Blog Selamat Tinggal

10 February 2011

30 Contest: Sucikan Rân Dengan Taubat

tangisan keinsafan


Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmaanirrahim. Dengan ini saya melancarkan contest yang tiada tarikh tutup untuk diri sendiri dan semua yang membaca belog ini. Hadiahnya straight dari Allah, insyaAllah sangat bernilai dan pasti lebih mahal dari mana-mana hadiah yang pernah ditawarkan di muka bumi blogger ni.  

Taubat: Pintu Gerbang Kehidupan Baru
Kalam agungNya dalam Surah al-Baqarah [2:222]:
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri."
Saya meneliti bahawasanya Islam sangat mementingkan kesucian diri lahiriyyah dan batiniyyah (luar dan dalam), contohnya manusia tidak dapat lari dari terkena kotoran samada berupa debu, najis dan sebagainya. Lalu, Allah memerintahkan manusia dengan berwudhu' untuk menyucikan diri dari debu-debu dan mikroorganisma2 yang melekat pada tubuh. Kemudian memperbaharui wudhu' itu lagi setiap kali hendak bersolat. 5 kali solat, 5 kali wudhu', 5 kali kita bersih dari kotoran. Jika dah bersih dan suci dari kotoran, susah kan nak kena penyakit? Malah ada kajian mengatakan kulit yang bermasalah (berjerawat dsb) boleh dikurangkan hanya dengan kerap berwudhu'. Bukan itu sahaja kelebihannya, malah disebut dalam hadis, Rasulullah menanti orang2 yang mempunyai tanda-tanda putih di kepala dan kakinya kerana bekas wudhu'. Dan baginda menanti di telaga Kautsar di akhirat kelak. Dah ambil wudhu', jangan lupa solat plak.

Itu dari kesucian luarannya. Bagaimana pula mensucikan seluruhnya luar dan dalam?; dari noda dan dosa-dosa silam tidak kiralah kecil atau besar dosa itu. Ya, Taubat Nasuha. Untuk memulakan kehidupan baru, tidak cukup hanya dengan azam dan perbuatan, tetapi perlu dibuka dengan Taubat. Jika dah berubah, tetapi tidak bertaubat saya kira ianya tidak balance.

Jangan Takut 'tuk Sujud Bertaubat

Dalam riwayat Muslim ada menyebut, dari Abu Musa bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah membukakan TanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada petang harinya. Allah juga membukakan TanganNya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa pada malam harinya, sampailah matahari terbit dari tempat tenggelamnya (kiamat)."
Lihat, 24 jam waktu Allah buka untuk mengampunkan dosa-dosa kita. Betapa Pemurahnya Tuhan kita. Masjid pun tak bukak 24 jam kat Malaysia ni. Tapi kita masih lagi menangguh-nangguh, menunggu-nunggu, beralasan 'tak sampai seru lagi' (ala2 kaum Jabbariyyah), masih tak ready untuk bertaubat. Hairan. Saya pun juga hairan dengan diri sendiri. Lebih kurang je. Peluang kat depan mata, tapi taknak jugak grab cepat-cepat. Bila dah nyawa di kerongkong, pintu taubat sudah tertutup. Menyesal pun dah tak guna.

Apakah itu Rân?

Firman Allah dalam Surah al-Muthaffifin [83:14]:
Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.
Dengan kata lain, saya fahami sebagai kotoran yang berupa titik-titik hitam yang kita kumpulkan sehari-hari bersumber dari dosa-dosa kecil sehinggalah dosa besar. Kotoran hitam pekat yang menyelaputi hati kita. Tiada cara lain untuk membersihkan Ran ini kecuali dengan taubat dan mohon keampunan dari Allah. Pentingnya buang Ran ni sebab jika hati dah hitam, hidup akan jadi tidak bertujuan. Iman tergugat, tercabut iman. Tidak tenang, resah gelisah, cepat marah, murung, sakit hati, sakit hati pada orang lain dan sedih. Semuanya adalah kerana Ran inilah. Segala penyakit jiwa dan hati adalah kerana kuantiti Ran yang menancap kuat pada hati kita. Mari kita nyahkan Ran ini dengan taubat. Stop maksiat, mari taubat. Ayuh!

Untuk berjuang, membangunkan umat, menjaga umat Islam dan agama kita..marilah kita taubat. Buang Ran, hidup tenang. InsyaAllah.


