Assalamualaikum wbt.
Antara beberapa pengalaman yang dikutip sepanjang berkarya:-
1. Rusydee Artz kononnya mulai mendapat sokongan pelbagai pihak. Namun, tidak semua yang menyokong. Dengan kata lain, wujud kumpulan tersendiri yang anti-Rusydee Artz. Yang membenci Rusydee Artz sangat-sangat. Sedangkan Rusydee Artz tidak pernah mengacau ketenteraman hidup mereka apatah lagi menganggu-gugat rumahtangga sesiapa.
2. Karya-karya Rusydee Artz tersebar di laman sosial. Tetapi hanya segelintir yang meminta izin untuk menggunakannya dari Rusydee Artz sendiri. Malahan, ada pihak yang tidak bertanggungjawab dengan sesuka hati merubah kata-kata dan copyright dalam karya-karya Rusydee Artz. Meletakkan kata-kata jiwang tersendiri menyebabkan mesej yang asalnya untuk kebaikan menjadi buruk. Siapa yang disalahkan pada akhirnya? Rusydee Artz.
3. Rusydee Artz menerima berguni-guni kritikan negatif. Ada dari kelompok yang mengatakan hukum melukis haram total. Ada dari kelompok yang membenci lukisan lelaki perempuan kononnya Islamik. Ada yang meluat tengok. Ada yang komen sinis asyik tema cinta sahaja. Ada yang berkata-kata kasar. Ada caci-maki. Ada fitnah sini-sana. Siapa yang terpalit fitnah akhirnya? Rusydee Artz.
4. Ada pihak yang menganggap Rusydee Artz cuba mengatasi ikon mereka misalnya cuba menyaingi penulis buku baru terkenal. Pernah terjadi ada segelintir peminat beliau menyerang Rusydee Artz dan mengeluarkan kata-kata tidak berakhlak demi kerana sayang pada ikonnya. Sedarkah kalian, Rusydee Artz hanya orang biasa? Tidak pernah muncul dalam mana-mana buku dan majalah? Tidak pernah terpapar dalam suratkhabar dan tv? Maka mengapa begitu sekali bencinya pada Rusydee Artz? Hairan. Apa yang membuatkan anda berfikir Rusydee Artz ada hati nak mengatasi sesiapa? Rusydee Artz hanya insan hina. Pelukis sampah semata. Jangan kerana banyak memuja buat hati jadi buta. Segelintir ya.
5. Kawan menjadi lawan. Adakala Rusydee Artz dihentam dalam isu-isu yang agak kontroversi. Maka reaksi yang diterima amatlah mengecewakan apabila kawan-kawan sendiri mengkritik dengan kasar sekali seolah-olah Rusydee Artz adalah musuh. Jika kawan, tidak bolehkah mesej dengan beradab dan sampaikan nasihat dengan berakhlak? Ini bukannya kawan namanya. Ini namanya Friend di Facebook. Title friend, hati musuh.
6. Ramai mencari kesalahan dari melihat kebaikan. Rusydee Artz sentiasa dicari kesalahannya oleh orang-orang yang membenci. Subscribe di facebook adalah untuk mencari silap dan salah. Bila nampak sahaja salah, akan dilemparkan tohmahan semahunya. Sehingga Rusydee Artz tidak boleh letak gambar sendiri di fb, pasti akan diserang katanya Rusydee Artz memperalatkan agama demi meraih publisiti.
Banyak lagi cabarannya jadi Rusydee Artz.
Sedangkan Rusydee Artz tidak pernah bermusuh dengan sesiapa, tetapi kenapa ramai yang mahu bermusuh dan anti dengan Rusydee Artz?
Rusydee Artz tidak menagih duit anda. Tidak menjual sebarang karya. Tidak meraih untung.
Karya-karya semuanya percuma. Bukankah untuk kegunaan anda juga?
Apa yang anda sakit hati sangat?
Apa yang dah jadi dengan hati anda?
Namun, alah bisa tegal biasa.
Rusydee Artz makin lama makin lali dengan hati hitam segelintir orang. Katalah apa nak dikata, tohmahlah semahunya, makilah sekuatnya. Rusydee Artz tidak lagi peduli.
Rusydee Artz terus buat kerja dia. Tak peduli apa anda kata.
Inikan dunia.
Tempat dusta dan nista. Tipuan semata. Tempat hati kotor berkumpul.
Selamat Tinggal.
*karya-karya Rusydee Artz hanya perlu minta izin jika nak buang copyright Rusydee Artz. Jika kekalkan, tak perlu minta izin. Halalan toyyiba.
sabarlah abg rusydi...memang tidak akan pernah wujud suatu masa dimana kita boleh puaskan hati semua orang...sabarlah hadapi dugaan...semua ini adalah ujian...baik buruk hanya Allah yang tentukan...insyaAllah niat baik abg rusydi akan tetap disokong oleh kami...insan yang bergelar kawan...
ReplyDeleteadakala, dalam kehidupan, lawan menjadi kawan, kawan menjadi lawan...biarkan...sabar itu separuh dari iman :')
Terima kasih..jika tiada dugaan, bukanlah kehidupan namanya, kan? :)
Deleteyup...anggaplah dugaan itu umpama warna dalam kehidupan...tiada warna, maka pudarlah dunia... :)
Deleteyup, there is no person can please all? hehe . jangan la selamat tinggal. saya suka karya2 rusydee artz.
DeleteJika makhluk sebagai sandaran hatinya, maka urusannya akan menjadi sulit.
DeleteJika Allah menjadi sandaran hati, tentu segala urusan akan dipermudahkan-Nya.
Semoga karya2 "Rusydee Artz" sentiasa bermanfaat bagi setiap Islam yg menghargai.
Sbar .. Allah syg anta sbb 2 Dia uji anta .. Dia rndu rntihan anta .. lgpn Allah xkn uji klaw hmbaNya x mmpu ..
Deletebertabahlah akh ! di sebalik insan2 yg hanya tahu menjatuhkan, ada ramai lg insan2 yang bangun mahu memberikan sokongan ! terus buat apa yg anda tahu ianya betul ! ^___^
ReplyDeleteSudah banyak kali mengalah pada awal kemunculan, namun alhamdulillah sekarang lebih tenang hadapi ujian demi ujian.. :)
Delete"sabar itu indah" :)
ReplyDeleteKadang-kadang sabar sampai ke kemuncaknya juga, kan?
Deletesaya ni bukan juga orang yang penyabar. tapi bila kita fikir, semua ni terjadi sebab Allah izinkan. Allah izinkan mereka menghina, mencaci kita. Jd, in a way, semua caci maki tu datang dari Allah. (chop! jgn marah dulu..)
Deleteitu jawapan untuk soalan : Sedangkan Rusydee Artz tidak pernah bermusuh dengan sesiapa, tetapi kenapa ramai yang mahu bermusuh dan anti dengan Rusydee Artz?
