klik utk besarkan
Assalamualaikum.
Entri express.
"Mengapa saya bertudung labuh?"
Easy, ada banyak kelebihannya:-
1. Bila kita cinta pada Allah, kita akan ikut suruhan Allah. Allah suruh kita patuh tutup aurat bila dah baligh. Jadi, pakai tudung labuh ni menepati saranan Allah. Bukan sahaja dapat tutup aurat, tapi Allah sayang juga.
2. Orang selalu kata, nampak macam panas sahaja pakai tudung labuh-labuh. Berlapis-lapis. Sebenarnya tidak. Bila ditanya pada para pemakai tudung labuh, mereka menjawab langsung tidak panas seperti yang disangkakan. Malahan, terasa nyaman sahaja dan cukup selesa. Mudah dipakai, ringkas, tidak perlu buang banyak masa pusing-pusing macam shawl dan pashmina.
3. Semestinya, bila kita ikut cakap Allah, Allah bagi kita pahala. Bila tutup aurat, dapat pahala tutup aurat. Bila tutup aurat dengan seikhlas hati pula, berlipat ganda pula ganjaran yang Allah bagi. Syurgalah akhirnya bila istiqamah, insyaAllah.
4. Sejuk mata memandang. Qurratu 'A'yun. Sejuk di mata dan di hati. Sekaligus label solehah tu ditampalkan sekali pada mereka yang bertudung labuh sempurna. Tidak hairan bila ada yang sampai labelkan sebagai ustazah. Mereka layak untuk itu. Sebab faham, agama Islam mesti tutup aurat. Faham ilmu agama. Jika dah faham ilmu agama, sampaikanlah. Baru real ustazah.
5. Bila dah tutup aurat, bukan sahaja sejuk di mata kita tapi juga menjaga maksiat mata. Menjaga mata lelaki dari bertambah dosa. Lelaki pun segan nak menatap dan memerhati orang yang mereka anggap solehah. InsyaAllah, lelaki jahat dan miang juga akan menafikan niat jahat mereka itu terhadap anda.
6. Ya. Siapa berani menidakkan kecantikan, keayuan, kejelitaan, kecomelan, kesopanan yang lebih terserlah bila memakai tudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna? Ini bonus tambahan yang kamu dapat bila lakukan yang Allah suruh.
7. Ikut kata al-Quran bererti ikut syariat Allah. Syariat Allah pula ditaati oleh Rasulullah SAW dan perlu dipatuhi oleh seluruh umatnya. Bererti, kita bukan sahaja sudah ikut Allah, tapi ikut sunnah Nabi SAW. Tahniah.
8. Siapa kata hanya telekung solat sahaja boleh digunakan untuk bersolat. Tidak. Pakai tudung labuh, kemudian bahagian-bahagian lain tertutup dengan sempurna auratnya, maka boleh terus guna buat solat. Pastikan pakaian betul-betul suci dan bersih. Pakaian yang bersih tanda akhlak yang cantik.
9. Kita sentiasa mahu orang hormat kita. Tapi jika kita tak hormat diri kita dengan mendedahkan aurat, gedik, tidak jaga maruah, siapa akan hormat kita? Jadi, bertudung labuh ini boleh mendidik diri supaya lebih menghormati diri sendiri. Bila diri sendiri dah dihargai dan dihormati, nescaya orang sekeliling juga akan menghormati diri kita.
10. Seterusnya, menyihatkan badan. Dari segi kesihatan pula, boleh melindungi diri dari sinaran terik cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit, menjaga warna kulit, mengelakkan dari debu dan kuman dan sebagainya. Anda lebih arif dari saya dari segi kedoktoran.
11. Malu itu bunga iman. Dengan menutup aurat dan bertudung labuh, bererti kamu masih ada rasa malu terhadap Allah. Malu terhadap diri sendiri, malu terhadap masyarakat sekeliling. Malahan malu dan bimbang Islam dimalukan kerana imej umat Islamnya yang gagal menjaga bab aurat.
12. Secara tak langsung, bertudung labuh dan berakhlak mulia insyaAllah menarik perhatian orang lain untuk mencintai Islam. Menjadi suatu cabang dakwah dengan perbuatan. Besarnya pahala bila niat untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat sekeliling.
