Blog Selamat Tinggal

25 November 2011

31 Putera Agama

klik tuk besarkan

"Allah..jangan sedih-sedih ye..la tahzan.."
"Dalam satu riwayat Ahmad, ada satu doa yang berbunyi: "Ya Allah..Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang Engkau miliki dan Engkau namakan diriMu dengannya..jadikanlah al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya di dadaku serta penghilang kesedihan dan kegelisahanku..""
"..Jadi, bila dirimu sedih, bacalah al-Quran..insyaAllah..kan tenang hatimu..dah-dah, senyum sikit ya :)"

Saya pasti kata-kata ini tidak akan terungkap dari mulut lelaki biasa. Kecuali dia adalah Rijal al-Din, yakni Putera Agama. Kata-katanya persis kata-kata al-Quran dan hadis. Bicaranya lembut, bermuka manis, sabar dan hati-hati dalam penuturan kata-kata. Kata-katanya bukan saja mampu buat hati sejuk mendengarnya, tapi tertawan dengan luhur budinya kesantunan akhlaknya.

Putera agama itu...

.. tatkala manusia membelakangkan agama, dia ke depan memperjuangkan bendera agama. Ketika lelaki-lelaki lain sibuk mengayat awek-awek cun, dia sibuk mengayat Allah dengan zikrullah dan solat malamnya. Sedang lelaki lain berusaha memanah hati-hati wanita lemah, dia lagi hebat berusaha dengan "panahan malam" yakni doa yang tidak tertolak di tahajjud sepertiga malam. Sedang lelaki-lelaki lain sibuk memikirkan masa depan dan kerjaya, dia tidak pula mengenepikan masa depannya tetapi memikirkan sekali masa depan umat Islam dan memberikan idea serta alternatif dalam membangunkannya.

..tatkala lelaki lain mencuci mata melihat aurat wanita yang terdedah, putera agama itu berusaha menutup dan menjaga maruah para muslimah. Sementelah ketika lelaki lain sibuk merosakkan masa depan wanita, dia tampil melindungi dan membela. Di saat lelaki lain berusaha untuk terus hidup di atas dunia, putera agama sibuk dengan persiapan menghadapi mati. Ketika lelaki lain kurang menyenangi dakwah, dia giat membangkit usrah, menyampai tarbiyyah. Katanya "daulah" semuanya bermula dari bawah. Di waktu lelaki lain hanya melihat kezaliman demi kezaliman pada orang Islam, putera agama makin kuat semangat ingin berjihadnya.

..tatkala lelaki lain sibuk update status fb dan twitter, putera agama sibuk update dan upgrade imannya, al-Qurannya, akhlak dan ilmunya. Ketika lelaki lain sedang memikirkan sesuatu untuk jangka masa pendek, dia sudah memikirkan sesuatu yang lebih baik untuk jangka masa panjang. Di saat lelaki lain bergelumang dengan maksiat perhubungan dengan wanita, putera agama giat mencari duit halal untuk menyegerakan akad nikah. Di waktu lelaki lain tersungkur putus asa-kecewa-gagal dalam kehidupan, putera agama tegar dengan al-Quran dan semangat Rabbani.

..tatkala lelaki lain mengenepikan Allah, putera agama makin mendalam cintanya pada Allah dan RasulNya.

Putera agama, satu dalam sejuta. Selamat jalan putera agama. Engkau berani untuk hidup, juga sedia untuk mati.

Putera agama, bukan putera biasa.

28 Dzulhijjah 1432 H,
Selamat Tinggal.
Rusydee Artz.




31 comments:

  1. Ya, putera agama bukan putera biasa. Namun bukannya mustahil untuk menjadi putera agama ini.

    ReplyDelete
  2. bagusnye kalau ramai yg berusaha nak jadi putera agama nie..mudah-mudahan entry ini berkesan menjadikan putera biasa kepada putera agama, insyaAllah :)

    ReplyDelete
  3. @MERAH:

    Pastinya tidak mustahil utk jadi putera agama :)

    ReplyDelete
  4. @Najwa Sofwani:

    Kalaulah anak2 raja putera raja pun baca entri ni..mesti dorang jeles ngn putera agama :)

    ReplyDelete
  5. subhanallah, bertuahnya muslimah yg berjodoh dengan putera agama... Nak bersuamikan putera agama, mestilah menjadi puteri agama jugak..