Sebab Allah izinkan. untuk apa Allah izinkan/benarkan ini semua terjadi? untuk menguatkan lagi kita. untuk jadikan kita muslim yg lebih kualiti. Iman sebenar ialah sabar yang tidak pernah putus.
maaf. rasa kecewa dengan kekecewaan anda buat sy menulis. sy pun bukan sempurna. sekadar berkongsi nasihat yg saya terima dulu.
JANGAN MENGALAH ..APA2 YANG KITA RASA SEMUA ITU HANYA uJIAN dan untuk itu terus ISTIQAMAH YA .
ReplyDeleteYa, insyaAllah..doakan saya sentiasa tabah. Amin.
Deletekita kena kuat dan tabah..:)
Deletedasyat pengalaman en.rusydee berkarya rupa2nya. tapi terimakasih juga kerana bertahan dan sabar. klo tak, mesti sy tak berpluang untuk menatapi karya2 anda yg bermeseg ini =)
ReplyDeletesabar pun ada hadnya. tapi, insyaAllah selagi masih ada ilham dan upaya, akan saya sumbangkan sedikit pada Islam..
Deletetidak semua org suka karya saya. tapi kita tidak tahu, mungkin ada yg betul2 perlukan wlpn hanya seorang dua.
Salam..tapi kannn..sy nk komen sket.Bila nk update blog ni?Ni dh bulan 11..nak masuk awal muharram daa.. Update la.Ke tuan punya blog xsihat?Semoga sihat2 selalu.. :)
DeleteLukisan ohsem.
ReplyDeleteSy sentiasa suka.
Teruskan!
Terima kasih.. :)
DeleteSabau naa pakcik :D
ReplyDeleteyou're ohsem !
InsyaAllah..banyakkan bersabar..
Deletep/s; saya tidak akan pernah jadi ohsem sampai bile² :)
Cobaaaan~Semoga terus kuat n x mudh tertews dgn kritkn y menghina.Hnya menguji thp keimann.Jgn prnh putus asa bina kmbli insan dari karya anda k.
ReplyDeleteDari hinaan sebenarnya jadi binaan. Binaan azam untuk lebih tabah harungi hidup.
Deletesabarlah... :)
ReplyDeleteInsyaAllah :)
Deletehuhu..sedih plak bace.. tp saya x pernah dengar lagi orang mengutuk anda
ReplyDeletesabarlah..
salam inche admin :)
ReplyDeleteلها ما كسبت ولكم ما كسبتم
hanya jauhari mengenal manikam~
Sebab tu manikam bestfriend jauhari sejak dulu. :)
DeleteSy kenal rusydee artz pun dari komuniti ili sbb sy suka lukisan dakwah yg dilukisnya :)
ReplyDeleteKadang - kadang sampai berbuih2 mulut & letih nk perbetulkan tanggapan org yang salah faham. Siapa pun diri kita, hanya Allah yg benar2 kenali hamba-Nya. Jgn putus asa kerana cacian manusia, apa yg penting Allah sentiasa ada disisi hamba yg teraniaya. Teruskan melukis banyak2. Chaiyoook! Ganbatte :)
semoga sabar bro.. :)
ReplyDeleteyang nama nya manusia tak kan pernah berhenti menyakitkan hati orang lain..sabar dan doa adalah ubat yang paling mujarab..harap sentiasa bersabar (^_^)
ReplyDeleteNa'am..doakan hati lebih kuat, lebih tabah...
DeleteBerseorangan kadang-kadang lemah...oh selalu lemah...
InsyaAllah..akan lebih belajar bersabar.
Assalamualaikum...saya tak pernah sangka ada jugak orang buat macam2 benda yang negatif dekat akhi rusydee. itulah ujian dalam menyebarkan dakwah. tidak mahu diikutnya saranan dan nasihat kita. ditambahnya pula perkara2 negatif dekat akhi. harap akhi dapat bersabar dengan segala ujian itu. insyaAllah...saya tetap menyokong akhi dalam berkarya sambil menyebarkan dakwah. andai akhi melakukan kesilapan, saya akan tegur jika saya sedarinya dan sebaliknya. andai saya pernah melakukan kesalahan secara sengaja/tak sengaja, harap akhi maafkan diri saya.
ReplyDeleteWslm wbt..
DeleteYa, saya memang amat memerlukan nasihat dan teguran. Terima kasih kerana sudi mahu menegur. Alhamdulillah...
ingat tak kisah seorang nabi, anaknya, dan seekor unta??
ReplyDeleteambillah teladan dari kisah tersebut..tak semua kata-kata orang perlu diambil kira..terkadang manusia tak dapat terpisah dari sifat hasad dengkinya
Na'am..anggaplah mereka tengah berkias dengan saya. Walaupun kiasannya agak kasar dan tidak baik, anggap sajalah kiasan tersebut ada maksud yang baik wlpn niatnya tidak baik.
Delete:)
"mereka" jalan terbaik untuk kita dekat dengan Allah.
ReplyDeleteSelalu tanya Allah. Allah ada jawapan pada setiap soalan kita. Selagi jawapanNya adalah "ya" maka bertahan lah akhi. Itu maknanya jalan yang akhi pilih betul. InsyaALLAH kemanisan akan akhi dapat di penghujung nya. Doa kuat-kuat.
Moga Allah tak lepas walau sesaat pandangan Nya dari kita. Aminnnn. :)
Moga mudah-mudahan adalah seperti saudari sebutkan, mereka jadi 'jambatan' untuk saya mendekatkan diri kepada Allah :)
DeleteAamiiin.
Walaupun acapkali dikatakan dan didengari, Bersabarlah! sesungguhnya saudara sangat bertuah kerana dipilih Allah untuk diuji dan dikurniakan ide dan bakat yang dapat memberi manfaat pada setiap yang insan2 yang menghargai. Saya doakan semoga saudara tabah dalam mengharungi perjalanan hidup yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t...insya Allah. "Innallaha ma'as sabirin"....insya Allah...ingatlah dalam banyak pandangan, yang paling utama dan dikira adalah pandangan Nya bukan hamba-hambanya yang hina...wassalam.
ReplyDeleteTerima kasih...
DeleteKalau boleh, biarlah saya buruk di pandangan mereka pun..tapi sekurang-kurangnya pandanglah baik mesej dari karya-karya tersebut..
:)
sabar ye, itu semua awak anggaplah sebagai dugaan dan cabaran yg boleh mematangkan awk di masa depan..aggaplah ia sebagai cabaran utk mendorong awk menjadi insan yg berjaya dan di segani.
ReplyDeleteLumrah hidup, tak semua org suka dan bersetuju dgn kita...
btw, sy suka tgok karya awak, awak memang berbakat besar...
jangan berhenti berkarya ye...=)
InsyaAllah, selagi Allah izin..selagi itu saya berkarya..namun saya akui, karya-karya saya tersangatlah biasa..kadang2 membosankan..skop yg sama berulang..skrip sama diputarkan..
DeleteInsyaAllah akan improve lagi di masa depan. Bila tu tak tahu.
Assalamualaikum..