13. Mereka yang bertudung labuh, layak dijadikan isteri. Ciri-ciri yang sukar dicari di zaman penuh maksiat sekarang. Satu dalam seribu. Jika dia dah terbuka hati pakai tudung labuh, bererti dia mudah menerima nasihat agama. Orang yang mudah dan rela menerima nasihat agama adalah orang yang terbaik untuk dijadikan isteri.
14. Tanda-tanda dan amaran awal ke arah menjadi orang yang bertaqwa. Taqwa bermaksud takut pada Allah. Dia pakai kerana takutkan Allah, bererti dia sudah punya rasa taqwa dalam diri. Orang-orang bertaqwa disebut acapkali dalam al-Quran sebagai calon ahli Syurga.
15. Bukan nak tunjuk baik. Ya, bila kita pakai dengan ikhlas bermakna kita bukan nak menunjuk-nunjuk. Sebenarnya orang yang pakai tudung labuh ni, kebanyakannya nak berubah untuk jadi lebih baik. Salahkah untuk jadi orang baik? Tidak. Orang yang memperbaiki dirilah yang dinanti-nanti oleh Allah dan Rasulullah di akhirat untuk diberikan ganjaran Raudatul Jannah ( kebun-kebun Syurga ).
Kesimpulan, sila teruja untuk bertudung labuh.
Rusydee Artz,
Selamat Tinggal,
17 Sya'ban 1433 H.
Wassalam.
subhanallah, hebat muslimah berhijab.
ReplyDeleteMuslimah memang hebat bila hatinya pada Allah.
Deletecreatif.dpt kt mana ye?
Delete:)
Deleteboleh gunakan gambar ni di page saya fb> https://www.facebook.com/HijabMuslimahEkslusif
Deletetolong email saya xfadzlix@gmail.com
saya setuju...bertudung labuh bukan merimaskan tapi buat saya jadi lebih yakin..dlu bila pakai tdg yang singkat,terasa orang memandang tubuh saya,rasa tak tenang..alhamdulillah,saya selesa dgn keadaan bertudung labuh..bukan nak tunjuk baik,alim atau nak jadi ustazah tapi kan lebih elok kita biasakan yang patut kita lakukan sebagai seorang wanita muslimah...
ReplyDeleteRight..in fact we will tend to mould our character to be parallel with our appearance. In sya allah, we can and will be a better muslimah endaveour.
DeleteAsal pakai tudung tutup yg sepatutnya dan tak tabarruj pun dah syar'ie kan? Bukan ke pakaian walau setutup mana pun bukan bererti sudah taqwa. Dan tidak lupa, wajib tutup aurat dgn syar'ie. Apa2 pun, nice entry, suka.
ReplyDeleteBenar. Tidak semestinya bertudung labuh sahaja. Option sahaja. Janji tutup aurat, tudung yang dipakai melepasi dada. InsyaAllah dah ok.
DeleteDoakan saya dan muslimah yang lain dapat sentiasa beristqamah dalam melabuhkan tudung agar dapat peroleh kelebihan yang telah dinyatakan :)
ReplyDeleteAmin. Malaikat di langit dan di bumi mendoakan kamu istiqamah tutup aurat dengan sempurna.
DeleteAmin...
DeleteAlhamdulillah :')
ReplyDeletenice entry :)
ReplyDeletepada saya, dilabel ustazah atau solehah tu, tidak penting.
ReplyDeletesebab kalau orang nampak baik pon, bak malaikat, tapi Tuhan tidak redha dengan apa yg kita buat, sia sia jugakkan. yang penting, tak perlu pk neraca manusia, tak perlu fikir orang nampak kita sebagai apa bila pakai tudung labuh.
cukuplah Allah suka,Allah redha. tu lagi penting.
hanya pandangan. asif.
jzkheir.
Benar. Entri ini adalah galakan awal seperti belajar fardhu 'ain sekolah rendah, ceritakan kelebihan2nya supaya timbul minat dan suka. Bila dah pakai, insyaAllah mereka faham semuanya kerana Allah dan nak redha Allah.
Deletethanks abg rusdee,selalunya kawan tanya kenapa saya bertudung labuh,dan skrg abg rusydee dah bg jawapan..THANKS
ReplyDeleteSama-sama. Moga jadi muslimah yang baik. Amin..
