Nabi SAW bersikap tidak adil pada isteri-isterinya yang lain walaupun mereka berstatus 'pernah menjadi isteri orang lain.' Takutnya Nabi SAW akan ketidakadilan dalam rumahtangga sehingga Nabi SAW berdoa apabila hatinya tercondong berat menyayangi Aisyah Humaira:

"Ya Allah! Inilah pembahagian yang mampu ku lakukan, maka jangan Engkau siksa aku dalam hal yang tak mampu aku lakukan."
Ringkasnya, adik-adik perempuan jagalah kesucian diri dan kehormatan diri sebelum berkahwin. Jangan pegang-pegang, jangan sentuh-sentuh. Jagalah hati tetap untuk satu cinta dunia yakni pada suami yang berhak. Teguhkan hati untuk satu cinta kekal selama-lamanya yakni pada Allah dan Rasulullah. Kemudian, kamu mampu berbangga dan bersyukur jika berjaya mempertahankannya sehingga saatnya kamu diakadkan. Tidak salah mendabik dada (tidak berlebihan) depan suami. Kamu memang layak berbangga.

Namun, bagaimana pula dengan yang tidak berjaya mempertahankan kesucian, kehormatan dan imannya sebelum berkahwin? 

Bertaubatlah, nescaya taubat nasuha mensucikan diri anda kembali hati dan iman. Simpanlah dan lupakanlah aib, kisah hitam anda sampai mati. Jika dengan aib itu, akan merosakkan hubungan dua insan dan rumahtangga maka rahsiakanlah. Tidak wajar mendedah aib sendiri walaupun berterus terang adalah lebih baik. Kadang-kadang ada yang perlu disembunyi dari didedahkan. Kerana manusia bukan Tuhan. Manusia menghakimi dengan kejam dan tidak adil berdasarkan kisah2 silam kita, tapi Allah tidak begitu. Allah Maha Pengampun sedang manusia bukan pemberi sebarang pengampunan. Manusia hanya memaafkan, tetapi tidak mengampunkan dosa hitam. 

klik tuk besarkan

Akhir kata, jagalah kesucian dan kehormatan anda demi satu cinta yang murni. Yang tidak lagi suci, sucikan kembali diri dengan penyesalan yang sungguh-sungguh, tidak mengulangi lagi silap yang sama dan mulakan hidup baru dengan percaya penuh, Allah masih beri peluang untuk kita walaupun manusia tidak beri peluang pada diri kita. Ingat, kita tak perlukan manusia utk menilai kita, tapi kitalah yang nilai diri kita sendiri dan kita sendiri yang bagi peluang diri sendiri berubah.

Satu cinta Aisyah Humaira hanya untuk Muhammad bin Abdullah SAW. 

rujukan kisah: Buku "Bilik-bilik Cinta Muhammad SAW" oleh Dr. Nizar Abazhah

11.11.11. 14 Dzulhijjah 1432 H,
Selamat Harijadi buat Ummi.
Rusydee Artz,
Selamat Tinggal.



29 comments:

  1. Salam.

    Alhamdulillah. I got this opportunity to read your entry.

    I honestly, like every things that u did here. Keep up this good work, will ya?

    Da bookmarked ur blog. Xpelah kalo kena tinggal pun, asalkan tinggalkan ilmu yang bermakna. :)

    May Allah bless you. :)

    ReplyDelete
  2. @notatalker:

    Terima kasih atas puji2an. Bimbang puji2an ini menyerongkan niat saya. Namun, saya ambil puji2an ini sebagai kata2 semangat..utk lebih rajin membaca. tanpa membaca, saya tak boleh berkarya.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum dee..subahallah ana suke karya ente..sgt menusuk kalbu.alfu syukran kerana byk mmbri nsiht pergtn pade kami2 sume..smge allah sntse merahmti kmu..

    with love:ana

    ReplyDelete
  5. @ana welshouq:

    syukran jua kembali. doakan moga penulis thabat di jalanNya. raih satu cintaNya.

    ReplyDelete
  6. insyallah mari kite doa same2 :)

    ReplyDelete
  7. bgs nye....tngktkn lg dgn krya2 yg brfaedah...

    ReplyDelete
  8. Anonymous9:31 PM

    smoga karya dakwah ini berterusan slagi dberi keizinan olehNya dan mndpt keredhaan Ilahi..trima ksih yg x trhingga di ats ingtan dn nsihat drp coretan2 itu...

    ReplyDelete
  9. Anonymous11:15 PM

    Assalamualaikum. . .

    syukur alhamdulillah, saya mendapat peluang mem-baca entry y baik utk mehasabah diri, malah utk ber-kongsi dgn rakan2x y lain.

    ReplyDelete
  10. syabab musafir kasih10:11 AM

    @hatimukmin.com:

    syukran atas komennya :)

    ReplyDelete
  11. Entry yg sngat best...sy suka baca cam nie...bnyk mmbantu sy trus bristiqamah ke arah kebaikan...penulisan yg bershja tp brmkna...=)

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum ...bestnya dpt baca n3 ni moga menjadi panduan pada gadis sekarang nikn...:)

    ReplyDelete
  13. isi dan penulisan yang baik..

    ReplyDelete
  14. jauhilah maksiat sebolehnya sebab blom tentu kita dapat kawal bila sudah bertiga dengan nafsu syaitan dengan segala

    ReplyDelete
  15. Anonymous11:49 AM

    alhamdulilla,saya jumpa blog ni..menjadi inspirasi buat remaja..tambah2,bila hati tengah kecewa..thanx.. :)

    ReplyDelete
  16. best sgt bc...sgt bguna untuk diri sy,,:))

    ReplyDelete
  17. Apa yang mampu saya katakan? Selain jutaan terima kasih pada semua yang sudi membaca, memberi komen dan nasihat kepada saya.

    ReplyDelete
  18. princess_ara1:55 AM

    thanks...
    sharing is caring :)

    ReplyDelete
  19. saya copy gamb ne..cantik..letak kat timeline fb=) @Rusydee Artz

    ReplyDelete
  20. asykuruka jazilan,, mhon izin untk share :)

    ReplyDelete
  21. Anonymous1:24 PM

    terbaik......

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. Syukriyah NaJiehah9:20 PM

    jatuh cinta dgn lukisan rusydee...huhuhu... comey n penuh ngn msj nk dsmpaikn...terbaikkk!!

    ReplyDelete
  24. syukran jazilan...banyak manfaat yang diperoleh daripadanya...terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu...kita sesama hamba Allah saling memperingati...semoga Allah membalas jasa baik enta...syukran jazilan sekali lagi...semoga maghfirahNya sentiasa menaungi kita semua termasuk enta....in shaa Allah...

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum..moga Allah titipkan rahmat setiap bait2 penulisan saudara.Dan doakan faqirah ini yg memegang nama Aisyah humaira juga mampu mencontohi Aisyah R.Anha.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...