Blog Selamat Tinggal

05 February 2012

35 Menangislah

klik tuk besarkan.


Dalam kehidupan ini, banyak sangat cabaran, ujian dan dugaan. Kadang-kadang kita tabah, tapi banyaknya kita tewas. Bila sedih tertekan sangat-sangat, penulis syorkan menangis sahajalah. Menangis bukan bererti mengabaikan baca al-Quran, solat dan sabar, serta berzikir. Menangis adalah fitrah manusia.

Dari segi kedoktoran penulis taklah tahu sangat, tapi air mata pun rupa-rupanya ada beberapa jenis. Air mata yang asas dihasilkan terus-menerus untuk menjaga mata kita tetap bersih, pentingnya untuk mencegah kerosakan yang disebabkan oleh arus udara dan debu kotor yang berterbangan. Air mata iritasi; dihasilkan ketika mata terkena angin atau pasir (serangga or batu kecil macam habuk). Kedua-dua jenis air mata ni bertindak melindungi. Ketiga, air mata emosional. Air mata emosional ini terkait dengan satu hormon stress namanya prolaktin, yang meningkat serta berhubungan secara positif dengan frekuensi tangisan emosional. Wanita dikatakan memiliki lebih banyak prolaktin yakni sebanyak 60 peratus. Jadi, tidak hairan kenapa wanita lebih banyak menangis dan keluarkan air mata berbanding lelaki. Kalau pendam banyak sangat perasaan, hormon stress akan meningkat dan akan mengganggu kesihatan kita. Mungkin jadi murung dan sebagainya. Jadi, dengan menitiskan air mata, kadar stress akan berjaya dikurangkan. Subhanallah! Hebat sepasang mata yang Allah kurniakan.

Sejarah telah membuktikan manusia memang menangis. Dari manusia biasa hingga para Nabi dan Rasul. Tidak ada apa-apa yang memalukan dengan mengeluarkan air mata. Namun air mata yang termahal pastilah air mata yang mengalir semata-mata kerana takutkan azab api neraka di akhirat kelak. Air mata taubat, air mata insaf. Jika terkesan dengan cerita-cerita yang menginsafkan dan membuat hati sedih pilu, biarkan saja mata menangis. Jika terkesan dengan laungan azan dan bacaan al-Quran tatkala berada di dalam masjid, biarkan saja ianya menitis. Jika terkesan dengan cerita perit Rasulullah SAW mengharungi hidup dalam menegakkan kalimatullah di muka bumi, hamburkan saja air matamu tidak kira waktu itu dirimu berdiri di mana-mana sahaja.

Rasulullah SAW juga pernah menangis sedih. Rasulullah SAW juga manusia. Rasulullah SAW juga punya air mata. Rasulullah SAW juga punya rasa sedih pada erti kehilangan. Rasulullah SAW juga pernah melalui waktu duka kehilangan isteri tercinta. Juga pernah kehilangan puteri tersayang.

Usamah bin Zaid meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah SAW mengangkat mayat anak dari puteri Baginda yang telah meninggal dunia. Lantas kedua-dua mata Rasulullah SAW bercucuran air mata.
Sa'd berkata kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, kenapa engkau menangis?" Rasulullah SAW menjawab, "Ini adalah kasih sayang. Allah menjadikan kasih sayang ini di dalam hati hamba-hambaNya. Dan Allah Maha Mengasihi hamba-hambaNya yang bersifat pengasih." (HR Muttafaqun 'Alaih)

Rasulullah SAW mengenang kasih Tuhan dalam tangisan. Itu gaya Rasulullah SAW. Itulah cara yang patut kita ikuti.

Menangislah puas-puas jika di saat ini hati sedih, perit dan pedih tak tertanggung lagi.

Sesedih mana pun, ingat...Allah kan masih ada. 
Penulis teringat di akhir surah al-Mulk ayat 30, firman Allah:

Sekiranya kita terlalu kejarkan apa yang kita ingini di dunia, kita akan terlupa akan Allah sedikit demi sedikit.   Sekiranya suatu hari nanti Allah tutup mata air di dunia (sebagai contoh), tercari-carilah kita akan mata-mata air yang boleh mengeluarkan air untuk menghilangkan dahaga tekak masing-masing. Tapi bila Allah tidak izin juga keluar air dari mana-mana mata air, maka penulis pasti akan ada air lain yang akan keluar yakni air mata kita. Air mata menyesal terlupakan Allah.



