Blog Selamat Tinggal

13 October 2011

89 Jodohmu Ada Di Tahajjudmu

klik 'tuk besarkan deh

Saya baca di facebook rata-rata duk bincang pasal jodoh. Kadang-kadang saya muak. Tapi biasanya mmg saya muak. Tapi takpe, saya tak meluat. Jodoh adalah antara rahsia Allah. Begitu juga dengan tarikh mati. Kita tak tahu. Tapi Allah Maha Mengetahui.

Saya berani katakan, jodoh kamu semua adalah bergantung pada tahajjud kamu. Mengapa pula begitu? 

Jodoh yang biasa-biasa adalah dari kalangan orang yang biasa-biasa dengan pertemuan yang biasa-biasa dengan cara berpacaran yang biasa-biasa muda-mudi lakukan.

Manakala,

Jodoh yang luar biasa dari golongan orang yang soleh, solehah yang luar biasa amalan mereka di sisi Allah. Bertemu dalam redha, berpisah jua redha. Luar biasa.

Jom pergi kepada dalil:

1.  Nikmat dan rahmat tersembunyi TERAHSIA di sebalik tahajjud. 

Firman Allah dalam Surah al-Sajdah (32):16-17:

klik tuk besarkan ye 

2. Tahajjud bukan sahaja untuk minta jodoh yang baik, malah menjadi pembeza antara kamu dan manusia lain di akhirat:

Imam al-Mubarakfuri berkata: 
"Suatu malam aku bangun dan merenungi al-Quran, lalu aku bandingkan amalanku dengan amalan ahli syurga. Ternyata, aku dapati bahawa amalan mereka begitu berat (mantap). Hampir tidak ada malam yang berlalu tanpa mereka gunakan untuk beribadah. Setiap malam mereka bersujud dan berdiri di hadapan Rabb mereka. Ku lihat diriku bukanlah termasuk di antara mereka."
3. Doa terkabul di sepertiga malam, insyaAllah! Doalah minta jodoh yang baik.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam, pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Barangsiapa yang berdoa kepadaKu pasti Aku kabulkan, barangsiapa meminta kepadaKu pasti Aku beri, dan barangsiapa yang memohon ampunanKu pasti Aku ampuni'." 
(HR Bukhari)
****

Jadi, tenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat kerana jodoh semata-mata ya. Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan DIA, bukan dengan merayu kasih pada si dia-si dia hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman. Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang. Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. 

Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah.

14 Dzulka'edah 1432 H,
Rusydee Artz,
Selamat Tinggal.

89 comments:

  1. betul...
    keberkatan tahajud hanya dapat dirasai oleh orang yang mengerjakannya sahaja...
    cubalah kawan-kawan..
    semoga harapan dan impian kita tercapai..

    ReplyDelete
  2. mohon izin copy ya akhi ~ :)

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:19 PM

    Menarik untuk dikongsikan... :)

    ReplyDelete
  4. terima kaseh..perkongsian yang bermakna

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...

    perkongsian yg menarik..bermanfaat untuk para sahabat..mohon share

    ReplyDelete
  6. @izan:

    Benar, tahajjud bukan sahaja pembantu dapat jodoh yang baik, tapi keseluruhan kehidupan kita juga bakal berubah lebih baik. Tp jgn pula fardhu ditinggalkan, tahajjud dikerjakan. :)

    ReplyDelete
  7. @padiputeh

    Terima kasih. Moga kamu juga berkongsi komen yang bermakna buat kita2 semua.

    ReplyDelete
  8. Anonymous10:55 PM

    insyaallah

    ReplyDelete
  9. saudara, blh x tlg sy bezakan antara istiqarah dgn tahajud? =) terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Pemgemis Cinta12:11 AM

    hmm.. so jodoh kite nie dh tetap ke belum? means kl kite tahjud kuat then br ah jodoh kite cepat or dpt jodoh yg baik? kl kite langsung x buat tahjud jodoh kite lambat & xdpt yg baik.. mcm tu?

