Blog Selamat Tinggal

03 December 2011

18 Dua Persoalan

klik tuk besarkan

Salam sedara sedari. Dalam kepala saya ada dua persoalan besar pada masa ni.


Pertamanya, "kenapa ramai yang skip/ponteng solat jumaat" ?

Secara ringkasnya Solat Jumaat ni hukumnya fardhu 'ain. Firman Allah dalam Surah al-Jum'ah ayat 9:

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyangjumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
Ya, secara automatiknya setiap orang Islam LELAKI yang dah akil baligh, berakal, sihat sejahtera adalah wajib tunaikan sembahyang Jumaat KECUALI empat:

Kalau tinggal gak camana? Okey jom tengok.

Pertama, Allah tudung hati mereka dan jadilah mereka orang yang lalai (dari riwayat Ibnu Umar dan Abbas r.a.):

Kedua, Allah tudung hati mereka dan jadilah munafik ( riwayat Ahmad dari nukilan Abdul Ja'di al-Daramy ):


Ketiga, rumah orang tinggal solat Jumaat layak dibakar!: 


Nah, sekarang dah jelas kan kenapa tak patut atau tak boleh tinggal solat Jumaat dengan sengaja. Tak perlu bagi alasan sedang musafir atau bukan pemastautin tetap sesuatu tempat la. Cubalah bagi alasan terbaik yang anda boleh fikir di hadapan Allah nanti, tengok mulut siapa yang bakal rabak ditampar Allah SWT.

Persoalan Kedua, adalah tentang keghairahan pemuda-pemuda kita dapatkan ayat pengasih, minyak pengasih dengan cara cepat. Mereka nak kesan yang instant, nak efek segera pada pemudi-pemudi yang mereka nak miliki. Sedangkan mereka tak faham konsep kasih sebenar. Konsep kasih sebenar adalah "Bila Allah Kasih, Allah Akan Makbulkan Apa Yang Kita Mahukan." Jadi, buat sampai Allah kasih dengan amalan-amalan soleh tanpa henti. Ikut al-Quran dan Sunnah la senang cite. Jangan kerana kita terlalu nak miliki someone, kita syirik dengan Allah. Kasih Allah tak dapat, tapi sebaliknya Allah murka terus campak kamu ke neraka Jahannam. Nak macam tu?

klik tuk besarkan

Baiklah, saya stop dulu membebel. Makin panjang makin korang tak suka. Biar setakat ini, janji korang faham apa yang saya nak sampaikan.

7 Muharram 1433 H,
Rusydee Artz,
Selamat Tinggal,
Wassalam.







18 comments:

  1. Anonymous10:18 PM

    Subhanallah, saya sgt suka art yg ade dalam blog ni. mesej yg disampaikan pun ckup jelas. teruskan. Jazakallah khairan kathira.

    ReplyDelete
  2. mcmner ana nk follow blog ni?

    ReplyDelete
  3. @Nur Hazlin:

    terima kasih 150 juta kali :)

    ReplyDelete
  4. @atyn afiey: Tidak digalakkan follow, nak follow gak..cari lukisan toleh ke belakang kat side kanan dan klik laju2 sambil pejam mata.

    ReplyDelete
  5. terima kasih mengingatkan. moga2 di luar sana tu sedar kepentingannya walau tak perlu nak cakap kan. apa leh wat. kita berdoa pada mereka. amin.

    ReplyDelete
  6. @fRaMe LenSeS:

    harap2 dorang baca la entri ni..so tak perlu nak cakap byk dh kat dorang :)

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. saya sedih... tp insyaAllah saya berusaha smpi org yg suka tgal solat tue terpanggil nk beribadah pada Allah... amin

    ReplyDelete
  9. Salam suka semua karya "Dakwah" awak....
    Teruskan Berkarya........ ^_^

    ReplyDelete
  10. situasi yg selalu sahaja menjadi alasan utk tidak solat jumaat apatah lagi utk solat 5 waktu kerana islam tidak menjadi jati diri dlm peribadi individu.

    Tahu hukum-hakamnya,rukhsah-nya; tetapi cuba sedaya-upaya utk menyesuaikan kehendak syahwat/hawa/nafsu-nya & akhir-nya menjadi alasan utk meninggalkan-nya. Sgt memalukan perangai sprt ini. Nau'zubillahi min zalik.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  11. Suka cara dakwah awak yang ringkas dan mudah di terima akal. Permohonan untuk sebarkan artikel dan art work awak untuk kebaikkan semua. Moga makin ramai yang mendapat manfaatnya.

    ReplyDelete
  12. salam.
    saya suka blog awak. saya suka ilmu yg diperolehi dari blog awak.
    tqvm ! :)

    ReplyDelete
  13. salam saudara.. blogwalking telah menemukan sy dengan blog menarik yang padat dengan input berguna ini..cara penyampaian da'wah yang santai dan kontemporari...diselitkan pula dgn art islamic yang sungguh comel dgn penyampaian mesej positiv. Saya Suka.. Teruskan usaha anda meyampaikan kebaikan dan kebenaran.. moga Allah berkati perjalanan ini... :)

    ReplyDelete
  14. Salam~

    Saya ingin meminta izin untuk share entri ini boleh ya.. =)

    ReplyDelete
  15. Assalam.. saya mohon share pic2 di sini ye... thanks..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...