klik tuk besarkan
Dalam perhubungan impian, apa yang kita harapkan pastinya berkesudahan dengan Happy Ending kan? Malangnya, seringkali kita sampai di penamat yg berbunyi..
"..kita putus.."
"..sampai di sini.."
"..ceraikan saya.."
"..tak ada jodoh di antara kita.."
"..aku bukan utkmu..kamu berhak dapat yg lebih layak.."
Kita manusia. Manusia merancang. Allah juga merancang. Namun, "Wallahu Khairul Maakirin." ( Allah lah sebaik-baik perancang segala rencana. )
Hubungan pula saya bahagikan kepada dua:
- Hubungan yang diredhai (dah nikah).
- Hubungan tak halal (belum nikah lagi).
Tapi kedua-dua hubungan ini juga tidak ada jaminan akan kekal. Kedua-dua hubungan ini akan diuji. Siapa yang lemah, pasti tersungkur. Siapa yang tabah, beroleh hikmah.
Cinta bukan milik kita. Sebab bukan milik kitalah, kita tak mampu kawal sepenuhnya.
Saya hanya nampak satu cara untuk kekalkan hubungan cinta. Gapai cintaNya melalui konsep Tawaqqi.
Means, hubungan tak halal automatik belum pasti ada jaminan boleh berjaya sebab jauh dari cintaNya. Jika berjaya ke jinjang pelamin, itu maknanya Allah mahu kamu dan pasangan berubah lebih baik serta siap sedialah; kerna ada ujian-ujian di hadapan sebagai kaffarah dosa-dosa kapel silam. Namun jika tak berjaya, itu bermakna Allah nak kamu kembali muhasabah diri-hilangkan benteng yang menjadi hijab di antara kamu dengan kecintaan kepada Allah. Ya, kesedihan awal-awal itulah kaffarah dosa-dosa.
Yang dah kahwin, tarbiyyahlah pasangan utk sama-sama jaga hubungan cinta dengan Allah. InsyaAllah kekal lamalah hbgn itu. Jika diuji, ada hikmah. Diuji dengan kesusahan dan kemiskinan, kecelakaan dan musibah. Jika tak diuji, pelik sebab kita hanya hamba. Bercerai juga ujian. Namun, bersyukurlah sebab Allah beri masa untuk kita kecap bahagia bersama-sama. Walaupun sekejap cuma.
Fahami konsep Tawaqqi.
Apa itu tawaqqi? Menurut Ibnu Kathir tawaqqi adalah kata asal untuk taqwa. Bermaksud, "menjaga diri daripada perkara yang tak diingini." Menurut Muhammad bin Allan, "taqwa ialah mematuhi perintah-perintah Allah dan menghindari larangan-laranganNya dengan mengerjakan setiap yang diperintah, tinggalkan yang dilarang, mengikut kemampuan." Manakala Saiyidina Umar mengkiaskan hakikat taqwa sebagai "berjalan dengan waspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak ataupun terpijak onak dan duri."
Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Buka mata, buka mata hati, guna iman dan tawaqqi. Akhirnya, 'kan kau jumpakan permata.
Rusydee Artz,
Selamat Tinggal.
30 Dzulka'edah 1432 H.
kesenangan juga merupaan ujian dr Allah untuk hambanya....... adakah hanya m'ingatiNYA pabila susah shj?.... Hadis: “Sunguh ajaib bg urusan org2 beriman, sesungguhnya urusan org mukmin itu, semuanya baik bagi mereka. Kebaikan itu tidak diberikan selian orang beriman. Org mukmin itu, sekiranya dia mendapat kesenangan maka dia bersyukur. Maka kesyukuran itu baik bagi nya. Dan sekiranya dia menimpa musibah/kesusahan hidup maka dia bersabar.” (riwayat imam muslim)
ReplyDelete.......sma2lh kita perbaiki diri kita.....insyaallah
@Anonymous:
ReplyDeleteBenar, jadi kesenangan dalam bentuk rasa cinta sesama kita juga adalah ujian dari Allah. Kita sangat senang dengan perasaan ini hingga kita abaikan tanggungjawab hamba. Sedangkan cinta didatangkan sebagai nikmat supaya hamba lebih kasih pada Tuhannya kerana Tuhannya begitu Maha Penyayang; dgn anugerahkan rasa kasih dalam hati2 insan.
Kita selalu ungkap pada yg kita syg, "Kaulah segala2nya." Sbnrnya, kata2 inilah mengundang dukacita Allah kerana segala2nya yg sebenarnya adalah Allah. Hanya Allah.
Cinta ini milik Allah.
Memang benar cinta milik Allah...
