Blog Selamat Tinggal

06 July 2011

12 Selamat Tinggal Semalam

klik utk besarkan

Assalamualaikum wbt.

Saya sememangnya kuat berangan-angan, kononnya nak jadi soleh. Tapi insyaAllah jika niat dah ada, Allah akan bantu kita ke arah itu. Tapi kena berusahalah sungguh-sungguh dalam menjayakan misi dalam saki baki umur yang masih ada.

Andai ditoleh ke masa lalu sememangnya terasa lemah semangat. Banyaknya dosa dan noda. Namun, jika kita sentiasa melihat ke belakang, sampai bila-bila pun kita tak dapat lepas dari diri kita yang lama. Setiap hari apabila bangun dari tidur, jadilah diri yang baru. Tinggalkan sahaja diri yang semalam. Andai diri yang semalam kurang baik, diri hari ini patut lebih baik. Andai diri yang semalam sudah baik dan soleh, hari ini patut lebih dan lebih lagi baik dan soleh dari hari semalam.

Saya meneliti hadith popular ini: Nabi SAW bersabda:
 "Tujuh golongan berada dalam lindungan Allah di hari yang tidak ada perlindungan selain lindunganNya; pemimpin yang adil, pemuda yang rajin beribadah, seseorang yang hatinya selalu terkait dengan masjid, dua individu yang menjalinkan cinta dan kasih kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya, seorang lelaki yang dirayu wanita cantik dan berkedudukan namun berkata, 'Aku takut kepada Allah!', seseorang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan tangan kanannya, dan seseorang yang mengingat Allah sendirian lalu bercucuran air matanya." (HR al-Bukhari dan Muslim).

Melalui hadith ini, Allah memberikan banyak peluang kepada golongan lelaki untuk berubah. Takkanlah dari kesemua yang disenaraikan di atas satu pun kamu tak mahu raih?

Fighting! Cuba salah satu jika nak dapat lindungan bayangan Arasy di akhirat kelak.

p/s: Menanti Ramadhan. Koreksi diri lagi!

4 Sya'aban 1432,
Rusydee.

12 comments:

  1. @dALeDaLE:

    hairan saya. Post begini pun terkesan. saya cuma berminat dengan hadith di atas ni je. tulisan saya tu macam sampah je. huhu

    ReplyDelete
  2. hati tu Allah yg pegang..
    pd kamu itu sampah, pd sy sampah itu la 'terkesan'~

    ReplyDelete
  3. we're in the same phase.

    mencari arah.

    ReplyDelete
  4. Anonymous6:44 AM

    insyaALLAH..
    kenangan lepas byk menghantui sy sampai skrg..
    huhuhu

    ReplyDelete
  5. Bismillah alhamdulillah... hadis di atas menjadi pembakar semangat wat syabab semua... di tambah lagi ngan lukisan yg baik... ^^ moga enta terus istiqomah dalam perjuangan

    ReplyDelete
  6. salam alaiykh...da lama lihat tgk hasil lukisan RUSYDEE .ART dari laptop kawan2 kali nie kebetulan terjumpa blog RA..subahanallah..bukan sahaja hasil luiksan malahan pengisian dalam blog jgk sgt padat dgn ilmu..(^_^)..tahniah..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Seronok dengar..
    berangan nak jd solehah pn Allah tlg..
    smg Allah buka pintu hati sy dan anda smua..seluas2 syurga..utk mecintai dia dan kekasihnya..walaupun cinta kita kpd Allah tak shebat rabiatul adawiyah..

    ReplyDelete
  9. 7 golongan tu semua utk lelaki saja ya.... ana suka sekali hadis tu...dlm ana bersahabat berkasih sayang, ana suka mengucapkannya kpd sahabat2 supaya mrk pun ingat sabda Rasulullah & janji Allah ini.... terbayang2 saat Rasulullah menuturkan sabdanya...lalu,para sahabat berlumba2 berada dlm semua golongan itu....Allahu rabbi...Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim ...(T_T)

    ReplyDelete
  10. Anonymous4:54 PM

    carnationwhite : menurut kata tok guru saya..sebenarnya hadis tu, lelaki jugak merujuk kpd perempuan :)Allahu a'lam :D

    ReplyDelete
  11. Terima kasih ya wahai hamba Allah...Jazakallahu khairan kathira... (^_^)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...