Blog Selamat Tinggal

29 January 2019

23 Anakku, Maafkan Ayah

2019.

Saat ayah menitipkan bait-bait kata dalam ni, ayah tidak sihat. Namun, tidak juga boleh melelapkan mata meski dada terasa sesak, nafas kurang teratur.

Suatu hari, andai kamu membaca blog kuno ayah ini, anggaplah ini satu kisah klasik untuk masa depan.

Tahun berganti tahun. Waktu ayah taip post ni, umur ayah telah melewati zaman remaja. Sudah melepasi tahap belia. Sudah memasuki fasa orang dewasa. Sudah tua. Namun, belum jua ayah bina sebuah rumahtangga sebagaimana orang normal yang lain. Jika pada seorang wanita, sudah tentu dia digelar andalusia atau andartu kerana umur yang telah melebihi tahap sepatutnya. Yalah, pandangan orang kita.

Ini bermakna, makin lama tempoh dirimu terlahir. Biarlah orang kata ayah berilusi. Ini blog personal.  Bagai diari yang tidak lagi dibelek manusia yang telah canggih media sosial masing-masing. Sesungguhnya, ayah pernah baca cerita seorang penulis Sirah Nabi SAW, yang menitipkan bait-bait awal dalam sebuah kitab yang pada awalnya adalah hadiah khas buat anaknya. Namun, anaknya meninggal di awal usia. Sedih kisahnya.

Di era ini, manusia makin hilang pedomannya; bergelek dan bergoyang dedahkan tubuh giur di TikTok (mungkin suatu hari nanti lebih teruk lagi akan muncul, dengan nama lain pula), berlumba-lumba popular di Instagram, bergaduh dan berkecaman di Facebook yang kian pudar popularitinya. Ayah percaya, di zamanmu nanti akan muncul yang lebih moden hingga buat manusia itu melekat pada gajet dan internet. Masa yang kian terbuang lebih berganda. Pastinya, iman di kala itu, senipis kulit bawang yang dibelah tujuh.

Ayah doakan moga kamu dilindungi Allah dan para malaikat.

Dari nafsumu sendiri, dan dari fitnah dajjal kecil dan besar.

***

Ayah minta maaf...

Pertama, ayah terlambat dalam mendirikan rumahtangga. Untuk kamu baca post ini, mungkin memakan masa 20 tahun ke masa depan, barulah fikiranmu boleh memahami dengan jelas apa yang ayah perkatakan. Atau baru berminat nak tahu, apa yang ayah taipkan di sini.

Kedua, kerana ayah yang telah terlewat, kamu hanya dapat melihat ayah dalam waktu yang amat singkat. Ayah telah tua saat kau mulai bertatih dapat memahami erti sebuah kehidupan. Mungkin kita tidak lama dapat bersama, ayah akan pergi dulu. Meninggalkanmu dengan ibu. Maka, jagalah ibumu dengan sebaiknya. Kerana, bila ayah telah memilih ibumu, maka dialah yang terbaik sebagai gurumu dunia dan akhirat. Patuhlah padanya. Dengarlah arahannya. Kerana, ayah begitu kasih kepada umi (nenek kamu), maka kasihlah jua pada ibumu. Curahkanlah kasih kepadanya, kasihanilah dirinya dalam segenap hal. Lindungi dan usah kamu tinggikan suara dalam apa jua moodnya. Fahamilah, pengorbanannya untukmu adalah selamanya, tapi pengorbanan balas yang kamu mampu beri padanya cuma secebis. Hatta setitis air susu yang kamu teguk daripadanya, tidak terbalas meski dengan seluruh harta dan kejayaanmu. Kesolehan dan kesolehahanmu itu anakku, yang akan mendamaikan jiwaku dan jiwa ibumu.

Ketiga, dalam masa yang singkat, sudah tentu ayah tidak dapat mendidikmu dengan baik, apatah lagi untuk mencurahkan ilmu agama yang sangat cetek berada dalam dada ini. Pesan ayah, dampingilah Al-Quran, hafallah. Sungguh, ayah bersumpah dengan nama Tuhan, betapa ayah begitu ingin menjadi seorang penghafal Al-Quran, namun waktu muda ayah telah ayah sia-siakan, waktu seterusnya penuh dengan kesibukan. Ayah tidak memaksa, namun, kamu jadilah penghafal Al-Quran. Habiskan 30 juzuk itu. Bukan kerana ayah, tapi kerana Allah. Itulah setinggi-tinggi sijil dunia akhirat yang perlu kamu gapai untuk selamatkan dirimu sendiri di dunia, alam kubur dan akhirat kelak. Al-Quran itulah yang akan menuntunmu setiap waktu hingga ke pintu Syurga. Bila kamu cinta Al-Quran, sudah pasti Al-Hadis juga akan kamu sayangi kerana tidak mungkin terpisah antara keduanya. Rasulullah SAW itu kekasih-Nya. Jadi, usah pisahkan antara dua yang saling sayang, Al-Quran dan Hadis.