ReplyDeletebanyakkan bersabar ya..kalau niat kita baik insyaAllah ALLAH SWT akan Redha dengan apa yg kita lakukan... mungkin ini dugaan tak nak bagi en Rusydee lupa utk berfikir kebaikan disebalik apa yang terjadi.. "ORANG YANG HEBAT ADALAH MEREKA YANGDAPAT MEMBEZAKAN BAIK DAN BURUK MANAKALA ORANG YANG LEBIH HEBAT ADALAH MEREKA YANG BOLEH MENCURI KEBAIKAN DALAM KEBURUKAN" Terus maju jaya...InsyaAllah
Wslm..
DeleteJujur saya hanya kaca. Namun, harapnya mereka boleh bezakan antara kaca yang berguna dan tidak berguna. Serpihan kaca boleh melukakan. Namun botol kaca boleh direcycle kembali.
Kaca seperti saya boleh dikitar semula untuk digunakan kembali dan dimanfaatkan.
wah betul....ana skong enta seratus peratus....ape2 pon..teruskan perjuangan wahai pemuda islam
Deletesabar ea.. :) senyum sokmo...
ReplyDelete( senyum membaca komen-komen membina di blog ini )
Deletemoga Rusydee Artz tabah menghadapi dan teruskan bekarya selagi mampu :D Insyaallah.
ReplyDeleteTekad, redha, tabah. :)
Deletesekarang mungkin hati diorang terjentik rasa marah bila pandang karya awak tapi insyaAllah bila hati diorang dah dijentik Allah insyaAllah diorang akan berterima kasih kat awak yang sayangkan mereka semua yang seagama awak. teruskan berkarya :)
ReplyDeleteHarapnya karya saya dapat menjentik hati nurani mereka untuk sekurang-kurangnya berfikir mesej di sebaliknya wlpn tidak menyukai saya. Bukan untuk buat mereka suka pada saya, tapi biarlah mereka suka pada mesej yang baik :)
Deleteujian yang hebat untuk orang yang hebat..sabar je la ea..niat kita ikhlas hanya Allah yg dpt membalas.. ^^
ReplyDeleteUjian yang hebat untuk org yang biasa-biasa seperti saya, kadang-kadang terasa beratnya juga.
DeleteSyukran :)
biase la tu.bila kita d atas ade je org yg nk jatuhkan kita..teruskan usaha!jgn pernah berputus asa..niat kita elok kan jd xpayah nk ikut kpala org xbetul tu.. ^^
DeleteTabah dee.. Ingat kata Allh > Al-Furqaan,63.
ReplyDeleteSaya pilih ayat ke-70 dari surah yang sama :
Delete70-
إِلَّا مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صَالِحًا فَأُولَـٰئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
p/s: Mudah-mudahan mereka bertaubat dari selesa berhati hitam.
good.. ini baru rusydee yg sy kenal.. (>_<)
Deletego bro Dee! go! biarkan mereka. biarkan. teruskan karya anda ya. =D
ReplyDeleteJika saya ikut apa yang mereka mahu, yakni 'mahu RA bersara' dari melukis..maka saya katakan "OK. After saya meninggal."
Deleteaish,kenapalah busuk hati sangat dengan insan seni ni..dahlah nak guna pun free, tak minta izin lagi..ubah copyright sesuka hati..
ReplyDeleteharap brader rusydee bertabah ya:)
kami insan seni esentiasa sokong rusydeeart:>
Terima kasih :) Moga Allah merahmati setiap orang yang memberikan kata-kata semangat..aamiiin
Deletekeep up a good job..i like your work..barakallahu fi kum =)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteblog nie slalu je buat ekyn muhasabah dri,.. hargai sgt.. (u_u)
ReplyDeletelukis guna apa? Cantek!
ReplyDeletelukisan cantik...moga terus berkarya....biarkan mulut2 yg selalu berkata sesuatu yg menyakttkan hati tu diam dgn sendiri...may Allah bless u,Rusydee Artz..^_^
ReplyDeleterasa macam terkejut sangat2 bila baca post ni..
ReplyDeleteni namanya Cyber Bullying nih!
jangan risau dan jangan down! saya tetap sokong karya anda!
BEHIND EVERY HATER, THERE IS ANOTHER HATER ~ HIS OWNSELF! Sabar.
ReplyDeleteAssalamualaikum Ryusdee Artz..
ReplyDeleteSabar dengan dugaan tanda iman masih dihati..Jangan sesekali mengalah kerana kami penyokong dan pengemar karya lukisan Rusydee Artz akan terus menyokong dan memberikan sokongan..Teruskan berkarya dan menyampaikan hingga akhir..insyaAllah..
Dengar laa lagu, Segenggam tabah - In Team dan Rahmat Ujian - Mestica..Saya suka dengar lagu nie..Mengingatkan betapa kasihnya Allah pada hambaNYA kerana itu kita terpilih untuk diuji..^_^
Segenggam tabah dipertahankan buat bekalan di perjalanan..
Kau bebat luka yang berdarah, Kau balut hati yang calar..
Telah tertulis suratan nasibmu..Derita buatmu ada hikmahnya..
Terlukis senyum di bibir lesu tak siapa tahu hatimu..
Biarpun keruh air di hulu mungkinkah jernih di muara.
Biarpun jenuh hidup dipalu pasti bertemu tenangnya..InsyaAllah..^_^
assalamualaikum.
ReplyDeleteKita tak mampu nak puaskan hati semua orang.
Cukuplah kita jalankan apa yang Allah perintahkan.
kita cari Redha Allah, bukan redha manusia. kan?
Be strong, Rusydee Artz. Moga Allah memberi kekuatan kepadamu.
ameen.
Assalamualaikum...saudara
ReplyDeleteBiasalah semua 2,lau tak kata kat orang,tu bukan mulut manusia namanya...apa yang penting sekarang ni,hati kena kuat dan tabah,aqal kena berfikir dengan waras..walau apa yang dikata,anggap je semua 2 kata2 semangat..senyum dan terus senyum...moga anda kuat..insyaallah..:D
orang yang tiada masalah itu bukanlah manusia.
ReplyDeletesemakin banyak ujian yang kita terima boleh membuatkkan kita semakin matang.
beruntuglah orang yang diuji kerana dia sentiasa dalam pandangan Allah.
Seorang Da'ie itu takkan cepat melatah dengan emosi.
IBTISAM DAI'MAN ABADAN AKH RUSYDEE.
