Blog Selamat Tinggal

13 January 2011

4 Cita-cita & Matlamat

Assalamualaikum wbt.

Dulu, masa sekolah rendah cikgu tanya nak jadi apa bila besar nanti? Aku jawab nak jadi ahli saintis. Kemudian aku fikir-fikir, agak melampau cita-cita tu. Aku pun jawab kat cikgu, "saya nak jadi petani moden". Cikgu hanya tersenyum sumbing. Bila dah besar, lain yang dicita-citakan lain yang jadi. Sekarang, aku tak jadi apa-apa lagi. Aku hanya student. Namun, aku tak ada impian tinggi tentang kerja. Harapnya boleh mengajar jadi pensyarah. Tapi aku sedar, aku tak petah berkata-kata. Pasal kerja, aku tolak tepi. Kalau ada rezeki jadi pensyarah, alhamdulillah. Kalau takde, aku cuba kerja lain. Bukannya aku tak ada tangan dan kaki pun. Aku tak memilih kerja. Kalau aku kena kerja angkut-angkut sampah pun takpe. Nampak hina kerja, tapi rezeki halal. Aku tak kisah, tapi orang tua aku kisah. Kerana orang tua aku kisahlah, aku sambung belajar lagi.

Bila aku jadi student, aku berada dalam suasana pelajar-pelajarnya lepasan-lepasan Timur Tengah. Ada yang lepasan Azhar, Jordan, Mekah dan Madinah. MasyaAllah, kagum dengan ilmu mereka walaupun bagi mereka itu tak seberapa lagi. Teruja dengan arab mereka. Pandai terjemah dan tafsirkan kalam-kalam arab. Aku pula hanya diam membisu, tak berani berbicara dalam suasana mereka lebih handal dari aku. Oleh kerana aku bukan orang senang untuk ke oversea, cita-cita aku lepas aku ada duit nanti..aku nak sambung belajar kat Mekah. Ada sorang kawan ni sanggup tolong aku untuk sambung ke sana dah. Dan dia memang dah kat sana sedang belajar.

Mengapa Mekah? bukan Mesir? Aku terdengar satu ceramah yang mengujakan. Ustaz tu kata dengan penuh semangat:

"Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Satu sembahyang di masjidku (Masjid Nabawi) lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali Masjidil Haram (di Mekah): dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.”

(Imam Ahmad)
Allah. '100 ribu sembahyang di masjid-masjid lain'. Apatah lagi nak dibandingkan dengan pahala ciput sembahyang di rumah. Ada banyak lagilah keistimewaan belajar di Mekah ni. Belajar sambil beribadat. Cita-cita aku tertinggi dalam hidup ini, adalah jadi seorang hafiz dan mendalami ilmu al-Quran di Mekah. Moga Allah mudahkan segala urusan. Moga Allah pandu aku je jalan lurus, jangan dekatkan aku lagi pada sebarang jenis maksiat. Untuk ke tempat mulia, pengorbanan mesti dilakukan.

Rusydee, 8 Safar 1432 H.
Selamat Tinggal. Wassalam.

4 comments:

  1. Alhamdulillah..
    Moga dipermudahkan Allah..

    ReplyDelete
  2. @nuraishah_abuhasan

    Wah..macih2..syukran jazilan ya ustajah ;)

    ReplyDelete
  3. insya'Allah.. doakan ana juga..

    ReplyDelete
  4. salam ust
    nk tya ...ust lukis gna adobe photoshop k??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...