18 September 2016

Sendiri Ku Diam

Aku tak tahu.

Dah lebih setahun berlalu since blog ni diupdate. Sekarang, orang dah tak baca blog. Orang berkerumun di Instagram, Twitter dan Facebook.

Setahun demi setahun berlalu.

Aku masih di sini. Tak ada apa pun perkembangan terbaru. Rutin yang sama. Pergi kerja, balik kerja. Sampai rumah, rehat. Kemudian, online Facebook.

Tiada siapa pun di rumah bujangku.
Hanya aku.

Tiada siapa menanti di rumah.
Kitaran yang sama.

Bila aku lapar, kadang aku masak sendiri. Banyak kalinya aku beli bungkus saja. Makanan sama saja. Makan pun sekali dua sehari saja. Majoritinya sehari sekalilah. Sebab itu, tubuhku kecil tak boroi tak buncit macam lelaki sekitar umurku. Tak cukup zat kot.

Kawan-kawan yang sebaya, semua dah ada life yang berkembang. Ada isteri dan anak-anak. Hidup mereka untuk keluarga yang mereka bina sendiri dan keluarga ayah ibu mereka. Dah boleh makan jasa.

Aku?

Tiada apa.

Aku ada upgrade sedikit kehidupanku. Dari tak pergi surau, aku ke surau. Sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak. Dalam seminggu tu, mesti ada kalinya aku ke situ. Subuh? Belum lagi kuat iman untuk melangkah di awal pagi. Aku harap dalam masa terdekat, aku ada kekuatan untuk berubah. Try Subuh pula.

Al-Quran. Aku rasa okaylah sikit dari dulu. Dalam seminggu, aku ada baca juga. Bila aku ke surau kubur, sambil menanti antara Maghrib dan Isyak, aku habiskan dalam satu juzuk. Sebab situ tak ada kuliah Maghrib. Aku selesa ke surau tu. Bila aku lemparkan pandangan ke luar, aku nampak kuburan memutih batu nesannya. 

Suatu hari, soon, aku akan kembali ke situ jua. Mungkin situ akan jadi tempat persemadianku. Atau kuburku tidak ditakdirkan di situ. Di mana-mana saja, alam barzakh tetaplah alam barzakh. Suram dan ngeri buat aku yang tidak solehnya.

Hidup masih diteruskan.

Blog Selamat Tinggal ini masih tidak berubah namanya. Mottonya. Suatu hari nanti, aku akan pergi tinggalkan segalanya yang ada di dunia ini. Sepikan diri di dalam sana. Blog ini adalah khazanah terakhir peninggalanku.

Tak perlu lagi aku ucap,

"Selamat tinggal.."

***

"Nak tua bersama-sama awak." 
 Sering aku duduk bersendirian. Tengok langit. Berangan sendiri;

"Kahwin dengan saya?"

"Saya nak hidup dengan awak. Cuma awak."

"Susah senang. Suka duka. Selamanya. Di dunia. Bersambung lagi di dunia sana. Ada rezeki, bertemu kembali di Syurga."

"Permintaan ringkas, nak tua bersama-sama awak."

Diam. Tiada siapa berdiri di hadapanku.

Hanya aku dan perasaanku.


"Selalu, bila dah beri sepenuh hati, berlalu tidak dihargai."

Itulah kebiasaannya kitaran manusia. Harap aku pandai menghargai. Harap aku juga dihargai.

Bila terlalu tinggi letakkan harapan, harapan hanya tinggal harapan.

Tapi, aku sentiasa berjanji pada diri. Kepada yang bakal jadi suri hati suatu hari nanti. Aku akan berikan padanya yang terbaik dari hati. Meski tidak sempurna aku ini, namun aku mahu kau tahu, aku serius mahu membahagiakan.

Aku ini penuh kesilapan dan kesalahan. Segala kisah silam dan kekhilafan lalu kadang akan buat kau rasa aku tak layak untukmu. Tapi, aku sendiri sudah merasa pedihnya tanggung rasa bersalah. Jadi, usahlah memandangku sentiasa berada di kandang pesalah.

Ini bukan mahkamah. Aku juga mahu lega bernafas.

Terimalah aku yang penuh cela.
'Kan ku terimamu seadanya.



Aku tahu. Suatu hari bila kamu, yang betul-betul takdirku, hadir depan mata, permintaanmu pasti damba dariku kesetiaan dan keikhlasan. Usah gusar, pasti kau ku perjuangkan.

Bila aku, kau sama perjuangkan.

***

Terlalu dalam coretan peribadi, tak patut aku kongsi dengan lebih jauh.



Aku rasa aku patut berbicara lebih dengan Tuhanku.

