klik tuk besarkan
Hari ni saya rajin untuk update belog simple ni.
Agak-agak siapa lelaki yang paling tampan, paling macho, paling baik, paling kool, paling best, paling hebat dan paling berkuasa di antara insan-insan bernama lelaki?
Ya, senang kan jawapannya. Lelaki yang mampu jadi Imam. Imam secara umumnya, imam solat secara khususnya. Hatta raja dan presiden negara pun bersolat di belakang seorang Imam. Hebat kan imam ni? Berkuasa macam mana pun orang itu, bila dia jadi makmum, dia wajib ikut Imam kalau mahu solat berjemaahnya sah.
Begitu juga dalam memilih pasangan. Wanita yang cerdik akan pilih lelaki yang mampu jadi imam solatnya. Boleh ajar dia solat, boleh bimbing dia. Boleh bangun solat bersama-sama di setiap sepertiga malam. Indah kan?
Adakah ada syarat-syarat yang strict untuk jadi imam? Tidak ada syarat susah. Janji orang Islam dan boleh solat. Boleh baca al-Fatihah. Doa? Tak pandai baca doa tak mengapa, hentam sahaja doa dalam B.Melayu. Yang lebih difahami itu lebih afdhal. Namun juga afdhal jika mengamalkan doa yang Nabi SAW sarankan.
Semua lelaki mampu jadi imam. Jika dia mahu. Jika dia nak. Jika dia berani. Jika dia adalah Muslim. Islam tidak menetapkan keturunan yang baik2, kasta baik2, orang2 soleh sahaja boleh jadi imam. Semua boleh. Kenapa anda tak boleh? Malu bacaan tak sedap? Itu semua boleh diperbaiki. Bukti Islam tidak menetapkan orang tertentu sahaja yang boleh jadi imam:-
"Abu Huzaifah, seorang hamba sahaya yang dimerdekakan, menjadi imam solat bagi kaum Muhajirin yang pertama dan beberapa orang sahabat Nabi SAW di Masjid Quba. Di antara mereka ada Abu Bakar, Umar al-Khattab, Abu Salamah, Zaid dan Amir bin Rabi'ah."
( Diceritakan oleh Umar bin Khattab dan dikeluarkan oleh Imam Bukhari )
Lelaki macho bukan lelaki stylo, lelaki cool bukan lelaki mulut manis berkereta hebat, bekerjaya mantap..bukan. Tapi hanya kerna dia mampu jadi Imam.
Rusydee Artz,
Selamat Tinggal.
aku suka bace blog kau nih,, bhase nye simple & indah. minta tunjuk ajar ye, aq plajar ipt yg kadang sering lupa pada perintah Allah.. harap dapat kongsi segala ilmu, ade jugak entry kau ni aq share dekat fb community aq, harap2 sudi2lah singgah & berkongsi dengan kami semua, kami masih baru & muda-muda lagi, aq cuba tarik budak2 muda mula untuk berubah sedikit demi sedikit. harap saudara sudi bantu aku ye.. :) ni link nye http://www.facebook.com/pages/Menuju-remaja-muslim-muslimah-sejati/199792106760645
ReplyDeletemmg hebat lelaki yg nk jd imam ni.. lagi bagus kalau seseorng tu blh mengimamkan/mengetuai apa2 jua perkara yg haq. contohnya, seseorang yg berani mnjd penegak kebenaran di barisan hadapan untuk mndpt kedudukan bersama Hamzah Asadullah.
ReplyDelete@shidah2020:
ReplyDeleteKalau dia mampu jadi imam, apa lagi, pinanglah dia :)
Subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha' illallahu wallahu akbar.. Aftaghfirullahal 'azhim... wala hau la wala quwata illa billahil 'aliyil 'azhim..
ReplyDeleteAlhamdulillah alangkah bahagia andai dapat somi cmni..
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat zauj yang boleh jadi imam di rumah dan di masjid.. Zaujahnya insyaAllah turut dapat pahala kalau sentiasa mengingatkan zaujnya solat berjemaah di masjid..
