selepas (klik utk besarkan gambar)
sebelum
Aku percaya kita semua bukan mencari pasangan yang sempurna, tetapi sekurang-kurangnya menenangkan jiwa dan menyejukkan hati kita. Betul tak?
Aku pun begitu juga. Aku tak mahu yang terlalu cantik kerana tak sepadan ngn aku. Juga tanak terlalu bijak kerana Aku jadi rendah diri pula. Yang sederhana la kot. At least, dia jujur dan tidak suka menipu. Apatah lagi menipu sesuatu yang aku sudah tahu akan kebenarannya. Juga aku tidak suka yang mempermainkan hati, yang terlebih-lebih dalam segala hal dan terlalu nak jadikan Aku milik penuh dia (perasan la haku). Tak lupa juga yang jenis suka salah menyalahkan dan mengungkit-ungkit jasa dan cerita lama. Itu semua Aku tak suka.Bagi Aku la, yang lepas tu biarlah lepas. Yang penting, aku nak berubah.
Aku dapati ramai yang kahwin setelah hatinya merasa tenang dgn pasangan dia tu. Kadang-kadang kita pun hairan, macam mana orang yang cantik suka pada orang yang sangatlah tak hensem? Malah ada pula yang normal bernikah dengan yang tidak normal fizikalnya. Itulah Aku kata, mereka bertemu ketenangan pada pasangan masing-masing. Bila tengok dia, fuh sejuknya hati, rasa tenang rasa damai. Orang lain tengok tak rasa macam tu pun. Bila dah rasa tenang, barulah fikiran dan tindakan lebih tulus, lebih cermat. Rumahtangga pun harmoni, suami isteri bahagia, anak-anak ceria. Suasana ataupun arab sebut bi`ah yang beginilah sesuai untuk mendidik keluarga dan anak-anak ke jalan yang diredhai Sang Ilahi. Tapi percaya satu benda yang Aku tak nafikan, ketenangan itu boleh dirasai dari orang yang soleh dan solehah. Aura dia lagi kuat dari tenangnya orang biasa-biasa. Huhu.
Jadi, sama-samalah kita amalkan doa seperti dalam al-Quran al-Karim syorkan:
"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. " [Al-Furqan(25):74]Wassalam.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteCantik lukisan Rsyde..dan post-post sangat menarik...akak ni tak lah pandai tapi sekadar menyatakan apa isi hati dlam blog yg ceria...tak tau nak tulis coment kat mana jadi click tang komen je lah ye..
@Shikin
ReplyDeleteterima kasih:)
saya target nak buat post yg menginsafkan, tapi masih tak berhasil. jadi sekadar letak dulu mana2 karya. apapun terima kasih kerana sudi lawati blog yg biasa saje ini. :)
ziarah~_~"
ReplyDeletenice grafik...
ade mksud tersndri~~
@~kueh~
ReplyDeleteMaknanya, isteri solehah memang menenangkan.
suke entry ini
ReplyDeleteAssalamu'alaikum...~ziarah~ very nice blog.... :-)
ReplyDeleteAssalamualaikum..saya suka entri nih. Nice !!! Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik.
ReplyDeleteGood Job (n____n)
waaaa,cute lah lukisan..meh ajar ckit..btol tue dia x cntik tp menenang kn:)
ReplyDeletepenulisan yg sampai ke jiwa..
ReplyDeletesalam :)
ReplyDeleteused some of ur pics in my blog :)
tp sy akan kreditkan kblog nih . mohon share yeq :D
sesungguhnya kita selalu mahu yg terbaik buat diri kita,tapi kita lupa,,adakah kita cuba untuk jadi yg terbaik buat diri kita..pe2 pun..suka dengan entry ini,,nice..salam ukhwah,,ana pun bks pljr mmpm..
ReplyDeletesimple but meaningful~
ReplyDeletebukan kesempurnaan yg sy cari,ckuplah yg mampu mebawa sy dekat denganNya..kerna sy masih punya kekurangan
ReplyDeletesyukur dpertemukan dgn blog yg penuh pengisian ilmu...syukur ya rabb...alhamdulillah...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeletekita tidak sempurna, kita hanya mampu berdoa supaya diberikan jodoh yang terbaik olehnya....kadang-kadang kita tertanya-tanya, siapalah jodoh kita, mcm mana dia, solehkah, baikkah, hensemkah?? mcm-mcm persoalan kita fikirkan...tidak perlu sebenarnya, kerana " menjadi itu lebih baik dari mencari"...
banyakkan berdoa padanya....=)
@nurdin awan:
ReplyDeleteAturan Allah sahajalah yang PALING CANTIK :)
takde sape sempurna didunia ni...sekalipun Allah jadikan seseorang itu cantik,pasti ade kekurangnnya jugak...takde apa yang kekal di dunia ini...sekalipun seseorang itu dijadikan Allah sebagai org yg cantik maka kecantikan itu akan hilang jugak akhirnya...kecantikan abadi bukan terletak pada wajah..tapi pada hati..cukuplah sekadar sedap mata memandang :) dee,nnti follow blog sy ye..sy baru nk try2 gne blog..masih xreti sangat..nnti blh tunjuk ajar :)
ReplyDelete@SyahidusSyuhada:
ReplyDeleteAyuh tebarkan dakwah !
mohon share....menenangkan kata2..Assalam.
