klik tuk besarkan
Salam bulan pengorbanan.
Bila sampai bulan Zulhijjah, kita akan cakap pasal nak pergi haji, nak raya haji, tentang pengorbanan kisah Nabi Ibrahim a.s. Saya pun nak cakap pasal pengorbanan gak lah. Boleh?
Ramai yang ada segalanya, tapi tiada pula penyeri rumahtangga - zuriat. Sebab tiada anak ni, ada suami-suami yang kurang sabar lalu ceraikan isteri. Ada yang sabar sikit, cari isteri lain lepas dapat keizinan. Ada juga yang tak sabar-sabar cari isteri lain bila tahu isteri tak hamil lagi selepas setahun dua kahwin. Bila lambat dapat anak ni, maklum sahajalah masyarakat kita, pasti ada kata-kata yang tak sedap didengar dari saudara-mara terdekat ataupun dari pendengki-pendengki setia.
Ayuh kita susuri sedikit kesabaran dua Nabi, Nabi Zakariyya a.s. dan Nabi Ibrahim a.s.
Nabi Zakariyya a.s. juga impikan untuk mendapatkan zuriat tetapi isterinya mandul. Adakah Nabi Zakariyya a.s. tinggalkan isterinya itu? Tidak sekali-kali. Ceraikan? Tidak juga. Nabi Zakariyya a.s. bersabar, terima seadanya, malah layan isterinya dengan baik dengan kasih sayang dan kesetiaan. Pengorbanan yang mulia kan? Seorang Nabi yang Allah kurnia kelebihan, boleh sahaja kalau beliau hendak pilih perempuan lain untuk dijadikan isteri jika beliau mahu.
Nabi Zakaria berkata: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?, Allah berfirman: Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.Demikian juga ceritanya dengan Siti Sarah isteri Nabi Ibrahim a.s. Dalam Surah Al-Dhariyat (51):29-30, firman Allah yang bermaksud:
(Mendengarkan berita yang menggembirakan - akan dapat zuriat - itu), maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sambil berkata: Aku sudah tua, lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapat anak)? Mereka berkata: Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanya menyampaikan sahaja); Sesungguhnya Dialah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.Nota:"Mereka" dalam firman Allah di atas ni adalah malaikat yg diutuskan untuk membinasakan kaum Luth ketika itu, singgah sebentar beri khabar gembira kepada Nabi Ibrahim a.s.
Pada umur Siti Sarah 90 tahun dan Nabi Ibrahim a.s. umurnya 100 tahun, barulah dapat zuriat. Jika tak silap saya, Siti Sarah melahirkan Nabi Ishak a.s. dan Hajar (dari perkahwinan kedua) melahirkan Nabi Ismail a.s. Nabi Zakariyya a.s. pula mendapat Nabi Yahaya a.s. Adakah kedua-dua Nabi a.s. ini curang pada isteri-isterinya? Tidak. Mereka setia. Nabi Ibrahim a.s. dah tua barulah adanya pernikahan yang kedua.
Allah.. kuasa Allah kan? Berkat kesetiaan, kesabaran dan kasih sayang kerana Allah semata-mata. Ini semua adalah pengorbanan. Buah sabar akhirnya terbalas. Mudah bagi Allah segala-galanya. Yang penting, jangan putus asa. Bertabah jangan rebah. Firman Allah dalam Surah Maryam ayat ke-9:
klik tuk besarkan
Setialah pada pasangan anda. Sabarlah. Allah bagi dapat hidup berpasangan pun dah cukup baik.
Bersyukurlah. Dapatkan zuriat itu sunnah. Setia juga sunnah. Setia pada yang halal.
1 Dzulhijjah 1432 H,
Rusydee Artz,
Selamat Tinggal.
tersentuh bace ni . . thanks kerana berkongsi =)
ReplyDelete@♥♥♥aRiSa FunAbAsHi♥♥♥:
ReplyDeleteTerima kasih sudi membacanya :)
cinta org selalu sebut, setia yg kita jrg dgr kan, SETIA PADA YANG HALAL....nice, tq...
ReplyDelete@Anonymous:
ReplyDelete:) sebenarnya saya ingin membawa anda semua baca kisah Nabi Ibrahim a.s. dari skop yg berbeza tetapi masih dalam kategori "korban".
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"">Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi<
ReplyDeleteteruskan perjuangan enta! smg Allah redha ..dan semoga Allah pandang segala amalan enta dgn pandangan rahmatNya ..=)
smg enta termasuk dikalangan org yg dijanjikan Allah utk syurgaNya kerna anda telah menggunakan bakat dan kelebihan yg Allah bg pd enta utk mengajak manusia kembali kepada fitrah! yakni ke arah kehidupan beragama! tahniah akhi..
enta kenal aiman bin jailani? ..sPM MML 2009 lau x silap..
kenapa cantik sangat lukisan kau neh.. huhu.. tapi yang paling penting, aku dapat belaja something dari entri kali ni..