ReplyDelete@Deq's Qienz:
ReplyDeletesemua bakal dapat. janji dia rajin cari.
@pR!ncESs mUsL!m@H:
ReplyDeleteAlhamdulillah...apa lagi, perturunkan ilmu keimaman pada anak2 pula :)
sush dh nk cari stok2 LELAKI mcm yg di canang2kn kt n3 2..n3 yg menarik :)))
ReplyDelete@sweetstalker:
ReplyDeleteAda kot, cuma lelaki itu malu atau tak berani.
watpa nk malu@tak berani pd perkara yg baik cm2,,spesis cm2 idaman bapak mertua&idaman mak mertua semalaya 2:))
ReplyDelete@sweetstalker:
ReplyDeletePakat2 lah kita jadi imam kalo nak pikat hati mentua.
bile menengok karya2 rusydee artz, terase mcm menengok movie ketika cinta bertasbih atau ayat-ayat cinta. akan terberangan mengidamkan watak2 sempurna, cantik rupa, soleh, penyayang dan sebagainya. sudah soleh misal kata, mahu yg hensem pula. atau sudah solehah misal kata, mahu yang cun melecun pula, yg merah pipi yg putih-puting sepong. sudah ada kedua-duanya, kemudian mahu yang pandai menutur kata pula. aduh! moga-moga jangan kita cepat tersibghah dgn keindahan dunia yg sementara aje sifatnye ni.
ReplyDeleteape pun, syabas rusydee artz. karya-karya semacam ini sekurang-kurangnya mampu divert pemikiran budak2 muda yg tergila-gilakan pasangan yg rosak akhlaknya. nice.
bagus sgt..tapi xramai lelaki zaman sekarang y sedar tnggungjwb dirinya sebagai seorang lelaki..
ReplyDeletekarya islamic yg betol megusik jiwa...dpt menyentuh ke lubuk sanubari hati....teruskan usahamu...
ReplyDelete@FRESHIE:
ReplyDeleteWah panjang komenmu freshie. Bagaimana mampu saya komentar balas dengan sepanjang dan romentik sedemikian? :P Apapun thnx. Tidak berdiri rusydee artz tanpa freshie dan mfrstudio.
@azamfillah...:
ReplyDeleteSyukran..insyaAllah akhi :)
betul kata freshie...org skang memandang kemewahan n rupa...akhlak x dikisahkan...
ReplyDeletesuke sangat entry ni! semoga Allah terus mempermudahkan urusan mu untuk terus menyampaikan dakwah..
ReplyDeletebaarakallahu fik....fi amanillah...insyaAllah...
ReplyDeleteLove this entry so much ! :')
ReplyDeletesuka sgt....
ReplyDeletesye mohon share gmbr ye...
bro..best citer bro...aku suka cita ko..aku pon ad blog...
ReplyDeletejatuh cinte pada penulisan kamu....kali pertame bace dah buat teros tetap membace setiap entri kamu..keep it up...smoge kamu termasuk dlm golongan imam...=)
ReplyDeletememberi perangsang kpd muda mudi utk berubah dgn sikap kamu yg humble....
ReplyDeletenpe xleh tekan button share..sy nk share
ReplyDeletelelaki yg baik utk perempuan yg baik :)
ReplyDeletesuka baca entri2 kamu ni rusydee... byk input, ilmu, manfaat d peroleh. terima kasih ats pkongsian kamu. semoga d berkati Allah.
ReplyDeletevery creatif..teruskan bakat anda...
ReplyDeleteSeandainya semua lelaki bisa berfikiran spt akhi....tak de lah susah nak cari calon suami yg dapat mengimamkan keluarganya juga....hehe... so nice lah baca2 penulisan akhi...teruskan bersemangat,menyebarkan indahnya Islam....barakallahu fik ya akhi...(^_^)
ReplyDelete^_^betul tu... i like'it.
ReplyDeleteLELAKI = harus jadi IMAM
psst: (baru bakal mertua suka... xpercaya?try solat berjemaah kt rumah bakal mertua.. ada bran?? )
Wassalam**