klik tuk besarkan..
Korban ke Qurban? Kedua-dua pun betul. Qurban berasal dari kata Qoruba yang bererti dekat. Manakala korban kita sudah faham maksudnya. Kalau kita rujuk kamus DBP, korban adalah:
Amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin.Dengan Qurban, kita dapat taqarrub ilallah ( dekatkan diri kepada Allah ). Betapa susahnya kita nak dekatkan diri pada Allah, tengok Allah Maha Penyayang ajar jalan pintas ke arah itu adalah dengan menyembelih haiwan untuk dikorbankan. Korban ikhlas kerana Allah.
Samada korban duit, masa, tenaga untuk mengerjakan haji di baitillahilharam, korban dengan sembelih haiwan ternakan seperti lembu, kerbau, unta, kambing, biri-biri, ayam dan seumpamanya. Korban terbesar adalah korban nyawa berperang di jalan Allah di medan peperangan sebagaimana yang terjadi di Palestine setiap hari. Ayat-ayat Allah dalam Surah al-Kauthar 1&2 yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
Jumhur mengatakan berqurban adalah sunnah muakkadah yakni sunnah yang amat ditekankan kerana banyak hikmah dan manfaat di sebaliknya. Antaranya:
"Tiada suatu amalanpun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah SWT selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu." [Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah]
"Para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah, apakah udhiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim." Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh dari udhiyyah itu?" Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (daripada binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan." [Riwayat Ahmad dan Ibn Majah]Jika tak mampu berkorban apa-apa pada hari raya ini atau tak menunaikan haji, cukuplah dengan berpuasa dari 1 hingga 9 Zulhijjah (terutamanya 9 Zulhijjah).
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).Jika terlepas puasa, tak dapat berkorban sembelih haiwan, atau tak dapat tunai haji, maka bersabarlah. Banyakkan bersolat. Sabar dan solat juga adalah pengorbanan. Teruskan bersabar.. agihkan ilmu, menuntut ilmu di jalan Allah. Tentang mereka yang menentang Islam.
9 Zulhijjah 1432H,
Salam eiduladha dari Rusydee Artz.
Selamat Tinggal.
nice entry bro..~
ReplyDeletesangat suka penjelasannya...:)
ReplyDeletealhamdullilah...nice entry! :)
ReplyDeletebaru ana tahu....syukran jazilan
ReplyDeletealhamdulillah, pengorbanan perlu di lakukan dari sehari ke sehari kan =]
ReplyDeletesalam aidil adha =]
cutenya lukisan ^_^
ReplyDelete