klik tuk besarkan
klik utk besarkan
Assalamualaikum wbt.
Akhirnya saya tergerak hati untuk mengupdate blog setelah sekian lama dibiarkan usang. Sepatutnya di awal bulan 5 lagi saya sambung menulis di blog, tetapi hambatan masa dan kesibukan menyelesaikan persyaratan tesis master ( penulisan jurnal, presentation dll..on going lagi tak selesai lagi ) menyebabkan niat update terbantut. 'Asif.
Kali ni saya nak berbicara tentang cinta. Semua orang kat dunia ni bercerita tentang cinta kat mana-mana and tiap masa ada je update tentang cinta. Tapi semua tu tak menarik perhatian saya. Saya terbaca dalam "Detik-Detik Hidupku Hassan al-Banna" halaman 40 :
‘Imam Hassan Al-Banna menyampaikan ceramah mengenai al-Quran pada
setiap hari Rabu di kawasan ‘Al Hilmiyah’. Pernah seorang pemuda mengemukakan
satu soalan yang menarik,
"Adakah bercinta itu halal atau haram?"
Hassan Al-Banna tersenyum lama dan kemudian menjawab:
"Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram."
Saya pun tersenyum juga membaca jawapan al-Banna ini =) Jawapan yang genius sekali.
Indah kan bila banyak kata-kata indah dan janji manis dipendamkan dan disimpan elok-elok untuk diluahkan kepada yang berhak yang sudah sah menjadi milikmu. :)
Kita selalu bermain kata, berjanji setia, tapi sayang diluah pada yang belum kita empunya. Bila terlalu banyak yang diluah, akhirnya kata-kata pun hilang kemanisannya untuk diluahkan untuk kali yang keseterusnya. Jadi, luah pada yang berhak. Bukan pada yang bukan hak. Simpan kata manismu untuk si dia yang kamu cinta :)
Baik, itu sahajalah dari saya kali ini, jumpa lagi jika saya dipanjangkan umur lagi.
3 Sya'ban 1432.
Rusydee.
yang halal itu jelas, yang haram juga jelas...tetapi,sebaliknya, ramai yang memutarbelitkannya..
ReplyDelete@Tinta Kasih Nur
ReplyDeleteBenar, cinta yang halal itu semua org dah jelas. Tetapi cinta haram juga yang dikejarnya.
cinta..frasanya sama dimana2..ceritanya saja berbeza-beza..(halal dan haram)
ReplyDelete@WajhulWasim
ReplyDeleteBenar sekali, tafsirlah cinta macam2 mana pun, akhirnya hukumnya jelas dan terang. Semua pun pandai membezakan. Tidak perlu pun huraian panjang.
Benar, blog dan isi yang indah, mashaAllah.. mohon tunjuk ajar saudara..
ReplyDeleteManusia ni dalam banyak2 cinta yang halal, tetapi masih juga cenderung untuk memilih cinta yg haram.. Memang manusia diciptakan lemah begitu. Mereka ingin mencuba perkara2 yang dilarang Allah..
Nabi Adam sendiri, dalam banyak2 pohon dan buahan yg lazat di syurga namun tetap cenderung untuk mencuba juga pohon khuldi terlarang..
Sebab itu kita manusia perlu sentiasa bertaubat.. Sentiasa introspeksi iman.. Sentiasa nasihat-menasihati antara satu sama lain, sentiasa bekerjasama dalam kebaikan dan ketaqwaan dan kecintaan. Kerana tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.. =)
@Azam Husni
ReplyDeleteTerima kasih :)
Moga para pelawat blog ni dapat manfaat dan doakan penulis dapat saham dari penulisan ni juga :) Ameen.
@Tunduk Mengalah
ReplyDeleteinsyaAllah..maaf bertanya,bekas pelajar MMPM ker?
salam...wah, dah lama betul tak update blog..sy tunggu jgak, bila nak ada lg hasil seni..huhu..=P
ReplyDeletedan isi yg sangat memberi manfaat..anyway, lepas ni ada projek besar (semestinya artz), tengok la mcm mana, huhu...semuanya masih dlm angan2...
erm, bro rusydee student master ke? baru taw...k la...teruskan update blog..insya Allah, 2x ganda saham dapat...
syukran Tunduk Mengalah...sebenarnya telah terjawab persoalan yang terlontar dibenak saya, hanya membaca sedikit sahaja coretan CINTA MENURUT HASAN AL-BANNA..mmng dapat manfaat dan i'brah pada diri..sekian.
ReplyDelete@Tinta Kasih Nur:
ReplyDeleteNa'am saya ex-MMPM.