Assalam..sy baru kenali karya2 rusydee artz..comel2 belaka..ada mesej2 pulaknya..amat menarik..sabarlah dalam menghadapi cabaran dalam menyebarkan dakwah..mungkin yg mengkritik tu dh hebat tp percayalah, ada lagi mereka2 yang lebih memerlukan karya2 anda utk mentarbiyah diri..Allah sentiasa bersama-sama org yg sabar..semoga terus berkarya..:)
ReplyDelete:)sabarlah,inilah nama nya kehidupan. Ada yang senang dengan kita,ada yang tak.. :)sabar
ReplyDeleteSabar ye :)
ReplyDeleteas salam..saya minta mf terlbih dahulu.sebenarnya sy ada ambil lukisan2 awak..tetapi insyaAllah..sampai saat ini saya masih menggunakan ia kejlan yg benar..minta di halalkan ye
ReplyDeleteasssalammualaikum,
ReplyDeletesabar la rusydee, ini adalah ujian buat awak untuk meneruskan hidup. kita tidak sempurna kerana itu ada je yg tidak puas hati, marah tetapi itu membuat pengajaran buat kita. kita x dpt mempuaskan hati semua orang.
saya sokong apa awak lakukan. dan percayalah saya pernah merasai apa awak rasai. seperti skrg saya menghadapi suatu permasalahan. alhamdullilah saya sudah berjaya mengatasi. kerana saya percaya hanya allah swt mengetahui apa yg baik dan buruk buat umatnya. mengadulah denganNya..
semoga kamu berjaya..amin
go! go! go! kami sentiasa menyokong rusydee artz!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalamualaikum akh...fitrah manusia yang memang ada wujud perasaan hasad dengki dan kritikan...tenang dan sabar ye akh..menyampaikan dakwah bukan mudah,ada yang menerima ada yang menghina,...ujian Allah sebagai tanda Allah sayang hambaNya...semoga akh teruskan dengan cara akh utk menyampaikan dakwah dan jangan berhenti..x sabar nak tunggu karya akh yg akan datang...^^
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt akh. dont be sad oke. just teruskan perjuangan. never give up . go rusydee Artz go!! go!!. akh bersabar ye. dah tuh lumrah dunia yg penuh penipuan. saya harap akh dapat atasi permasalahan ini dan tetap teruskan perjuangan dalam berdakwah. tak sabar rasanya menunggu karya terbaru akh. ^^
ReplyDeleteAllah tahu akhi kuat :) ana cemburu melihat akhi yg terus kuat walau ape pon yg terjadi.akhi dh buktikan akhi seorng yg tabah.ana cemburu melihat akhi yg sentiasa cekal walau pelbagai cabaran menimpa.melalui post ini ana sedar tak mudah rupanya nak menjadi seorang daie.ana doakan akhi tetap tabah menjadi khalifah-Nya.terima kasih kerana akhi telah menanam keizzahan dlm diri ana untk berjuang.barakallahufika :) doakan ana juga menjadi daie spt akhi :)
ReplyDeleteAllah tahu akhi kuat :) ana cemburu melihat akhi yg terus kuat walau ape pon yg terjadi.akhi dh buktikan akhi seorng yg tabah.ana cemburu melihat akhi yg sentiasa cekal walau pelbagai cabaran menimpa.melalui post ini ana sedar tak mudah rupanya nak menjadi seorang daie.ana doakan akhi tetap tabah menjadi khalifah-Nya.terima kasih kerana akhi telah menanam keizzahan dlm diri ana untk berjuang.barakallahufika :) doakan ana juga menjadi daie spt akhi :)
ReplyDeleteAllah lebih mengetahui niat sebenar awk..." teruskan jalan dkwahnya jika benar2 berniat kearah itu..." mungkin ini adalah satu ujian dariNYA nak menguji keikhlasan awk dlm berkarya...semoga niat untuk berdakwah diteruskan...
ReplyDeleteSalam Sahabat ..
ReplyDeleteana mahu kongsikan sesuatu dengan sahabat Blog .
“Aku sesuai dengan dugaan hambaKu kepada Ku
dan Aku bersama dengannya
ketika dia ingat kepadaKU
jika dia ingat kepadaKU di dalam hatinya
Aku akan mengingatinya di dalam hatiKu
dan jika dia ingat kepadaKu
dalam lingkungan khalayak ramai
nescaya Aku juga akan mengingatinya
dalam lingkungan khalayak ramai yang lebih baik
dan jika dia mendekatiKu sejengkal
Aku pun akan mendekatinya sehasta
dan jika dia mendekatiKu sehasta
nescaya Aku mendekatinya sedepa
dan jika dia datang kepadaKu berjalan
maka Aku mendatanginya dengan berlari…
Hadis Riwayat Syaikhani dan Tarmizi
walaupun sebesar bukit Uhud sekalipun dosa yang kita lakukan
sesungguhnya Allah S.W.T masih mengampunkan dosa kita
oleh itu, kembalilah kepadaNya
andaikata hidupini telah jauh dari landasan yang ditentukan olehNya
sesungguhnya kasih sayang Allah membatasi kasih sayang seluruh makhlukNya
Semoga Apa yang Allah Aturkan Buat Hamba Nya itu adalah jalan yang terbaik . Anda Boleh Berdakwah Melalui Jalan Melukis terus Kan Usah lEmah semangar Mu .
semoga Allah Membalas Segala Kebaikan Anda amin ya rabbi
sabar la.. Allah tengah menguji awak ^^.. biakan orang2 sebegitu, abaikan mereka juz terus bergerak ke hadapan bersama redha Allah.. Amin..
ReplyDeletelumrah manusia yang tidak akan pernah berpuas hati melihat kesenangan orang lain..apa yang mereka nak kata kita xblh halang..mgkin ini ujian buatmu..bersabarlah dan teruskan gerak dakwahmu..ujian ini biasa bg seorg pendakwah..be strong..have faith in Allah.. :)
ReplyDeleteSetiap ujian akan ada sinarkannya dikemudian hari... Sabarlah :)
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletealhamdulillah..
haaa.. tgk..kan banyak yg menyokong awk lg...^_^
sbg salah seorg sahabat.. sy doakan moga impian awk jd kenyataan..
jalan menuju impian tu..kdg2 banyak onak dan duri..kdg2 kita akan terluka ngan duri tersebut.. kita tahan je sakitnya.. sbb kita tahu.. pasti ada sinar yang menanti dihadapan sana kann..selagi niat kita baik.. insyaAllah DIA akan permudahkan semuanya.. tp KITA HARUS KUAT!!!!...mungkin satu ari nanti.. kita akan anggap apa yg kita lalui itu sbg satu perisa dalam resepi kehidupan.. mana tahu suatu saat nanti kita akan tersenyum sbb berjaya hadapi ujian ni kann.. alamak banyak komen lak..niat nk ckp.. watlah yg terbaek dalam hidup awk.. truskan berkarya yer.. wish u all da besh.. ^_^
opss..lupa nk ckp...
ReplyDeleteummie sy slalu gtau.. bila ada org dengki ngan kita.. atau cam yg awk lalui ni..
maksudnya.. kita ada kelebihan yg diorg xde tp kita xtahu pun apa kelebihan tersebut.... sbb tu diorg akan ckp itu dan ini.. jd bersyukurlah sbb awk ada kelebihan tu..yer..^_^
caiyok2x hehe.. ^_^
assalamualaikum akhi :)
ReplyDeletenak tanya, akhi ni yang jadi penulis/pelukis dekat UOK? magazine tu eh?
ke Muslim Teens eh?sebab saya rasa nama akhi ni macam familiar dan pernah singgah dekat mata. hehe mohon jawab ye akh :)
thank you.
Allah bersama orang yg bersabar...
ReplyDeletekisah nabi dan sahabat jadi pedoman
tabahkan hati wahai sahabat..