    ReplyDelete
  6. Subhanallah... semoga kita sama2 menjadi putera agama... aaminn....

    ReplyDelete
  7. @Z :):

    sang puteri agama :) permaisuri agama :)

    ReplyDelete
  8. Indahnya menjadi Putera Agama,
    moga2 setiap dari kita dpt mnjadi seperti sang putera agama ni..inshaAllah..amiin

    ReplyDelete
  9. kata-kata yang terkesan

    ReplyDelete
  10. Subhanallah..semoga diri ini dpt bertemu dgn Putera Agama. .

    ReplyDelete
  11. subhanallah ! mohon izin copy ~ ^^,

    ReplyDelete
  12. nak mintak izin copy boleh ? :)

    ReplyDelete
  13. @Auni:

    silakan2 copy 150 juta kali.

    ReplyDelete
  14. Ya Allah, betapa aku mendambakan seorang putera agama. moga aku kan bertemu dengannya, amin!

    ReplyDelete
  15. MasyaAllah,, mseh ade lg kah putera AGAMA seperti itu??.. semoge diri ini menjumapinya,, insyaAllah,,

    ReplyDelete
  16. Ya Allah semoge aku di pertemukan dgn hambaMu yg mendahulukanMu Ya Allah...Aminn...

    p/s: nak mencari yg soleh...jadikan diri sendiri solehah dahulu...=')

    ReplyDelete
  17. kan bagus kalau semua lelaki didunia ini menjadi putera agama..=)

    ReplyDelete
  18. frst thing, lukisan kat atas tue, very nice. :)
    then, ur article bout 'putera agama' very2 interesting. yaa...nak cari putera agama, the gurl pon kena jd puteri agama jgak kan? hee~~~

    ReplyDelete
  19. Anonymous6:50 PM

    subbhanallah cukup hebat akidah nya.
    semoga kita islam part time nie boleh membentuk akidah yg sedemikian.. insyaallah

    ReplyDelete
  20. Ameen. . .moga2x selama ini daku cuba utk menegakkan islam pd diri-ku, lalu aku juga ber-harap tergolong dlm golongan 'putera agama'. . ameen ya Rabb al-a'lamin.

    ReplyDelete
  21. subhanallah... saya yakin pasti ramai putera agama yg terselit diantara berjuta lelaki didunia nie...

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum.... =) smoga semua dpt miliki dia... usaha eah..

    ReplyDelete
  23. ...disaat remaja lain keluar berdating ke pusat2 terkemuka dgn berpakaian sedondon smbil berpegang tgn tnda bahagia,
    dy keluar berdating ke masjid yg jarang dikunjungi org dgn berpakain baju melayu berpelikat smbil melafazkn dlm hati 'ak lah hamba-MU'...

    subahanllah

    ReplyDelete
  24. so impressive! I would like to link your post in my blog.

    ReplyDelete
  25. Subhanallah.. ^^
    Semoga kita semua berusaha untuk menjadi 'Putera Agama' dan 'Puteri Agama'..
    insyaAllah..
    Barakallah ya akhi..

    ReplyDelete
  26. terima ksih..aku ingin kembali~~

    ReplyDelete
  27. assalam.. saya minta izin copy ya?

    ReplyDelete
  28. Anonymous10:33 PM

    Aminn ..

    ReplyDelete
  29. alia syu10:35 PM

    Assalamualaikum .. mnx izin share yea ? Trima ksih ..

    ReplyDelete
  30. Anonymous11:29 AM

    Assalamualaikum..saya mnta izin share ye?terima kasih..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...