Cara Taubat Paling Senang

Solat sunat dua rakaat diniatkan dengan sungguh-sungguh semata2 memohon keampunan dari Allah. "Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala". Bacalah apa sahaja surah yang diketahui. Yang penting, insaf betul-betul, tidak lagi mengulangi dan mengharapkan hidup baru dalam redha Allah.

Saya doakan diri saya berjaya taubat. Juga kamu sekalian. Amin.

Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah orang-orang yang menzalimi diri sendiri dan berbuat zalim pada orang lain. Ampuni aku Ya Allah! Ampuni aku..Pimpinlah daku, luruskanlah hatiku. Kawallah mazmumahku agar tidak merosakkan agamamu dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain.....


 Mini stamp-banner utk contest ini. Amiklah dan guna di belog masing2.

Rusydee, 7 Rabi'ul Awal 1432 H,
Selamat Tinggal.

30 comments:

  1. Subhanallah.. Sungguh indah dan penuh dgn pengisian.. Terima kasih mengingatkan..

    Kita sebagai hambaNya harus terus istiqamah berusaha memperbaiki diri dan untuk terus kekal di jalan Allah.. Memohon keampunan, hidayah serta taufik secara berterusan drNya.. Meminta bimbingan serta pimpinan dr Allah dalam segala hal.. Mencari keredhaan Allah SWT dan cintaNya.. Sesungguhnya cinta dan ketenangan abadi itu hanya dr Allah SWT..

    Mudah mudahan Allah mengampunkan dosa2 kita semua dan taubat nasuha itu dicapai hendaknya.. Ameen..

    Yang penting terus2san berusaha dan Yakin Pada Allah..

    ReplyDelete
  2. salam.. perkongsian yang menginsafkan. Jom sama2 banyakkan istighfar, mohon taubat kpd Allah. astagfirullahalazim..

    -cantik lukisan, pakai photoshop?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous9:27 PM

      astagfirullahahazim...perkongsian yng mendatangkan keinsafan...

      Delete
  3. @nuraishah_abuhasan:

    Syukran ambil manfaat..Sesungguhnya sebelum zikrullah, taubat adalah ubat hati terbaik bagi hati2 yang terluka. Hati2 yang inginkan kesembuhan.

    ReplyDelete
  4. @Imran Mohd:

    Ayuh kita tomat! Taubat maksiat!

    - lukis dan warna di photoshop..maaf lukisan agak ringkas..

    ReplyDelete
  5. Ran-ran ini kita kena kenal. Kalau dah kenal baru kita tau nak bersihkan. Kalau syaitan yang kenal dulu maka Ran-Ran ini akan jadi lorong utk syaitan busukkan amalan kita.

    Jomlah kenal dan sucikan Ran hati daripada kenal Ran dlm komik Conan

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum wth...

    Amin...masyaAllah....moga dipermudahkan urusan kita..moga dibukakan hati kita umat islam untuk mencari redha Allah SWT, moga diberikan petunjuk dan hidayah-Nya...terkadang kita rapuh dengan dunia..hingga lupe akhirat....

    lukisan kartun mcm ni..iklas penah untuk mencuba tapi belum ada kesempatan dan belum ada rujukan..mengguna perisian open canvas kah?

    ReplyDelete
  7. @PG:

    Waalaikumussalam wbt.

    Moga urusan kita semua dimudahkan Allah di jalanNya.

    Kamu boleh juga OpenCanvas, atau PaintToolSAI atau photoshop. Semua tu saya pakai. Tapi untuk entri ni saya gunakan photoshop.

    Terima kasih kerana berkunjung ke sini ;)

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. @FRESHIE:

    Tgk drama Conan byk2 sampai leka pun boleh menjadi penyebab Ran. =p

    ReplyDelete
  10. Ibtisam Syarha12:06 AM

    ALLAHUAKBAR! sungguh beruntung ssiapa yang punyai jiwa yang sentiasa ingin disucikan,kerana dalam hatinya sudah membuah dan menyubur cinta pada DIA(walaupun sejak dari alam roh manusia itu berjanji untk patuh dan taat setia padaNYA). Moga ALLAH kasih

    ReplyDelete
  11. @Ibtisam Syarha:

    InsyaAllah andainya kita semua berjaya capai Taubat Nasuha dan diapprove oleh Allah taubat kita itu, saya percaya hati kita akan disucikan sedikit demi sedikit. Suci dgn keinsafan dan air mata penyesalan.

