Blog Selamat Tinggal

23 January 2011

30 Muhasabah Panjang

klik utk besarkan

berfikir...

Assalamualaikum wbt..

Entri ni agak sopan sedikit, perkataan "aku" akan digantikan dengan "saya".
Saat saya taip entri ini, jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Hening sungguh malam ni hatta bunyi yang perlahan pun boleh didengar jelas oleh telinga ni. Lalu saya putarkan Surah Qaf sebagai halwa telinga. Pening juga kepala asyik layan lagu jiwang, sekali sekala patut juga dengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran.

Ketika saya menyiapkan kajian disertasi saya, saya menemukan di dalam kitab Muhammad al-Ghazali yang mengatakan bahawa pada pandangannya Allah menciptakan manusia adalah untuk hidup kekal abadi. Saya berfikir kenapa pula kekal abadi? Kata Syeikh, kehidupan kekal abadi dibatasi dengan kematian. Kematian yang menjadi pemisah antara dua kehidupan. Walhal kehidupan masih lagi asasnya adalah kehidupan kekal abadi. Apakah dua kehidupan itu?
Kehidupan pertama untuk menanam dan kehidupan kedua adalah untuk menuai.
Dan saya memerhatikan di dalam al-Quran ada beberapa golongan yang dibangkitkan dari kematian dengan beberapa reaksi yang berbeza-beza. Mari kita tinjau di mana golongan diri kita sendiri.

Muhasabah Tentang Hari Kebangkitan
  • Golongan Yang Tidak Percaya Akan Dihidupkan Kembali 
Firman Allah dalam Surah Ya Seen [83]:51-53 :-
51.    Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.      
52.    (Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,(Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul.    
Saya berpendapat orang-orang yang tak bersedia dengan tanaman yang baik dan subur di dunia juga merasakan sedemikian rupa. Merasa diri mereka celaka. Apatah lagi kafir dan musyrik yang langsung tidak mempercayai hari kebangkitan.

  • Orang Yang Memperbaiki Diri Dan Sentiasa Bersiap Sedia Menemui Allah
 Firman Allah dalam Surah al-Shaffaat [37]: 58-60 :-

58.    (Kemudian dia berkata kepada rakan-rakanya yang sedang menikmati kesenangan di Syurga bersama): Bukankah kita (setelah mendapat nikmat-nikmat ini) tidak akan mati lagi;
   
59.    Selain dari kematian kita yang dahulu dan kita juga tidak akan terkena seksa?
   
60.    Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar.
Nah, natijahnya terbukti nikmat nilainya bagi mereka yang sentiasa memperbaiki diri dan menyuburkan tanaman2 mereka di dunia. Hasil tuaian yang berlimpah ruah. Alhamdulillah. Saya perhatikan Allah telah beri solusi jelas pada ayat ke 61 dari surah yang sama:
61.    Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia).
Allah sendiri dah bagi tips. Tak guna lagi kalau saya bagi 150 juta tips pun. Cukup dengan satu tips Allah ni.

Selepas memerhatikan dua golongan di atas, saya pun masih tidak pasti di mana mahu diri ini diletakkan. Di dalam golongan pertamakah? Atau golongan kedua? Untuk berada di golongan pertama memang cukup layak dengan maksiatnya yang berterusan hampir saban hari. Wal'iyazubillah. Tetapi untuk berada di golongan kedua, ya Allah di manakah tanaman2 saya? Anak benih pun tak tahu lagi di mana apatah lagi anak pokok.

Muhasabah Sikap Suka Bertangguh

Saya analisis lebih lanjut kepada satu hal yang jika diperhatikan sekali imbas, kita katakan bukan kita dalam golongan yang disebutkan dalam ayat al-Quran yang ini:-

Firman Allah dlm Surah al-Qiyama [75]:5-6
5. (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga dia tidak mengakui adanya hari kiamat).    