12 Rabi'ul Awal 1433 H,
Selamat Tinggal,
Rusydee Artz.

35 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam. nak minta izin kongsi di blog sy. :)

    ReplyDelete
  3. nice ^^..sesungguhnya tiada airmata yang dapat menenangkan jiwa kecuali airmata taubat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa lepas manusia nangis, dia rasa lega sikit. Tapi bukan sepenuhnya tenang.

      Delete
  4. menangis itu tanda masih ada rasa sayang dalam diri :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menangis tandanya hati tidaklah sekeras batu.

      Delete
  5. carilah ilmu sampai tahap teratas dan tertinggi..cariklah Sheikh/Ulama(org2 alim yg ble beri petunjuk)...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..perkongsian yg menarik..

    ReplyDelete
  7. Anonymous4:13 PM

    menangis bukan bereti lemah.hebat sungguh pandangan penulis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menangis kadang2 nampak lemah, tapi hati makin tabah.

      Delete
  8. terkadang tak mampu untk mengawal emosi sendiri...lemahnya hamba di dunia ini

    ReplyDelete
  9. sy slalu lihat n slalu dengar yg kaum lelaki sekarang lebih suka pendam perasaan. walau hati terlalu duka, mereka x sanggop menangis. maybe, depa anggap bila menangis, owg lain terutamanya owg prempuan akn kata mereka lemah dan dilihat tidak dapat lindung kaum prempuan. bg sy, suma nie salah n x ptot. owg laki pon ada perasaan gak. depa pon berhak menangis. yaa kan akhi rusydee?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya menangis gak. tapi akhir2 ni hati semacam keras.

      Delete
  10. assalamualaikum...sedih tapi hati tetap tabah...nice info..:)

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. kadang-kadang aku kuat menghadapi ujian hidup ini,kadang-kadang aku lemah.,setiao ujian Allah pasti ada hikmahnya.Sabar dan ikhlas yang menjadi pegangan hidup.Menangis bukan kerana mengalah tapi untuk bertahan dan terus tabah.Berharap tangisan akan menjadi penawar duka..Moga Allah masih memberikan kekuatan dan ketabahan pada diri ini.

    ReplyDelete
  13. Anonymous12:14 AM

    Allah maha besar :)

    ReplyDelete
  14. Anonymous8:46 PM

    alhamdulillah.info yg sangat menarik..menangis boleh tetapi jangan terlalu menangisi kerana air mata adalah anugerah Allah :-)

    ReplyDelete
  15. Anonymous4:34 PM

    thanx ye share info yg menarik ni,.b strong, allah sntiasa bsme hmbanya yg mngingatinya,.insyaallah:)

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah .. Nice entri :)

    ReplyDelete
  17. entri yg selalu buat semua org sedar..teruskan perjuanganmu

    ReplyDelete
  18. entri yang menarik..mohon utk dikongsi yer...:)

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum penulis...
    ilmu yg bermanfaat... thx... syabab akan sentiasa luahkan pilu di hati ni kpd Allah.. buat seketika syabab selalu latih diri jgn nangis kalo sedang sedih... kuatkan diri... tp ternyata itu hanya memberatkan diri j...huuh

    ReplyDelete
  20. eeiyss follow sini untuk sama2 follow suruhan Allah dengan mencari ilmu2 yang bermanfaat~

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah, entri yang sangat sangat bagus :)

    ReplyDelete
  22. kadang2 dgn menagis kita akn rasa lebih lega...

    ReplyDelete
  23. Salam ziarah.:) Lukisan dn entri yg awk tulis sngt mmbntu sy.:)Teruskan menulis. *Lukisan awk snggtttt cantik.:)

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum . mohon share entry2 dan gambar2 yg ada :)syukran kathir

    ReplyDelete
  25. Salam, admin. mtk sangat gunakan gambar2 admin eyh, mayB as DP, dan share. syukran :)

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah..sudah terjawab persoalan diminda, mudah menitiskan air mata melihat apa yang menyentuh hati berlaku disekeliling bukan suatu kelemahan tp suatu peringatan..:')
    Menangis bukan beerti lemah tapi anugerah Allah untuk hambaNYA, menjadikan hamba-hambaNYA lebih kuat bukan melemahkan..Alhamdulillah,syukur padaNYA..
    Syukran atas entry ini..Barakallah penulis..^^,

    ReplyDelete
  27. Anonymous11:41 PM

    Terima kasih.
    #seorang aku

    ReplyDelete
  28. Menangis itu fitrah manusia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...