Blog Selamat Tinggal

07 July 2012

90 Kelebihan Bertudung Labuh


klik utk besarkan

Assalamualaikum.

Entri express.

"Mengapa saya bertudung labuh?"


Easy, ada banyak kelebihannya:-

1. Bila kita cinta pada Allah, kita akan ikut suruhan Allah. Allah suruh kita patuh tutup aurat bila dah baligh. Jadi, pakai tudung labuh ni menepati saranan Allah. Bukan sahaja dapat tutup aurat, tapi Allah sayang juga.

2. Orang selalu kata, nampak macam panas sahaja pakai tudung labuh-labuh. Berlapis-lapis. Sebenarnya tidak. Bila ditanya pada para pemakai tudung labuh, mereka menjawab langsung tidak panas seperti yang disangkakan. Malahan, terasa nyaman sahaja dan cukup selesa. Mudah dipakai, ringkas, tidak perlu buang banyak masa pusing-pusing macam shawl dan pashmina.

3. Semestinya, bila kita ikut cakap Allah, Allah bagi kita pahala. Bila tutup aurat, dapat pahala tutup aurat. Bila tutup aurat dengan seikhlas hati pula, berlipat ganda pula ganjaran yang Allah bagi. Syurgalah akhirnya bila istiqamah, insyaAllah.

4. Sejuk mata memandang. Qurratu 'A'yun. Sejuk di mata dan di hati. Sekaligus label solehah tu ditampalkan sekali pada mereka yang bertudung labuh sempurna. Tidak hairan bila ada yang sampai labelkan sebagai ustazah. Mereka layak untuk itu. Sebab faham, agama Islam mesti tutup aurat. Faham ilmu agama. Jika dah faham ilmu agama, sampaikanlah. Baru real ustazah.

5. Bila dah tutup aurat, bukan sahaja sejuk di mata kita tapi juga menjaga maksiat mata. Menjaga mata lelaki dari bertambah dosa. Lelaki pun segan nak menatap dan memerhati orang yang mereka anggap solehah. InsyaAllah, lelaki jahat dan miang juga akan menafikan niat jahat mereka itu terhadap anda.

6. Ya. Siapa berani menidakkan kecantikan, keayuan, kejelitaan, kecomelan, kesopanan yang lebih terserlah bila memakai tudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna? Ini bonus tambahan yang kamu dapat bila lakukan yang Allah suruh.

7. Ikut kata al-Quran bererti ikut syariat Allah. Syariat Allah pula ditaati oleh Rasulullah SAW dan perlu dipatuhi oleh seluruh umatnya. Bererti, kita bukan sahaja sudah ikut Allah, tapi ikut sunnah Nabi SAW. Tahniah.

8. Siapa kata hanya telekung solat sahaja boleh digunakan untuk bersolat. Tidak. Pakai tudung labuh, kemudian bahagian-bahagian lain tertutup dengan sempurna auratnya, maka boleh terus guna buat solat. Pastikan pakaian betul-betul suci dan bersih. Pakaian yang bersih tanda akhlak yang cantik.

9. Kita sentiasa mahu orang hormat kita. Tapi jika kita tak hormat diri kita dengan mendedahkan aurat, gedik, tidak jaga maruah, siapa akan hormat kita? Jadi, bertudung labuh ini boleh mendidik diri supaya lebih menghormati diri sendiri. Bila diri sendiri dah dihargai dan dihormati, nescaya orang sekeliling juga akan menghormati diri kita.

10. Seterusnya, menyihatkan badan. Dari segi kesihatan pula, boleh melindungi diri dari sinaran terik cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit, menjaga warna kulit, mengelakkan dari debu dan kuman dan sebagainya. Anda lebih arif dari saya dari segi kedoktoran.

11. Malu itu bunga iman. Dengan menutup aurat dan bertudung labuh, bererti kamu masih ada rasa malu terhadap Allah. Malu terhadap diri sendiri, malu terhadap masyarakat sekeliling. Malahan malu dan bimbang Islam dimalukan kerana imej umat Islamnya yang gagal menjaga bab aurat.