ReplyDeleteDulu saya tak berapa hiraukanNya dan terlalu ikutkan kata hati. Hubungan saya dengan Allah kurang saya ambil berat hingga hubungan dengan mak sendiri pun jadi renggang... Saya tinggalkan teman lelaki saya bila saya sedar dia hanya lebih cenderungkan saya pada maksiat. Alhamdulillah... sekarang saya bahagia dengan cintaNya dan hubungan dengan mak kembali erat. Jodoh belum menyebelahi saya lagi tapi saya tau saya tidak keseorangan sebab saya masih ada Dia yang memberi petunjukNya... =)
:) cinta bikan milik sya skrg :]
DeleteYa saya setuju cinta itu milik ALLAH namun manusia terkadang lupa untuk mencintai PENCIPTA terlebih dahulu kerana sibuk bercinta dengan ciptaan PENCIPTA.
ReplyDeleteNamun bila kita ditinggal cinta manusia, barulah kita teraba - raba mencari cinta DIA. Hakikatnya cinta manusia bukan lah segalanya bukan? Seandainya manusia tahu ada rahsia tersembunyi di dalam setiap dugaan kehidupan yang ALLAH berikan, pastinya tak ada satupun yang mengeluh dengan aturan- NYA. Malah mereka bersujud syukur kepada ALLAH.
Terdetik juga di dalam hati, sehebat mana maksiat yang kita lakukan, kita pasti membencinya tatkala kita kembali merenung dan bermuhasabah sendirian. Syukran tuan blogger kerana mengingatkan. Teruskan berdakwah. Dakwah itu luas pengertiannya. Kerana dakwah juga sebenarnya memperbaiki diri sendiri yang alpa.
mungkin silapnya jika berhubungan secara tidak diredhai Allah.. ana tertarik dengan penulis ukhti Fatimah Syarha, tidak berhubungan dengan bakal suami kerana menjaga .... (ana tidak reti untuk terangkan).. mungkin tidak akan terputus jika dilakukan secara yang diredhai.. berkasih sayang tanpa ikatan itu mengundang fitnah..
ReplyDeleteya. cinta sejati ialah cinta tak berbelah bagi kepada ILAHI. cinta sesama manusia belum tentu kekal ke akhir hayat nanti. cinta Allah membawa kita ke syurga ILAHI.
ReplyDeleteizinkan saya copy dan share pd blog ana ya akhi?
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah mmberi keterangan diatas tersebut,
Assalamualaikum warahmatullah.
menyentuh dan terusik.
ReplyDeleteterus berbekas di hati.
moga membawa kebaikan untuk diri ini.
TERIMA KASIH atas ingatan melalui post ini ya!
"Cintakan pokok, pokok kan mati, cintakan manusia, manusia kan pergi. Cintakan ALLAH ,kekal abadi. "
ReplyDelete:)
Alhamdulillah...
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeletepertama kali ke blog nie..
Alhamdulillah, tarbiah dan dakwah melalui blog sesuai dgn semasa sekarang yang really up to-dated with various thing.. Keep it up. Moga jalan dakwahmu diterima umum dan Allah khususnya...
Bismillah alhamdulillah...
ReplyDeleteBear in mind.. "cinta bukan milik kita". jangan kemanisan bercinta itu membawa benteng sebesar tembok cina sehingga alpa pada cinta yang agung. bait-bait sajak cinta oleh Ukhti Rumi (penyajak Parsi)sememangnya kena. ^^
Alhamdulillah sebuah renungan yang sampai kedasar hati saya,
ReplyDeletesudah banyak saya buat silap tentang perasaan cinta ini
thanks a lot suka sangat:)
sgt sedih bile bace tp part akhir tuh sikit sebanyak mengikis kesedihan :)
ReplyDeletealhamdulillah..thnx
@fiey:
ReplyDeletealhamdulillah jika entri tak seberapa ni mengubati hati anda sedikit sebanyak :) syukran Allah
La tahzan =]
ReplyDeletealhamdulillah. suka nye membaca.
Setaip yang ditarik, pasti akan diganti dengan lbh yg terbaik utk diri
ras cinta kasih dn syg takkan pernh lenyap dari Bumi, kerana Pencipta dunia ini sendiri kaya dengan kasih Nya
Kerana cinta milik Allah kita x mampu brbuat apa2 saat kita merasa terluka...cinta itu indah mngubah sakit mnejadi sihat,mngubah cuka mnjadi anggur...mngubah sedih mnjadi riang...namun cinta Allah itu lebih indah brbanding cinta yg lain =)
ReplyDeletetepat sekali cinta bukan milik kita.. walau beribu2 janji yg meniti di bibir.. tetapi janji mana yang lebih jamin dan pasti?? sudah pasti janji Allah. BIla berkapel, mcm2 janji yang disebutkan..tetapi, bila sudah jemu, janji2 tu hanya janji2 kosong...apalah kta nk harapkan janji manusia? hanya merugikan diri kita sahaja... Allah lagi sayang pada hambaNya, dan janji Allah adalah satu janji yang pasti..raihlah cinta Allah, kejarlah cinta Allah...kelak hatimu akan menjdi orang yang paling bahagia di dunia ini..
ReplyDeletesaya mohon untuk mnggunakan setiap kata2 nasihat ini dlm fb sy..ye..
