Blog Selamat Tinggal

14 January 2011

10 Jawapan Pada Puisi "Gersang"

 selepas

 sebelum yakni dalam proses

Assalamualaikum wbt.

Aku tertarik untuk mereply sebuah puisi hamba Allah ni. Tajuknya "Gersang". Aku pun tak tahu gersang itu direfer pada apa. Tanah yang gersang ke atau nafsu yang gersang ke. Aku memang kurang pasti. Aku nak cuba tafsir bi al-ra'y ( tafsir dengan akal ) apa maksudnya. Ala..macam Antologi Anak Laut Spm dulu2 tu. Mari kita analisis. Aku nak cuba jawab seolah-olah puisi ini dituju untuk aku.

Gersang
Jawapan: Kalau gersang, ambillah air sembahyang.

Sudah ku perhati dalam diam,
Sudah ku lihat dengan perasaan yang sakit,
Kau bakal tersungkur lagi,
Jawapan: Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi rasanya kali ni tetap berdiri.

Katanya kau tidak tenang,
Kerana belum berpasangan lagi,
Kan aku sudah bilang,
Tenanglah bersama Ilahi,
Jawapan: Setuju, kalau nak tenang kena hidup bersama denganNya selalu. Tapi, bukan soal tak ada pasangan lagi yang tidak menenangkan hati tu. Tapi persoalannya, adakah pasangan yang kita bakal dapat tu boleh menenangkan hati? Susahnya nak beri kepercayaan pada perempuan sekarang ni. Oh prejudis plak. Tak baikk punyaaa.

Yang kau tagih yang cantik,
Yang kau tagih yang comel molek,
Yang kau dekat-dekati yang pandai bermanja-manja,
Yang kau layan-layani yang memang suka dilayan-layani,
Jawapan: Actually ni pernyataan yang tidak tepat sama sekali. Aku memang suka tengok yang cantik-cantik, yang molek2, yang manja2. Tetapi, bukan bermakna aku hanya suka golongan terbabit. Tidak sama sekali, yang sebenarnya aku tak kisah semua ni. Kamu ingat aku cerewet, tapi sebenarnya aku hanya berhati-hati. Kenyataannya, adakah yang cantik2 dan manja2 itu suka dekat aku? Of course la tak. Kalau ngorat pun memang takkan dapat punya lah. Gua leh konpem sama lu. Memang tarak bolehh punyaaa..Aku hanya suka tengok, tapi aku tak suka tak sedar diri sendiri. Aku masih sedar diri ok.

Apa yang kau kejar sebenarnya?
Sampai bila hujungnya?
Apakah suka mengulang kisah lama?
Jawapan: Aku tak suka kisah lama. Jangan kau ungkit kisah lama. Kisah lama, sila nyah.

Bila ku kata islam ada jalannya,
Yang kau ambil hanya yang kau suka,
Yang kau tinggal hanya yang kau rasa selesa,
Maka kau akan tersungkur lagi,
Jawapan: Ini tidak berkaitan sama sekali dengan aku. Malah, tidak bertepatan sama sekali.

Silakanlah tidak tenang kalau memang itu yang kau mahu,
Silakanlah menjadi gersang kalau itu lah pilihanmu,
Silakanlah terus bermain hingga tak dapat keluar dari permainan,
Silakan, silakan, sudah ku ingatkan...
Jawapan: Jika kau rasa aku tengah bermain-main, sebenarnya aku telah lama kalah dalam permainan. Nickname aku pun "Tunduk Mengalah".

Satu ku pinta, jangan kau tersungkur lagi,
Kerana aku adalah orang yang mementingkan diri,
Tatkala kau tersungkur hatiku jadi hancur,
Ya, aku benar-benar mementingkan diri..
Jawapan: Bagus, aku suka sikap kau ni. Jika aku jatuh tersungkur tersepak batu masa berlari2 nak beli pisang goreng pun, kau tetap kena makan nasik. Jangan tak makan plak.


Rusydee, 9 Safar 1432,
Selamat Tinggal. Wassalam.

10 comments:

  1. Anonymous3:54 PM

    menurut pemerhatian saya, penulis puisi seorang yg bermasalah hati

    ReplyDelete
  2. @Anonymous

    bagi saya, penulis itu ok dan baik..cuma mungkin dia amat tak suka akan seseorang..jadi dia siniskan sikit spy org tu sedar..mesejnya baik..

    ReplyDelete
  3. Inilah puisi paling teruk yang pernah saya tulis. Tapi menyesal tiada guna. Walau pun sudah delete, ia tetap akan membekas. Cuma 1 kesilapan penilai puisi, setiap perincian ayat dalam puisi bukanlah dituju secara spesifik kepadanya. Kiasan puisi ini terlalu ekstrim utk dirinya kerana puisi ditulis dengan perasaan membuta-tuli. Mungkin rusydee hanya cuba membayangkan, tapi dia tidak perlu bayangkan dgn begitu spesifik.

    Tak perlu sy cuba pertahankan diri lagi dgn menghuraikan asbab musabab serta cara saya menulis puisi ini utk apa dan kpd siapa sbb memang saya silap. Kata-kata anonymous betul iaitu penulis bermasalah hati.

    Cuma kpd org yg baca post ini, sayalah penulis puisi yg dihuraikan di atas dan puisi itu bukan 100% tentang rusydee. wallahu'alam

    p/s: Ini adalah blog tercantik dan tersendiri yg pernah sy lihat di alam maya. Tahniah rusydee

    ReplyDelete
  4. @FRESHIE

    Apa kata, kita lupakan terus apa yang terjadi masa lepas. Katanya Syaikhuna Muhammad al-Ghazali, "Kita tidak boleh harapkan hari esok, tetapi berbuat yang terbaiklah untuk hari ini." Benar sekali, kenapa berharap utk wat yang terbaik pada masa depan? Kenapa tidak start dari saat 'rasa nak buat baik'? Start saat tu juga. Start detik skrg juga.

    Jadi, bait2 puisi di atas saya tinggalkan menjadi 'puisi tinggalan'. Bagaimanapun ia, ia tetap menjadi satu motivasi pada diri sendiri utk menjadi lebih baik. Bukan bermula hari besok, tetapi saat ini.

    Wslm.

    ReplyDelete
  5. A'ah betul. Teruk betul kerana membiar diri diprogramkan oleh kesedihan. Sapatutnya saya yang memprogramkan kesedihan tu. Astaghfirullah. Baru den sodar!!
    Nah serangkap kata-kata hadiah
    "Yesterday is a Past, Tomorrow is Uncertain, Today is The Only Day That We Have!

    ok berehh

    ReplyDelete
  6. @FRESHIE

    Baguslah kalo kamu dah bangkit kembali. Itulah yg saya harapkan. ( Sebenarnya sy hanya reti cakap, tetapi malas laksana )

    ReplyDelete
  7. Anonymous8:17 PM

    suka puisi ni. luahan yang cukup mendalam. hee~

    ReplyDelete
  8. @Anonymous : Saya pun suka puisi ini. Ikhlas dan jujur.

    ReplyDelete
  9. akhi :) indahnya hasil seni.. entry pun hebat2 :) ini guna adobe illstrator ka?

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...