Assalamualaikum. mahu bertanya siapakah Rusydee Artz? Maaf :)
ReplyDeletenormal kalau ada yang xsuka..janji awak di pihak yang benar. berdakwah melalui karya banyak kelebihannya..
ReplyDeleteSalam 'alaik.
ReplyDeleteAllah berfirman "Maka berpalinglah dari mereka dan katakanlah, "Salam (selamat tinggal)." Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (43:89) ^-^
saya sentiasa menyokong.. lakukan sahaja yang terbaik, kelak, bukan mereka yang mengadili..tapi Allah yang maha Esa..
ReplyDeleteteruskan berkarya ke arah kebaikan! i support u! =)
Salam..
ReplyDeleteBanyakkan bersabar...Sekurang-kurangnya Akhun Rusydee dpt phala krn mncpai dkwh melalui karya2 yg menarik dan menyentuh perasaan..Biarkn ape yg diorang kate...
"Sesungguhnya orang yang fitnah itu lebih kejam berbanding membunuh..."
Buatlah bnyk lagi...Rmai yang menyokong Akhun Rusydee....^_^
Ahh pedulikkan.Saya tetap sokong Rusydee Artz sampai bila-bila.Terbaik apa.Gatai je sapa yang tak suka tue.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalaam alaykum ^^
ReplyDeletecabaran tak pernah lari , kan ?
hendak sembunyi , tak mampu lagi .
sabar nilainya punya had pada kita , kan ?
nista tidak boleh di hentikan .
pandanglah ke hadapan ,
nilai ilmu itu cahaya ,
kita tahu apa tujuan ,
teruskan kalau demi kebaikan .
bittaufiq wa najah ,
salaam mujahadah ,
wassalam :)
SEMOGA BERJAYA....
ReplyDeleteLa takhaf wa la tahzan , innallaha ma'ana :)
ReplyDeleteKebenaran akan tertegak jua di akhirat kelak , nanti banyak pahala yang akan diperolehi daripada umpatan , cacaian dan fitnah itu , bersyukur dengannya .
Sabar , detik itu akan tiba jua :)
Hidup adelah untuk di uji, Dunia adelah medannya^^
ReplyDeleteItulah namanya manusia :) Sabarlah dengan cabaran yang Allah beri :) Teruskan berdakwah, saya suka drawing awak tu semua :D
ReplyDeleteAbaikan sahaja mereka-mereka...
ReplyDeletefrom inodnesia,, i said it lovely art,,,, i love it very much,,,, abaikan saja kata-kata mereka,,, tetap berkarya demi ummat, Allahu Akbar
ReplyDeletewalau apapun..rusydee art adalah yg terbaik...:)
ReplyDeleteAssalamualaikum,maaf menganggu,ingin sy berkongsi,prob.yg saudara hadapi,sama dgn sy di sini:)
ReplyDeletekata ustaz PAHROL MOHD JUOI- berdoalah pa ALLAH agar tabah hadapi dugaan di dunia ini:)
kata ustazah FATIMAH SYARHA-(PENULIS NOVEL CINTA HIGH CLASS)kekuatan utk reda dgn tujuan ALLAH.Cakap pada ALLAH,bertuah krn hdpku pernah dihina, ini akan jadi sebab utk KAU muliakan aku setinggi2nya di akhirat:)
ALLAH bersama org2 yang sabar :)
diam & senyum semasa menghadapinya :)
ReplyDeleteujian tu tanda Allah nak naikkan 'pangkat' (:
ReplyDeleteAl-Imran 139
An nisa' 45
Al a'raf 164
Al a'nkabut 2
Jalan ini tak pernah mudah cuma perlu percaya yang Allah berpegang pd janjiNya. Akhir nanti kan ketemu yg manis jua. Orang yang sabar itu beruntung . You just have to believe in Him.
"Certainly Wehave created man to struggle ."
(90:4)
open the Quran brother, you will find an ayah that suits the condition so well, then you will smile and burst into tears . That all those obstacles were not given utk cari redha mereke2 tu, tp redha Dia .
Di saat Allah mengujimu, Allah tahu akan kemampuanmu.
ReplyDeleteDia tak akan menguji diluar kemampuan hambanya. Percaya atau tidak,
di sebalik kepahitan, akan terasa manisnya. La tahzan Innallaha ma'na.
Salam 3laykum akhi Rusydee..
ReplyDeleteBiarlah dipandang hina di mata manusia,
asalkan mulia dipandangan Allah :)
Chaiyo2 akhi !
Ana suka lukisan2 dan message yg ingin disampaikan dalam lukisan...
Amat kagum dgn akhi.. teruskan usaha :)
buat apa yang betul .
ReplyDeleteklu diikotkan karenah manusia sampai bile bile tak abes. xpe. yang penting selagi yang kita buat tak menyalahi apa yg digariskan Allah. teruskan je. pedulikan kate manusia. Allah kan ade :)
ReplyDeletePertama kali singgah sini :) Unique. It was a beautiful sketch. Kagum.
ReplyDeleteManusia berkata nista? Pedulikan mereka. They used to know and judge easily. But they didn't dig deeper inside you. Sampai bila perlu menjaga hati mereka sedangkan hati kita sendiri belum cukup terjaga dek lontaran fitnah dan makian? Jaga hati sebaiknya. Pimpin hati dan telinga supaya menjadi 'pekak' seketika dari kata-kata negatif mereka. Sirami balik hati dan jiwa dengan tasbih mengingatiNya, zikir kekuatanNya, dan rapatkan diri dengan teman2 positif yg mampu membuat hati gembira. InsyaAllah.
Saya akan terus menyokong lukisan2 anda. May Allah bless.
teruskan melukis syeikh.. semoga Allah redho...
ReplyDeleteLa Tahzan. .jakallahukhair. . :)
ReplyDeleteYa allah...byk nye penghisaban nanti,smoga slmat blake...ya da'ie,alhamdulillah ramai yg terkesan dgn karya n kata2 nasihat..zahir sudah trjga,tp jgalh htimu tatkala dikelilingi wanita-wanita...byklh berdoa mntk djauhi fitnah wanita...
ReplyDeletewaaaargh!! banyak nye komen!
ReplyDeleterase malas plak nk komen..
tp ap kn daya jari ni rajin menaip..
ermmm..BTW kn Mr.Rusydee setiap insan never miss from doing mistake..
just anggap lh mrka2 tu pembakar semangat Mr.rusydee untk terus berdakwah dgn cara unik yg berlandaskn syariat2 ALLAH S.W.T..
BARAKALLAH ya Mr.Rusydee..
CHEER!! Mr.Rusydee! CHEER!!!
inilah mehnah dan tribulasi... Rusydee artz nak dakwah.. besar sangat pahala, saya tengok setiap post enta, ramai sangat yang like.. tu tandanya dakwah enta sampai... x termasuk yang share pulak tu.. berlambak2... sampai kai org lain pulak.. x pe org membenci.. x luak pun badan kita.. kita still sehat... yang penting kita buat.. kenapa Allah tengok pada usaha bukan pada kejayaan? sbb kejayaan tu datang dari Allah. ^_^ usaha tu, kita sendiri, tapi ngan izin Allah lah.. saya nak cakap panjang2 malu pulak, sebab saya ni takde ilmu.. maluu ngan golongan berilmu.. ape2 pun, keep it up!!! saya yang bukan sesiapa ni terus menyokong anda walaupun dalan senyap ^_^
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt...
