Blog Selamat Tinggal

23 November 2011

10 Antara Ingat dan Tak Ingat

klik tuk besarkan

Agak lama saya tak update blog, hampir seminggu. Seperti biasa belog ni akan update ringkas2 je. Sebab saya tahu ramai tak suka baca panjang2.

Ada seorang ulama bernama Syeikh Hamid al-Hallaf telah berkata:

"Orang yang sering mengingati akan mati, orang itu akan dimuliakan dengan tiga hal; iaitu orang itu akan segera untuk bertaubat atas segala dosa-dosanya. Orang itu akan menerima rezeki pemberian Allah SWT kepadanya seadanya serta bersyukur dengan apa yang dia ada. Orang itu juga insyaAllah akan diberi kekuatan dan kerajinan dalam beribadah."

"Orang yang lalai dalam mengingati akan kematian pula akan diseksa dengan tiga perkara; orang itu akan sering terlupa untuk bertaubat yakni tidak bersedia untuk bertaubat dan bertangguh-tangguh. Orang itu akan rasa tidak puas dengan apa yang dia ada dan tidak menerima rezeki pemberian Allah seadanya. Orang itu juga akan ditimpa penyakit malas untuk beribadah." 
[Ini bukan hadis, hanya kata-kata penuh hikmah seorang yang alim. saya dah cuba selidiki tentang ulama ni tapi tak berjumpa infonya. saya berminat nak tahu siapa ulama ini. sila tolong saya cari info tentang beliau ya. syukran]

Jadi kita tahu sekarang kenapa kita susah nak bertaubat, jenis tak bersyukur dan tak puas dengan apa yang kita dapat dan malas beribadah. Ya, inilah sebabnya. Kita ni jenis tak ingat kita akan mati bila-bila masa. Orang yang paling bijak adalah orang yang bersedia menghadapi mati dengan persediaan amalan dan ibadah yang baik. Orang yang menggapai satu tingkatan paling tinggi dalam masyarakatnya atau mempunyai IQ yang genius sekalipun tidak mampu menandingi orang yang ingat mati dan bersedia ke arah itu.

"...mungkin hari ini atau esok aku akan meninggal..Allah..persediaan tak cukup lagi.."


26 Dzulhijjah 1432 H,
Rusydee Artz,
Selamat Tinggal.
Wassalam.

10 comments:

  1. I like your blog..teruskan berdakwah..http://terapiozontawas.com

    ReplyDelete
  2. Anonymous7:22 PM

    terima kasih atas peringatan..teruskan berdakwah..;)

    ReplyDelete
  3. keampunan11:37 PM

    assalamualaikum........perasan tak selalunya RAMAI ORANG share kisah2 cinta b'bnding dgn kisah2 cinta pada Illahi......sekadar renungan pada diri sendiri dan juga kamu

    ReplyDelete
  4. @keampunan:

    ya, sangat perasan. orang sangat suka tentang benda2 yg sweet tapi benda2 kenyataan seperti benda2 mati ni orang tak berapa suka. naluri manusia luarannya degil utk rasa insaf. tapi, macam biasa saya tak mengharapkan sambutan apa2 cuma syabas buat yg sudi berfikir dan mengambil pengajaran dari mesej entri ni..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum... btul 2... kita kena sentiasa mengingati mati.. bru la kta sentiasa mengingatiNya..

    ReplyDelete
  6. Anonymous9:01 PM

    Salam.

    benar sungguh kata2x ter-sebut.

    Moga2x mati-lah men-jd inspirasi kpd individu muslim y tidak penat utk per-baiki diri selagi ada nyawa, selagi ada masa & selagi kehidupan itu di-terus-kan. .Ameen.

    ReplyDelete
  7. blog yg brbeza n pnuh informasi. mnarik plak tue. moga hdop akhi rusydee dirahmati n dberkati oleh Allah.

    ReplyDelete
  8. saliha11:42 PM

    assalam.subhanAllah.blog yg menarik n informatif..smg hati2 kita smua terus hidup dlm syariat Islam.
    wassalam

    ReplyDelete
  9. terimakasih banyak akhi...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...