Blog Selamat Tinggal

28 January 2011

29 Berjuang Memang Pahit, kerna Syurga Itu Manis

 selepas, klik utk besarkan gambar


Ungkapan obor jihad Salahuddin al-Ayubi, "Barangsiapa menguasai Palestine maka mereka akan menguasai dunia!" ternyata membawa makna besar pada dunia Islam yang bermaksud bumi ini akan sentiasa menjadi saksi mata pertembungan di antara hak dan batil dari dulu sehingga hari ini. Bukan sahaja orang Islam bermati-matian mempertahankan bumi Palestine dari Israel laknatullah, malahan Muslimin underground yang kita tidak pernah nampak dari dada akhbar dan media, giat berjihad memerah taktik dan keringat dalam memperjuangan Islam!

Mungkin kelmarin bumi Tunisia bergolak hanya kerana penjual sayur membakar diri, lalu tumbang rejim kejam yang bertapak selama 23 tahun di Tunisia. Sekarang, bumi Mesir pula bergolak. Rejim zalim Hosni Mubarak tergugat, terkesan dengan reformasi yang muncul secara mendadak di Tunisia! Rakyat Mesir yang celik dan tidak berhati buta turun ke jalanan untuk memprotes kezaliman rejim Hosni. Mungkin di Malaysia, rakyat ke jalanan dipanggil bodoh, sebenarnya mereka yang hanya pandai berkata "mereka bodoh" itulah yang sebenarnya bodoh. Takut. Hanya berani bersuara di belakang. Jangan pandang remeh rakyat di jalanan. Jangan sekali-kali. Sejarah sudah membuktikan rakyat di jalanan mampu menjatuhluluhkan sesebuah kerajaan korup! Berjuanglah dengan cara sendiri pun, tapi jangan anggap perjuangan orang lain yang juga berjuang adalah bodoh!
demo di Mesir 2011

disembur air kimia ketika solat hajat!

Mari kita tinjau perjuangan-perjuangan yang pernah berlaku di abad baru oleh tokoh-tokoh mujahid sejati.

1. Perjuangan seorang doktor di Palestine

Pada tahun 1983, Dr.Abdul Aziz Rantisi seorang doktor hebat kelahiran Palestine ditangkap oleh Israel kerana keengganannya membayar cukai kepada kerajaan rejim Israel. Tiga tahun kemudian, beliau bersama pemimpin-pemimpin gerakan Islam yang lain termasuk Syeikh Ahmad Yassin, menubuhkan gerakan Islam Hamas sebagai wadah baru perjuangan rakyat Palestine, berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Hujung tahun yg sama, Rantisi bersama Syeikh Ahmad Yassin, Abdul Fattah Dukhan, Muhammad Syama', Dr.Ibrahim al-Yazur, Isa an-Najjar dan komander Salah Syahadah memimpin dan menyeru seluruh rakyat Palestine turun ke medan tempur berperang dengan Israel secara terbuka. Dan berlakulah Intifadha Pertama secara rasminya.

Peristiwa apakah yang mencetuskan intifadha ini? Kejadian sebuah lori besar milik pendatang Yahudi sengaja melanggar dua buah lori kecil milik rakyat Palestine menyebabkan 4 terbunuh dan 9 cedera parah. Ini menimbulkan kemarahan umat Islam dan kebangkitan mereka kali ini tidak dapat ditahan lagi! 1988 menyaksikan Rantisi ditahan dan didakwa atas kesalahan menentang penjajahan Israel dan dipenjara 2 tahun. Dalam penjara juga berjuang, hafal Quran 30 juz. 1990, beliau dibebaskan pada September tetap jihad yang terus menerus dari beliau menyebabkan beliau ditahan balik 3 bulan selepas itu. Beliau galak seperti rambo, lasak panas dan sejuk beku, dibuang daerah, cuba dibom, cuba diledakkan dengan serangan helikopter Apache, keretanya ditembak sehingga beliau dan anak kecilnya cedera. Namun tidak serik-serik beliau berjuang. Syeikh Ahmad Yassin yang dibunuh Israel dengan tembakan dari helikopter Apache pada 22 Mac 2004 telah menjadi inspirasi kepada beliau untuk juga syahid mendapat syurga! Menang bukan keutamaan, syahid adalah segalanya.

