"...Permintaan terakhirku..jgn kau lafazkan..walaupun seketika, walaupun sekelip mata..simpan saja kata-kata, ke akhir hayat yang ada.."
"Hai diriku, kematian akan menceraikan dikau dengan orang yang kau cintai." - Siapakah Aku, Nora,1989.
"Perpisahan bernama kematian amat tidak digemari oleh sesiapa pun. Namun kematian itu hak ALLAH. DIA yang menghidupkan dan DIA jualah yang berkuasa mematikan." - Bagaikan Puteri, Ramlee Awg Murshid.Kematian adalah kepastian. "Merasai Mati" diulang hampir 5 kali dalam al-Quran. Firman Allah:
Surah Al-Anbiya' (21):35
Tiada siapa dapat lepas dari kematian. Manusia pasti mati dan tidak kekal abadi di dunia.
Firman Allah lagi:
Kita tiada daya upaya menunda, mendahulukan, atau melewatkan kematian. Firman Allah lagi:
Surah al-A'raf (7):34
Takut mati bukan dari ajaran agama Islam. Islam menyarankan umatnya bersedia untuk mati. Bukan lari darinya. Firman Allah:
Surah al-Jumu'a (62):8
Cubalah lari, mati pasti akan mendapatkanmu. Cubalah. Firman Allah:
Surah al-Nisa' (4):78
Akhir sekali, pesan untuk diriku sendiri:
Pepatah arab ada menyebutkan, "Segala sesuatu yang pasti akan terjadi, bererti ianya dekat." Kematian itu pula sesuatu yang pasti, maka mati adalah dekat. Malah lebih dekat dari kita mencapai sesuatu sijil, diploma, sarjana, master, PhD. Lebih dekat dari kita berjaya dalam hidup dapat kerja, dapat beli rumah dapat kumpul kekayaan. Malah lebih dekat dari dapat kahwin.
Rusydee Artz,
23 Syawal 1432H.
Selamat Tinggal.
Wassalam.
entry yg mantap..bgus2 terus kn berdakwah tapi ayat last tu nk jugak "dapat kawin' hehee(ana)
ReplyDeletetakut mati dulu n tak dapat kawen takde maknenye..
ReplyDeletekan lebih baik takut tak sempat bertaubat sebelum ajal menjemput. huhu
termasuklah takut nak berkorban dan menginfakkan diri utk agama. itu ialah ciri orang yg takut mati dan takut dapat mudarat.
huhu nice post!
@FRESHIE
ReplyDeleteTakut tak sempat bertaubat dah mati. Wal'iyazubillah.....
mmpm sekolah ku
ReplyDeletesubahanaAllah..shukran, bkogsi cerita (ilmu2) yg sgt2 bermanfaat
ReplyDeletemcm ne nk redha kan org yg dah xde? tol ke law ite nangis ble ingt an dia, dia akan tseksa di sana?
ReplyDeleteassalammualaikum
ReplyDeletepertama kali masuk kesini....terus jatuh hati ngan blog ni.. sgt menarik..
nnt saya dtg lagi... blog walking..
terimakasih atas bakat yg ada , anda zahirkan.. sejuk mata dan hati... sgt syahdu..
@Nur Ashikin Ismail:
ReplyDeleteTerima kasih :) hanya secebis blog picisan...
erm sedih plak
ReplyDeleteblog sedih eh ni
terima kasih
ReplyDeleteBaca semua ini membuatkan ana insaf dan ingin menjadi hamba Allah yang solehah serta memburu keredhaanNya untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.. Syukran Jazilan atas perkongsian ini
ReplyDeleteblog ni best la...tima kasih ats pringtn..:)
ReplyDeleteblog ni best sgt2...sgt2 berinformasi n menarik perhatian dgn ilustrasinya subhanallah mmg cantik sgt..
ReplyDeletesgt sesuai buat org yg sentiasa dahagakan ilmu akhirat..
syukran jazilan ye admin..
dpt tahu psl blog ni pon dr fb kwn2..
assalammualaikum wbt.. saya kehilangan ibu tahun lepas pada 16.4.2011. ketika itu saya dan ibu mengerjakan umrah.. arwah meninggal di sana.. gembira tapi ada ketikanya saya terlalu rindukan arwah.. sgt rindu.. rengekan, keluhan kesakitan kanser payudara yang kian merebak ke otak, tulang belakang masih terngiang2.. saya bekerja sebagai guru, saya mengambil keputusan bercuti tanpa gaji untuk menjaga ibu... biar pun berkesempatan menjaga arwah selama 2 bulan, saya rasakan semua tu cukup wp saya ingin menjaganya seribu tahun lagi asalkan dia bersama saya.. arwah menyuruh saya berkahwin kerana saya adalah anak perempuan bongsu.. tapi ikhlasnya waktu itu saya tiada perasaan untuk itu wp ramai yang datang merisik tapi saya menolak dengan berhemah.. di tanah suci arwah sgt sihat, saya pula ditakdirkan uzur selama di sana. berbelas hari. namun bila arwah meninggal, saya suci.. Allahuakhbar... sempat solatkan jenazah. saya juga sempat memandikan arwah.. di malaysia, adik beradik dan abah sukar untuk menerimanya wp mereka tahu kondisi arwah ketika pergi.. tapi itulah permintaan terakhir arwah... saya terpaksa menenangkan abah, adik yang masih kecil, abg dan kakak... dan saya pun kena kuat untuk menghadapinya di sana... Alhamdulillah semuanya lancar selancar 100 org yg menguruskan arwah. arwah disolatkan selepas maghrib iaitu waktu kemuncak yang ramai jemaah di masjidilharam.. hampir sejuta yg menyolatkan arwah... last saya melihat arwah ketika keranda diusung ke dalam masjid.. jaga lah ibu dan bapa kamu semua... Mak... Uda rindu mak... Al-Fatiha...
ReplyDeleteaslkm dik...makcik x lah mmbaca tulisan2 adik. makcik tahu anak mnulis nasihat yg baik2 kpd rakan2 remaja. tahnaiah truskn. cuma makcik ttarik kpd lukisan2 adik. bole beri tip ? adik lukis secara manual dan edit dgn software2 ttentu? sofware apa yer ? atau adik guna stlus pen tablet atau macmane yer?
ReplyDeletelmbang sekolah maahad muhammadi pasir mas tersergam indah:)
ReplyDeleteassalamualaikum, blog anda telah membuka sedikit hati saya untuk kembali kepadaNya. alhamdulilah. terima kasih. moga Allah membalas segala kebaikanmu. InsyaAllah
ReplyDeleteAssalamualaikum.. saya suka cara saudara sebarkan dakwah :)
ReplyDeletemoga ianya berterusan dan saya sangat sukakan lukisan saudara mohon disimpan lukisan2 nya ya