6. Dia bertanya (secara mengejek): Bilakah datangnya hari kiamat itu?
Ayat-ayat ini ditujukan untuk orang kafir, tetapi sedarkah kita pun bersifat seakan-akan perangai orang kafir juga. Kita mungkin pernah kata secara bergurau, "Lambat lagi nak kiamatnya. Mungkin beratus-ratus tahun lagi..", atau kita berazam, "Esoklah aku jadi baik, hari ni aku wat dosa puas-puas dulu." Ini pun saya rasa adalah persis kepada orang-orang yang mengejek, "Bilakah datangnya hari kiamat itu?".  Bertangguh dalam berhenti melakukan maksiat. Saya tidak katakan ini pada anda semua, tapi saya katakan ini pada diri saya sendiri. Bertangguh-tangguh, tunggu dulu..tunggu dulu.. Sampai bila?


Muhasabah Pengulangan Ayat Allah Mengenai Hari Kebangkitan

Jika kita adalah orang-orang yang memerhati dan berfikir ketika membaca al-Quran, pasti kita akan perasan hampir dalam setiap muka surat dalam al-Quran menyinggung hal-hal berkaitan hari kebangkitan, hari pembalasan, hari kiamat dan hari perhitungan. Malah jika kita perhati betul-betul, Surah al-Fatihah sahaja sudah cukup menggerunkan. "Maliki Yaumiddeen" ( Allah sebagai Mulk atau Raja Hari Pembalasan ). Tapi kita tidak gerun, malah kita tidak mengerti. Lebih teruk lagi, kita baca al-Fatihah sambil lewa tanpa memahami apa pun ketika dalam solat. Kita hanya biasa tahu "Ihdinassiraatol Mustaqim" ( tunjukiku jalan yang lurus ). Dan kita hanya reti tuturkan "Ameeeeennn" panjang-panjang dan kuat-kuat. Itupun masih tersalah harakat bacaan.

Di dalam kitab Taurat, jika kita pernah belek tidak akan kita jumpai ayat-ayat yang menyebut tentang hari pembalasan. Taurat yang telah diselewengkan oleh Yahudi yang menganggap tidak wujud sama sekali hari pembalasan, yang wujud hanyalah setakat dunia ini semata-mata. Habis di sini, maka habis selama-lamanya. Inilah yang dikatakan pemikiran sekular. Sekular sebenarnya adalah tidak mempercayai hari perhitungan. Dan jika anda juga ragu-ragu, anda juga berfikiran sekular.

Dan jika kita selusuri dengan lebih dalam lagi, ramai antara kita berfikiran sekular. Ramai yang tidak mengerti akan pengertian masa akan datang. Mereka tenggelam dengan cita-cita dan harapan masa depan. Apabila kita sebut masa depan, ramai yang maksudkan adalah hari depannya jadi apa dan hanya sekitar hari tua. Habis di situ sahaja pengertian masa depan. Itulah yang tema belog selamat tinggal ini katakan, Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19].

Bila kita sebut sahaja masa depan, sama-sama fikir tentang hari esok di akhirat. Cita-cita tertinggi di dunia dan akhirat. Masa depan, hari esok. Hari esok, hari akhirat. Sifir yang mudah.


Muhasabah Penutup


Suka saya memetik dari Surah al-Ankabuut [26] ayat 64:


Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan bermain-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, seandainya mereka mengetahui.

Rusydee, 18 Safar 1432,
Selamat Tinggal. Wassalam.

30 comments:

  1. Ya Rabb. Saya jugak baru mendengar 1 pengisian tentang kita semua akan masuk neraka. huhu benarkah? Amal kita di dunia ini adalah untuk menyelamatkan kita keluar dari neraka tersebut. Benarkah?

    ReplyDelete
  2. Bila saya kaji2, saya menjumpai ayat dari Surah al-Waqiah [56]:13-14:

    "Segolongan besar dari orang-orang terdahulu. Dan segolongan kecil lainnya dari orang-orang yang hidup kemudian."

