Blog Selamat Tinggal

11 October 2011

13 Meow Meow Meow

besarkan dengan mengkelik beliau.

Bosan kan cerita tentang aurat?

Okei okei takpe. Saya pun bukan nak berbincang tentang aurat. Aurat itu kita semua sudah maklums. Kan kan kan? Semua yang Islam ni dah cerdik pandai kan? (habis nape tak tutup gak? hee)

Kelebihan menutup aurat dari sudut kesihatan

Karima Burns dalam artikelnya "The Science Behind the Veil" di IslamOnline.net mengatakan:

"Ujian-ujian menunjukkan 40-60% daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala justeru menutupnya terutama di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain.  Menutup kepala juga bermanfaat di musim panas. V.G. Rocice, seorang pakar otak, mengatakan fosforus otak menjadi cair pada suhu 108 darjah Fahrenheit. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya seseorang berada di bawah panas terik tanpa tutupan kepala. Apabila fosforus cair fungsi otak akan menurun dan hal ini menyebabkan otak mengalami beberapa kesan negatif." 
-  petikan dari Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin

Okey, iklim khatulistiwa kita pun kan kadang-kadang ada panas melampau gak sampai menyengat2 kepala sampai migraine2 tambah-tambah golongan perempuan. So, apa lagi nak tunggu?

Adakah belum tiba masanya menutup aurat?

Meow meow (Habis, bila agak2nya masa tu?) 
13 Dzulka'edah 1432 H,
Rusydee Artz,
Selamat Tinggal.

13 comments:

  1. masanya takkan tiba sekiranya kita tidak lakukan sesuatu untuk mencapai ketibaan masa itu..

    ReplyDelete
  2. @Han Ibn Suib:

    Habis bilakah masanya utk melakukan sesuatu itu? :)

    ReplyDelete
  3. ngeri..kucing dia pndai cakap balik :p

    ReplyDelete
  4. ckp ttg aurat sampai bila2 pun takkan habis.. tp awak dapat pahala sebab menyampaikan... sila gembira dan buat antry aurat selalu... buat tagline pun takpe. "sila tutup aurat anda" ibadah..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum!
    Saya pembaca dari Singapura. Ok, urm, sebab kat Singapura ni, tak ramai yang memakai hijab, jadi rakan-rakan sekolah semua tanya, "Aren't you hot?" "Won't it be stuffy?" "Tak berpeluh ker?" dan banyak lagi. Saya selalu cuba untuk menerangkan sebab memakai hijab secara sudut Islam dan juga Saintifik. Tapi ini kai pertama saya dengar tentang fosforus otak! Terima kasih kerana berkongsi ilmu! Hehehe, sekarang saya ada satu lebih jawapan kalau diorang tanya lagi!
    :)

    ReplyDelete
  6. @A.s.t.i.n.a:

    Ya, adalah salah saya mengatakan bosan berbicara tentang aurat. Sedang ulama2 dan ilmuwan berbicara tentangnya tanpa jemu. Astaghfirullah2..

    ReplyDelete
  7. @iniatiqahtau.:

    Alhamdulillah jika entry ringkas ini membantu kamu :)

    Begitulah entri2 saya, harapnya tak membantutkan dakwah.

    ReplyDelete
  8. Anonymous10:03 PM

    ada yang dah berhijab, tapi sekadar mengikut trend berfesyen, ada waktu yang bukak, ada yang tutup... tak faham lah...

    ReplyDelete
  9. nak share post ni kat blog iqa boleh?

    ReplyDelete
  10. Anonymous10:29 PM

    salam...terlalu indah dan tenang.pengajaran yg terlalu banyak utk diri sendiri.mohon share jika di izinkan...semuga pelayaran blog ini sentiasa indah dan mmberi pengajaran bersama..Amin

    ReplyDelete
  11. masa nye bile org lain yg akan tutupkan aurat kite...*mati*

    ReplyDelete
  12. masanya akan smpai tatkala kain kapan menutupi seluruh tubuh...

    ReplyDelete
  13. kucing tu comel sangat!!!^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...