ReplyDelete:'( thank you
ReplyDelete@Rusydee Artz
ReplyDeleteindahnya cinta untuk insan semata2 kerana Allah....payahnya cinta untuk insan tanpa redha Allah.......terima kasih atas post anda =)
Alhamdulillah..syukran atas perkongsian dan pandangan-pandangan sahabat-sahabat semua. "sesuatu yang dimulakan dengan kemaksiatan akan berakhir dengan kemaksiatanlah,sesuatu yang dimulai dngan kesucian akan berakhir dengan kesucianlah pula,InsyaALLAH =) Jagalah kesucian diri..jauihilah berbuat maksiat kepada ALLAH,neccaya tidak akan rugi InsyaAllah.
ReplyDeletealhamdulilah... sedikit sebanyk dapat menimba ilmu... cinta yg kekal abadi hanya milik al-kholik...
ReplyDeletepercaya pada takdir :) semua benda yang terjadi adalah atas ketentuan-Nya. my mom used to say 'Allah lebih tahu ape yang terbaik utk kita' :) be strong. move forward, yakin ada bende yang jauh lagi baik utk kita di masa akan datang
ReplyDeletethe fact that we can't always get what we want vs the fact that God want to give us what we need (2:286 & 21:35)
Bismillah...
ReplyDeleteCinta Bukan Milik Kita...
Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Insyallah .
Tak jadi kawen xde sedih sgt..
ReplyDeleteTapi sedih bila frust bercinta tu kita lalai.tahajjud berkurang, dhuha tak sempat, witir kemana, masjid menjauh...sedangkan aku muslim..malu dgn muallaf yang bersungguh mencari kebenaran beragama..
Kembali & dekat dgn Allah swt. InshaAllah...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesesungguhnya, cinta itu memang milik DIA yang hakiki. Kerna cinta manusia tidak ada yang abadi selain cintaNya. Malu menguasai diri apabila teringatkan kata hati yang begitu apla dengan cinta sesama manusia. :|
ReplyDeletesubhanallah..sebak bila membaca entry ini. mungkin kerana kesilapan lalu. Benar..cinta memang milik Allah. Akhirnya saya mendapat petunjuk walaupun diri ini masih dihantui kesilapan yang lalu. Doakan saya kuat dan istiqamah dalam usaha mendekatkan diri kepadaNya.
ReplyDeleteAllah..
ReplyDelete"Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Buka mata, buka mata hati, guna iman dan tawaqqi. Akhirnya, 'kan kau jumpakan permata "
Sangat tertarik dengan kata2 nih, benar .Pengalaman lalu mengajar diri erti hakiki cinta yg sebenarnya..Mana mungkin ada cinta selain-Nya yg dibina melalui sebuah ikatan yg tidak halal..Sedangkan Cinta itu seharusnya menjadi lebih suci & murni dengan akad nikah yg dimetrai membina ummah bakal penegak Agama,meraih pahala & syurga-Nya..Sungguh,baru kelihatan antara Cinta yg sekadar ilusi & tidak memberi apa-apa pun jaminan..Kerna hanya kecewa,terluka,sakit yg dirasakan.. Kesilapan,kealpaan & kelekaan lalu menjadi kekuatan & peringatan buat diri utk tidak mengulanginya kembali..
Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini yah Allah..Utk melupakan dia yg bukan milikku, mengusir kenangan yg mengikat diri.. Biarlah hati ini hanya berlabuh kepada-Mu,mencari redha & cinta-Mu..Aku hanya mahu selamat dengan Cinta-Mu,membungakan Cinta-Mu indah bersemi dihatiku.. Aku hanya akan menjadi milik dia yg benar-benar berhak utk memiliki ku dengan keizinan-Mu ya Allah, Insya'Allah..
terima kasih banyak , :)
ReplyDelete:') dah faham terima kasih
ReplyDeletersa cinta yang tak terluah sangtlah pahit. dipendam sekian lama, hari bertukar bulan, bulan bertukar tahun. dan tahu bertukar bertahun-tahun lamanya. sedih dan sakit hati yang menyiksa. hanya Allah saja yg tahu akan perasaan ini. ingin ku hapuskan rasa cinta pada manusia ini yg tlah aku suka bertahun lamanya. tapi, apakan daya aku sebagi seorang manusia. dimulakan pula cinta pandang pertama. cinta aku terlalu suci untuknya, tapi, dia tidak pernah memandng akn cinta ku. aku tahu hakikatnya dia bukan jodoh aku. aku tak layak untuknya,. aku tahu, Allah sediakan yang lebih baik untuk aku. doakan saya mendapat jodoh yang dapat membimbing sy menjdi wanita dan isteri solehah dan hidup bersama sampai ke jannah...
ReplyDeleteSekarang ni saya rasa memang sedih tapi saya berharap saya dapat menghadapinya, terima kasih atas entri yang cukup baik dan menenangkan jiwa.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum wbt.
ReplyDeleteMhn share ya ikhwan....
kalau la masa bole diulang kembali.. saya x nak kapel. smpai skrg saya myesal.
ReplyDelete