    ReplyDelete
  11. @Pemgemis Cinta:

    Jodoh memang dah ditetapkan, tapi hikmah Allah tidak bgtau siapa jodoh kita adalah untuk kita persiapkan diri kita jadi insan yang soleh/solehah..sebab sangka baik pada Allah, tidak mungkin Allah Yang Maha Adil dan Maha Penyayang akan takdirkan kita dengan orang jahat. Jika tersurat jua begitu, pasti ada hikmah di sebaliknya dan sebagai ujian terhadap keimanan kita. Nama lagi hidup ini adalah ujian semata-mata.

    Sebab kita tak tahu siapa jodoh kita itulah, kita usahakan berdoa sungguh siang dan malam. Doa itu senjata mukmin. Doa jua mampu merubah takdir dengan izin Allah.

    ReplyDelete
  12. satu perk0ngsian yg dpt mmberi manfaaT pd kita seMua :)

    ReplyDelete
  13. @cikida.nurul:

    Istikharah ni adalah ikhtiar utk dapatkan jawapan, ketetapan hati, petunjuk dan yang sepertinya. Biasanya solat sunat istikharah akan dibuat. Tiada waktu yang tetap untuk dibuat istikharah. Bila2 masa boleh kecuali waktu2 yg tidak dibolehkan solat sunat spt selepas asar.

    Tahajjud ni masyhurnya adalah bangun di sepertiga malam, berzikir betahmid, baca al-Quran solat sunat dan sebagainya. Termasuk di dalamnya solat sunat tahajjud, witir, tasbih, dan macam2 solat sunat malam yg disyorkan. Dengan kata lain,tahajjud adalah qyiamullail (bgn malam) utk mendekatkan diri kepada Allah semata-mata sambil memohon keampunan daripadaNya.

    ReplyDelete
  14. Allahuakhbar... aku tergolong dari hamba yang lambat ditemukan jodoh... terima kasih diatas panduan :)

    ReplyDelete
  15. sgat mgagumkn...truskn...

    ReplyDelete
  16. sangat mgagumkn sy...

    ReplyDelete
  17. Anonymous7:16 PM

    mengingatkan diri sndiri yg dah jarang bertahajjud..T_T..syukran atas peringatan..

    ReplyDelete
  18. salam.. minta izin copy ye.

    ReplyDelete
  19. Anonymous3:35 PM

    jgnlah berkata muak.. :) bercinta itu fitrah.. selagi fitrahberlandas syari'ah insyaallah tak mnjadi fitnah.. bercerita tntang jodoh dr sudut pndangan yg benar dan hak itu harus.. agar da'wah mampu disebarkan.. if Allah wills. :) ma'assalamah

    ReplyDelete
  20. Anonymous3:36 PM

    salam alayk~ first time jumpe blog ni,alhamdulillah thumbs up untuk anda, penyampaian agak santai& mudah difahami,, moga thabat dijalanNYA,, may ALLAH bless,,salam alayk

    ReplyDelete
  21. santai tapi PADAT!!! sangat MANTAP!

    ReplyDelete
  22. mohon share di blog saya boleh??

    ReplyDelete
  23. Jumpa blog ni sbb ada friend atas friend atas friend share di Facebook. MashaAllah, byk peringatan dan ilmu dgn penyampaian bersahaja.

    Subscribed.

    ReplyDelete
  24. mohon share yer...
    blog yg sgt santai tp penuh dgn ilmu..

    ReplyDelete
  25. Anonymous12:53 AM

    selalu inginkan yang terbaik tetapi lupa untuk jadi yang terbaik +_+

    ayuh hidupkan malam dengan tahajjud bukan kerana jodoh semata tapi lillahita'ala ^_^

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum.

    alhmdulillah. terima kasih untuk perkongsian. cuma sedikit pembetulan. supposedly surah as-sajdah surah yang ke 32, bukan 30. mungkin boleh betulkan, bimbang berlaku kekeliruan. :)

    allahua'lam. nwy, nice sharing. so true.

    ReplyDelete
  27. subhanallah.....sangat menarik....mohon share ya...

