Blog Selamat Tinggal

06 October 2011

6 Ustazah Pilihan Yang Solehah 'Tuk Seumur Hidup

klik 'tuk besarkan

Salam wbt.

Seseorang ustazah yang ikhlas; mengajarkan ilmu kepada pelajarnya dan yang lain, tanpa mengharapkan balasan yang lumayan, tanpa mengharapkan publisiti, tanpa mengharapkan populariti, tanpa menonjol dan tidak perlu ditonjolkan di khalayak. Tidak bertanding dan tidak perlu dipertandingkan ilmu dan karekternya. Ustazah solehah yang faham kesolehahan seseorang wanita itu adalah tidak memandang dan tidak dipandang. Ustazah sebeginilah yang akan disayangi pelajarnya, dikenang muridnya, dicintai dan dikasihi dengan ikhlas oleh pelajar-pelajarnya. Jasanya dikenang hingga akhir hayat. Ustazah pilihan hati pelajar tidak perlu cantik, tidak perlu menawan, cukuplah ilmunya ikhlas hangat terasa sehingga ke dasar hati yang paling dalam. Diingat sampai bila-bila. Dipanggil ustazah sampai ke hujung nyawa.

Sebenarnya benarkah populariti memberi keuntungan kepada si pencarinya? 

Maulana Wahiduddin Khan menceritakan, Abu Umamah meriwayatkan bahawa seseorang mendatangi Rasulullah dan bertanya tentang orang yang berperang untuk mendapatkan material dan meraih populariti. Orang itu ingin tahu pahala apakah yang akan didapatkannya. “Tidak ada,” jawab Nabi. Orang tersebut mengulangi pertanyaannya hingga tiga kali, namun jawapan Nabi tetap sama. “Amal yang diterima Allah,” tambah Nabi SAW, “..adalah yang didasari keikhlasan dan ditujukan semata-mata kepadaNya.” (An Islamic Treasury of Virtues A Collection of Inspiring Thoughts, Story, Quotes, and Saying of the Prophet Muhammad and His Companions terj. Mona Raguan, 2000, AlvaBet, h.49). 



Populariti Yang Sebenarnya Bertapak Dari Dasar Apa?

Dr. Sidek Baba menjelaskan secara umum, ukuran Allah tentang kemuliaan seseorang atau perjuangan sesuatu suku dan bangsa ialah status takwanya. Ini merupakan ukuran yang amat adil dan saksama kerana akhirnya bukan ukuran bangsa, pangkat dan darjat menjadi ukuran Allah tetapi daya keinsafan yang tinggi tentang keterikatan manusia dengan Khaliqnya menjadikan ketertiban dan keakuran manusia kepada apa yang Allah suruh dan apa yang Allah larang. (Seteguh Tekad, 2009, Alaf 21, h.104). Penulis amat bersetuju dengan kenyataan ini. Takwalah menjadikan kita popular di pandangan Allah.

Penulis juga telah mengabadikan dalam nota panjang di ""Dakwah Tidak Berdiri Atas Dasar Populariti: Satu Tinjauan." untuk bacaan saudara-saudari semua.

Jadilah ustazah yang ikhlas dan bertaqwa. Yang menjaga diri dan agamanya.

Apalah populariti dan keduniaan, semua hanya sementara. Akhirnya lapuk dek masa. Datang pula populariti yang lain. Kejar populariti, dapatlah populariti sekejap.


Tapi apa selepas itu? Pudar dan dilupakan. Kita perjuang dakwah, bukan perjuangkan untuk popularkan pendakwah. Allah lah yang popularkan kita, angkat ke tempat tinggi di sisi masyarakat.

(pandangan para ustaz mengenai rancangan realiti tv pilih ustazah,klik tuk besarkan)

Kejar ikhlas dan taqwa, dapat dunia..dapat akhirat. Dapat syurga. Dapat kasih insan. Dapat kasih Tuhan.

Rusydee Artz,
Selamat Tinggal.
Wassalam.
8 Dzulka'edah 1432 H.





6 comments:

  1. salam..apa pendapat kamu sendiri tentng perkara mcm ini..prgrm "ustazah pilihan"??

    ReplyDelete
  2. @Insan Bernama Kekasih:

    Pendapat saya, publisitikan watak pendakwah (dalam rancangan realiti tv dsb) tidak akan memberi kesan jangka masa panjang utk masa depan Islam ataupun utk dijadikan revolusi baru.

    Rasulullah SAW adalah inspirasi kita semua sbg model pendakwah yg bukan terbit dari mana2 publisiti kecuali Allah lah yang meninggikan martabat Baginda popular selama-lamanya. Watak2 pendakwah instant popular rekaan manusia akan merosot popularitinya dalam jangka masa pendek. Bukan pendakwah yg kita hendak highlightkan, tapi dakwah dan mesejnya.

    Naik dalam masyarakat adalah kerana tingginya ilmu, ikhlasnya dakwah. Jelas sekali kita lihat sebagai Imam2 Muda musim 1 pun dah dilupakan sebahagiannya. Yang juara dan naib juara sahaja disebut2. Lalu ke mana akhirnya haluan dakwah?

    Tiga ustaz berilmu, Ust. Azhar, Kazim Elias, Fathul Bari = ketiga2 juga tidak bersetuju dengan rancangan sebegini.

    Wallahua'alam.

    ReplyDelete
  3. suka ayat "Bukan pendakwah yg kita hendak highlightkan, tapi dakwah dan mesejnya."

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum akhi
    ana nak mintak akhi tolong designkan picture untuk pages belog ana boleh?
    nanty ana bayar
    harap sudi tolong
    syukran
    wasalam

    ReplyDelete
  5. Saya setuju dengan awak.

    Saya pun tak suka dengan idea ustazah pilihan. pendakwah/motivator yg ada sekarang ni dah makin meraban dan cuma nak ada something yang dorang tinggalkan so that orang dok sebut program ni idea dorang so n so.

    saya tgk pendakwah da tak macam pendakwah, make up tebal , dah tatau hukum tabaruj haram pulak.

    pengisian pun tak berapa best program ustazah pilihan tu. tak patut lulus.

    ReplyDelete
  6. Comey budak tu nyanyi. :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...