ReplyDeletemungkin saya salah seorang peminat kartun islamik dan saya juga mohon maaf bagi pihak diri kerna pernah 'copy and paste' your cartoon to my page.... so saya nak minta izin untuk copy and paste mana2 pic lukisan kamu yang menarik untuk didakwahkan kepada masyarakat laman sosial dan blog saya insyaAllah tanpa mengubab apa2....
teruskan berkarya yang mendakwahkan orang lain
wslm
Salam brother,
DeleteYeah me yoo..i've like took your genuine work without permission, sorry!
Just like sister munirah ,i would like to use your inspirational thought for da'wah purposes to improve myself and others in sya allah. Thanks!
Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
ReplyDeleteKami menjual secara runcit pukal dan dropship.
Harga serendah RM1.00/pcs.
Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
jalan dakwah itu memang sukar..
ReplyDeletesemoga sabar dan tabah :)
Assalamualaikum wbt...
ReplyDeletebersabarlah......sesungguhnya Allah sentiasa bersama2 mereka yang bersabar....ade hikmah di sebalik semuanya....Allah nak bagi enta pahala....nak hapuskan dosa.....jangan ambil hati...mungkin mereka tidak sedar....titiplah doa buat mereka...agar Allah menginsafi mereka dan kembali ke jalanNya...ape2 pun karya enta sangat bagus...think positive....endahkan kata2 mereka...biarkan mereka bernegative asalkan kita tidak....husnuzon lebih baik kan....kalau ingin berdakwah memang banyak onak liku yang perlu kita tempuh untuk mencapai redha Allah...bukan senang...jangan difikirkan kerana nanti boleh penyakit....serahkan semuanya kepada Allah ta'ala..kalau diimbas kembali Nabi kita lagi banyak cabaran yang perlu baginda tempuh...orang kafir buat macam2 kat baginda tetapi baginda masih lagi tersenyum...contohilah baginda....
wassalam....to-Rusydee Artz
Salam....
ReplyDeletewalau apapun terus berkarya... hasilnya sgt indah, cantik, bermkna dn kdg kala menjadi pnduan dn nasihat bg sy..... terima kasih atas segala kata nasihat.
bersabarlah encik rusydee :) ingatlah, jangan fikirkan apa orang lain kata, tapi fikirlah apa yang Allah kata kelak. Abang menyebarkan kebaikan bukannya keburukan! jadi besarlah pahala yang abang dapat :) insyaALLAH
ReplyDeleteSabarlah dalam bersabar... biasala kalau kita wat baik bukan semua org suka... tapi InsyaAllah org yg baik2 akan suka... Biarkan saja org lain nak ckp apa.. janji apa yang dilakukan bukan perkara yg Alllah larang, malah perkara yang anda lakukan InsyaAllah banyak kebaikannya sama ada untuk org yg baru ingin mendekatkan diri dengan islam apatah lg utk org yg memang inginkan syariar Allah ditegakkan... :) Wallahua'lam..
ReplyDeleteWhen people are condemning us while at the same time; we had never mess up with their affairs, it is a sign that our life is better than theirs. Keep on the fab work brother! Do enjoy your short life in the path of Allah
ReplyDelete*Habib Syekh AA
Salam.u hav done a good work..really love it..mjd panduan dlm idop sy.never turn down what people said..plz dont stop bkarya..:-)
ReplyDeleteassalamualaikum..terkena dgn point no.2..sbb sy tgok kt fb ad tulis free utk di-download etc..maaf..mnx izin ae..tp x tukar papew pun..still the same as the ori one..maaf scgt taw..
ReplyDeleteNak guna tidak ada masalah. Cuma ramai orang yang crop, buang trademark, letak perkataan jiwang sendiri, promote benda yang saya tidak promote pun. saya tak promote couple, ada yang promote couple. Ish ish..saya memang tak kisah pada awalnya, tapi bila nampak berleluasa sangat, akhirnya menjadi masalah pada diri sendiri.
Deletemaaf. tp jgn risau, sy x ubah papew punn.. sbb sy xpndy punn nk ubah2 ape2.. yg sy gne, still ad tag rusydee artz lg :)
Deleteassalamualaikum..sabor ler akhi rusydee..karya2 akhi sumenye bgos..sume nie dugaan dariNya..akhi kne sabar hadapi takdir yang Dia tentukan..sume nie utk menguji keimanan akhi..keep the good job akhi..please don't let other to bring you down..lumrah dunia, dlm idop nie xsume org ske kte..yg pntg kne sabar..never give up okey?biarkan ape org nk kate..
ReplyDeleteyg menilai bkn mereka..hanya Dia yang berhak menilai siapa kita..be strong n never ever give them a chance to bring you down..;]
Sebagaimana janji Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah,
ReplyDelete"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]
Tatkala mereka diuji, ingatan mereka segera dikembalikan kepada Allah. Darinya ketenangan dan kekuatan itu akan muncul.
kerana............""Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.""
(QS. al-Ankabut: 2-3)
maaf...ini surah2 ygada kaitannya dengan diri setiap perjuang agama ALLAH.....nie selainnya.........
Firman Allah dalam kitab-Nya,
"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" (Sesungguhnya kami milik Allah, dan kepada-Nya jualah kami akan dikembalikan). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."
[Surah Al-Baqarah, 2: 155-157]
Maka, letakkan pergantungan dan keyakinan en syabab musafir kasih 'sepenuhnya' kepada Allah. Dengan izin-Nya, ujian yang berat itu akan terasa lebih ringan lagi...
ingatlah..
janji Allah itu pasti..
Firman Allah maksudnya:
"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216)
maaf sekiranya ada tersilap kata.
salam
ReplyDeletesaya suka suma karya anda..
minta maaf sy copy slh 1 krya anda dlm blog sy
mohon share ya :)
jika ada beratus org tak suka awk tp ada lagi bakinya yg beribu masih sokong awk
ReplyDeletejika ada beribu org benci awk tp ada lagi bakinya yg berjuta2 masih sokong awk
jgn mengalah..karya awk,dkwah awk byk berjasa,byk sedarkan org ramai.semoga Allah rahmati awk.semoga berjaya.
Assalamualaikum, . . . . . aku dah lama nampak artwork-artwork hang kat Facebook,. . . . . tapi, . . . baru je jumpa blog hang, . . .
ReplyDeleteaku pernah SHARE kat Facebook, . . . hang izinkan tak aku SHARE ? . . . .
bolehkan SHARE ?
Semoga Allah ikhlaskan hati kita semua, . . . . . manusia tak layak menilai, . . . . :)
hang boleh tak reply boleh tak boleh kat link bawah ni ?
http://budakgetah91.blogspot.com
Dunia akhir zaman , apa2 pun teruskan perjuangan anda dalam berdakwah :) ana silent reader anda . Hihi chaiyok2 ..