    Sebahagian ahli tafsir kata golongan besar tersebut adalah glgn nabi2 terdahulu dan umat2 soleh terdahulu, dan segolongan kecil adalah umat Nabi Muhammad. Tetapi menurut Syeikh Muhammad al-Ghazali, yang dimaksudkan di sini adalah umat Islam umat Nabi Muhammad kedua2 golongan tersebut. Golongan besar terdiri dari para ulama; salaf terdahulu merangkumi sahabat2, tabiin dan tabi' tabiin yg menyebarkan agama Islam ke seluruh penjuru dunia dgn ilmu dan amalnya. Manakala golongan kecil adalah org2 yg terasing kerana ketaqwaannya dan tabah terhadap cubaan dan celaan yg menyakitkan. Dan golongan kecil itu mungkin adalah glgn kecil di akhir zaman ini menurut pandangan saya. Dan dua golongan ini yg dikatakan "berlumba2 dalam kebaikan" dan "mendapat syurga".

    Jadi peratusan golongan besar dari golongan kecil di akhir zaman adalah amat tingggi, dan tidak mustahil kita yg tidak berlumba dalam mendapatkan syurga dan kebaikan adalah tidak termasuk dalam golongan kecil ini.

    Dan ya, jika dah tak dapat syurga at the 1st place, sure la dapat neraka dulu. Celup dulu dalam neraka sampai luluh segala dosa2. Wal'iyazubillah. Namun kerana ini terkandung dalam perkara2 ghaib yg hanya Allah Maha Mengetahui, kita bersangka baik pada Allah. Moga Allah menilai kita dgn nilaian yg baik, dan memasukkan ke dalam syurga terus tanpa melalui kehidupan neraka.

    Beleklah Quran, ada beribu tips untuk mendapatkan kebaikan. Berlumba2lah. Jadi golongan kecil tersebut.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. perkongsian yang sangat bagus sekali. syabas syabab.

    ReplyDelete
  4. @mariah

    Praktikkan. Praktikkan.

    ReplyDelete
  5. subhanaALLAH,tpegun!!
    1st tyme jejak sini,tgok lukisan yg
    sgt kreatif n cntik..jeles kpd org
    yg ad kelebihan lukis gambo kartun islamik

    ReplyDelete
  6. @sisIzzati

    Subhanallah.
    Anda mampu jua menjadinya. Semua org ada kreativiti tersembunyi.

    ReplyDelete
  7. kepada tuan punya blog: cantik sungguh lukisan anda. saya sangat mengaguminya. lagi-lagi digunakan utk something yg berbaurkan dakwah dan peringatan. tahniah atas usaha saudara rushdee.. bagus!

    ReplyDelete
  8. @Jαnnαhツ

    Tanpa tangan yg Allah beri ni, saya takkan mampu hasilkan lukisan2 ringkas ni.. Terima kasih sudi lawati.

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum wth...

    tiap hari x penah sunyi dr melalukan dosa...muhasabah lagi..istiqfar lagi..masih jugak melakukan kesilapan dan masih dlm proses untuk memperbaiki diri...

    moga dipermudakan..Amin...

    ReplyDelete
  10. terasa diri ini kerdil sgt di mata Penciptanya

    ReplyDelete
  11. salam rusydee. saya baru je join geng kartunis USIM. dan saya da tengok pasal pencarian 1000 komik dakwah kat tenet tu. awak join kan? saya nak join jugak la. nak mintak tunjuk ajar saudara rusydee kalau boleh. sebab saya sangat suka lukisan kamu.

