Salam wbt.
Ringkas juga kali ini. Adik kecik saya tanya saya, "Dee, apa makna solehah?" Tergagap jua nak jawab. Kalau tanya kamu semua, agak-agak apa yang akan kamu jawab?
Saya buka al-Quran. Surah al-Nisa' ayat 34, firman Allah:
..Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya...
Jelas sekali kata-kata Allah ini.
Apa itu Qanitah?
'Qunut' adalah ketaatan yang dilandasi kemahuan, konsentrasi, kesukaan, dan kesenangan. Bukan kerana terpaksa, dipaksa, kesal ataupun bodoh. Sebelum nikah, perempuan itu wajib taat pada kedua ibu bapanya dan menghormati guru (selain perkara maksiat). Selepas nikah, wajib taat pada sang suami. Langsung tidak wajib taat dan patuh pada sang kekasih yang belum dinikahi.
Ok, kenapa al-Quran menggunakan kata Qanitah dan bukan Ta'ia'ah walaupun kedua-duanya maksud sama iaitu taat?
Jawapan: Kerana Qanitah mengandungi makna kejiwaan, memiliki bayangan perasaan yang menyenangkan dan menyejukkan. Keadaan sebegini lebih memungkinkan bagi wujudnya ketenangan, kasih sayang, saling menutup dan menjaga, antara suami isteri dan anak-anak, tarbiyah famili dalam suasana indah.
Apa lak Hafizah?
Ini mudah kita faham. Yakni wanita yang jaga diri, maruah sendiri, suami, jaga aib dan air muka suami. Jaga kehormatan diri, suami dan famili. InsyaAllah, mereka yang betul-betul jaga, Allah dah janjikan jagaanNya dan pertolonganNya pula.
Macam mana nak dapat wanita Qanitah dan Hafizah ni?
Saya tak tahu. Al-Dua' Silahul Mu'min. Doa itu senjata orang beriman. Doalah. Semestinya wanita dua ciri ini tersembunyi dalam hiruk pikuk masyarakat penuh dosa. Satu dalam seribu. Bergemerlap dalam gelap.
Sekian, wassalam.
Rusydee Artz,
Selamat Tinggal.
6 Dzulka'edah 1432 H.
new knowledge.... thanks ya...
ReplyDeletemoga solehah..
ReplyDeletesesungguhnya doa adalah pelindung diri ;-)
ReplyDeletesubhanallah bru taw.. slami asyik dgr org ckp nk jadi wanita solehah, nk cari yag solehah.. hmm tp x pnh selidik pon apa tu mkna solehah yg sbnar.. info bru bgi sy.. syukran akhi.. mohon guna gmbarnya bley ?? :)
ReplyDeleteterima kasih krn sudi berkongsi ilmu :D
ReplyDeletesangat suka belog ini. membuka minda dan hati. Alhamdulillah.
@Murni Ateerah [Kutee]:
ReplyDeleteTerima kasih. Moga apa yg ada di sini boleh digunakan pada jalan yg betul dan memperbetulkan diri sy yg tak betul.
@Nur Syuhada Saedin:
ReplyDeleteBegitu juga erti SOLEH. Ramai kata nak jadi SOLEH, tapi apa sebenarnya SOLEH itu? Wallahua'alam saya pun tak tahu.
btol 2..mmg mudah nk ungkapkan SOLEH dan SOLEHAH .. tapi nk nyatakan pengertiannya ?? x smua yg tahu...
ReplyDeletealhmdllah..input brguna...
ReplyDeletenk jd baik sng..tp nk istiqamah 2 ssh...
Unik....
ReplyDeleteterima kasih ye.. sgt berguna... :)
ReplyDeleteterima kasih :')
ReplyDeleteperingatan yg sangat baik untuk diri ini :)
assalammualaikum...
ReplyDeletetahniah kepada saudara kerana telah menghasilkan karya2 yg hebat.. sgt bermanfaat... teruskan berkarya... May Allah bless u..
yA Allah..tersentuhnya hati..
ReplyDeleteALLAU YUBARIKU FIKA. ya akh rusydee...(semoga Allah memberkati kamu, wahai saudara rusydee)
ReplyDelete@farhana al-mujahidah:
ReplyDeleteAllah memberkati kamu jua dan pengkomen2 yang beri komen di ruangan komen. serta mereka2 yg sudi membaca dan berfikir serta mengambil pengajaran2.
salam... alhamdulillah bnyk ilmu yg dapat dpelajari. n ingatan buat dri...insyaallah... animasi juga cntik...mmpu menarik phatian muda para syabab n akhawat terutamany untuk mngikuti perkembangn blog ni... nmun bgitu gmbaran para muslimah solehah apakah perlu sentiasa tmpil cantik menawan n kurus.. mungkin ada sdikit kelainan yg dpt ditonjolkn pada animasi/karya yg turut mnampilkn muslimah/muslimin yg sdikit berisi tp tetap mmpu tonjol gambaran soleh/solehah.. sjuk mata memndang.. mugkin boleh bantu muslimin muslimah yg berasa rendah dri atas pnampilan untuk lebih bsyukur n lbh fokus tuk mncari redha Allah..pandangn ini cuma sekadar pandang insyaallah sbb kbykn blog islmik tampil dgn pnampilan yg bgini, cntik menawan d pandangn 'dunia' ^_^
ReplyDeletenice entry. :)
ReplyDeleteSubhanallah, sungguh berinformasi & mndidik jiwa. Syukran.
ReplyDeleteAlhamdulillah, sgt berguna artikel ini.Saya sendiri teragak2 erti solehah yang sebenarnya.. Terima kasih atas perkongsian ini. Semoga dirahmati Allah selalu.. Amin.
ReplyDeletesuke (^_^)"...sy nk share boleh???
ReplyDeletekdg2 ana trtnya2 tergolongka ana dlm gol wnita solehah stlh ana yakin sda mengamalkan smua suruhan agama n mninggalkn sgala laranganNya..bak kata amal makruf nahi mungkar..tp stlh membc artikel anta bru ana mnyedari ana masi jauh dr gelaran "Muslimah Solehah"..syukran jazilan krna mnyedarkan ana :)
ReplyDeleteQanitah Hafizah... what a wonderful words :)
ReplyDeleteInsyaallah.. ~_~
ReplyDeleteYa Allah jadikanlah aku solehah.. utk lelaki yang soleh di luar sana..amin..
ReplyDeleteIlmu baru....shukron :D
ReplyDeleteAlhamdulillah. ...terima kasih pkongsian ilmu... :-)
ReplyDelete