ReplyDeleteAssalamualaikum.. kpd pmilik blog rusydee artz.. sy amat meminti krya anda... sy jga ada mggunaknya di fb sy... minta mf krna tidak mmnta izin trlbih dhulu.. krya anda sngat indah.. tbahkn hti yer.. in shaa Allah smuanye akn baik2 shj..
ReplyDeleteSaya jumpa blog ini melalui lukisan islamik awak yang ada tulis rusydee artz. Dengan hasil google dapat lah saya jumpa blog yang sgt berguna ni. Saya suka sangat. Saya harap awak terus berjuang dalam berdakwah. Jangan hiraukan kata2 palesit tu. Teruskan sahabatku. Bila baca ini, teringatlah saya pada Rasulullah. Tak dapatpun kalau dibandingkan pun kan :) Hasil penulisan awak memang dapat hati saya. Terima Kasih !
ReplyDeleteSayu mohon untuk copy paste yer..halalkan tau..
ReplyDeletesabar lah...ALLAH mengetahui dalam dada mereka dan dalam dada mu....
ReplyDeleteItulah adat org yg membawa nama islam. Terbukti, sejarah pst berulang.
ReplyDeleteassalamualaikum . maaf,nak mintak kebenaran sbb before ni dah penah guna gambar2 rusydee artz ni . isbir ya akhi . semuanya yg berlaku ada hikmah dia , in shaa Allah .
ReplyDeleteSlm..sy pun sama..maaf rusydee..halalkn smua gmbr ..sy hnya pminat lukisan j..xedit sikkkiiiittt pn krya kamu..minat j..halalkn ep ..sy wt gmbr kt fb sbb cntik n kata2 yg baik. Sb sy hrap bila sy xmmpu tgur org n dri sndiri,gmbr tu mmpu nasihat..
DeleteKepada saudara Rusydee artz
ReplyDeletepertama saya nk minta izin,saya nak simpan gambar lukisan awak.Sebab lukisan awak banyak beri saya semangat.
Kedua jangan mengalah,Allah ada bersama kita semua.
Assalamualaikum.. Mohon maaf ye, saya pun pernah guna gambar karya Rusydee Arts az a cover n len2, tp xedit sikit pun.. izinkan ye, n mohon dihalalkan.. karya2 Rusydee Artz memang terbaik, kekadang tu dengan hanya melihat gambar tanpa sempat membaca kata2 pun dah mampu membuatkan hati tersentuh.. Teruskan berkarya n berdakwah ya Akhi ! usah dipedulikan kata2 manusia yg tidak membina.. :)
ReplyDeleteassalamualaikum izinkan ana untuk menyebarkan lukisan2 dakwah yang dihasilkan oleh Rusydee untuk manfaat kepada semua umat ISlam...Insyaallah kerana karya ini amat sesuai untuk menarik minat para remaja untuk lebih dekat dgn Allah..insyaallah dan kalau boleh jgn dihiraukan akan penghinaan atau makian dari orang lain..anggaplah ia sebagai satu ujian kepada akhi...wallahualam ^_^
ReplyDeleteassalamualaikum izinkan ana untuk menyebarkan lukisan2 dakwah yang dihasilkan oleh Rusydee untuk manfaat kepada semua umat ISlam...Insyaallah kerana karya ini amat sesuai untuk menarik minat para remaja untuk lebih dekat dgn Allah..insyaallah dan kalau boleh jgn dihiraukan akan penghinaan atau makian dari orang lain..anggaplah ia sebagai satu ujian kepada akhi...wallahualam ^_^
ReplyDeleteAssalam abg,
ReplyDeletemohon nak share dan amik ayat abg untuk saya kongsikan pada rakan saya di fb..
terima kasih .
(HAMIM)
mohon jangan berhenti dari berkarya!
ReplyDeletesaya juga ada menggunakan karya2 Rusydee Artz untuk tujuan berdakwah.
sekali lagi..mohon jangan berhenti berkarya!
xpe,sabar..ramai lg yg menyokong awak.. :)
ReplyDeletemohon untuk share . maaf jika tidak minta kebenaran sebelum2 ni .
ReplyDeleteas salam....saya pun nk mohon share gak all your works...
ReplyDeletesblm nie bnyk saya pkt2 ambl x mnta izin pn...
dh 2 x tau nk mhn share kt ane??
so saya minta maaf yek...
;)
lumrah manusia yang sememangnya dicipta sebegitu rupa.
ReplyDeleteAssobru minal iman
dakwah umpama membetulkan tumbuhan.
ReplyDeletesesekali tangan tercalar dek kerana duri yang tertusuk
segala perit semuanya ditelan pahit
namun insyaAllah akhirnya si daei itu akan tersenyum melihat hasilnya
disebabkan sedikit sakit yang tercalit itu
hidayah Allah hadir kedalam hati setiap insan.
InsyaAllah...Semuanya dengan takdir Allah
pedulikan kata2 orang yang tidak mahu jaga hati orang lain tu. Saya pun sudah penah di caci macam2. Same like you,sudah lali.. Trus brsabar..keep it up. Ingt,what u give...u get back. Psti ada hikmah. Tengok la,tindakan orang camtu buat anda bersbar kn? Lgpn Allah suka hambanya yg bersabar,kn? Free2 dapat pahala. Doakn jela supaya orang tu berubah.. Good job :) Assalamualaikum
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebila dilihat2 balik ,,xsangka lah ada berbagai2 golongan manusia ni yg x tahu nk cermin org secara baek ,,ape yg snang nmpk adalah ngatif org ,,diri sndiri sudahkah muhasabah diri ?? Setiap manusia itu tidak terlepas dari kesilapan mahupun kkurangn ,,adapun kekurgn tu kita bg tguran yg dpt mmbina ,,bukannya menjatuhkan orang ,,Islam itu indah ,bukan hanya pada nama ,orang Islam tp mulut caci maki bagai hati tak mau nak baik ,,usah pedulikan kekecewaan sebab mulut manusia itu akhi,,tp jadikan ia dorongan buat akhi untuk lebih tabah dalam menghadapi ujian ini ,,ini adalah salah satu ujian yg sangat berharga dariNya ,,so akhi rusydee ,,sye mahu memberitahu anda di sini, yg sye terlalu menyukai hasil karya2 anda selama ni ,,xpernah ade yg tdk enak di pandangan ni ,,semuanya berguna buat diri sye ,n msih ada n bnyak lg mnyokong akhi ,,percayalah ,terima kasih akhi ,,semoga Allah memberkatimu n org2 yg brsangka baik pdmu ,, Ameen ya saudaraku :^)
ReplyDeletethanks ya infonya !!!
ReplyDeletewww.bisnistiket.co.id
ya akhi, saya sgt suka melukis. lukisan akhi menjdi slh stu sumber inspirasi saya. akhi, x salah kn jika melukis? saya masih x faham soal hukum melukis. boleh akhi kongsi dgn saya? ya akhi.. terusknlah perjuangn,hingga ke titisan darah terakhir! JUNDULLAHHI DAUMAN!
