klik utk besarkan mana2 gambar - finish
Jom saya bawa anda semua menyelidiki al-Rayyan.
"Sesungguhnya di syurga nanti ada sebuah pintu yang diberi nama al-Rayyan, yang akan dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa dan tidak dimasuki oleh orang-orang selain dari mereka. Diserukan kepada mereka, 'Mana orang-orang yang suka puasa?' Lalu mereka berdiri. Tidak seorang pun yang akan masuk dari pintu itu kecuali orang-orang yang suka puasa. Apabila mereka telah masuk, maka pintu itu akan ditutup. Tidak ada seorang pun yang boleh masuk kecuali mereka.""Ala..tak tahan la puasa..sampai tengahari perut dah berbunyi-bunyi. Orang kat bandar metropolitan ni ramai je yang senyap-senyap buka puasa..rilek la..nanti Qodha ( ganti ) je la puasa tu..tak pun bayar je fidyah ( denda ) sebab tak larat nak puasa..gastrik dowh..takleh pose2 ni.."
Chop! Teliti ni dulu
"Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, nescaya ia akan dijauhkan oleh Allah wajahnya dari api neraka 70 tahun."Fuh! 70 tahun tu~ banding dengan 30 hari puasa wajib di bulan Ramadhan je. Takkan tanak kot ~
"Ye ke ni, tak caya la weh aku..takkan la Allah bagi senang-senang camni..di jalan Allah tu Dia mention. Camana tu di jalan Allah..tak clear weh..cuba ko terang sikit.."
Baik, memanglah Allah takkan bagi senang-senang. Ada la persyaratannya. Jom kita tengok apa syarat-syaratnya.
Ni hadith Riwayat Bukhari, maksudnya :
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata dusta (bohong semasa berpuasa) dan perbuatan dusta, maka Allah s.w.t. tidak berhajat padanya untuk meninggalkan makan minumnya."Maksudnya senang difahami. Hentikan menipu. Hentikan berdusta dengan mulut dan perbuatan. Jujur pada diri. Jujur pada Allah. Jujur pada semua orang samada nampak atau tak nampak. Dusta ni dosa, kalau dah dosa sure lah maksiat. Perbuatan dusta maksudnya perbuatan maksiat. Jadi, stoplah bermaksiat! Hadith ni valid untuk bulan puasa dan juga bukan bulan puasa. InsyaAllah, tinggal semua ni dan puasalah dengan ikhlas dan sungguh-sungguh hati untuk dapat redha Allah dan syurga al-Rayyan.
Jadi, itu sahajalah omelan saya kali ni. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak! Ayuh, gapai al-Rayyan!
Selamat Tinggal,
14 Sya'ban 1432 H,
Rusydee.
saya suka gambar yang kedua dari atas. ;p
ReplyDeletesalam alaik akh..sy nak save gambar tu boleh? :)
ReplyDeletesyukran, for da reminder.
ReplyDelete"Hentikan menipu. Hentikan berdusta dengan mulut dan perbuatan. Jujur pada diri. Jujur pada Allah. Jujur pada semua orang samada nampak atau tak nampak."
ReplyDeletePadat.. Jzkk.. :)
@Nazihah@Jiha:
ReplyDeletesilakan :)
like..huhu..
ReplyDeleteAssalamualaikum,berdoalah Allah sampaikan umur kita untuk merasai Ramadhan tahun ini.belum pasti segalanya.tetapi yang pasti mati itu pasti.belum pasti bila..persiapkan diri ke arah itu.
ReplyDeletemerindukan bulan Ramadhan.........................
kalau boleh buat countdown Ramadhan dirumah/bilik supaya kita merasai bahang kedatangan Ramadhan..
Ya Allah...kurniakan kami ketenangan hati di setiap saat, jangan lalaikan hati kami dari mengingatimu setiap saat...
link web untuk widget countdown ramadhan untuk diletakkan dalam blog.
ReplyDeletehttp://mycountdown.org/widget_design.php?group=Religious&countdown=Ramadan&widget_number=3010&cp3_Hex=FFB200&cp2_Hex=040244&cp1_Hex=F9F9FF&fwdt=150&lab=1
like. mahukan ar-rayyan juge :)
ReplyDeleteAssalamualaikum..subhanallah..menarik betul lukisan2 enta! Satu kelebihan yang baik dapat digunakan di jalan da'wah! InsyaAllah..sama2 kita meraih syurga ar-Rayyan itu. Tiada yang lbh didambakan melainkan redho Allah..moga kita semua dapat bertemu Ramadhan yg sgt2 dirindui. "Allahumma ballighna fi Ramadhan..." Teruskan perjuangan!
ReplyDeleteassalamualaikum...nak save gambar boleh?
ReplyDelete@irdinna:
ReplyDeleteSilakan2 :)
al-rayyan tujuan kita. insyaAllah...
ReplyDeletebro blog bru aku msuk ar
ReplyDeletesaya nak like tapi xde button like la sheikh! hehe
ReplyDeletenak gamba 2 boleh x?just nak buat profile pict fb?ke x boleh?
ReplyDelete@Dayah chan:
ReplyDeleteSilakan2.. semua di sini percuma 150 juta peratus.
minta save smua gambar2 ni boleh???
ReplyDeleteSalam alaik..ana tetamu baru..nice blogs..^_^
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya telah membaca kesemua (kelima-lima) post anda... boleh postkan lebih bnyak lagi??? seronok pula saya membacanya.. saya baru saja tahu megenai blog ini semalam (29/11/2011)... saya menghabiskan masa membaca kesemuanya daripada sebelum subuh hinggalah ke waktu dhuha sbb ianya terlalu seronok..boleh saya dpatkan lebih banyak lagi??
ReplyDeletesALAM...nak buat profile pic slh satu gmbr kt atas tu boleh? terima kasih =)
ReplyDeleteSalam.. mintak kebenaran nak ambik satu gmbar nk buat propic fb.. syukran kathiran ;)
ReplyDeletealhamdulillah., byk bkat awk adew., kalau bleh thu., mne awk dpt inspirasi begini., harap di konsi bersama.,
ReplyDeleteJgn termenung lagi...Semoga idea Akhi berkembang spt musim bunga pokok buah2an...menyebar dgn banyaknya..berbuah dgn lebatnya dan beruntunglah yg punya pokok...semua usahanya adalah sedekah..meskipun dia cuma menanamnya saja... Bersemangatlah sll ya...Barakallahu fik ya akhi... caiyok!!!
ReplyDelete