Deletetersenyum saya bila terjmpa entry ni..sama mcm mna saya pnh alami dulu...org akn bertnya knapa bertudung labuh...=)
ReplyDeletealhamdulillah kekal smpai sekrg...=)
jadilah muslimah yg sejati..ikhlas kerana ALLAH..
Alhamdulillah...seronok baca entry nie..dah tau nk jwab aper pder kwan2..barakallahu fik.. :)
ReplyDeleteYa Allah..entri yg sgt baik sesuai dgn gambar yg dilukis
ReplyDeleteSaya sbnarnya dh lma berniat nk bertudung labuh ni...
Assalamualaikum akh.
ReplyDeleteaturan Allah SWT itu sgt cantik kan! ^^
jzk
Insyallah... berhijab dpt melindungi diri kita daripada fitnah dan sebagainyee
ReplyDeletetenang mmbaca entry akhi pd pagi yg dingin ni. :)
ReplyDeleteentri awak mcam perempuan lh..tq.....
ReplyDeletetanx.. =)
ReplyDeletebest je baca entry ni. moga2 muslimah dapat praktikkan pakai tudung labuh :D
ReplyDeleteana nampak muslimah dalam gambar tu comel....
ReplyDeletebestnyer bace entry ni,,,x de la sy raser janggal jika org len mempertikaikan cara pemakaian saya,,,
ReplyDeleteDalam hidup ni terkadang manusia seringkali meletakkan beribu impian..
ReplyDeletebegitu juga saya..
Impian saya untuk menjadi yang lebih baik di hari esok, tetapi saya masih mencari jalan..
saya masih mencari teman yang sudi untuk berada dibelakang saya tatkala kelopak hijrah ini ingin mengembang..mencari sesuatu yang benar-benar membuat saya melupakan zaman kejahilan diri..
semoga hari esok, saya menjengah entry ini dengan 1 perubahan dalam diri..Insyaallah..
alhamdulillah....
ReplyDeletedoakan kami semua muslimat istiqamah dengan tudung labuh kami...
sangat suka dengan entri nih...syukran >.<
ReplyDeletemahu bertudung labuh juga. tapi. tapi. ah bila terlalu banyak "tapi" memang apa pon tak jalan. T_T
ReplyDeleteSy keje part time di sek men agama sementara cuti semester ni. Dan alhmdulillah, sejuk mata tgok diorg. Cair tgok keayuan diorg ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah..Bila pakai pakaian syariat, terasa Allah itu sangat dekat dan sentiasa mengingatkan kita padaNYA..Apa-apa nak buat pasti teringatkanNYA..Alhamdulillah..Hijrah ini sungguh indah dan kita perlu sentiasa ingat yang kita adalah daie secara tidak langsung..Tunjukkan akhlak secantik pakaiannya..Moga kita kekal istiqamah mengikuti syariat..insyaAllah..Mohon doanya agar kekal istiqamah..Walalhua'lam..^_^
ReplyDeleteAlhamdulillah. Suka dengan entry ni. Moga2 muslimah yg bertudung labuh dapat menjaga sahsiah dan akhlak diri supaya kita mudah menarik muslimah lain supaya turut ingin bertudung labuh apatah lg jika terjatuh cinta dengan akhlak kita yang indah. insyaAllah
ReplyDeleteentry yg b'manfaat...insyAllah..(^_^)v
ReplyDeleteterbaik.............alhamdulillah
ReplyDeletesaya sokong
ReplyDeleteinsyaAllah. on my way :)
ReplyDelete:)
Deletemohon share
ReplyDeleteASSALAM SAUDARA...
ReplyDeleteMOHON SHARE...
TQ
assalamualaikum .
ReplyDeletebaru jumpa blog ni . entry sangat bagus . tapi macam mana nak follow supaya saya dapat sentiasa update dengan blog nie ?
Entri yang sangat menarik dan berguna untuk para muslimah.. Perkongsian yang baik.. Mohon share
ReplyDelete:)
ReplyDeleteinsyaAllah.. nice :)
ReplyDeletetaqiee tag...http://taqieeummu.blogspot.com/2012/08/giveaway-ramadhan-1433h-by-jaja-sutera.html
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam... Tahniah...awk memahami karakter,fitrah dan sifatnya seorang HAWA walaupun hakikatnya awk seorng ADAM...