ReplyDelete~setia & pengorbanan paling penting dalam hubungan..
nice one.
ReplyDelete"kesetiaan menghalangi ku pindah ke lain hati..."
terkesan dengan tulisan anda
ReplyDeletesetia dan pengorbanan.....kesabaran tu yg penting....tq 4 sharing....
ReplyDeletesubhanallah... mohon izin share ya akhi . :) boleh ?
ReplyDelete@Abdullah Sobri:
ReplyDeleteterima kasih di atas sokongan dan galakan :)
asif kurang mengenali beliau..
@Fatin Nadia:
ReplyDeletetak cantik, biasa je ni. selalu saya fikir, apalah cantik jika mesej tak berapa nak cantik.
@Anonymous:
ReplyDeletesilakan share berpuluh juta share.
sweet sangat2..sunnah yang yang sepatutnya diingati oleh setiap orang.,terutamanya yang dah ada pasangan..
ReplyDeleteana mintak izin SHARE gmbr2 yg enta lukis... Tahniah kerana dikurniakan Allah satu kelebihan dan bakat di tgn enta.. Alhamdulillah..gunakan jalan yg baik ni dgn sebaiknya,teruskan perjuangan.. Goodluck..:)...
ReplyDeleteAku pernah menderita kerana DIA.....Dia Memang x guna tul.....Aku bersyukur...pasti dia akan menerima akibatnya....
ReplyDelete4thn ana cba jga hti stia utk dy,mntk xcontact utk sma2 jga hti..but what he had done to me?getting porpose with other person jus to uji ana?what kind of this..ya Allah,jka bnar dy bukan mlikku,jauhknnya dr ingatanku..ku xterdaya,allahurabbi
ReplyDelete@nur_syu
ReplyDelete4tahun adalah tempoh yg trlalu lama utk diuji kesetian apatah lg prasaan jemu akan dtg mendominasi..
knpa 4thun tidak digunakan ke arah prtunangan seterusnya perkahwinan?
@nur_syu
ReplyDelete4tahun adalah tempoh yg trlalu lama utk diuji kesetian apatah lg prasaan jemu akan dtg mendominasi..
knpa 4thun tidak digunakan ke arah prtunangan seterusnya perkahwinan?
sweet nyer nabi zakaria
ReplyDeletethnx share eh :)
tersentuh karya ini..
ReplyDeletesatu pengorbanan besar suami utk isteri.. :)
salam eid adha..
subhanallah
ReplyDeleteberkat kesabaran
berkat kesetiaan
berkat sandarnya semua rezeki itu hanya dari Allah,
pasti Allah limpah kurnia rezeki =]
suka entry ni. :D betul tu. kesetiaan :D
ReplyDeleteRasulullah juga seorang yang setia dengan isteri baginda, siti khadijah. meski beliau sudah meninggal baginda sering teringatkannya.
ReplyDeletesubhanallah... tapi ramai sgt kita yg manusia biasa nie x reti bersabar...
ReplyDeletesetia susah nk laksanakn
ReplyDeletealhamdulillah. semuanya dengan kekuasaan dan ketentuan dari Allah SWT. ((;
ReplyDeletemohon share ya akhi...sangat2 menyentuh entrinya..manfaat buat ummat...;)
ReplyDeletethanks dengan entry ni..sgt2 memberi kesan yg mendalam..i'm still waiting for my first zuriyat after 1&half years married. may Allah bless us all. aminn
ReplyDeleteVery touching. Harap semua dapat berfikiran mcm penulis. Keep it up!
ReplyDelete=)... yup setia..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSpt kesetiaan& kesabaran para utusanNya dlm menjalani hidup....Subhanallah...Sungguh Maha baiknya Allah...mengurniakan ana peluang baca2 post akhi Muhammad Rusydi...rasa banyak peringatanNya yg ana dapatkan malam ni...patutlah sahabat2 akhi di FB panggil akhi ustaz ya... ya...i'm speechless then..asif jiddan ya akhi....ana baru tahu ttg pengisian lukisan& dakwah akhi di blog nih... Barakallahu fik ya akhi...tetap semangat ya.... InsyaAllah pasti bermanfaat karya2 akhi utk generasi umat ini....(^_^)
ReplyDeleteKalau suami dah sah2 main dgn ppuan lain.... Isteri perlu 'setia' jugak ke? Pengorbanan mana lebih besar? Ibadah pada Allah atau suami?
ReplyDeleteTersentuh banget aku membacanya. :D
ReplyDeleteWisata Kuliner Teknologi Dunia
trabzon
ReplyDeleteedirne
van
bingöl
yalova
XCU