    ReplyDelete
  28. @eka:

    Terima kasih kerana sudi membetulkan ralat tersebut :) Surah al-Sajdah ada 30 ayat. Dari segi tertib, yg ke-32. Alhamdulillah..dan syukran sekali lagi :)

    ReplyDelete
  29. Anonymous9:36 PM

    moga ALLAH sentiasa mengurniakan pakcik dgn idea yg melimpah ruah untuk melukis dan menulis sebuah kebenaran. insyaALLAH

    ReplyDelete
  30. Anonymous10:08 PM

    jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik... alhamdullilah kalau dapat jodoh yang baik yang mampu mengubah kita ke arah yang lebih baik :)

    ReplyDelete
  31. Anonymous11:33 PM

    tQ sebab sudi berkongsi....nice blog...sarat dengan ilmu g bermanfaat....

    ReplyDelete
  32. alhamdulillah, peringatan untuk diri ini :)

    ReplyDelete
  33. dyeelanurr11:15 PM

    Alhamdulillah..input yg sgt baik..simple but nice blog..keep it up!
    "Setiap apa yg Allah berikan kepada kita adalah yg terbaik kerana Allah tidak akan sesekali mengecewakan hambanya..."
    Semoga ditemukan jodoh yg baik..amin2..insyaAllah:)

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. Alhamdulillah..penulisan yang bagus, semua itu aturan Illahi..
    tp..usaha hamba mllui tahajjud..btw..semoga diri beroleh yg soleh...Allahumma ameen..
    izin copy ye akhi..

    ReplyDelete
  36. Anonymous4:17 PM

    alhamdulillah.. entri yg bermanfaat.. syukran dan mohon share

    ReplyDelete
  37. mudah.. jadi yang terbaik untuk dapatkan yang terbaik :)

    ReplyDelete
  38. manisnya tahajjud..lama tak buat :'(

    ReplyDelete
  39. salam..nk tanya smua artwork dlm ni tuan rumah punya eh? nice...guna software pe?neway, good article too!keep it up!

    ReplyDelete
  40. @munadhia:

    Rusydee Artz hasilkan tapi semua Allah punya.

    software yg digunakan bermacam2 dan dipelbagaikan. saya jarang guna satu je software utk mewarna atau lukis. kadang2 lukis di Paint, warna di photoshop. tak tentu. takde guide yg boleh diberikan dgn spesifik.

    ReplyDelete
  41. Anonymous6:44 PM

    bgos2~

    ReplyDelete
  42. Anonymous11:27 AM

    thanx rusydee...best

    ReplyDelete
  43. Anonymous3:26 PM

    alhamdulillah...syukuran ya akhi atas perkongsian ilmu..moga sentiasa di bwh keberkatanNYa....ameen...

    ReplyDelete
  44. Anonymous2:47 PM

    terima kasih..semua artikel nie menyentuh hati ku

    ReplyDelete
  45. mohon share ye....semoga diberkati Allah selalu.

    ReplyDelete
  46. sgt-sgt inspiring :)

    ReplyDelete
  47. aduhai..
    kata2 waktu tengah dingin malam itu seakan hanya bicara kita berdua dengan Tuhan =]

    sungguh waktu mustajab utk segalanya. Jodoh itu pasti. =]

    ReplyDelete
  48. yang sukar itu sememangnya sungguh dan lebih berharga....yang mudah itu sememangnya sukar untuk ditinggalkan dan mengasyikkan....~

    ReplyDelete
  49. Anonymous11:13 AM

    tapi klu perasaan bgn malam sering di liputi rse tkot cmne ek nak istiqamah??ana nie penakot jugakk

    ReplyDelete
  50. Anonymous10:03 AM

    baru dapat jawapan disini...:)

    ReplyDelete
  51. Anonymous6:45 PM

    hati sentiase keluh kesah melihat mereka berpsangan. sedangkan diri ini terlalu sukar untuk tersenyum bahagia. mengapa percaturan sebegini. Allah sesungguhnya kau mahu mengetahui apa y ak xketahui. ;(

    -nikiysa91

    ReplyDelete
  52. Anonymous2:21 PM

    salam.. mohon share yer..

    ReplyDelete
  53. Anonymous3:59 PM

    satu permulaan yg baru utk saya..terima kasih saudara

    ReplyDelete
  54. Anonymous12:46 AM

    mohon share kat fb ..tq..