@Ruqaiyah Hmy:
ReplyDeleteRuqa: stay tuned..nanti saya update selalu insyaAllah..
@WajhulWasim:
ReplyDeleteCinta menurut Hassan al-Banna, dari sini saya dapati al-Banna sememangnya begitu mesra dengan golongan belia..lemah lembut..sopan santun. Tak marah pun tapi jawab dengan sangat berhikmah dan bersopan...Saya suka al-Banna! :)
yea..طبعا صحيح Hassan Al-Banna memahami kegelojakan jiwa remaja,kerana beliau juga sudah tentu pernah remaja. sbb itulah beliau melontarkan nasihat secara lemah lembut pada masa yang sama tegas, menyebabkab saya juga mahu memikirkan hikmah beliau berbuat demikian, (CINTA YANG HALAL ITU HALAL,CINTA YANG HARAM ITU HARAM)سبحان الله,jawapan yang mantap dari Hassan Al-Banna...wallahua'lam.
ReplyDeleteAssalam saudara rusdy. Lukisan dan colouring anda sgt menarik.tambahan pula ia membawa mesej islam. boleh tak sy belajar dgn saudara? selain tu sy mohon share artikel dan gmbr.sgt menarik.teruskan usaha berkarya.
ReplyDeleteana pun nk copy pic..sweet sangat..!
ReplyDelete@Anonymous:
ReplyDeleteSilakan2..
suka ! alhamdulillah.
ReplyDeletecinta dunia kita ketinggalan, cinta akhirat pasti itu yg terbaik :)
salam..mabruk..blog yg punyai seni tersendiri,ilmiah n islamik..nak follow leh?..tiada yg lebih berharga dr cinta n kasih PadaNya..carilah cinta sejati menurut Al-quran dan sunnah..moga kita mendapat Rahmat Ilahi..siiru ala barakatillah...
ReplyDeletesalam..maaf bertanya,macammana nak membezakan cinta yg halal dan cinta yg haram..sya kurang ilmu pasal bab ni :)
ReplyDeletesya copy pics jgk..mohon bg kebenaran :)
Alhamdulillah...
ReplyDeletepenyampaian santai yg menarik minat remaja...
insyaAllah semoga beroleh barokah drp hasil penulisnnya yer... :)
salam alaik..asif jiddan sbb ana lawati blog ni tnpa d sngajakan..ana trtarik ngn tajuk d atas..masyaallah..cuma ana nk kata,cinta tidak berdosa kerana ia adalah fitrah dri Allah s.w.t..tapi bercouple itu yang brdosa..lain maksudnya..btul kata imam hassan al-banna....asif kalau salam kalam...wassalam..^_^
ReplyDeletesalam akh,bagaimana pula kalau cinta yg dipendam.. bagai diluah mati emak,ditelan mati ayah..eh,ke terbalik?ape2 laa..adakah baik dipendam terus dan menanggung kesakitannya atau diluahkan? kalau pendam jgk, bagaimana nk hilangkan sakitnya? pendapat akh bagaimana? syukran..:)
ReplyDeletemohon share post kt blog sendiri...shukran..^^
ReplyDeletecantik gmbr2 di atas . mesejnya juga berguna . Syukran
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesya copy ye..cntik gmbr2 2..
syukran..
karya indah, Allah maha hebat mengilhamkan kamu lukisan hati yg mempesona mata menatapnya..(:
ReplyDeleteCINTA???? huuhhuhuhuh amat tinggi jika ia dipadang tinggi sekalian yang sedang hangat bercinta bukan, Namun padanglah bila sudah jadi HAK anda iaitu yang mahram anda sendiri spti SUAMI or ISTERI yang dah sah buat dan HALAL bukan :). NAMUN berikan la CINTA itu terlebih dahulu dgn empunya CINTA itu sendiri iaitu ALLAH Azza Wajjala. :)
ReplyDeleteNice artikel wlu pu pendek tp ISI mendalam. :)
Dari hamba ALLAH.
Audra
mmg btoi,kalo selalu mngungkapkn kata2 manis kepada bukan hak milik kita lagi,kita akan merasa bosan untuk meluahkn yg kesekian kalinya,sebelum mnjadi hak dah bosan,bila dh jadi halal nnti,tiada apa yg istimewa,sbb dh diluahkan sebelum HALAL...
ReplyDeletesalam. mohon share. jzkk
ReplyDeleteSalam Ya Akhi, ana tlah ambil gmba ber-background masjid tu sbgai prhiasan gmba kad kahwin ana. mohon jasa baik akhi contact ana utk tindakan selanjutnya muhammadfaiz.annuar@gmail.com atau 0173896365
ReplyDelete