12. Secara tak langsung, bertudung labuh dan berakhlak mulia insyaAllah menarik perhatian orang lain untuk mencintai Islam. Menjadi suatu cabang dakwah dengan perbuatan. Besarnya pahala bila niat untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat sekeliling.

13. Mereka yang bertudung labuh, layak dijadikan isteri. Ciri-ciri yang sukar dicari di zaman penuh maksiat sekarang. Satu dalam seribu. Jika dia dah terbuka hati pakai tudung labuh, bererti dia mudah menerima nasihat agama. Orang yang mudah dan rela menerima nasihat agama adalah orang yang terbaik untuk dijadikan isteri.

14. Tanda-tanda dan amaran awal ke arah menjadi orang yang bertaqwa. Taqwa bermaksud takut pada Allah. Dia pakai kerana takutkan Allah, bererti dia sudah punya rasa taqwa dalam diri. Orang-orang bertaqwa disebut acapkali dalam al-Quran sebagai calon ahli Syurga.

15. Bukan nak tunjuk baik. Ya, bila kita pakai dengan ikhlas bermakna kita bukan nak menunjuk-nunjuk. Sebenarnya orang yang pakai tudung labuh ni, kebanyakannya nak berubah untuk jadi lebih baik. Salahkah untuk jadi orang baik? Tidak. Orang yang memperbaiki dirilah yang dinanti-nanti oleh Allah dan Rasulullah di akhirat untuk diberikan ganjaran Raudatul Jannah ( kebun-kebun Syurga ).

Kesimpulan, sila teruja untuk bertudung labuh.

Rusydee Artz,
Selamat Tinggal,
17 Sya'ban 1433 H.
Wassalam.


90 comments:

  1. subhanallah, hebat muslimah berhijab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muslimah memang hebat bila hatinya pada Allah.

      Delete
    2. azura ummu hani1:15 AM

      creatif.dpt kt mana ye?

      Delete
    3. boleh gunakan gambar ni di page saya fb> https://www.facebook.com/HijabMuslimahEkslusif
      tolong email saya xfadzlix@gmail.com

      Delete
  2. saya setuju...bertudung labuh bukan merimaskan tapi buat saya jadi lebih yakin..dlu bila pakai tdg yang singkat,terasa orang memandang tubuh saya,rasa tak tenang..alhamdulillah,saya selesa dgn keadaan bertudung labuh..bukan nak tunjuk baik,alim atau nak jadi ustazah tapi kan lebih elok kita biasakan yang patut kita lakukan sebagai seorang wanita muslimah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Right..in fact we will tend to mould our character to be parallel with our appearance. In sya allah, we can and will be a better muslimah endaveour.

      Delete
  3. Asal pakai tudung tutup yg sepatutnya dan tak tabarruj pun dah syar'ie kan? Bukan ke pakaian walau setutup mana pun bukan bererti sudah taqwa. Dan tidak lupa, wajib tutup aurat dgn syar'ie. Apa2 pun, nice entry, suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar. Tidak semestinya bertudung labuh sahaja. Option sahaja. Janji tutup aurat, tudung yang dipakai melepasi dada. InsyaAllah dah ok.

      Delete
  4. Doakan saya dan muslimah yang lain dapat sentiasa beristqamah dalam melabuhkan tudung agar dapat peroleh kelebihan yang telah dinyatakan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Malaikat di langit dan di bumi mendoakan kamu istiqamah tutup aurat dengan sempurna.

      Delete
    2. Anonymous1:57 AM

      Amin...

