Blog Selamat Tinggal

09 December 2011

53 Ombak Rindu La Sangat

klik tuk besarkan



Sedalam manakah ombak rindu dalam hati pada pasangan anda? Anda boleh ukur sendiri kot kedalamannya, malah kadang-kadang sangat yakin kekuatan rindu yang ada dalam hati masing-masing. Tertancap kemas dalam hati-hati kita rasa itu. Sementelah, rasa rindu itu kita terjemahkan dalam bermacam kata-kata indah, ekspresi, hadiah, lagu, puisi dan sebagainya pada si dia.

Tapi, hairan bila kita tak pasti kedalaman rindu kita pada Allah atau Rasulullah. Kalau ada pun, berombakkah rindu itu? Atau langsung tidak bergelora sehingga tidak mampu pun menghasilkan pusingan ombak di gigi pantai?

Dengan kata lain, rindu yang hanya terlafaz di bibir tapi tidak di hati. Rindu yang tidak menggebu.

Sudah banyak kali sebenarnya penulis mengutarakan hal yang sama dalam ruangan belog ini. Mungkin sebab jiwa sentimental ini, tema cinta acapkali diangkat dijadikan isu.

Sebenarnya kita tahu, bila kita berkeputusan untuk memulakan sesuatu hubungan sesama bukan mahram sebelum akad, ianya memang adalah suatu hubungan yang tiada rahmat. Tiada berkat, tiada restu. Biar direstu hati kita, atau dapat restu ibu bapa yang kurang memahami agama, kawan-kawan seperjuangan kool kapel, TAPI sudah mandatori muktamad tidak akan dapat restu Sang Rabbul Izzati. Biar seratus lima puluh juta kali kita panjatkan padaNya, kita minta dari sahabat-sahabat, "tolong doakan kami berkekalan ya." Bagaimana doa sebegini akan dikabulkan sedangkan hubungan awal-awal lagi tidak sah di sisiNya.

"Mengapa banyak sangat ujian dan dugaan sepanjang perhubungan ni?", "Mengapa dia berperangai begini?", "Kenapa dia buat aku merana begini?", "Sanggup dia lukakan hati ini?!", "Kau tak rasa apa yang aku rasa!"

Banyak keluhan dan kekecewaan terhasil dari ombak cinta dan rindu yang tidak sah. Ombak luka, ombak kecewa, ombak sedih, ombak gelisah, ombak sakit hati, ombak cemburu, ombak gaduh, ombak putus-sambung balik-putus balik. Banyak sangat ombak-ombak yang boleh melemaskan kita, tenggelam dilambung ombak kasih yang tidak berketepian. Dahlah tak bertepi, air masin masuk mata sakit pedih lak tu. Hanya buat diri sendiri menitiskan air mata yang penuh sia-sia. Buang masa.

"Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai."


Kesemua jenis ombak yang penulis sebutkan semuanya berpunca dari ombak murka Dia. Mana mungkin Dia selamba tidak rasa murka dengan kemaksiatan dua hamba yang tiada ikatan? Bila anda sendiri memilih untuk buat keputusan untuk "dirikan rumah papan di tepi pantai", maka sendiri beranilah dilanda ombak badai dengan tiang yang tak berapa teguh. Seteguh mana dan selama manakah cinta, sayang, rindu yang berlantaikan hati rapuh akan mampu bertahan dilanda ombak murka Dia?

Huh. Saya akhiri entri ni dengan pesanan, janganlah kita ikut konsep cinta dan rindu ciptaan kaum kafir, yang diibaratkan oleh Allah dalam firmanNya sebagai "ombak bertindih ombak" menerusi Surah al-Nuur ayat 40:

klik tuk besarkan
Maksudnya:

"Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, dia tidak dapat melihatnya sama sekali dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka dia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar)."

Ombak rindu kita la sangat kan. So berombak.

Nota diri: Ombak rindu fana melanda tidak kira siapa, samada dia berpakaian tutup aurat elok-elok ataupun tidak. Samada dia pakai kopiah atau ustaz, ustazah pun, tidak seorang pun terlepas dari ombak murka Allah bila diri dah buat keputusan untuk menjahilkan diri berbuat kemungkaran yang dibenci Allah.







53 comments:

  1. Terbaekkk lah. Mohon untuk di sebarkan yer tuan blog.

    ReplyDelete
  2. Sambung sikit lagi, dengan harapan moga tiada yang lemas di lambung ombak rindu...

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:26 PM

    ombak dengki kot dye nie...sekian.