Aku kurang berbicara dengan-Mu.

Akhir-akhir ini, aku rasa aku mungkin tak lama. Entah, mungkin mainan rasa cuma. Atau memang hati berbisik yang benar.

Maaf atas silap dan salah, sengaja atau tidak. Aku cuma manusia biasa. Miskin jiwa dicengkami dosa. Kadang angkuh bila berdiri. Andai terguris rasa, maaf dari hati.

Wassalam.

**

Ku beradu oh sendiri.

Rusydee Artz,
18 September 2016.
2:03 pagi.
16 Zulhijjah 1437H







20 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:36 PM

    Walaupun orang sekarang kurang baca blog, insha Allah pasti ada yang akan baca. Dah lama saya tunggu update dari rushdee aryz. Janganla berhenti menulis di blog ni.. semoga Allah redha dengan apa yang kamu lakukan.

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:35 PM

    "Cari2 dan tak jumpa...
    Bagitahu Allah beratnya ..
    Bukan utk saya,
    Bahagiakanlah dia di mana pun juga,
    Atau gerakkan dia kepada saya..
    Biar sekejap,
    Tolong saya bahagiakan dia.
    Tapi dia tak nampak saya pun.
    Tak pe, Allah paling nampak doa2 kita.
    Semoga berbahagia & diberkati Allah setiap sisa umur mu.
    nanti saya pun menyusul juga."-Dia

    rasa sedih baca ni...
    jgn putus asa ok..
    doalah tanpa jemu...
    berkuat semangatlah spt sayyidina Umar r.a..
    Barakallahu fik ya Muhammad Rusydi...
    Allahumma solli ala sayyidina Muhammad wa ala alihi wasohbihi wabarik wassallim..amin..

    ReplyDelete
  4. Syabab8:35 PM

    Assalamualaikum.. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim.. Sudah sekian lama saya menunggu update dari rusydee artz.. Kepada saudara Muhammad rusydi, Allah memberikan saudara kelebihan dalam berkarya dan saya amat mnyukai karya dari rusydee artz yg smemangnya byk moral value..

    Janganlah saudara berhenti menulis di blog ini.. In Shaa Allah dengan izinNya pasti ramai yang akan membaca karya saudara di blog ini..

    Jangan saudara mempersoalkan akan ramai atau tidak yang akan membaca di blog ini, tetapi saudara fikirlah akan karya yang saudara tulis ini sbyk mana mampu memberikan nilai moral yg baik kepada org yg membacanya dan menjadi jalan memudahkan hidayah Allah kepada Seseorang itu..

    Semoga karya saudara ini dihitung oleh Allah menjadi Amalan yg dapat memberi kebaikan kpd saudara di Akhirat kelak..

    Saya doakan agar saudara tabah dalam melakukan segalaNya.. Semoga Allah redha apa yang saudara lakukan.. Wallahua'alam..

    ReplyDelete
  5. Sob.. Sob.. Bila teringatkn ilmu tiada di dada.. Amalku entah ke mana.. Hubungan dengan Allah tidak terjaga.. Gelisah.. Memikirkan nasibku disana..

    Karya saudara banyak memberikn inspirasi.. Jazakallahu khair..
    Harap banyak katya islami sebegini mengisi jiwa jiwa sepi..

    ReplyDelete
  6. "nak tua bersama2 awak"
    bahagia andai dapat capai... tapi macam mana kalo dapat tua bersama tapi kita tahu bukan kita dihatinya... konflik sungguh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau mcm tu sedihnye

      Delete
  7. Anonymous7:04 PM

    May Allah bless you &make you always to be the strong mukmin..
    Allahumma solli ala sayyidina Muhammad wa ala alihi wasohbihi wabarik wassallim,amin...

    ReplyDelete
  8. Jangan putus ASA wahai saudara.
    Sungguh Allah telah tetapkan jodoh saudara, mungkin di dunia, mungkin di syurga.
    Bersangka baik dengan Allah.
    Segala sesuatu yang telah ditetapkan pasti berlaku tepat pada masanya. Tidak cepat sesaat dan tidal lambat sesaat.
    Jangan berhenti menulis saudara,
    Mungkin ramai lagi manusia di luar sana perlukan tarbiah melalui penulisan saudara.
    Mungkin ada yang menerima diberikan keinsafan dan pengajaran dengan penulisan saudara.

    Jangan berhenti berharap pada Allah. Berdoalah. Sungguh Allah tidak penat dan jemu.

    Waallahua'lam.
    Moga Allah Redha.