DeleteAllah Akbar
ReplyDeletesaya setuju ... allahu akhbar !
ReplyDeleteAssalamualaikum. Mungkin saudara boleh bg definisi n kriteria tudung labuh dr pandangan saudara.
ReplyDeleteTerima kasih
dah mula nak cuba..ya ALLAH berikan aku kekuatan untuk meneruskannya.. Amin
ReplyDeleteYour rite! serious i do feel the diffrences bila pakai kalau boleh selamnya nak pakai takyah bukak! sebab selesa and ada perasaan mahabah ngn tudung <3 it juat feel good ! unexpressable feeling!
ReplyDeletemohon share :)
ReplyDeleteMmg skunk sdg berjink2 dgn pakai tudung lbuh tp susah laa nk istaqomah
ReplyDeleteSemua nie atas kehendak kita,kli kita nk yg terbaik pasti akhirnye mesti baik.insyAllah sya doaknkn untk awk
DeleteNice blog :)
ReplyDeletesalam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...
sekarang dah berjinak jinak pakai tudung labuh dan insyaAllah istiqomah.
ReplyDeletenak buat benda baik ni byk halangnnya kn. tp insyaAllah ttp dgn pilihan ni.
Bagus,saya doakn niat noraim beterusan hingga hujung nywa.
DeleteSaya ade pasang niat untuk pakai tudung labuh,tpi saya nie x tau sangat bb agama. Suka sangat tengok owg pkai tudung labuh..kita nie insan biase,kadang kala ok,kadang kala ko...yaAllah tetapknlh iman ku ini bukaknlah pintu hati aku untuk pkai tudung labuh
ReplyDeletesalam 'alaikum..kite share2 yer..bagus lah tu dah ade niat macam tu..just doa pd Allah spy hati terus istiqamah pabila dah buat perubahan pd diri..insyaallah Allah pasti bantu hambenye yg cube memperbaiki diri untuk jd lebih baik..=)
Deletekalau kite tak tau bb agame ni,,takpe pelan2 kite boleh belajar..cr lah ustaz or ustazah atau cr orang yg boeh mendekatkan diri kamu kpd ilmu2 agma ni..lebih mudah utk kamu belajar =) jd kite takdelah rase keseorangan sbb ade sokongan orang lain kan...n one more thing bile kite na tau pasal bb agm ni..lebih baik face to face ..jgn just ikut2 kat majalah or internet or anything else yg kurang boleh dipercayai tu =)..ok semoga Allah permudahkan sgl urusan kamu yer..sbg saudare islam kite perlu saling membantu ..isn't it?? =) WASSALAM
erm,, bast,, sedak cter ni(ayat ganu)
ReplyDeletebismillah..salam 'alaikum ..penulisan yg menarik .=)tahniah!
ReplyDelete"indahnyer bile berpakaian dgn pakaian TAQWA ini "
Pada hampir akhir bacaan, satu yang terlintas pada minda saya.
ReplyDeleteSaya sendiri sbg muslimah (perempuan) tak terfikir nak susun ayat sekemas ini untuk dijadikan antara panduan / sebab mengapa saya suka bertudung labuh. Alhamdulillah. Semoga ALLAH permudahkan urusan.
subhanallah ! info yg sangat berguna untuk kaum hawa . izin kan ana share artikel ini ye ?
ReplyDeleteAssalamualaikum w.b.t
ReplyDeleteSubhanallah,Allah Maha Pengasih&Penyayang..Allah wujudkan keinsafan dalam diri seseorang untuk berubah&lebih mencintai-Nya..
bertudung labuh memang cara yang paling terbaik antara yang terbaik&itu jugak jalan untuk dapat sesuatu yg istimewa dari Allah s.w.t.. Insya-Allah....
mohon share ilmu yg berguna nii....
Deleteterima kasih....
Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
ReplyDeleteKami menjual secara runcit pukal dan dropship.
Harga serendah RM1.00/pcs.
Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
as salam..terima kasih atas ilmu yg berguna ini.