Rantisi mengepalai Hamas ketika Palestine menangisi kematian Ahmad Yassin hinggalah beliau sendiri mengikut jejak langkah sahabatnya Ahmad Yassin pada 17 April 2004. Beliau bersama-sama 2 pengawalnya Akram Nisar dan al-Ghurrah syahid dalam keadaan paling mulia. Beliau syahid ketika bertempur dengan Israel. Takbir dan laungan reformasi bergema mengiringi kepergian Rantisi. Mungkin beliau syahid, tetapi roh dan semangat perjuangan tetap terus hidup bersama-sama rakyat Palestine dan ke seluruh pelosok hati umat Islam yang celik hati! Allahuakbar!

2. Perjuangan ulama buta di Mesir.

Andai di Indonesia pemidato hebatnya mungkin Bung Tomo dan Sukarno, Malaysia pula memiliki Prof. Dr.Zulkifli Mohamad, atau Mahathir dengan regunya Anwar Ibrahim dan Nik Aziz Nik Mat, tanah arab pula merakamkan kisah seorang pemidato unggul tetapi cacat penglihatan yang menggoncangkan pentas pidato dan mimbar Jumaat sehingga mereka yang zalim menggeruninya. Namanya Syeikh Abdul Hamid Kisyk.

Lahir pada 10 Mac 1933 di daerah Shubra Kheit dalam wilayah Buhaira ( wilayah yang sama dengan tokoh yang dikaji penulis iaitu Syeikh Muhammad al-Ghazali al-Saqqa ), Mesir. Beliau sangat hebat dari sudut pendidikan, 100% markah dalam semua subjek ketika di persekolahan, kemudian menjadi pelajar terbaik seluruh Mesir, kemudian berada di kedudukan pertama berturut2 selama 4 thn di Fakulti Usuluddin al-Azhar. dan bermacam2 lagi pengiktirafan yang beliau dapat selama beliau berada dalam bidang pendidikan.

Saya singkatkan lagi, beliau juga pernah dipenjara pada 1965 untuk kali pertama dengan alasan mengkritik kerajaan dan dimasukkan ke penjara Abu Za'bal, Qal'ah dan penjara perang selama 2 tahun setengah. Syeikh Kisyk adalah antara ulama yang tegas membantah perjanjian Camp David yang dimeterai Presiden Mesir ketika itu, Anwar Saddat dan PM Israel Menachem Begin. Sekali lagi beliau ditangkap dan disumbat dalam penjara. 1981, beliau dibebaskan namun dilarang berkhutbah di mana-mana masjid. Beliau telah diban oleh kerajaan zalim.

Oleh kerana semangatnya perjuangan beliau, beliau mencari inisiatif membina masjid sendiri yang mana beliau mampu bersuara di masjid beliau tanpa kekangan kerajaan. Beliau dan sahabat-sahabat menggunakan masjid itu sepenuhnya, tarbiyyah, tazkirah, khutbah, pidato, berjuang habis-habisan hanya dari sebuah masjid. Dikatakan masjid beliau ini sangat popular sehingga tempat duduk pun terpaksa di'tempah' dan ramai berasak-asak hanya demi mendengar kata-kata Syeikh. Ramai yang membuka mata dari khutbah dan pidato beliau, ramai mujaddid baru yang lahir kerana perjuangan hebat beliau! Hanya dari masjid!

Dinukilkan Syeikh Kisyk meninggal dalam keadaan paling terhormat, beliau mengambil wudhu di rumahnya dan ke masjid untuk berkhutbah, namun sebelum itu beliau bersolat sunat dua rakaat. Sujud pertama beliau bangkit, namun di sujud kedua Allah memanggilnya utk selama-lamanya. Allahuakbar...

Suka saya ambil sedikit nilai dari perjuangan beliau, beliau berpendapat mengkritik kerajaan bagi membetulkan kesalahan pemerintah adalah fardhu 'ain yang mesti dijalankan tanpa rasa takut kepada manusia. Kritiklah walau dipenjara sekalipun. 

3. Perjuangan Hassan al-Banna

Tidak perlu lagi saya sebutkan perjuangan Hassan al-Banna yang mungkin semua orang sudah tahu. Beliau adalah tokoh Ikhwan dan pencetus kebangkitan umat abad 20. Beliau ditembak mati pada Zohor 12 Februari 1949 ketika keluar dari bangunan Ikhwanul Muslimin. Ketika itu kerajaan Mesir diketuai oleh pemerintah zalim, al-Nukrasi Basya dari parti al-Sa'di.