ReplyDeleteassalamualaikum.. sorry eh.. sye suke gak save gmbr hasil dr rusydee... save je,.. x edit ape2.. and sorry sbb bru mnx izin.. :D
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeleteAssalammualaikum :) awesome lah blog nie . banyak bagi pengajaran..terima kaseh bnyk2 ;)
ReplyDeleteHerm..sy x pernah x ska karya rusydee artz..smua sy ska..hehe..all the best...mulut manusia memang x pernah berhenti berkata2..
ReplyDeleteHerm..sy x pernah x ska karya rusydee artz..smua sy ska..hehe..all the best...mulut manusia memang x pernah berhenti berkata2..
ReplyDeleteinilah blog terbaik dalam banyak2 blog yang pernah saya selongkar.. nice... teruskan dakwah k.. ;)
ReplyDeleteAbg rusydee sye nk minta kebenaran untuk sebarkn karya abg...sye gemar dgn lukisan² abg...sye harap abg takkan brhenti meneruskn karya abg..gud luck..and sye mmohon maaf sbb mnggunkn karya abg tnpa izin sye jnji takkn ade sbrg prubhn pada gmbr abg
ReplyDeleteBiasalah..mulut org mmg x kan boleh ditutup.. Kita buat baik pn mengata, apatah lg buruk.. So, forget it.. Bila berdakwah mmg itu lah yg akn dihadapi..nal dibandingkan dgn ujian rasulullah.. Ape lah sgt yg kita hdpi ni..Tp jgn mengalah.. Tunjukkan yg umat islam boleh..! Walupn 10 org mengutuk mengeji anda..tp 10000 org y meminati karya anda..termasuklah sy..btw, teruskan berkarya..goodjob!! Say Alhamdulillah..:)
ReplyDeleteAs salam...byk karya2 en. dpt jd kn pgajarn tok diri sy..lukisn2 en...maaf sy byk save lukisn en tnpa izin...sy smpn tok jd kn koleksi ilmu tok sy...kdg sy ltkkn dkt moment...maaf ye en..ambil tnpa mntk izin...In Syaa Allah...xde mcactkn karya en....
ReplyDeleteAde x,cre lain nk ikuti karya2 en slain d blogger???
Hidup ini kembarnya UJIAN,datang dan datang tanpa PERHENTIAN. Hanya dengan KEIMANAN kau mampu bertahan. Jangan kau JATUH hari ini kerana hanya selaras MATI baru ujian TERHENTI
ReplyDelete"Kalau HIDUP ini PAHIT,ALLAH adalah GULANYA"
-Sang Pengembara- (Please don't remove this name)
assalamualaikum saudara , ana mnx izin nk smak kn cmment2 fllower2 saudra yg trdhulu . first of all , ana mryu sgt2 .saudara jgn lahh tggalkn dnia blog ny . ana mrayu sbb bwat pngethuan saudara , ana byk sntap ngn kta2 saudara . dn kta2 itu jgak lahh yg ana kongsikn dgn shbt2 ny . we change to be better mlalui kta2 yg sntap tuhhh . mmg laaa bk sal cnta cntun , tp dorg xsdar yg xsmua org mmpu brubh dgn kta2 sntapp je . ad klanye kne gne gakk ayt2 jiwang skit . hai lahhh . abaikan sahaja cmment -ve tuhh . kmi sntiasa mnyokong karya anda . ad 1 gmbr yg saudara tlis brakhir dgn > wear ur hijab as i luv u fillah kot < ntahhh xingat ahh . tp yg psti kt bwah tu saudra tlis slmt tnggal dnia blog . aduyaiii , ttbe rse nk nages gle2 tme tuhhh . smetme ble ana nk tgur kwn2 , gne gmbr yg saudra lkis tu je . xde laa ssh nk crmahh pjg . kwn2 pn ske gmbr2 uhh .
ReplyDeleteassalamualaikum saudara , ana mnx izin nk smak kn cmment2 fllower2 saudra yg trdhulu . first of all , ana mryu sgt2 .saudara jgn lahh tggalkn dnia blog ny . ana mrayu sbb bwat pngethuan saudara , ana byk sntap ngn kta2 saudara . dn kta2 itu jgak lahh yg ana kongsikn dgn shbt2 ny . we change to be better mlalui kta2 yg sntap tuhhh . mmg laaa bk sal cnta cntun , tp dorg xsdar yg xsmua org mmpu brubh dgn kta2 sntapp je . ad klanye kne gne gakk ayt2 jiwang skit . hai lahhh . abaikan sahaja cmment -ve tuhh . kmi sntiasa mnyokong karya anda . ad 1 gmbr yg saudara tlis brakhir dgn > wear ur hijab as i luv u fillah kot < ntahhh xingat ahh . tp yg psti kt bwah tu saudra tlis slmt tnggal dnia blog . aduyaiii , ttbe rse nk nages gle2 tme tuhhh . smetme ble ana nk tgur kwn2 , gne gmbr yg saudra lkis tu je . xde laa ssh nk crmahh pjg . kwn2 pn ske gmbr2 uhh .
ReplyDeleteAssalamualaikum.. semasa coretan rusdi.. sya terfkir sya juga ada copy tulisan awk.. sya share pada kawan2 usrah sya..sya minta maaf...tolong halalkan..kedua...saya bukan nak puji lebih2..sya taw tu smua datang dari allah.. sama ada utk ujian atau pun anugerah... terpulang pada kita.. saya rasa tulisan encik sgt bermanfaat n ramai hati muda tersentuh dgn tulisan nie..termasuk saya.. buat diri ini rasa kuat utk lebih hebat dimata tuhan... pndapt sya..abaikan ap kata manusia..bila kita slalu dgr ap kata manusia..kita hanya akan duduk dibulatan itu saja... in sha Allah semoga trus kuat utk berkarya... jazakallahu jannah
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDeleteHidup ini tak semua orang suka.. hidup ini bukan perjuangan namanya kalau tak ada pahit manisnya...
ReplyDeleteTeruskan berkarya...
Hidup ini tak semua orang suka.. hidup ini bukan perjuangan namanya kalau tak ada pahit manisnya...
ReplyDeleteTeruskan berkarya...
Dalam menyampaikan dakwah, memang banyak rintangan yang bakal dilalui. Sedangkan zaman Rasulullah pun, baginda lalui pelbagai halangan dalam menyampaikan dakwah Islam. Jadilah insan yang kuat, okay? :) Innallaha Ma'assobiriin. Ana support lukisan, tulisan anta dari zaman bangku sekolah lagi. Keep it up as your "sedekah Ilmu" for Muslims.
ReplyDeleteFi hifzillah ya Muhammad Rusydi..
ReplyDeleteAllahumma solli ala sayyidina Muhammad wa ala alihi wasohbihi wabarik wassallim...amin Ya Robbana....
rusydi,..jngn give up ....teruskan berkarya,..jangn berhenti biarkan mereka yg mengata jika itu membuatkan mereka bahagia biarkanlah..:)
ReplyDelete