    ReplyDelete
  9. Jangan putus ASA wahai saudara.
    Sungguh Allah telah tetapkan jodoh saudara, mungkin di dunia, mungkin di syurga.
    Bersangka baik dengan Allah.
    Segala sesuatu yang telah ditetapkan pasti berlaku tepat pada masanya. Tidak cepat sesaat dan tidal lambat sesaat.
    Jangan berhenti menulis saudara,
    Mungkin ramai lagi manusia di luar sana perlukan tarbiah melalui penulisan saudara.
    Mungkin ada yang menerima diberikan keinsafan dan pengajaran dengan penulisan saudara.

    Jangan berhenti berharap pada Allah. Berdoalah. Sungguh Allah tidak penat dan jemu.

    Waallahua'lam.
    Moga Allah Redha.

    ReplyDelete
  10. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Memang jarang sekali orang buka blog, searching2, surfing2 atau blogwalking dalam masa sekarang ni !!
    Orang lebih ligat utk update status atau lihat perkembangan apa sahaja melalui social media, like twitter, FB or instagram ker...
    Tapi tidak menutup kemungkinan bagi hati yg telah d gerakkan Allah utk melihat blog awak, membaca semua karya awak !
    Seperti saya sekarang ni !
    Saya baca semua karya awak mulai daripada penulisan yg pertama lg !
    Banyak hikmah yg bisa saya dapat dan semua karya awak ini kembali mengingatkan saya bahawa hidup d dunia hanyalah sementara bukannya kekal abadi utk selamanya!!
    Kita sahaja yg terlalu menginginkan dunia ini !!
    Lupa amalan yg akan d bawa k akhirat kelak !!
    Semua karya awak best !
    Menyentuh hati !!!!
    Penuh pengajaran dan bisa mencairkan hati yg sedia keras ini !!
    Jangan pernah terfikir untuk berhenti menulis !!
    Please....
    Even just a few of people will read all of your karya !!
    Tetaplah berkarya !!!!
    Tetaplah semangat !!!!
    Mana tahu, Allah hantarkan hidayah kat seseorang itu melalui perantaraan penulisan awak ni ????
    Siapa tahu kan ????

    Semoga kita semua senantiasa berada dalam rahmat kasih sayang serta jagaan Tuhan yg Maha Esa, amin

    Akhirul kalam,

    اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

    Wassalam...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.. Oh ini entry terakhir dik bikai ke? Emm lepas ni tak boleh la nak membaca cerita2 adik lagi ek? Lagipun memang sekarang orang dok sibuk twitter and facebook.. Akak takde bende2 tu.. Ape pun selamat maju jaya dalam kerjaya, penjualan buku dan kehidupan dunia akhirat..

    ReplyDelete
  12. Teruskan update di blog ini.. Syabas dan tahniah inchiq bikaii..

    ReplyDelete
  13. Semoga abg bikai ttp update blog anda.. Even ad medium lain tp bce blog pon ad satisfaction yg tersendiri utk sesetengah org mcm sy.. whatever it is dont stop writing..

    ReplyDelete
  14. Anonymous9:43 AM

    Bang bikai, dakwah dimana2. Keep it up, don't give up!
    #peminatsetiaGSM

    ReplyDelete
  15. Anonymous8:31 PM

    Troskan ur dakwah.. Isya allah akn ad yg mmbacanya..kadg2 disaat org tergapai-gapai d dlm web mncari ilahi.. Pasti akn mnemui jalnnya disini..ur web is sugoi...keep calm n sntiasa perbaharui niat

    ReplyDelete
  16. Anonymous2:01 PM

    Assalamualaikum...
    Selamat tahun baru 2017, Bambikai aka Muhammad Rusydi..
    Moga tahun ni, Allah membahagiakan Muhammad Rusydi dgn rahmat pertolonganNya atas setiap impian2 yg dihajati menjadi realiti lagi diberkati Allah dunia akhirat... Allahumma solli ala sayyidina Muhammad wa ala sayyidina Muhammad...amin (^_^)

    Harap tahun ni Allah makbulkan hasrat Bambikai..bila cakap, "nak tua bersama2"...cik jodoh dh pun jd istri Bambikai, mestilah dia akn senyum bahagia,berterima kasih pd Tuhan ada Bambikai di sisinya...insyaAllah...
    Klo dh jumpa,sila lamar dia cepat2 ok..
    Ganbatte!!

    ReplyDelete
  17. Laykhakhan1:12 PM

    Done read this today (2/4/17). I'm facing the same situation. Sebijik. Ayat "aku nak hidup dengan kau", moga didengari & difahami. Kalau ada jodoh, InshaaAllah akan setia, berusaha capai matlamat bersama. Kalau bukan, kits doakan yg baik-baik shj. Tapi harapnya betullah orgnya... :)

    ReplyDelete