Keempat, ingatlah pesan ayah, jagalah famili, usah bertelingkah antara adik-beradik kerana tiada apa yang bagus dari sebuah perselisihan. Adik-beradikmu nanti, pasti ada hitam putih kehidupannya masing-masing. Ada turun naik keimanannya, kamu sendiri pun ada langkahmu yang bendul dan songsang, kadang terjerumus ke lubang kehinaan. Bangkitlah semula. Insafi diri, kembalikan diri pada Tuhan. Ayah minta maaf, sekiranya ketika hidupmu dilanda badai kehidupan, dugaan dahsyat hingga air mata pun tidak mampu meredakan sedih hati, ketika itu ayah tiada di sisi. Kamu perlu kuat, kerana selepas kesusahan demi kesusahan akan terselit jua secebis kesenangan. Meski lambat, meski pedih, sabarlah. Hidup ini tidak akan mudah seperti yang diimpikan. Tiada apa yang kita ingini, akan kita capai 100% tepat seperti yang kita rancangkan. Dapat capai 1% pun sudah cukup untuk disyukuri. Kerana 99% lagi, Allah simpan di Syurga sebagai hadiah sebuah kesabaran yang tinggi.

Kelima, wahai anakku. Maafkan ayah jika nasihat ayah yang terakhir ini tidak selari dengan prinsipmu. Usah mengikut jejak langkah ayah dalam hal jodohmu kelak. Bila kamu dah berjumpa dengan pilihan yang baik, tetapkanlah hatimu. Usah dalam membuat keputusan besar, kamu beralih-alih pada hati-hati yang lain hanya kerana pilihan yang baik itu mempunyai cacat cela atau terselit sedikit kekurangan. Sesungguhnya, itulah tipuan syaitan dan nafsu demi menewaskan imanmu ketika membuat perhitungan. Utamakan dengan bertanyakan Allah tentang soal hatimu. Ayah restui selagi mana dalam diri pilihan hatimu itu ada agama, ada iman yang ingin dipertahankan. Ingat, sebuah perkahwinan bukan untuk cuma senyum dan tangis bersama yang tercinta, bahkan itulah ujianmu sama ada berjaya menuntunnya ke Syurga atau sebaliknya.

Anakku..

Maafkan ayahmu untuk segalanya...

Bukanlah seorang ayah yang baik atau sempurna, jauh sekali alim beragama. Kamu jadilah yang terbaik untuk Dia. Itulah cita-citaku padamu.

Sampai sini saja.

Wassalam.

4.12 pagi.




Gambar kenangan ketika ayah umrah dulu-dulu





23 comments:

  1. blog mungkin akan kuno tapi titipan pesanan seorg ayah di dalamnya akan segar selamanya

    ReplyDelete
  2. Pesanan terbaik buat anak-anak di zaman serba moden ini...

    ReplyDelete
  3. Sofwa Hannan12:44 AM

    SyafakalLah...

    ReplyDelete
  4. I'm appreciate your writing skill. Please keep on working hard. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  5. Anonymous9:09 PM

    Saya pula tak nak kawin sebab takut. Rasa diri saya banyak sangat kekurangan. Bila saya jumpa balik ustazah sekolah saya. Banyak betul tazkirah dia. Salah satunya dia kata kawin tu suruhan agama. Sampai bila awak nak macam ni. Kawin lambat nanti anak baru kecil, saya dah pangkat nenek. Lepas kena tazkirah tu, tak tido malam saya dibuatnya. Lepas tu tergerak hati pulak nak lawat blog ni sejak sekian lama saya tak follow. Baca pulak dah Syabab tulis ni.. Aduh kena lagi. Seolah Allah tegur saya bertalu-talu. Dari dua manusia yg berbeza. Kita pakat doa sama-sama, moga Allah temukan kita jodoh yg penuhi kriteria yg kita nak. Moga tahun depan saya kawin dan syabab pun berjaya jumpa jodoh yg baik. Okey

    ReplyDelete
  6. ada kenangan juga untuk anak kala rindu nanti :)

    ReplyDelete
  7. Congratulations on your article, it was very helpful and successful. ef29fdf66cd1fd826bce0d832c6e74f7
    numara onay
    website kurma
    website kurma

    ReplyDelete
  8. Thank you for your explanation, very good content. 8e7c7d5517fe74dc81de892987f47cbb
    define dedektörü

    ReplyDelete
  9. Anonymous10:47 AM

    Thanks for sharing such info순천출장샵rmative blog. This is very useful. Visit

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...