    ReplyDelete
  12. Anonymous5:33 AM

    Marilah sama sama mengejar keampunan dr Allah..
    Sesungguhnya Allah itu Ya Tawwab...

    ReplyDelete
  13. Insyaallah dengan bertaubat kita dapat menyucikan diri kita.

    ReplyDelete
  14. salam

    smlm sy pegi talk bro rahmat ali (speaker dr IIS). tjuknye "Merciful of Allah".

    Muslim yg baik ialah muslim yg sntiasa brjaga2 dr brbuat dosa. Allah sgt2 sygkn kita shingga boleh mngampunkan dosa besar skalipun (kcuali syirik). Dia nak kita semua ke syurgaNya..tp kita sndri yg mncampakkn diri kita ke neraka..kita yg x syg diri sndri. So, sygilah diri kita..jauhkan la dr brbuat dosa. JIka berbuat dosa, jgn lupa Allah sntiasa akn mngampunkan kita. :)

    saya pilih universiti of malaya.. anda??

    ReplyDelete
  15. Anonymous6:06 PM

    Alhamdulillah...perkongsian yg sgt menarik!

    Marilah sama2 bertaubat, dan buang ran itu...
    Hati terasa sedih...

    ~novelishidayah~

    ReplyDelete
  16. I like your writing, I like your artworks, I like everything about this blog. Keep it up!

    ReplyDelete
  17. Anonymous4:09 PM

    tersedar dari kelekaan~

    ReplyDelete
  18. Anonymous1:51 AM

    subhanallah

    ReplyDelete
  19. Terpegun meneliti artikal2 ini...
    Satu alternatif kreatif dalam menyampaikan dakwah...
    Amar Ma'aruf Nahi Mungkar, InsyaAllah...
    Semoga senantisa dalam rahmah dan redha- NYA, ya akhi... Salam ukhuwah fillah..

    ReplyDelete
  20. Anonymous8:53 PM

    mnta share gmbr yg ada dlm blog..salam alaik..^__^

    ReplyDelete
  21. assalammualaikum wbt... akhi rusydee..

    ISTIQOMAH dalam setiap ibdah kita, Dan kita perluh ingt sebelum mlakukan sstu kemukaran di muka bumi Allah ini. xmalu kita sebagai hamba yang 24jam Allah dan para malaikat memerhatikan kita dalam mlakaukan DOSA2 di bumi nya ini.

    Oleh itu TAUBAUT dan berjanji xkan berlaku lagi dalam sepjg hdup kita di dunia yang semntara baut kita ini.

    Artikel yang penuh dgn pengisian yang amat Amat. Ya buat peringatan baut diri ku yang dhoif dan juga kerdil di muka bumi Allah ini.
    AMAR MA'ARUF NAHI MUNGKAR... INSYA ALLAH

    HAMBA ALLAH.
    AUDRA

    ReplyDelete
  22. Anonymous3:14 AM

    Terima kasih ..
    buat contest ni ..jarang2 ana blh lihat org buat contest macam ni .apapun buat itu mesti istiqamah kan

    contest taubat ." Satu yg berbeza dari yg lain
    peringatan buat diri dan jua shbt yg lain

    alhamdulilah..
    izinkan ana buat contest ni blog ya
    syukran ..nanti ana tag blog ni didlm blog ana
    syukran kasiran

    ReplyDelete
  23. Anonymous3:22 AM

    http://mursyidaaz-zahra.blogspot.com/2012/06/contest-ran-dengan-bertaubat.html

    ReplyDelete
  24. Allahuakbar.. T_T" .. syukran jazilan kerana sudi mengingatkn diri yg hina ini .. :'(

    ReplyDelete
  25. blog syabab mmg banyak manfaat..
    teruskan menulis supaya sy boleh baca..
    sedikit sebyk terkesan di hati :'(

    ReplyDelete
  26. srikandi zinnirah10:07 AM

    subhanallah.....

    ReplyDelete
  27. subhanallah .terima kasih sangat-sangat.

    ReplyDelete
  28. terima kasih tuan.. sgt2 terkesan.. mohon share agar lebih ramai yg bersama.. inshaaAllah

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum...saya minta izin tuk copy paste gambo yang ada dalam nie leh...cantik2 belaka..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...