    ReplyDelete
  4. mntak sebarkan ya? Isu ombak rndu nih mlampau sgat. bagus entry anda:)

    ReplyDelete
  5. Anonymous10:32 PM

    Mantap...ayuh..sedarkan semua masyarakat kita nie..yang terlalu asyik dengan hiburan cinta..huhu...kembalilah kepada cinta Allah yang maha agung...moga Allah berkati..

    ReplyDelete
  6. @Anonymous:

    Haih, tade faedah nak dengki2. Entri ni tak ada menyentuh mana-mana bahagian cerita ombak rindu yg ditayangkan pun. Jika kebetulan, al mintak maapler.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas pencerahan & mjadi sedikit penawar kpd penyakit ombak hari ini...
    xda perkaitan dengki / tidak...
    segalanya bermula dr hati.. bersih hati, bersihlah persepsi... take care.

    ReplyDelete
  9. Anonymous10:57 PM

    :)Sangat-sangat bermanfaat...

    ReplyDelete
  10. entri yg bermakna.. sngt menginsafkan hati yg kdgkala sngt lemah dgn gelora dunia ni.. teruskan berdakwah.. mohon share ye.. :)

    ReplyDelete
  11. suke entry ni.. mohon share ye..

    ReplyDelete
  12. Anonymous11:06 PM

    ingin bertanya..bagaimana seorg lelaki yg berkenalan dgn seorg perempuan dgn niat ingin mengambil perempuan itu sebagai isteri yg sah dan dalam masa yang sama,mereka menjalinkan hbgn untuk mengenali dgn lebih dkt antara satu sama lain..minta admin jawab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Sebab tu ada pertunangan.

      Delete
  13. @Anonymous:

    saya jawab, KAWAN je lah. sekadar kawan. tade apa2 keistimewaan. cukup kot kedua2 berkenan satu sama lain, n dia cop kamu sbg calon, kamu juga begitu. sekadar tahu sama2 ada keinginan ke arah nak kawin. tp tak perlu declare apa2. kemudian boleh cepat2 proceed ke langkah seterusnya iaitu meminang dan nikah.

    ReplyDelete
  14. Anonymous11:13 PM

    'cukup kot'?confirm dgn jwpn sndiri en.rusydee?

    ReplyDelete
  15. @Anonymous:

    Jika ikut jawapan saya, mmg takkan pernah tepat. Tapi jika ikut jwpn yg disyor sunnah yakni teruskan pada hantar wakil, naqib utk minang yg kamu suka n cepat2 proceed kepada kawin mmg sentiasa tepat.

    ReplyDelete
  16. Anonymous11:20 PM

    terima kasih ats pndangan en.rusydee..jika seseorg lelaki itu masih tidak mampu utk menanggung perempuan tersebut dan untuk elak kan dr melakukan maksiat,mereka kahwin gantung..apa pandangan en.rusydee ttg perkera mcm ni?

    ReplyDelete
  17. salam bro

    bagus2

    -muhammad naim abdullah-
    oghang kedah

    :))

    ReplyDelete
  18. dek ombak rindu cinta manusia..Tuhan beri ingatan tentang cintaNya yang berombak juga dengan tsunami tanda geloranya

    ReplyDelete
  19. @Anonymous:

    samada kahwin gantung atau apa je namanya. janji kahwin, maka tahniah saya ucapkan. itu yg terbaik.

    ReplyDelete
  20. tunggu raya nanti mesti keluar kat tv punya.
    nak perlu nak keluar duit pergi pawagam

    ReplyDelete
  21. mendalam sungguh maksudnye . mohon share . tq .

    ReplyDelete
  22. Anonymous9:54 AM

    izin share. good entry .

    ReplyDelete
  23. Sgt memerlukan nasehat sebegini d'kala ini..terbaik!!

    ReplyDelete
  24. suke entry ni..mohon share~

    ReplyDelete
  25. suke entry nie..terbaek la..;)
    mohon share

    ReplyDelete
  26. Setuju sangat dengan entry ni . Orang pulak dok sanjung-sanjung cerita ni :)

    ReplyDelete
  27. entry2 akhi rusydee mmg selalu bg good message n interesting. mmg x rogi sy follow blog akhi. entry2 akhi byk bg ksedaran tntang agama n i like it very much. :)

    ReplyDelete
  28. Anonymous5:54 PM

    @Rusydee Artzada juga ya yang kata "DENGKI" hi3 Islam kembali asing (=

    ReplyDelete
  29. Anonymous8:46 PM

    akhi , nk tanya . :D

    'kalau takut dilambung ombak , jangan berumah ditepi pantai '

    err , memang taknak sgt dlambung ombak , tapi , kalau dah terbuat rumah tu tepi pntai macam mana yer ?