ReplyDeletemoga saudara sentiasa dirahmati sentiasa.
benar, bertudung labuh itu mendamaikan dan ya Allah, the first time I tried, there's some feelings that I can't described it by words. ya, no words for it.
alhamdulilah..
Assalamualaikum. Saya kongsi gambar ni di https://www.facebook.com/pages/Tudung-Cantik/536946719651464. Terima kasih.
ReplyDelete
ReplyDeleteBadan terasa sejuk...
Segar tak terkirakan
Rumput selaput nadi bergoyang lembut
Di tiup angin cinta sejati
Burung camar jantung menukik pelan
Hinggap di pohon tulang iga putih
Matanya melihat kearah taman hati
Pandangannya terpesona oleh pemandangan canti
Surat-surat cinta padamu | >Puisi Tentang Matahari Dan Gelombang | >Puisi Untuk Ibu Tercinta | >Puisi Cinta dan Cita Terdampar | >PUISI RENUNGAN KISAH SEMUT DAN BATU | >PUISI BERSERAKAN | >PUISI MEMBACA BAHASA SUNYI | >Puisi Cinta Untuk Negeriku Indonesia | >Puisi iPhone 5 Punya Saya | >3 Puisi Cinta Rindu Sedih | >Mengapa Hanya Kau Beri Luka! Bacalah, | >Layu Setangkai Mawar Cidera | >3 Puisi Perpisahan Romantis | >Privacy Policy for www.puisina.blogspot.com | >Bagai gema-gema panjang yang berhimpun | >Betapapun juga: ia itu abadi | >Masa yang penuh gairah | >SURAT - SURAT CINTA By; Isbedy Stiawan ZS | >Nenek tua tersandung ke dalam kematian | >Bagai kabut mengambang | >Kabut-kabut hari menimpa senja. | >aku mau hidup seribu tahun lagi! | >aku ini binatang jalang | >Bumi retak-retak berdebu | >Hidup hanya punya dua tiga hari bercinta
Salam akhi. Mohon disimpan gambar dan artikel, buat tatapan peribadi dan muhasabah sehari- hari. minta halal ya ^_^
ReplyDeletejazakallah
oii
ReplyDeletemohon share yaa.
ReplyDeleteMintak izin share. Moga dapat saham di akhirat. :)
ReplyDeletememang best bila brtudung labuh :) :)
ReplyDeleteya Allah memang teringin nak pakai tudung labuh tapi keadaan tidak mengizinkan hurmm sedihnya :'(..
ReplyDeleteSaya sekarang sedang mengubah diri saya ke arah yg lbih baik...terima kasih atas penulisan anda...saya kini makin sedia untuk bertudung labuh...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMemang lebih baik jika kita bertudung labuh.
ReplyDeleteAlhamdulillah. :D
Wisata Kuliner Teknologi Dunia
bener banget kakak :D
Deletehttp://www.duniaberbicara.com/otomotif/harga-spesifikasi-dan-foto-modifikasi-yamaha-vixion-terbaru.html
http://breaktime.co.id/
Jadwal Arema Terbaru
Kadang kadang bila nk pakai rasa tak layak . Rasa mcm tudung labuh tu tak sejajar dengan akhlak . :(
ReplyDeleteKadang kadang bila nk pakai rasa tak layak . Rasa mcm tudung labuh tu tak sejajar dengan akhlak . :(
ReplyDeletewahhh kereeen
ReplyDeleteSaya nk minta izin untk simpn gambar. Halalkan ya. Terima kasih.
ReplyDeleteMemang ada minat dalam diri utk bertudung labuh. Sudah mulakan dah pun. Tetapi, ada saja hamba Allah yg akan mengata serabutlah, selekehlah, bila saya bertudung labuh. Apakan daya, saya mampu diamkan diri.
ReplyDeleteAlhamdulillah...sy ke arah bertdung labuh...doakan sy....
ReplyDeleteMohon share ya. Saya juga mula berhijrah ke tudung labuh tahun lepas. Alhamdulillah.. Mmg antara 15 kelebihan tu benar sekali..
ReplyDeleteThanks and I have a super offer: How Much Are House Renovations Stardew Valley split level house exterior remodel
ReplyDelete