    ReplyDelete
  12. rusydee1:46 PM

    @Jαnnαhツ,

    Saya tidak lagi terlibat dalam 1000 komik dakwah itu. Dan sebenarnya saya langsung tidak ada kaitan dengan usaha tersebut dari awal sampai akhir. Ia adalah usaha personal mfrstudio dan kamu boleh masuk terus ke webnya untuk lebih lanjut. Saya tidak mahu komen lebih lanjut mengenai web tersebut kerana adalah salah di sisi 'undang2' web tersebut jika saya beri apa2 komentar, saranan mahupun kritikan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  13. Anonymous7:05 PM

    sdr. Rusdy, ms mula2 dulu start melukis mcm ni, mmg kene blajar atau bakat semulajadi? aku berminat betul melukis.tp mcm mane?ada tak laman2 yg bagi teknik2 lukisan.?

    ReplyDelete
  14. Anonymous3:24 PM

    5 STARS..!! 'Aziim..!! Mabruk..!! ^_^

    ReplyDelete
  15. Raja Farouk9:31 PM

    Moga kita mendapat rahmatNya. Kerana tanpa rahmat amalan kita mcm sebutir pasir dipantai jika hendak dibandingkan dengan nikmatNya yg sgt besar.

    ReplyDelete
  16. Anonymous11:30 PM

    assalamualaikum.. saya baru pertama kali baca blog ini.. sgt bermanfaat untuk saya terus dpt manfaat

    ReplyDelete
  17. salam'alaik..en rusdyee, sy gune gmbar ni untuk header blogspot sy..

    ReplyDelete
  18. Anonymous12:13 PM

    Assalamualaikum..,trsalah taip ya..surah al-ankabut,surah ke 29 kn? =D

    ReplyDelete
  19. سلام عليك يا حبيب الله و ر سوله إن شاء الله
    سبحان الله..اكثر نفع لى يا أخي

    ReplyDelete
  20. ieyda4:13 PM

    SUBHANALLAH..satu2 blog yg membuatkan saya menitis air mata membaca..setiap dukacita yang allah uji dalam hidup kita..semuanya ada hikmah untuk hamba dia..bersabarlah wahai hamba

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum,,sy br pertama kali dtg ke blog ak. alhamdulillah byk mnfaat sy boleh dpt dr sini :)

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum...
    blog yg menyentuh iman di hati yg masih lemah dgn godaan dunia ditambah lg dgn lukisan yg indah meruntun iman menyingkap fikrah yg insyaAllah akan senantiasa dlm redha ALLAH...amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. aufadamiya2:05 PM

      insya allah.. setuju blog yg sweet..

      Delete
  23. aufadamiya2:03 PM

    ( ^ _ ^ ) selamaat tinggal..

    ReplyDelete
  24. Assalammualaikum...wbt.. Akhiy Rusdee

    Satu artikel yang menjadikna satu renungan buat yang bergekar HAMBA di muka bumiinya ini.

    PERHITUNGAN + PEMBALASAN + kEBANGKITAN DAN AKHIRAT. Huhuhu rasa diri ini sangat kerdil sekali bila menghayati setipa bait2 ayat di blog ini mahupun d dalam Al quran sekali pun... Rasa membaca Al Quran hati dah mula bergegar dan tanpa ku sedari Air amta laju turun membasahi pipi ini. SUBHANALLAH.

    Satu bayangan di hari Akhirat nnt tidak boleh di fikir oleh akal. RAHSIA ALLAH BUKAN.

    Akhi Syukran atas pengkongsiannya artikel ini.

    Wassalam.

    hamba ALLAH
    Audra

    ReplyDelete
  25. Anonymous11:27 PM

    selamat tinggal...kadang2 alpa setiap yang hidup akan mati, tiada yang kekal

    ReplyDelete
  26. insyallah, ive give a credit to this blog..

    ReplyDelete
  27. Allah Maha Mengetahui..

    ReplyDelete
  28. Salam akhi :)
    Minta simpan artikel dan gambar sebagai tatapan peribadi, buat muhasabah sehari2 ye. Minta halal. Jazakallah.

    ReplyDelete
  29. Anonymous6:15 PM

    It is postponed to stop the committing of immorality, salesman-essays I do not say this to everyone, but I say this to myself.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...