Suka saya suka nukilkan satu tazkirah dari Hassan al-Banna buat kita semua:

"Wahai Ikhwan ! Berimanlah dengan Allah. Kuatkanlah dengan mengenal dan berpegang serta menyerah kepada Allah. Janganlah kamu takut selain dari Allah. Tunaikanlah suruhanNya dan jauhilah laranganNya. Bersikaplah dengan perangai yang baik Jadikan kamu orang-orang yang kuat dengan akhlak yang mulia, dengan sifat yang gagah sebagai orang-orang Mukmin, dan dari sifat mulia sebagai orang-orang yang bertaqwa dan yang Soleh. Kamu hendaklah betul-betul mempelajari al-Quran dan betul-betul mengkaji serta mengulangi Sirah Nabawiyyah. Kamu harus menjadi orang yang banyak bekerja bukan orang yang banyak bercakap dan bertengkar kerana satu-satu kaum bila mendapat petunjuk dari Allah mereka diilhamkan untuk bekerja. Sebaliknya satu-satu kaum itu sesat setelah mendapat petunjuk adalah kerana mereka banyak bertengkar dan berbalah.

Kamu hendaklah saling menyayangi sesama kamu. Berilah sepenuh tumpuan kepada perpaduan kamu kerana perpaduan adalah nadi kekuatan kamu dan tiang kepada kejayaan kamu. Tetapkanlah pendirian kamu sehingga Allah membuka yang haq di antara kamu dan kaum dan Allah adalah pembuka. Dengan dan taatilah pimpinan kamu samada senang atau susah, suka atau terpaksa, kerana ia adalah panduan kepada pemikiran kamu, dan ia juga sebagai penyambung kepada hubungan sesama kamu. Kemudian dengan sabar tunggulah pertolongan dan bantuan Allah. Peluang ini tetap akan datang, usahlah merasa ragu.

Pada hari itu bergembiralah yang beriman dengan pertolongan Allah. Allah menolong siapa sahaja yang dikehendakiNya dan Allah amat gagah dan amat penyayang. (al-Rum:4-5)"

Begitulah secara ringkas perjuangan-perjuangan dari tokoh-tokoh besar. Tidak disebut lagi perjuangan Said Hawwa, Said Nursi, Syeikh Ali Abu Hassan al-Nadwi, Syed Qutb dan lain-lain. Kita juga di Tanah Melayu jangan lupakan peristiwa berdarah Memali, peristiwa penangkapan ISA beramai-ramai, tuduhan-tuduhan palsu ke atas pemimpin2 besar yang membangkang kerajaan dan banyak lagi peristiwa yang menindas agama Islam di bumi Malaysia. Perjuangan tetap diteruskan. Kita telah perhatikan dulu Dr.Burhanuddin al-Helmi yang berjuang untuk Islam bersama tokoh-tokoh lain lagi juga tak terkecuali Tok Kenali dan Tok Janggut. Mengapa sampai bermati-matian? Biarpun suatu hari TGNA meninggal sekalipun, perjuangan membela Islam tetap diteruskan. Biarpun suatu hari parti Hijau tumbang, tetapi cebisan yang tinggal mesti terus menerus memperjuangkan Islam. Ini bukan seruan untuk kamu masuk parti Hijau, bukan sama sekali. Jika kita claim kita adalah pejuang, maka kita wajib mempertahankan Islam dalam apa bentuk sekalipun. Dakwah serasi ummah! Tidak kiralah apa sahaja perjuangan pun, namun jika ia adalah demi menegakkan kalimatullah di muka bumi ini, kita wajib menyokongnya. Bukan menang yang kita cari, tetapi syahid yang kita damba! Takbir! Allahuakbar!


Rusydee, 23 Safar 1432,
Selamat Tinggal. Wassalam.

29 comments:

  1. Anonymous3:01 PM

    Artikel panjang2 orang jarang nak baca. Orang suka tengok gambar awek cuns, gambar pelik2, gambar tak baik, gambar artis, gambar shawls, gambar tudung, gambar barangan kecantikans, gambar fitnah dan lain2 sahaja. Artikel perjuangan jarang orang nak baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous3:11 PM

      Artikel ni utk org pandai je bca...yg bodo,g r tgk artikel2 pendek yg ada pasal kecantikan&sbgai2 nye..kita nk org mcm abu bakar,yg kritikal dlm melihat msg yg nabi nk smpaikan..

      Delete
    2. artikel dakwah xnak baca . . yg merepek meraban gemar sgt baca . . ni lah manusia zaman sekarang . . yg baik xnak jadikan pedoman . . tauladan . . :(

      Delete
  2. T_T
    Allahukbar!Allahuakbar!Allahuakbar!