    ReplyDelete
  55. Anonymous10:53 AM

    MOHON SHARE YER..HEHE

    ReplyDelete
  56. Anonymous10:26 PM

    alhamdulillah......akan ingatkan diri sendiri.... tqvm

    ReplyDelete
  57. Anonymous11:01 AM

    terima kasih....true meaning for life only for Allah

    ReplyDelete
  58. Anonymous5:02 PM

    Ya Allah...

    ReplyDelete
  59. thanks. very nice post (:

    ReplyDelete
  60. Jauhkanlah jodoh yang suka mengamalkan ilmu hitam dan syirik. Insya Allah aman dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  61. Anonymous5:28 PM

    Mohon share ye..tqvm..

    ReplyDelete
  62. Anonymous10:29 AM

    subhanallah... :T_T:

    ReplyDelete
  63. Anonymous2:40 PM

    satu perkongsian yang amat bermanafaat tok dri sendri ...

    ReplyDelete
  64. Subhanallah post nya sangat bermanfaat..
    Mohon izin untuk share di blog saya :)

    ReplyDelete
  65. InsyaAllah.. :)
    Mohon share ya..^_^

    ReplyDelete
  66. subhanallah..peraturan ALLAH itu adalah yang terbaik..

    ReplyDelete
  67. tentram :)
    thanks sob.. =)

    ReplyDelete
  68. assalam...
    sy secara keseluruhannya suka dgn karya2 saudara..
    terima kasih! semoga Allah sentiasa memberkati..:)

    ReplyDelete
  69. Anonymous11:34 PM

    iman saya sgt lemah.. sedih je rasa...

    ReplyDelete
  70. Anonymous2:40 PM

    mohon share..:)terima kasih..

    ReplyDelete
  71. Anonymous2:55 AM

    Baru kusedari

    ReplyDelete
  72. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  73. alhamdulillah,,, Allahu Allah ^__^

    ReplyDelete
  74. assalamualaikum...nk tny....maksud enta yang dari segi tertib ayat ke-32 itu enta masukkan sekali istia'azah dan basmallah ye???

    ReplyDelete
  75. Alhamdulilah. teruja saya dengan awak. :)
    Semoga sentiasa memberkati.

    ReplyDelete
  76. good...mmg jodoh itu dtg dri Allh..
    tp ape2 pn kte msti usaha coz usaha tgge kjayaa(wlaupon dlm ibdah)

    ReplyDelete
  77. betul....boleh saya share kat facebook saya?

    ReplyDelete
  78. masyaAllahh.. sdikit perkongsian yg sangat menyentuh hati sy seorang pelajar.. InsyaAllah sy cuba.
    entri yg sgt menarik dan tertarik minat sy untuk mmbaca hri2.
    tq Rusydee art.

    ReplyDelete
  79. Bantu buat Kartu Kredit dan Kta BANK ANZ dan stancard 5-500 jt di manapun anda berada di seluruh pelosok nusantara dana instant tanpa jaminan 100% berkas aman cukup fc ktp.slip gaji/skp kartu kredit limit min 5 jt usia 1 th npwp dan cover tabungan . khusus karyawan gaji min 5 jt perbulan. proses maks 10 hari kerja.bunga 1.3%-1.89%. tenor sampai 5 tahun bila berminat hub chairul sarto utomo via sms telp 085229348635. 085712639751 fb chairul ichsan buana
    DANA TUNAI dan kartu kredit bank anz dan Stancard PENUHI SEGALA KEBUTUHAN ANDA , KARYAWAN ATAU OWNER BUAT NAMBAH MODAL USAHA,PERNIKAHAN,PENDIDIKAN,RENOVASI RUMAH DLL PROSES MUDAH,CEPAT MAKSIMAL 10 HARI KERJA DANA LANGSUNG DI TRANSFER KE REKENING ANDA DIMANAPUN ANDA BERADA DI SELURUH PELOSOK NUSANTARA
    Jl Gayamsari No 33 samping kawasaki motor Semarang

    ReplyDelete
  80. Jodoh adalah rahsia Allah
    Bersangka baik pdNYA adalah pakaian kita
    InshaAllah
    Doa dan sujud padaNya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...