Blog Selamat Tinggal

15 February 2011

21 Menanti

Hanya cebisan lukisan lama
Sekadar memetik dari blog seorang yang saya hormati. 
"Jika manusia harus lama menanti apa yang diinginkannya, maka hilanglah kesabaran dan sempitlah dadanya. 

Ia lupa bahawa di dalam penciptaan ini Allah memiliki sunnah-sunnah yang tidak akan berubah, bahawa segala sesuatu ini mempunyai waktu yang telah ditetapkan, bahawa Allah tidak akan dapat dipengaruhi oleh ketergesa-gesaan seorang pun. 

Setiap buah memiliki batas waktu matang. Ketergesa-gesaan seseorang tidak akan dapat mematangkannya sebelum batas waktunya, sebab ia tunduk kepada sunnatullah yang mengaturnya. Tak seorang pun dapat memaksanya."
(Dr.Yusuf al-Qaradhawi, anak murid Syeikh Muhammad al-Ghazali.)

p/s: Dengan ini, blog ini akan terbiar usang sehinggalah tesis saya selesai. Kira-kira akhir bulan 4 ni insyaAllah. Doakan saya berjaya sudahkan sem akhir pengajian sarjana usuluddin (tafsir al-Quran) saya. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa sukarnya saya nak menyudahkan tesis ini. Dan hanya Allah yang mampu memberi ilham dan membantu. Hajat doa kawan-kawan semua. Maafkan di atas segala silap salah saya. Wassalam.


21 comments:

  1. Amin..moga dipermudahkan urusan anda..gud luk!

    Salam Maulidur Rasul...

    ReplyDelete
  2. Semoga tabah.. saya doakan anda berjaya menyiapkan tesis.. dengan cemerlang gemilang dan terbilang

    ReplyDelete
  3. cayok bro rusydee artz!!! ^06

    smoga Allah permudahkn urusan anda :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..

    subhanallah..
    ana suka semua lukisan2 dalam blog ni..
    izin nak cpy lukisn..

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah... semoga dipermudahkan.. dan terima kasih atas perkongsian kata-kata yang memberi impak pada akal ini...... agar tidak selalu mengeluh.....

    ReplyDelete
  6. sAat yG paSti10:18 PM

    Salam..smoga saudara sntiasa tabah..Ya ALLAH.p'mudahknlh segala urusan hamba-Mu yg sntiasa mnuju k jalan-Mu..amin..

    ReplyDelete
  7. saudara, ble tak post cara2 kamu mewarna?? buh la at you tube ke, kira macam tutorial la.. bleh la kongsi ilmu tuh..
    ya??

    ReplyDelete
  8. salam...cantik lukisan nie...:-)

    ReplyDelete
  9. Anonymous6:40 PM

    InsyaAllah...semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum...semoga dipermudahkan semua urusan.

    ReplyDelete
  11. ustaz musafir, go on with your tesis. hehehe. no wonder la ustaz musafir is so busy. kikikiiiki..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...semoga dipermudahkan segalanya...amin...=)

    ReplyDelete
  13. semoga kembali semua ke sini selepas awk menyiapkan tesis...

    sy tggu di entry 44 ^_^

    ReplyDelete
  14. salam.
    karya yang baik datang daripada orang yang baik.

    subhanallah. alhamdulillah. lailahaillah. allahuakhbar. :D barakallahufik.

    ReplyDelete
  15. Anonymous4:06 PM

    penantian satu ujian~

    ReplyDelete
  16. salam..sy bru je jumpe blog ni..
    tahun ni sy final (ijazah)
    sy kne wat kajian ilmiah sal tafsir bi al ma'thur..
    tp otak sy x berkembang la nk buat kajian ni..
    sje nk cite..
    kot2 leh share skit ilmu tafsir tu..hihi

    ReplyDelete
  17. SALAM .....
    saya x berapa paham la

    " Jika manusia harus lama menanti apa yang diinginkannya, maka hilanglah kesabaran dan sempitlah dadanya. "

    ReplyDelete
  18. menanti?.. satu ungkapan yang amat indah dalam kita mennati sstu yang kita inginkan dari Allah Taala bukan..

    Namun setiap penantian itu jika kita kembalikan kepada yang haq iaitu ALLAh. Kerana ia amat mengetahui dan juga memahami isi hati setiap yang bergelar HAMBA di dunia ini.

    Semoga segala apa yang kita nntikan akan dapat hasil yang baik dari aturan dari Allah Ta'ala AMin. Kerana kita harus dan wajib dahulukan dia dari segala2 hal di dunia ini. KITA BERGANTUNG HIDUP DENGAN DIA.

    WAALLAHUALAM. :)

    ReplyDelete
  19. hebat blog ni sya yakin saudara boleh berjaya

    ReplyDelete
  20. oOo... Barakallahu fik ya akhi Muhammad Rusydi...Semoga Allah mudahkan bagimu di dunia dan di akhirat juga...Amin Ya Allah...Amin Ya Nuur....ana tak sangka akhi dlm bidang ni rupanya...Alhamdulillah.....Subhanallahi wabihamdihi...tak tahu kenapa terharu pula...Jazakallahu khairan kathira .....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...