ReplyDeletesalam incik rusydee.. izin share di blog eyh..^^ tq2..
ReplyDeletelukisan memang mantap
ReplyDeletesubhanallah...memang cantik lukisan ni. sy ske smua lukisan2 kat blog ni.. apa yg nak disampaikan pun masuk terus ke kalbu..huhu.. saya mahu jadi seprti itu! tidak cantik tapi menenangkan juga menyenangkan.. InsyaAllah..!
ReplyDeletetiada apa yg boleh diucapkan melainkan "semoga Allah merahmatimu".. teruskan usaha menggapai cinta yang hakiki =)
ReplyDelete"Apatah lagi menipu sesuatu yang aku sudah tahu akan kebenarannya. Juga aku tidak suka yang mempermainkan hati, yang terlebih-lebih dalam segala hal dan terlalu nak jadikan Aku milik penuh dia (perasan la haku). Tak lupa juga yang jenis suka salah menyalahkan dan mengungkit-ungkit jasa dan cerita lama. Itu semua Aku tak suka.Bagi Aku la, yang lepas tu biarlah lepas. Yang penting, aku nak berubah."
ReplyDeleteni petikan kata2 dr pemilik blog...
tp, mcmana dgn keadaan klu sorg pmpuan menuntut hak dan maruah dia yg telah diambil oleh lelaki tu?...
nice...first time jumpa blog cmnieee....tergoda rasa
ReplyDeletesalam...indahnye post kt atas nie...mungkin ramai yg beranggapan jodoh yg kite nak semestinye 'tip-top'...tpi bg sy, sy stuju sgt dgn saudara...kalau boley jodoh tue yg sesuai dgn kite...yg mampu menerima diri ini seadanya dan memberi kebahagiaan insyaAllah=)
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteamat bermakna...
thank you :)
salam..karya mmg bagus,menyentuh hati n menarik..klu bleh banyakkan karya yg mengagungkan Allah n rasulullah...insyaAllah
ReplyDeletelove the art but maybe pernah kecewa kot..ayatnya semuanya ttg kekecewaan.
ReplyDeletelike your blog !!!!! keep it Up UP!
ReplyDeletehey kawan....apa yg kamuu gune tuk warna lukisan tu....ajar la saya....
ReplyDeleteCantik blog sedara nie.. Macam mana sedara buat yer? Share plzz..
ReplyDeleteassalamualaikum.. ana nak minta pic2 nta.. bolehkan.. syukran...
ReplyDeletealhamdulillah....
ReplyDeletesesungguhnya...untunglah pda mereka yg berpesan2 kepada kebenaran....dan kesabaran...amin
hanya mampu tersenyum bila membaca bait2 kata2 yg d tulis..
ReplyDeletesyukran for making me smile..:)
syukran atas artikel2 yg nta 2lis,,,
ReplyDeletePengisian blog yg menarik. Siap ade terjemahan Al-quran lg, terima kasih. Sy percaya ade sbb kenape sy tertarik follow blog nie, moge ilmu awk dpt sy manfaat dan kongsi bersama.
ReplyDelete=)
ReplyDelete1st time ziarah..coretanmu menusuk kalbu..sangat menarik untuk dikongsi bersama :)
ReplyDeleteAlhamdulillah , entry2 yang baik dan ada pemaknaan yang berhasil sampai ke hati individu . kalau boleh lebihkan tentang Allah dan rasul .
ReplyDeleteSyukur Alhamdulilah dipertemukan dengan blog saudara
ReplyDeleteAlhamdulilah.. moga2 tuan dijodohkan dgn seorg mampu memberi ketenangan pd tuan.. dan tuan jk dpt mendidiknya ke jln yg diredhai & diberkati Allah.. :)
ReplyDeleteAssalamualaikum. Andai dapat dibukukan kesemua hasil karya di sini alangkah bagusnya. Rangkuman cerpen yang banyak mendidik hati. Semoga Allah swt memberikan Rusydee Artz kekuatan untuk terus berkarya. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.
ReplyDelete