      Delete
  5. Anonymous10:09 PM

    pada saya, dilabel ustazah atau solehah tu, tidak penting.
    sebab kalau orang nampak baik pon, bak malaikat, tapi Tuhan tidak redha dengan apa yg kita buat, sia sia jugakkan. yang penting, tak perlu pk neraca manusia, tak perlu fikir orang nampak kita sebagai apa bila pakai tudung labuh.
    cukuplah Allah suka,Allah redha. tu lagi penting.
    hanya pandangan. asif.
    jzkheir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar. Entri ini adalah galakan awal seperti belajar fardhu 'ain sekolah rendah, ceritakan kelebihan2nya supaya timbul minat dan suka. Bila dah pakai, insyaAllah mereka faham semuanya kerana Allah dan nak redha Allah.

      Delete
  6. thanks abg rusdee,selalunya kawan tanya kenapa saya bertudung labuh,dan skrg abg rusydee dah bg jawapan..THANKS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Moga jadi muslimah yang baik. Amin..

      Delete
  7. tersenyum saya bila terjmpa entry ni..sama mcm mna saya pnh alami dulu...org akn bertnya knapa bertudung labuh...=)
    alhamdulillah kekal smpai sekrg...=)
    jadilah muslimah yg sejati..ikhlas kerana ALLAH..

    ReplyDelete
  8. Anonymous2:31 AM

    Alhamdulillah...seronok baca entry nie..dah tau nk jwab aper pder kwan2..barakallahu fik.. :)

    ReplyDelete
  9. Ya Allah..entri yg sgt baik sesuai dgn gambar yg dilukis
    Saya sbnarnya dh lma berniat nk bertudung labuh ni...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum akh.

    aturan Allah SWT itu sgt cantik kan! ^^

    jzk

    ReplyDelete
  11. Insyallah... berhijab dpt melindungi diri kita daripada fitnah dan sebagainyee

    ReplyDelete
  12. tenang mmbaca entry akhi pd pagi yg dingin ni. :)

    ReplyDelete
  13. Anonymous12:02 PM

    entri awak mcam perempuan lh..tq.....

    ReplyDelete
  14. best je baca entry ni. moga2 muslimah dapat praktikkan pakai tudung labuh :D

    ReplyDelete
  15. ana nampak muslimah dalam gambar tu comel....

    ReplyDelete
  16. bestnyer bace entry ni,,,x de la sy raser janggal jika org len mempertikaikan cara pemakaian saya,,,

    ReplyDelete
  17. Dalam hidup ni terkadang manusia seringkali meletakkan beribu impian..
    begitu juga saya..
    Impian saya untuk menjadi yang lebih baik di hari esok, tetapi saya masih mencari jalan..
    saya masih mencari teman yang sudi untuk berada dibelakang saya tatkala kelopak hijrah ini ingin mengembang..mencari sesuatu yang benar-benar membuat saya melupakan zaman kejahilan diri..
    semoga hari esok, saya menjengah entry ini dengan 1 perubahan dalam diri..Insyaallah..

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah....
    doakan kami semua muslimat istiqamah dengan tudung labuh kami...

    ReplyDelete
  19. Anonymous4:05 PM

    sangat suka dengan entri nih...syukran >.<

    ReplyDelete
  20. mahu bertudung labuh juga. tapi. tapi. ah bila terlalu banyak "tapi" memang apa pon tak jalan. T_T

    ReplyDelete
  21. Anonymous8:51 PM

    Sy keje part time di sek men agama sementara cuti semester ni. Dan alhmdulillah, sejuk mata tgok diorg. Cair tgok keayuan diorg ni.

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah..Bila pakai pakaian syariat, terasa Allah itu sangat dekat dan sentiasa mengingatkan kita padaNYA..Apa-apa nak buat pasti teringatkanNYA..Alhamdulillah..Hijrah ini sungguh indah dan kita perlu sentiasa ingat yang kita adalah daie secara tidak langsung..Tunjukkan akhlak secantik pakaiannya..Moga kita kekal istiqamah mengikuti syariat..insyaAllah..Mohon doanya agar kekal istiqamah..Walalhua'lam..^_^

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah. Suka dengan entry ni. Moga2 muslimah yg bertudung labuh dapat menjaga sahsiah dan akhlak diri supaya kita mudah menarik muslimah lain supaya turut ingin bertudung labuh apatah lg jika terjatuh cinta dengan akhlak kita yang indah. insyaAllah

    ReplyDelete
  24. entry yg b'manfaat...insyAllah..(^_^)v

    ReplyDelete
  25. insyaAllah. on my way :)

    ReplyDelete
  26. Anonymous12:40 PM

    ASSALAM SAUDARA...