    ReplyDelete
  3. @Tunduk Mengalah

    en rusydee..nk mintak izin nk share artikel ni boleh x? klu bleh, cane nk share? (sy ni buta it cket huhu)

    ReplyDelete
  4. oh em. saye perhati, saya teliti dan saya fahami.

    Quote ini agak menjentik,
    "Berjuanglah dengan cara sendiri pun, tapi jangan anggap perjuangan orang lain yang juga berjuang adalah bodoh!"

    Alhamdulillah nice dee

    ReplyDelete
  5. artikel yg bagus utk dibaca..Allahuakbar!!

    ReplyDelete
  6. @dALeDaLE
    Silakan copy paste ke mana2.. Nak share kat mana ni? Kat fb ke ?

    ReplyDelete
  7. nice sharing
    byk yg bru tahu
    thanks..thanks sgt =)

    ReplyDelete
  8. salam alayk...
    lewat malam hari menjengah utk mentengok blog ni, tetapi post ni mmg menarik hati...
    saya hanya tahu serba sedikit tentang dr.Abdul Aziz Rantisi..and with Allah's will,because of ur article, it's truly inspiring me.. to seek more, to learn more..
    syabas, why not buat komik sejarah islam ke? ok juga kan..hey, u you got talent..it's ur da'wah..
    sorry, just saje je nak trigger, mgkin boleh pertimbangkan, who knows. wassalam

    ReplyDelete
  9. @LayyinuL Qalbie : Terima kasih kerana sudi mentengok dan memberi kritik saran. Jika sy nk buat komik sejarah Islam, sy akan tersekat dgn persoalan.."Adakah kerana lukisan buruk aku yg tidak menggambarkan karekter sbnr tokoh tersebut akan mencemarkan kredibiliti perjuangan tokoh?" Sesungguhnya ilmu saya tentang sejarah adalah amat sikit.

    ReplyDelete
  10. time kaseh..try godek2 n dah berjaya share dgn selamatnye di fb..alhamdulillah =)

    ReplyDelete
  11. syukran atas perkongsian. moga Allah redha.moga DIA pinjamkan kita roh pejuang-pejuang seperti Imam Hassan al-Banna dan ikhwan-ikhwan yg lain...ameen.

    moga mujahadah.

    ReplyDelete
  12. Akhi, anda sangat berbakat dalam lukisan. manfaatkanlah untuk umat.

    saya bersetuju dgn Layyinul Qalbie, usah biarkan persoalan itu menyekat bakat anda.

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum wth...

    kitalah umat akhir zaman..nak berjuang macam mereka yang terdahulu, rasenya kt x begitu berani..

    permulaan sabar itu adalah pahit tp insyaAllah diakhirnya, kemanisannya pasti dirasai...insyaAllah..tiada kesenangan yang datang sebelum kesusahan =)

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. nk share blh x??amat mnarik kmek ni..mgkn blh buat jln dakwah kn..?

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum.jazakaAllah atas artikel yang menjadi booster untuk kita lebih bersemangat dalam menyampaikan Islam...
    "Jangan sampai kekalahan Islam datang dari arah pintu yang kita jaga"...

    ReplyDelete
  18. saya suka baca artikel2 yg camnie... bley membakar semngat para syabab sekalian...

    ReplyDelete
  19. Allahuakbar! Sungguh mengagumkan artikel yang ditulis ini.. Menjadikan semangat baru untuk kita mempertahankan agama demi Allah dan RasulNya. Insya Allah.

    ReplyDelete
  20. Anonymous12:15 PM

    salam...ringkasan crita yg mantap
    moga mmberi sdikit inspirasi kpd ank2 muda skrg...

    ~Hidup Berjuang Mati Syahid~

    ReplyDelete
  21. siti Shamsiah10:10 AM

    sayangnya...orang islam sekarang ini tak kenal siapa musuh siapa kawan...sambil berbunuhan sesama saudara seislam....
    Org Islam sanggup berdakapan dengan orang kafir yang tak pernah mandi hadas pun...

    sedih....

    ReplyDelete
  22. Baru saya kenal Syeikh Abdul Hamid Kisyk...tengs pembuat blog..artikel yg bagus.. ^_^..

    ReplyDelete
  23. ~Bukan menang yang kita cari, tetapi syahid yang kita damba! Takbir! Allahuakbar!~

    terasa kerdil...

    ReplyDelete
  24. Anonymous10:05 AM

    takbir!!

    ReplyDelete
  25. sekarang dah tahu serba sedikit tokoh Islam yang memperjuangkan agama dan pergo dalam keadaan syahid..Allahuakbar..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...