    ReplyDelete
  30. azizah9:27 PM

    artiket ini best..mohon share

    ReplyDelete
  31. fazira ooi10:36 PM

    blog yg bgus...

    ReplyDelete
  32. Anonymous7:43 AM

    emm..sy t'ingin nk tau niat penulis blog ni tulis tuk ape..peringatn tentang Ombak rindu kpd Allah..atau nk komen cter "ombak rindu"?...Ombak rindu kpd Allah,tetap kpd Dia..n cter Ombak rindu hanye skadar citer novel tntg ketabahn seorg puan..tidak de kene m'gene..mesti saudara xpernah bace novel die kn?...pndg la dr sudut yg positif..

    ReplyDelete
  33. x berkesempatan nak tgk ombak rindu..nice entry!!

    ReplyDelete
  34. @Anonymous:

    Saya takde kritik pun cite Ombak Rindu, tapi wanita yg ada agama tidak akan rela biarkan diri disetubuhi lelaki wlpn telah dijual:) apatah lagi cinta berputik setelah kenal dari situ.

    Ramai lagi or byk lagi kisah wanita tabah. And ada banyak lagi novel2 yg terbaik dari novel tersebut jika nak dikritik. Tpi sy tak kritik novel tu, or penulis novel tu. Sy cuma merasakan tidak berapa bagus promo2 yg dorang buat utk filem adaptasi novel tu. cthnya scene tempat tdo dll yg tak berapa perlu. Tp, macam sy kata, sy tanak kritik.

    Baguslah kalau rasa entri sy ni telah "mengkritik" secara tidak lgsg. :)

    ReplyDelete
  35. anda tengok yer cerita tu ? =)

    ReplyDelete
  36. Anonymous6:17 PM

    salaam,.kpd sesiapa yg nk tau cemane kita nak salurkan fitrah(cinta) kita agar tak jd fitnah,korang blehlah lawat2 blog ni.
    http://sebarkanbahagia.blogspot.com ..korang bleh tanye kpd author tu sndri.. nk link yg jelas, ni ha http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2011/11/forum-pemilik-cintaku.html heharap ade manfatnya..(^_^)peace no war..

    ReplyDelete
  37. Anonymous4:09 PM

    salam..thanx atas pkongsian ini..moga berjaya...truskan pjuangn..}

    ReplyDelete
  38. Anonymous8:16 PM

    tpkn pempuan tu bkn sengaja nk kene sentuh dengan mane2 lelaki...keadaan yg buat dy tersepit..klau dy btul xegt Allah dy akan jd mcm tu selamanya..tapi dy cube sedaya upaya keluar drpd maksiat kat situ...bg sy yg betul dlm citer tu ble pempuan tu merayu2 utk kawen dan utk menghalalkan segalanya..sy jugak tak sokong scene2 yg xsepatutnya...mgkn org laen nmpak biase tp sy yg nmpak xbiase:) hiburan duniawi..manusia leka^^

    ReplyDelete
  39. @Anonymous:

    Wallahua'alam. Jika boleh merayu sebelum disetubuhi, sy akan pilih rayu hingga keluar air mata darah dulu. Wanita yg beragama tau, dia bakal dapat syahid dan syurga jika pertahankan maruahnya hingga ke ujung nyawa.

    ReplyDelete
  40. blingbling9:37 AM

    bagus entry ni.cerita ombak rindu tu,,kalau x ada scene tempat tidur pun tak apa,,banyak cerita lain yang x ada scene tempat tidur tapi tetap nampak romantik.by the way,,movie ni x sama sangat dengan novel.

    ReplyDelete
  41. apa2 pun entry ni memang best dan membuka mata semua orang , terima kasih..

    ReplyDelete
  42. jiwang islamic bro.. kih3.. allahuakbar..

    ReplyDelete
  43. Anonymous9:45 PM

    Very good...

    ReplyDelete
  44. Nasrizal10:52 AM

    Genta rasa minda yang sangat tuntas dikala Ombak Rindu yang di layar perak membadai mata-mata si penonton hingga lencun...yang berkemungkinan lebih bertakung berbanding tumpah di sejadah...

    ReplyDelete
  45. ALLAHUAKBAR... TERBAIK...!!
    TERUSKAN USAHA ENCIK RUSYDEE ARTZ.

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum saudara.. sebuah entry yg cukup bermakna dan teramat menarik.... penyampai yg cukup jelas dalam biasan maksud yg tersirat juga yg tersurat.... teruskan berkarya saudara.... insya Allah... Allah merahamati perjuangan mu... Amin....

    ReplyDelete
  47. Anonymous6:42 PM

    nice entry. muhasabah bersama. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...