    MOHON SHARE...

    TQ

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum .
    baru jumpa blog ni . entry sangat bagus . tapi macam mana nak follow supaya saya dapat sentiasa update dengan blog nie ?

    ReplyDelete
  28. sharifah humairah1:02 AM

    Entri yang sangat menarik dan berguna untuk para muslimah.. Perkongsian yang baik.. Mohon share

    ReplyDelete
  29. Anonymous6:55 AM

    insyaAllah.. nice :)

    ReplyDelete
  30. taqiee tag...http://taqieeummu.blogspot.com/2012/08/giveaway-ramadhan-1433h-by-jaja-sutera.html

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... Tahniah...awk memahami karakter,fitrah dan sifatnya seorang HAWA walaupun hakikatnya awk seorng ADAM...

      Delete
  32. saya setuju ... allahu akhbar !

    ReplyDelete
  33. Anonymous9:46 AM

    Assalamualaikum. Mungkin saudara boleh bg definisi n kriteria tudung labuh dr pandangan saudara.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  34. Anonymous9:31 PM

    dah mula nak cuba..ya ALLAH berikan aku kekuatan untuk meneruskannya.. Amin

    ReplyDelete
  35. Your rite! serious i do feel the diffrences bila pakai kalau boleh selamnya nak pakai takyah bukak! sebab selesa and ada perasaan mahabah ngn tudung <3 it juat feel good ! unexpressable feeling!

    ReplyDelete
  36. Mmg skunk sdg berjink2 dgn pakai tudung lbuh tp susah laa nk istaqomah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous1:55 AM

      Semua nie atas kehendak kita,kli kita nk yg terbaik pasti akhirnye mesti baik.insyAllah sya doaknkn untk awk

      Delete
  37. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete
  38. sekarang dah berjinak jinak pakai tudung labuh dan insyaAllah istiqomah.

    nak buat benda baik ni byk halangnnya kn. tp insyaAllah ttp dgn pilihan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous1:53 AM

      Bagus,saya doakn niat noraim beterusan hingga hujung nywa.

      Delete
  39. Anonymous1:50 AM

    Saya ade pasang niat untuk pakai tudung labuh,tpi saya nie x tau sangat bb agama. Suka sangat tengok owg pkai tudung labuh..kita nie insan biase,kadang kala ok,kadang kala ko...yaAllah tetapknlh iman ku ini bukaknlah pintu hati aku untuk pkai tudung labuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam 'alaikum..kite share2 yer..bagus lah tu dah ade niat macam tu..just doa pd Allah spy hati terus istiqamah pabila dah buat perubahan pd diri..insyaallah Allah pasti bantu hambenye yg cube memperbaiki diri untuk jd lebih baik..=)
      kalau kite tak tau bb agame ni,,takpe pelan2 kite boleh belajar..cr lah ustaz or ustazah atau cr orang yg boeh mendekatkan diri kamu kpd ilmu2 agma ni..lebih mudah utk kamu belajar =) jd kite takdelah rase keseorangan sbb ade sokongan orang lain kan...n one more thing bile kite na tau pasal bb agm ni..lebih baik face to face ..jgn just ikut2 kat majalah or internet or anything else yg kurang boleh dipercayai tu =)..ok semoga Allah permudahkan sgl urusan kamu yer..sbg saudare islam kite perlu saling membantu ..isn't it?? =) WASSALAM

      Delete
  40. erm,, bast,, sedak cter ni(ayat ganu)

    ReplyDelete
  41. bismillah..salam 'alaikum ..penulisan yg menarik .=)tahniah!
    "indahnyer bile berpakaian dgn pakaian TAQWA ini "

    ReplyDelete
  42. NurAqilah12:04 AM

    Pada hampir akhir bacaan, satu yang terlintas pada minda saya.

