Blog Selamat Tinggal

16 February 2018

9 Telah Lama Diriku Dalam Leka. Lupa Menyintaimu Sepenuh Jiwa.

Lama sungguh.

Ni baru nak update.

Blog ni diwujudkan sudah satu dekad. 
Tahniah. Aku sudah tua. Bangka.


Hidup ni jaranglah berlaku semuanya smooth macam yang diimpikan. 

Ada orang, sejak sekolah sampai habis universiti sampai dah kerja, semuanya clean and clear — cemerlang dapat biasiswa, dapat kerja bagus, dapat isteri lawa, dapatlah segala apa yang dikehendaki. Tapi akan tiba di satu titik kehidupannya, diuji dengan segala macam kesusahan.

Teka apa yang berlaku padanya?

Orang yang tak biasa bertani, adakah mahir menanam padi? Begitulah juga orang yang tak biasa diuji, bila dah kena sekali, rasa macam dunia ni gelap seluruhnya. Padahal, dia lupa segala jenis nikmat yang telah Allah kurnia selama ini. Hanya kerana satu dua ujian, rebah terbongkang.

Namun, yang sentiasa diuji, tidaklah sekuat yang disangkakan juga. Walaupun dah lali. Orang yang biasa bertani, rasa penat tidak pernah berpisah daripadanya. Bila diuji, akan rasa down juga. Rasa sedih juga. Rasa kecewa juga. Namun, tidaklah seteruk yang tak pernah diuji.

Bukan sebab pernah atau tak pernah diuji sebenarnya.

Sebab tingkat kesabaran seseorang itu berlainan. 

Teori sabar tidak sama dengan praktikal sabar. Tahu wajib bersabar tiap kali diduga, tidak sama dengan bersabar dengan tiap dugaan. Pandai cakap tak sama dengan pandai buat.

***

*monolog hati*

Merasa Tuhan masih rindukan dirimu di saat kau buat dosa adalah satu kehipokritan. Pentingkan diri sendiri. Menyebabkan kau rasa selesa untuk terus tenggelam dalam kemungkaran dan keseronokan. Aku pun tak pasti sama ada benar atau tidak telahan Allah rindu pada pendosa. Yang aku jelas, Allah rindukan taubat dari seorang pendosa supaya kembali ke jalan-Nya. Kerana seorang petaubat nasuha, dosanya kosong, dirinya suci kembali. Kembali menjadi orang-orang yang beriman.

Mengatakan Allah kasih pada semua makhluk itu benar kerana Dia sememangnya Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Namun, kau tegar berbuat dosa dengan bersandarkan sedap hati, 

"Ah, aku berdosa pun Allah rindukan aku." 

Itu selamanya tidak benar.

Kau tahu kenapa aku katakan tidak benar?

Satu, 

Maka (Kami laknatkan mereka) dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tiada sesuatu alasan yang benar, dan mereka juga mengatakan: "Hati kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad)". (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup), bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antaranya).



(سورة النساء, An-Nisaa, Chapter #4, Verse #155)
Dua,

Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.
(سورة الكهف, Al-Kahf, Chapter #18, Verse #57)
 Tiga,

Jika Allah menghendaki, nescaya Ia musnahkan kamu wahai umat manusia dan Ia datangkan gantinya dengan umat-umat yang lain. Dan adalah Allah Maha Kuasa melakukan yang demikian itu.


(سورة النساء, An-Nisaa, Chapter #4, Verse #133)

Sebab itulah, usah selesa dengan merasakan Allah rindu walaupun kau sedang bertubi-tubi melakukan dosa. Mungkin hati telah dimateri, mungkin sudah tersenarai antara hamba yang sedang tunggu masa untuk dihapuskan dari muka bumi. Jangan bermain-main dengan murka-Nya.

***

Hm.

Aku cakap semua ini untuk diri sendiri. Tapi, kalau kau pun terasa, nak buat macam mana.