    Saya sendiri sbg muslimah (perempuan) tak terfikir nak susun ayat sekemas ini untuk dijadikan antara panduan / sebab mengapa saya suka bertudung labuh. Alhamdulillah. Semoga ALLAH permudahkan urusan.

    ReplyDelete
  43. subhanallah ! info yg sangat berguna untuk kaum hawa . izin kan ana share artikel ini ye ?

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum w.b.t
    Subhanallah,Allah Maha Pengasih&Penyayang..Allah wujudkan keinsafan dalam diri seseorang untuk berubah&lebih mencintai-Nya..
    bertudung labuh memang cara yang paling terbaik antara yang terbaik&itu jugak jalan untuk dapat sesuatu yg istimewa dari Allah s.w.t.. Insya-Allah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon share ilmu yg berguna nii....
      terima kasih....

      Delete
  45. Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
    Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
    Harga serendah RM1.00/pcs.
    Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
    Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami
    http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  46. siti mm4:01 PM

    as salam..terima kasih atas ilmu yg berguna ini.
    moga saudara sentiasa dirahmati sentiasa.
    benar, bertudung labuh itu mendamaikan dan ya Allah, the first time I tried, there's some feelings that I can't described it by words. ya, no words for it.
    alhamdulilah..

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum. Saya kongsi gambar ni di https://www.facebook.com/pages/Tudung-Cantik/536946719651464. Terima kasih.

    ReplyDelete
  48. Salam akhi. Mohon disimpan gambar dan artikel, buat tatapan peribadi dan muhasabah sehari- hari. minta halal ya ^_^
    jazakallah

    ReplyDelete
  49. Anonymous9:27 AM

    oii

    ReplyDelete
  50. mohon share yaa.

    ReplyDelete
  51. Anonymous8:40 AM

    Mintak izin share. Moga dapat saham di akhirat. :)

    ReplyDelete
  52. memang best bila brtudung labuh :) :)

    ReplyDelete
  53. Anonymous3:06 PM

    ya Allah memang teringin nak pakai tudung labuh tapi keadaan tidak mengizinkan hurmm sedihnya :'(..

    ReplyDelete
  54. Anonymous10:07 AM

    Saya sekarang sedang mengubah diri saya ke arah yg lbih baik...terima kasih atas penulisan anda...saya kini makin sedia untuk bertudung labuh...

    ReplyDelete
  55. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  56. Memang lebih baik jika kita bertudung labuh.
    Alhamdulillah. :D


    Wisata Kuliner Teknologi Dunia

    ReplyDelete
  57. Kadang kadang bila nk pakai rasa tak layak . Rasa mcm tudung labuh tu tak sejajar dengan akhlak . :(

    ReplyDelete
  58. Kadang kadang bila nk pakai rasa tak layak . Rasa mcm tudung labuh tu tak sejajar dengan akhlak . :(

    ReplyDelete
  59. Anonymous9:17 PM

    Saya nk minta izin untk simpn gambar. Halalkan ya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  60. Memang ada minat dalam diri utk bertudung labuh. Sudah mulakan dah pun. Tetapi, ada saja hamba Allah yg akan mengata serabutlah, selekehlah, bila saya bertudung labuh. Apakan daya, saya mampu diamkan diri.

    ReplyDelete
  61. Alhamdulillah...sy ke arah bertdung labuh...doakan sy....

    ReplyDelete
  62. Mohon share ya. Saya juga mula berhijrah ke tudung labuh tahun lepas. Alhamdulillah.. Mmg antara 15 kelebihan tu benar sekali..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...