Memang hidup ini akan sampai saatnya kita buntu. Tak dapat nak selesaikan masalah yang kunjung tiba. Mungkin masalah tu kecil pada orang lain, tapi besar pada kita. 

Tiap kali datang masalah, sebenarnya kita selalu silap langkah. Kita cuma mengadu masalah, merintih, bersedih. Berdoa pada Allah. Tapi, itu sajalah yang kita buat. Kita tak tunjuk pun effort kita betul-betul perlukan pertolongan daripada Allah. Solat tetap sambil lewa. Tetap tinggal-tinggal. Termenung lagi banyak berbanding zikrullah. Menangis lagi banyak berbanding baca Al-Quran. Serius, kita tetap malas walaupun punyalah masalah sebesar dunia sedang menghempap dalam dada. Mana ada kita bangun malam menangis-nangis minta, 

"Ya Allah, tolonglah aku dah buntu sangat-sangat, tak tahu nak buat macam mana dah lagi."

Tak ada. Satu malam, dua malam bolehlah. Malam ketiga, dah layan Facebook merintih di sana. Dah layan Twitter, mencari perhatian manusia di sana. Dah layan Instagram, story panjang berjela live video tunjuk hati sedang berduka. Itu sajalah level ikhtiar kita.

Sebab itulah kita diuji terus diuji. Sehinggalah level ikhtiar kita terus meningkat tahap keimanannya. Sehingga bukan lagi mencari Allah di kala sukar semata, tapi di saat senang ceria Allah bersama-sama. 

Ah. Dah panjang pula membebel.

Selamat tinggal untuk kali ini.


29 Jamadil Akhir 1439H.










9 comments:

  1. LaylaKhadeeja12:39 PM

    Nice monologue. Its kinda true tentang 'Allah rindu pada taubat pendosa' bilq ia jadi lesen untuk terus buat dosa. Semoga kita lebih takut pada Allah melebihi selesa dengan Allah Maha Pengasih Dan Penyayang.

    ReplyDelete
  2. Kehidupan sentiasa diuji,jika tiada ujian mana datangnya tingkat sebuah keimanan,kehidupan suatu perjalanan,perjalanan menuju kehidupan yang abadi...kebahagian yang hakiki...bersabarlah itu adalah jalan terbaik menuju redha Allah.

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:09 AM

    Asalkan baik yg ditulis, semoga Allah jadikan ia bermanfaat buat yg membacanya..

    Ujian hidup kita mmg beza2,sedangkan rasa sakit yg ditanggung oleh seseorang juga berbeza skala sakitnya apalagi ttg tingkat penerimaan ujian hidup ini juga berbeza..
    maka yg penting, kita tetap berusaha di atas iman..
    moga kita yg masih seorang muslim( tahu Islam tapi so-so) mampu menjadi seorang mukmin (iman yg teguh krn ilmu&akhlak agama yg dimantapkan Allah) yg benar dalam setiap ujian2Nya sehingga kita mati dlm keadaan husnul khotimah..Amin...

    Terima kasih tulisan2nya.. rasa terasa kat diri juga..bila baca tu,sangat bermakna juga utk diri sendiri bermuhasabah diri.. huhu..

    Barakallahu fik ya Muhammad Rusydi.
    Allahumma solli ála sayyidina Muhammad wa ála alihi wasohbihi wabarik wassallim... Amin..

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum
    Saya nak tanya semua lukisan dlm blog ni en.rusydee yg lukis.? Tq

    ReplyDelete
  5. I am so grateful for your article. Your blog is really so nice.

    ReplyDelete
  6. Salam. Awak boleh tak lukis banyak2 lukisan dakwah mcm masa zaman awak rajin dulu2? Please. TQ.

    ReplyDelete
  7. Jangan pernah berhenti menulis dan melukis.

    ReplyDelete
  8. Nice post.Keep sharing. Thanks for sharing.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...